Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU

KHAS, 56000 KUALA LUMPUR

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Penulisan
Nama Pelajar : NURUL SYIDA BINTI KAMARUDDIN

Angka Giliran : 2021172400098

No Kad : 870210385252
Pengenalan

Kumpulan / Unit : D1.5

Kod Kursus : EDUP2093

Nama Kursus : PEDAGOGI

Nama Pensyarah : PN.NURULSHAHIDAH BINTI HAMDAN

Tarikh Hantar : 2 OGOS 2021


Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin

kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Pedagogi (EDUP 2102) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih

kepada Pn Nurul Shahida, selaku Pensyarah EDUP 2102 kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau

kepada saya untuk melunaskan tugasan kerja kursus yang diberikan. Terima Kasih Pn.

Tanda tangan Pelajar: Nurul Syida Tarikh: 2 ogos 2021

Komen Pensyarah

Markah Penulisan
Akademik
RUBRIK PEMARKAHAN

Penulisan

EDUP2093: PEDAGOGI

GRED AMAT
CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL
CEMERLANG

MARKAH
(45.0 - (39.0 - (32.0 - (25.0 - (0 -
50.0) 44.9) 38.9) 31.9) 24.9)

RUBRIK MARKAH: 50 WAJARAN: 50%

KOMEN
PENSYARAH
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2013), definisi pendidikan merupakan satu
proses pengajaran yang berkaitan mendidik dan mengajar samada secara formal atau tidak
formal. Melalui definisi ini dapatlah kita memahami bahawa pendidikan merupakan proses
pertumbuhan ke arah yang lebih baik dalam mewujudkan suasana belajar dan proses
pembelajaran bagi mengembangkan potensi diri. Dalam pendidikan, seseorang guru
mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar di mana guru adalah
tonggak utama dan merupakan tulang belakang asas dalam memertabatkan sistem
pendidikan. Bidang pendidikan ini sangat penting kepada semua lapisan masyarakat demi
menjamin masa hadapan negara. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan pendidikan
berkualiti yang dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan meningkatkan imej
negara. Dengan adanya ilmu pengetahuan, rakyat dapat mejadi pemangkin ke arah
pembangunan negara yang lebih maju setanding dengan negara-negara luar.

2.0 ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Pada penghujung tahun 2019, Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak


penyakit berjangkit, iaitu Covid-19. Disebabkan penularan wabak ini, semua sekolah telah
ditutup atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Maka, bagi meneruskan proses
pembelajaran yang berkala, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil
insiatif dengan mewujudkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Melalui sistem PdPR ini, terdapat beberapa isu pemasalahan yang berfokus kepada murid
antaranya bilangan murid yang terlalu ramai semasa PdP atas talian, Google Meet. Perkara
ini berlaku kerana terdapat pergabungan antara tiga kelas yang berbeza bagi satu sesi PdP.
Pemasalahan ini akan menyebabkan kelas menjadi terlalu bising, murid tidak fokus dan
proses pembelajaran akan terganggu. Sebagai seorang guru, saya merasakan perkara ini
mencabar dalam memastikan murid menumpukan perhatian sepenuhnya ketika
pembelajaran sedang dijalankan. Pembelajaran di atas talian tidaklah mudah kerana ia
memerlukan 100% perhatian. Dengan ini, berlaku beberapa kekangan yang saya lalui dalam
pembelajaran seperti kesukaran mengawal murid. Ini kerana, terdapat perbezaan kognitif
bagi setiap murid di mana terdapat murid yang berminat dan kurang berminat dengan topik
elak penyakit. Justeru, PdP di dalam kelas saya akan menjadi kurang menarik dan pelajar
merasa cepat bosan. Akibatnya, saya mendapati murid akan menghadapi masalah
pembelajaran dan prestasi akademik murid merosot. Oleh itu, isu yang berlaku ini saya
dapat atasi dengan menggunakan pembelajaran bermakna agar tiada murid tercicir.

