Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100

KERJA KURSUS EDUP2082


PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Nama : ARWA SAFURA BINTI MOHD ADAM
Angka Giliran : 2020202420009
No. Kad Pengenalan : 940114-11-5544

Program : PDPP MOD KDC


Ambilan : JUN 2020
Kumpulan/ Unit : TAHFIZ 1.03
Nama Pensyarah Kursus : PUAN SHARIDAH BINTI ABDUL RASHID

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran


Kuiz 4 Oktober 2020
Penulisan Akademik 23 Oktober 2020
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
1. PENDAHULUAN

Penulisan ini adalah bagi memenuhi tugasan Kerja Kursus Penulisan Akademik subjek Psikologi
Dalam Pendidikan (EDUP2082); iaitu dikehendaki menonton video bertajuk “Aku Tak Bodoh”
seterusnya membincangkan secara kritis, bagaimana guru dapat memotivasikan murid dengan
merujuk kepada watak-watak dalam video (Roy, Jefri dan Sudin) melalui teori-teori pembelajaran
yang bersesuaian dengan isu yang mereka hadapi.

2. PENGENALAN

Filem “Aku Tak Bodoh” adalah sebuah naskhah berharga yang sarat dengan nilai yang wajar
dipelajari. Lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pendidik kerana video ini keseluruhannya
menceritakan faktor atau sebab kenapa seorang murid itu melakukan sesuatu tindakan itu yang
diterjemahkan melalui watak Roy, Jeffry dan Sudin dan peranan guru tidak kurang hebatnya
dalam mengatasi perlakuan negatif selain peranan ibu bapa.

Jika dilihat keseluruhannya, filem ini mempunyai kaitan rapat dengan Psikologi Pendidikan itu
sendiri yang mana ia adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia dalam proses
perkembangan potensi dan kemahiran individu dalam pelbagai bidang pendidikan seperti bilik
darjah, kemahiran pelajar, teknik pembelajaran berkesan, tingkah laku pelajar yang berbeza dan
sebagainya ke arah menyelesaikan segala masalah mengenai pendidikan.

2.1 KONSEP MOTIVASI

Secara amnya motivasi merujuk kepada proses atau faktor yang mempengaruhi individu untuk
bertindak Iaitu sesuatu dorongan tingkah laku Jika gagal atau terdapat rintangan yang
menghalang ia tetap berusaha hingga berjaya apa yang diimpikan itu.

Motivasi dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:

i. Motivasi Intrinsik
Dalam pembelajaran, motivasi intrinsik ini adalah suatu yang sifat semulajadi untuk
belajar. Ia adalah suatu rasa dan keinginan tersendiri dalam diri seseorang yang
mendorong seseorang itu untuk belajar bukan disebabkan minatnya yang mendalam pada
sesuatu itu.
Misalnya, watak Sudin dan Roy yang masing-masing mempunyai minat dalam seni bela
diri dan penulisan blogger. Walau tidak dijanjikan dengan ganjaran atau sebagainya malah

1
ditentang ibu bapa, mereka tetap meneruskan perkara itu hasil tindak balas motivasi
intrinsik. Peranan guru menyokong minat dan bakat pelajar kearah yang positif.

ii. Motivasi Ekstrinsik

Terdapat satu babak ketika kumpulan gangster meminta Roy membuat satu laman web
untuk mereka. Pada mulanya Roy tidak yakin tetapi setelah dijanjikan laptop jika dapat
menyiapkan dia pun tidak berdalih lagi.

Inilah yang dikatakan motivasi ekstrinsik iaitu motivasi yang terbentuk dari sebab sesuatu
persekitaran. Kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan terbaik adalah
disebabkan pujian atau ganjaran nyata yang diketahui. Contohnya, pelajar berusaha
melakukan sesuatu tugas dengan terbaik kerana guru menjanjikan hadiah dan mendapat
pujian dan pelajar berusaha keras untuk memenangi acara supaya mendapat trofi
kemenangan serta markah terbaik dalam rekod Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan &
Kokurikulum (PAJSK).