1
3.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pelan Pembelajaran


bermakna dalam dunia pendidikan. Pembelajaran bermakna bukanlah satu pendekatan
pembelajaran yang baru. Namun beberapa elemen baru telah dimasukkan ke dalam
pendekatan ini bagi menjenamakannya semula sebagai pedagogi baru. Kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna atau dalam istilah inggerisnya, New Pedagogies for Deep Learning
(NPDL) yang kini sedang diguna pakai (Karim, 2019). Pembelajaran bermakna ini ada
empat bahagian yang saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain bagi
menghasilkan sebuah konsep NPDL yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di sekolah. Empat bahagian tersebut adalah amalan pedagogi, rakan pembelajaran,
pemanfaatan digital dan persekitaran pembelajaran.

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) mempunyai lima model yang


boleh diketengahkan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu model pembelajaran murid,
model reka bentuk pembelajaran, kompetensi global 6c, model 3E dan kerangka rigor dan
akhir sekali, model penglibatan. Setiap model membawa maksud dan proses yang berbeza.
Selaras dengan Program Transformasi Sekolah 2025, pencapaian PdP bukan lagi sekadar
memenuhi hasil tetapi dilanjutkan kepada pencapaian 6C iaitu creativity, communication,
critical thinking, collaboration, character dan citizenship. Konsep 6C dalam pembelajaran
abad ke-21 (PAK-21) ini perlu diterapkan dalam diri murid dan guru-guru melalui proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) samada di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Konsep ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam PdP yang berpusatkan
murid serta menekankan elemen penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
diri murid. Menurut Karim, (2019) 6C ini adalah model yang relevan untuk perkembangan
murid pada hari ini. Hal ini kerana, era globalisai yang meluas ini dapat menyalurkan
pengetahuan yang baik kepada murid.

Beberapa prinsip ajaran telah diketengahkan oleh pakar psikologi untuk memberikan
pembelajaran yang bermakna (Ausubel, 1963). Antara prinsip yang dicadangkan oleh
Ausubel, (1963) adalah mewujudkan suasana harmoni di dalam kelas. Ia adalah penting
untuk murid kekal fokus dan tidak menganggu pembelajaran. Kedua, mencadangkan aktiviti
yang menarik minat murid. Semakin tinggi minat murid untuk belajar semakin tinggi
seseorang murid mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperolehinya. Yang terakhir,
saya boleh menggunakan prinsip jelaskan melalui contoh. Penjelasan yang melibatkan
contoh ini dapat membantu murid untuk memahami kerumitan realiti dan untuk mencapai
pembelajaran kontekstual. Sebagai contoh persekitaran yang tenteram dan selesa di dalam
kelas adalah sangat penting untuk memastikan PdP berlaku dengan lebih berkesan.

2
4.0 MERUNGKAI DSKP KURIKULUM

Kejelasan dalam DSKP

DSKP KSSR : Pendidikan Kesihatan Tahun 1 2021


Topik : Elak Penyakit
Standard Prestasi
Standard
Standard Kandungan Tahap
Pembelajaran Tafsiran
Penguasaan
7.1 Penyakit dan 7.1.1 Mengetahui Menyatakan maksud
cara mencegah serta maksud kuman dan 1 kuman dan cara
mengurangkan faktor cara kuman merebak. kuman merebak.
risiko penyakit dalam 7.12 Mengetahui Memberi contoh
kehidupan seharian. penyakit bawaan 2 penyakit bawaan
kuman. kuman.
Kuman 7.13 Memahami Menjelaskan dengan
kepentingan menjaga contoh cara menjaga
kebersihan diri untuk 3 kebersihan diri untuk
mencegah penyakit. mencegah kuman
7.14 Mengaplikasi daripada merebak.
cara menjaga Menjelaskan melalui
kebersihan diri untuk contoh kepentingan
mecegah penyakit. 4 menjaga kebersihan
7.15 Menilai akibat jika diri untuk mencegah
kebersihan diri penyakit.
diabaikan. Mengesyorkan cara
penjagaan kebersihan
5
untuk mengelak
penyakit merebak.
Menyebar luas
maklumat berkaitan
6 penyakit berjangkit
dan cara
mengatasinya.
The Big Idea Essential Question
“KUMAN ADALAH ORGANISMA YANG EQ1: Apakah yang dimaksudkan dengan
BAHAYA” kuman?

3
EQ2: Adakah kuman merbahaya kepada
tubuh badan seseorang dan nyatakan jenis
kuman?
EQ3: Bagaimanakah kuman merebak?
EQ4: Bagaimanakah cara untuk menjaga
kebersihan diri?
EQ5: Apakah kepentingan kebersihan diri
kepada tubuh badan seseorang?
Pengetahuan Murid akan tahu: Kemahiran:
1. Mengetahui maksud kuman dan cara 1. Mengetahui
kuman merebak. 2. Memahami
2. Mengetahui penyakit bawaan kuman. 3. Mengaplikasi
3. Memahami kepentingan menjaga diri 4. Menilai
untuk mencegah penyakit.
4. Mengaplikasi cara menjaga kebersihan
diri untuk mencegah penyakit.
5. Menilai akibat jika kebersihan diri
diabaikan.
Perkembangan Pembelajaran
1. Murid dapat mengetahui maksud kuman dan cara kuman merebak.
2. Murid dapat mengetahui penyakit bawaan kuman.
3. Murid dapat memahami kepentingan menjaga diri untuk mencegah penyakit.
4. Murid dapat mengaplikasi cara menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyakit.
5. Murid dapat menilai jika kebersihan diri diabaikan.
Hasrat Pembelajaran
1. Saya belajar mengetahui maksud kuman dan cara kuman merebak.
2. Saya belajar mengetahui penyakit bawaan kuman.
3. Saya belajar memahami kepentigan menjaga diri untuk mencegah penyakit.
4. Saya belajar mengaplikasi cara menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyakit.
5. Saya belajar menilai jika kebersihan diri diabaikan.
Kriteria Kejayaan
1. Saya berjaya mengetahui maksud kuman dan cara kuman merebak.
2. Saya berjaya mengetahui penyakit bawaan kuman.
3. Saya berjaya memahami kepentigan menjaga diri untuk mencegah penyakit.
4. Saya berjaya mengaplikasi cara menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyakit.
5. Saya berjaya menilai jika kebersihan diri diabaikan.

4
5.0 KAEDAH DAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERMAKNA DALAM PENDIDIKAN
KESIHATAN TAHUN 1

Model pemilihan saya adalah model kompentensi pembelajaran bermakna (6C).