2.2 TEORI PEMBELAJARAN

Terdapat empat teori pembelajaran yang amat berkait rapat dan wajar dipraktikkan oleh para guru
dalam memotivasikan para pelajar ketika dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.

i. Teori Pembelajaran Behavioris

Dapat kita lihat dalam video “Aku Tidak Bodoh” itu. Guru Bahasa Melayu mengejek Sudin
yang mendapat markah paling rendah sedangkan dia telah berusaha menyiapkannya
semalaman.

Dari sudut Teori Pembelajaran Behavioris, untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
yang konsisten dan tekal, hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas
diperlukan.

Ini bermaksud dorongan yang muncul itu menyebabkan terjadinya tindak balas proses
pembelajaran dan seterusnya membangkitkan tingkahlaku tertentu yang dipelajari melalui
interaksi dengan persekitaran.

2
Oleh itu, guru itu sepatutnya menghargai dan memuji walau sekecil usaha yang telah
Sudin lakukan. Dengan penghargaan dan pujian ini akan membangkitkan motivasi kepada
Sudin untuk lebih berusaha melakukan yang terbaik pada masa hadapan.

ii. Teori Pembelajaran Kognitif Dan Konstruktivis

Didalam video yang dibincangkan ini, kita dapat lihat melalui watak Sudin yang pada
mulanya seperti tiada masa depan kerana bapanya tidak percaya dan tidak menyokong
kebolehan beliau dalam seni bela diri. Begitu juga dengan watak Roy, kebolehan beliau
dalam penulisan Blog dianggap sia-sia, tidak berfaedah dan tiada masa depan oleh
ibunya.

Babak ini berkait dengan pendekatan Kognitif iaitu menekankan bahawa tingkah laku
dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Dalam teori
kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik, bermotivasi, dan meneroka
untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk tingkah laku.

Kesannya kita dapat lihat, apabila ada ransangan, dorongan dan kepercayaan daripada
ibu bapa, guru dan juga masyarakat sekeliling, kita dapat lihat Sudin dan Roy berjaya
mengembangkan potensi dalam bidang yang mereka ceburi dan mengharumkan nama
masing-masing.

Jadi, bagi memotivasikan murid, kita sebagai guru harus merangsang naluri ingin tahu dan
menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya.

iii. Teori Pembelajaran Sosial

Kanak-kanak pada tahap umur Jefri lebih mudah terkesan dengan pembelajaran dari
persekitaran yang mereka lihat dan dengar. Babak ini agak lucu, tapi kita boleh lihat
bagaimana mereka percaya dengan bersentuhan tangan sahaja boleh mengandung
kerana itulah apa yang mereka lihat dan belajar. Dan seterusnya membawa kepada
tindakan Jeffry untuk menghindari perkara itu dari terjadi. Apa perkaitannya babak ini
dengan Teori Pembelajaran Sosial? Definisi teori ini adalah satu pembelajaran yang
berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang
sebagai model tingkah laku.

3
Begitu juga ketika mana Roy membaiki komputer riba ayahnya walau tidak diminta.
Tindakannya itu adalah tindak balas daripada kepercayaan akan kebolehan dirinya untuk
melakukan perkara itu. Ia berhubung dengan salah satu elemen teori ini iaitu persepsi
efikasi kendiri (kepercayaan dan keyakinan individu) membantu dalam menentukan
bagaimana seseorang individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang
diperoleh. Dengan kata lain, pencapaian dan motivasi individu ditentukan oleh
kepercayaan terhadap diri sendiri seterusnya meransang individu itu dan mempengaruhi
tindakan selanjutnya.

Oleh itu, individu berkecenderungan untuk memilih tugas yang mereka fikir yakin dan
mengelakkan tugas yang mereka tidak berkebolehan dan peranan gurulah untuk
menunjukkan pembelajaran terbaik terhadap kecenderungan dan kebolehan setiap
pelajarnya yang berbeza.

iv. Teori Pembelajaran Humanistik

Humanistik adalah perspektif yang menekankan melihat seluruh individu dan menekankan
konsep seperti kehendak bebas, keberkesanan diri, dan kegigihan kendiri.

Pendekatan Humanistik menekankan kebebasan peribadi, pilihan, dan minat kearah


pertumbuhan kendiri. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi. Seseorang
itu didorong untuk melakukan perbuatan tertentu kerana keinginan dalaman mereka untuk
mencapai segala mereka inginkan.