Model ini menjadi pilihan saya kerana topik elak penyakit ini memerlukan perbincangan idea
yang kreatif dari murid dalam penjagaan diri bagi mencegah penyakit bawaan kuman. Selain
itu, komunikasi antara dua hala amat penting bagi saya menyampaikan maksud kuman,
cara kuman merebak dan kepentingan menjaga diri untuk mencegah penyakit kepada murid.
Melalui komunikasi ini murid juga dapat berkongsi dengan menyatakan maksud kuman
secara terperinci dan menjelaskan contoh cara menjaga kebersihan diri untuk mencegah
kuman merebak. Melalui komponen pemikiran kritis, saya dapat memberi peluang kepada
semua murid untuk menjawab soalan yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Topik elak penyakit ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid bagi
menyelesaikan masalah bawaan kuman ini adalah bahaya dalam kehidupan seharian
mereka. Justeru itu, komponen kolaborasi dapat dilaksanakan melalui aktiviti secara
berkumpulan agar murid berjaya menceritakan kepentingan kebersihan diri untuk mencegah
kuman daripada merebak. Melalui pemilihan model ini, saya dapat memupuk niai-nilai murni
kepada murid melaui corak tingkahlaku, fikiran dan emosi terutama semasa musim
pandemik ini agar murid lebih berhati-hati dengan kuman yang merbahaya ini.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah Pembelajaran Berpusatkan Murid (PBM)
di mana penglibatan murid secara aktif amat digalakkan semasa kelas PdP sedang
berlangsung. Saya menggunakan kaedah ini kerana saya mengalakkan murid untuk
bertanggungjawab bagi pembelajaran elak penyakit agar murid lebih peka tentang bahaya
kuman yang menyebabkan penyakit berjangkit. Saya menggunakan pendekatan ini dengan
beberapa teknik yang bersesuaian kepada murid antaranya membina buku skrap secara
individu dan kerja secara berkumpulan. Dengan pendekatan ini, murid akan lebih seronok
memberikan pandangan bahawa kuman adalah organisma yang bahaya kepada manusia.
Selain itu, murid lebih fokus tentang tajuk elak penyakit ini kerana mereka dapat melahirkan
idea yang kreatif dalam membina buku skrap. Ini dapat mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang menarik minat serta menggalakkan penglibatan murid secara serius
dalam proses PdP. Melalui PBM ini, saya juga dapat melibatkan murid dalam membentuk
proses pembelajaran yang berasakan kekuatan dan kelemahan murid tersebut. Maka, murid
yang kurang berminat dengan tajuk elak penyakit ini dapat memberikan perhatian
sepenuhnya kerana murid ini dapat melahirkan idea mereka melalui aktiviti yang dijalankan
bersama-sama rakan sebaya semasa PdP berlansung.

5
6.0 PELAKSANAAN PEMBELAJARAN

Saya memilih topik elak penyakit sebagai tajuk yang sesuai untuk dijalankan bagi
proses pembelajaran bermakna secara PdPr. Proses merungkai Standard Kandungan (SK)
dilaksanakan bagi merumuskan penyakit dan cara mencegah serta mengurangkan faktor
risiko penyakit dalam kehidupan seharian. Manakala Standard Pembelajaran (SP) dapat
dijalankan agar murid dapat memahami kepentingan menjaga kebersihan diri untuk
mencegah kuman daripada merebak dan tahap prestasi yang ingin dicapai di dalam topik
elak penyakit ini ialah tahap penguasaan 4. Murid perlu menjelaskan melalui contoh
kepentingan menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyakit. Secara keseluruhannya,
murid akan dapat mengaplikasikan cara menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyakit
dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dengan penularan Covid-19. Topik ini dipilih
kerana ia amat sesuai untuk mendedahkan murid dengan Pembelajaran Berasaskan Projek
dan Penyelesaian Masalah yang dijangka akan memberi kesan yang berterusan kepada
murid dalam usaha mengesyorkan cara penjagaan kebersihan untuk mengelak penyakit
merebak.

Melalui pelaksanaan pembelajaran atas talian ini, saya menyampaikan ilmu bahawa
bahayanya wabak penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui sentuhan dan udara.
Saya menjelaskan penyakit bawaan kuman antaranya adalah demam denggi, influenza,
penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan sebagainya. Dengan penjelasan bahaya kuman
kepada manusia ini dapat diatasi dengan penjagaan kebersihan diri oleh semua murid.
Wabak penyakit berjangkit yang tular kini iaitu kuman bawaan virus Covid-19 memerlukan
penjagaan diri dari sudut penjarakan sosial, kerap membasuh tangan, sentiasa memakai
pelitup muka dan sentiasa memastikan diri dalam kedaan yang bersih. Dengan penjelasan
ini, murid lebih mengetahui maksud kuman dan memahami kepentingan menjaga
kebersihan diri.

Aktiviti yang dapat saya laksanakan secara atas talian adalah dengan menyediakan
persiapan pengajaran dengan video-video yang menarik iaitu berkaitan elak penyakit
berjangkit. Hal ini dapat meningkatkan perhatian murid untuk kekal fokus sepanjang PdP.
Seperti contoh, saya berbincang dan berkongsi pendapat dan pandangan bersama murid.
Murid diberi peluang untuk menjelaskan apa yang terkandung di dalam video yang
dibentangkan supaya murid akan lebih memahami topik ini semasa pembelajaran
berlansung. PdP yang menggunakan sistem digital ini amatlah memberangsangkan kerana
pelajar akan lebih ceria, keharmonian dalam kelas akan lebih menyerlah dan komunikasi
antara saya dan murid akan menjadi lebih baik. Antara pelaksanaan yang saya lakukan
adalah dengan saya mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah untuk memberi

6
perhatian kepada pembelajaran. Misalnya, saya melihat pelajar yang kurang berkomunikasi
dengan saya walaupun telah diajukan beberapa soalan tetapi pelajar itu masih tidak dapat
berkomunikasi dengan baik. Strategi selanjutnya adalah murid perlu membaca dan
menjawab teka-teki di halaman 84 dalam buku teks Pendidikan Jasmani Kesihatan. Selepas
selesai menjawab, saya bersoal jawab dengan murid tentang kesihatan murid pada hari PdP
berlangsung. Dengan ini murid akan rasa lebih seronok kerana saya memberikan perhatian
dan mengambil berat atas kesihatan mereka terutama ketika musim ini. Ini akan
mewujudkan komunikasi dua hala yang baik dan berkesan kepada murid yang tidak fokus
semasa belajar.

Selain mempamerkan video yang menarik saya juga mempamerkan gambar-gambar


penyakit bawaan kuman seperti penyakit demam denggi, influenza, keracunan makanan,
penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan sebagainya yang boleh merebak melalui
bawaan kuman. Dengan pelaksanaan ini, murid sangat teruja dan lebih fokus kepada setiap
gambar yang ditunjukkan dan murid memberikan cadangan penyakit lain yang berpunca
daripada bawaan kuman. Dari sini, saya dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif
dan berfikir secara lebih kreatif dan kritis dengan menggunakan pendekatan secara KBAT.
Dengan menggunakan kemahiran daya fikir ini semasa sesi PdP, proses PdP yang
berlansung akan menjadi lebih berkesan dan murid akan lebih seronok untuk belajar.
Melalui pendekatan ini, kemahiran yang digunakan oleh murid bagi topik elak penyakit ini
ialah mengetahui, memahami, mengaplikasi dan menilai bahaya kuman terhadap seluruh
organisasi. Dalam pelaksanaan pembelajaran aktiviti PAK-21 pula, saya menggunakan
Stretch to Sketch iaitu lukis mengikut kreativiti murid. Oleh itu, bagi menambahkan
pengetahuan kepada murid berkaitan topik ini, saya memberikan tugasan ringkas kepada
murid di mana murid melakukan tugasan secara individu dengan membuat poster tentang
cara kuman merebak. Sebelum sesi pembelajaran berakhir, saya meminta murid
mempamerkan dan membentangkan poster yang dihasilkan.

Selain dari melukis poster, saya juga telah melaksanakan Penilaian Bilik Darjah
(PBD) melalui instrumen secara bertulis iaitu kuiz secara talian di dalam bentuk Google
Form. Saya menggunakan item instrumen yang berbentuk ujian objektif yang mempunyai 4
pilihan jawapan dimana terdapat 10 soalan yang perlu dijawab oleh semua murid di mana
kuiz ini berlangsung selama 30 minit dengan kriteria yang telah ditetapkan. Soalan yang
disediakan ini merupakan soalan yang berfokuskan kepada topik elak penyakit iaitu soalan
pencetus idea (EQ) yang merupakan salah satu elemen yang penting yang dapat menjana
pemikiran murid supaya meneroka tajuk elak penyakit ini dengan lebih terperinci.
Berdasarkan soalan ini, murid dapat meneroka erti bawaan kuman kepada penyakit
berjangkit dan cara pencegahan kuman ini daripada merebak. Penggunaan aplikasi seperti