Misalnya, aksi Jefri mencuri wang dari kantin sekolah adalah kerana keinginan beliau yang
kuat supaya dapat membeli tiket yang hampir habis buat ibu bapanya yang sentiasa sibuk
menyaksikan persembahan yang lebih lagi beliau sebagai watak utama..

Selain itu, babak ketika Sudin bersetuju untuk berkaloborasi dengan kumpulan gangster
adalah kerana keinginan beliau mempraktikkan minat dan kebolehan beliau. Ayat ketua
gangster itu yang berbunyi, “Aku dengar kau boleh lawan kan?” memberi impak kepada
Sudin. Tapi sayang kerana minat beliau ini tidak dipandu sebaiknya.

Tapi pengakhirannya, kita lihat apabila kebebasan, minat dan kecenderungan seseorang
disokong, didorong dan dipandu sebaiknya akan menghasilkan kearah sesuatu yang

4
positif. Tugas gurulah memandu kehendak mereka itu kearah positif dan jauh dari anasir
negatif.

3. REFLEKSI

Melalui penulisan ini, dapat kita fahami betapa pentingnya peranan seorang guru dalam
memotivasikan para pelajar mereka. Tindakan yang dibuat guru itu akan membawa kepada
tindakan pelajarnya samada kearah positif atau negatif. Oleh itu, ia mengajar kita supaya berhati-
hati dalam semua aspek samada percakapan, tingkah laku, dan sebagainya supaya kita tidaklah
menjadi punca negatif tetapi menjadi guru yang terbaik dalam perjalanan perkembangan
pelajarnya.

Selain itu, seorang guru juga dapat memahami, meramal dan seterusnya mengawal tindakan
yang dilakukan oleh pelajarnya. Guru juga tahu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh
pelajarnya yang pelbagai latar belakang, perbezaan tahap berfikir, dan perbezaan
kecenderungan minat mereka. Akhir kata ibu bapa dan guru sama-sama menggembleng tenaga
dalam pembentukan generasi akan datang lahir sebagai generasi yang membanggakan ibubapa,
keluarga, agama, masyarakat dan negara.

4. RUMUSAN

Kesimpulannya, ilmu psikologi pendidikan ini adalah mutiara berharga yang wajar digali oleh
semua yang bakal atau sudah bergelar pendidik. Melalui ilmu ini terdapat beberapa teori
pembelajaran yang boleh diaplikasi kepada pelajar supaya menjadikan pembelajaran itu
bermanfaat.

5
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, & Yusof Boon. (2008). Psikologi Pendidikan. Johor: Penerbit
UTM Press.

Salhah Abdullah, & Sapora Sipon. (2014). Psikologi Pendidikan. Negeri Sembilan: Penerbit
USIM.

Zainudin Abu Bakar (2014). Psikologi Pendidikan: Pedoman Untuk Guru dan Ibubapa.
Singapore: Partridge Publishing Singapore.

Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham & A’dawiyah Ismail. (2018). Pendekatan Motivasi
Dalam Dakwah Remaja. Jurnal Hadhari, 10 (1), 77-9. Dimuat turun daripada
http://journalarticle.ukm.my/12103/1/25682-76637-1-SM.pdf

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Fadillah Mansor. (2007). Keperluan Motivasi Dalam
Pengurusan Kerja Berkualiti Dari Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Usuluddin, (25), 103-
124.

Awanis Binti Mohd, Ainunmadiah Binti Mohd Nawawi & Dr Siti Noor Binti Ismail. (2016). Tahap
Efikasi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Sekolah Di Sekolah-Sekolah
Menengah Dalam Daerah Bachok. Proceeding of ICECRS, (1), 312-326. Dimuat turun
daripada http://repo.uum.edu.my/23056/1/ICECRS%201%20%282016%29%20312-
326.pdf

Ahmad Johari Sihes. (n.d), Teori Pembelajaran. Diakses pada 20 Oktober 2020, daripada laman
web http://eprints.utm.my/id/eprint/10358/1/bab11.pdf

Anda mungkin juga menyukai