7
ini juga akan memudahkan ibu bapa untuk memantau tahap penguasaan anak-anak mereka
terhadap tajuk elak penyakit. Pentaksiran yang diubah ini dapat memberikan kesan yang
positif serta meningkatkan perhatian murid dengan lebih mendalam terhadap pembelajaran
elak penyakit yang sedang dipelajari.

7.0 KESIMPULAN

Natijahnya, amalan pembelajaran bermakna perlu sentiasa diwujudkan di sekolah


secara formal ataupun atas talian bagi merangsang perkembangan murid secara
menyeluruh. Amalan ini mampu memberi kredit kepada penglibatan murid sekolah secara
aktif di dalam kelas dan aplikasi atas talian di samping menjadikan suasana pembelajaran
lebih harmoni dan menyeronokkan. Saya juga perlu kreatif dan inovatif dalam memilih
pelbagai strategi PdP yang merangkumi pendekatan pelbagai keadah dan teknik yang
sesuai bagi mengurangkan masalah yang dihadapi di kalangan pelajar sekolah. Adegan ini
akan meningkatkan profesionalisme saya sebagai guru dan meningkatkan sistem
pendidikan melalui cermin kualiti yang dipamerkan menerusi amalan pembelajaran
bermakna.

Sebagai kesimpulan, model Pembelajaran Kompetensi 6C dan Pembelajaran


Berasaskan Murid (PBM) sangat memberi kesan yang mendalam kepada murid selari
dengan pedagogi pembelajaran bermakna (NPDL). Jika yang sebelum ini pembelajaran di
sekolah hanya berpusatkan guru sahaja dan murid menjadi pasif, kini dengan pendekatan
pedagogi baru pembelajaran bermakna yang berpusatkan murid ini dapat membina
hubungan pembelajaran antara murid dan guru serta mempunyai elemen merentas
kurikulum (EMK) pada setiap proses pembelajaran yang dijalankan meskipun pembelajaran
secara dalam talian (PdPR).

8
8.0 RUJUKAN

Ab Halim Tamuri, Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam


Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-
8 (PEDA8).

Ausubel, D. P. (1963). The psychology of meaningful verbal learning.

Baharuddin, I. (2020). Pembelajaran bermakna berbasis daring di tengah pandemi covid-19.


Kelola: Journal of Islamic Education Management, 5(2), 79-88.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat

He, F., Deng, Y., & Li, W. (2020). Coronavirus disease 2019: What we know? Journal of
medical virology, 92(7), 719-725.

Karim, E. (2019). REKA BENTUK PEMBELAJARAN DALAM KAPASITI PEDAGOGI


PEMBELAJARAN BERMAKNA DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK. Jurnal
Refleksi Kepemimpinan(JILID I).

Organization, W. H. (2021). COVID-19 weekly epidemiological update, 25 May 2021.

Pauzi, M. F., Juhari, S. N., Amiruddin, S., & Hassan, N. M. (2020). Covid-19: Pengajaran
dan pembelajaran sewaktu krisis pandemik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan(JILID III).

Rosana, D. (2009). Model pembelajaran lima domain sains dengan pendekatan kontekstual
untuk mengembangkan pembelajaran bermakna. Jurnal Penelitian dan Evaluasi
Pendidikan, 13(2).

Sandy, S., Jobar, N. A., Rusli, N. F. M., & Adam, N. F. M. (2021). Tinjauan Pengetahuan,
Faktor Dan Kesan Pelaksanaan Set Induksi Dalam Kalangan Mahasiswa Terhadap
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asian Pendidikan, 2(1), 9-18.

9
9.0 LAMPIRAN

10

Anda mungkin juga menyukai