Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS SULTAN MIZAN, KAMPUNG RAJA,
22200 BESUT, TERENGGANU

EDUP2093
PEDAGOGI

NAMA : RAIHAN BINTI ALIAS


NO. K/P : 950221-03-6058
ANGKA GILIRAN : 2021102410053
PROGRAM : PDPP
AMBILAN : JUN 2021
UNIT : PAI1
NAMA : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
PENSYARAH

TARIKH HANTAR : 31 JULAI 2021

1
BORANG MAKLUM KERJA KURSUS

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandangan Pelajar: Tarikh: 31 Julai 2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan
cop cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:_________________ Tarikh:_____________

2
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di
atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya
walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik
Mat Zin bin Mat Nawi, selaku pensyarah saya di atas sokongan, nasihat dan bimbingan yang
diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan penulisan ini. Segala bantuan,
semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang
pelajar dan pendidik yang baik.

Ucapan terima kasih kepada suami tersayang, Muhammad Anas bin Mohd Razi atas kesabaran,
sokongan, bantuan, toleransi, cinta dan doa seluruh keluarga , sehingga penulisan ini dapat
disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat
saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini. Akhir kata, ucapan terima kasih juga
kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan
cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga penulisan ini dapat dijadikan
wadah ilmu yang berguna untuk tatapan umum.

3
ISI KANDUNGAN

1. TUGASAN 1.1 5
2. TUGASAN 1.2 8
3. RUJUKAN 15
4. LAMPIRAN 16

4
TUGASAN 1.1 Templat Perancangan PdP – KmR
(Merungkai Kurikulum)

Peringkat 1 : Hasil Diharapkan (Desired Result)

Hasil Pembelajaran ( G ):

1) Sains
- 3.2.3 Murid dapat membuat kajian dan mewajarkan kepentingan kandungan gizi
seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam mengekalkan kesihatan badan.

2) Bahasa Melayu
- 4.3.1 Murid dapat menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasi kerangka
penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan idea yang kreatif serta
bahasa yang indah dan menarik.

Kriteria Kejayaan:

1) Sains
- Mereka cipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai nutrisi dan
dapat membuat penyelesaian masalah serta membuat keputusan dengan mengambil
kira nilai sosial masyarakat.

2) Bahasa Melayu
- Menulis dan menyatakan makna kata dan sesuatu situasi yang dibaca serta
melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan, menghasilkan pelbagai penulisan yang
kreatif.

5
Kefahaman ( U ): Soalan Pencetus Idea ( Q ):

Sains Sains
Hidup Ceria - Bagaimana mengekalkan tubuh badan
-Pelajar akan memahami amalan dan yang sihat dan dapat hidup dengan penuh
gaya hidup sihat. makna?

Bahasa Melayu Bahasa Melayu


- Pelajar akan memahami mengapa isu - Bagaimana mengenali badan yang sihat
obesiti sering kali dibincangkan. dan pemakanan yang sihat?

Pengetahuan ( K ): Kemahiran ( S ):

Sains Sains
- Pelajar mengetahui tentang kepentingan - Pelajar boleh merancang menu yang sihat
gizi seimbang, senaman dan gaya hidup dan seimbang
yang sihat

Bahasa Melayu Bahasa Melayu


- Pelajar mengetahui pemakanan yang - Pelajar boleh menulis sajak menggunakan
sihat melalui keadaan anggota badan idea yang kreatif dan bahasa yang indah

6
Peringkat 2: Bukti Pentaksiran ( Assessment Evidence )

Bukti Kaedah Pentaksiran Tugasan Pembelajaran

Sains Sains Sains


- Pelajar boleh mencipta - Buku pelbagai resepi menu - Pelajar meyediakan
menu yang sihat sihat resepi menu yang sihat

Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu


- Pelajar boleh mencipta - Cerpen dan puisi - Pelajar perlu
karya dan puisi menghasikan karya dan
puisi

Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran


Aktiviti Pembelajaran ( L ):

• W = ke mana arah tuju


• H = menarik minat pelajar
• E = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama
• R = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan menyemak
• E = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya
• T = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar
• O = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan

7
TUGASAN 1.2

PENGENALAN

Konsep Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) bermaksud pelajar mencipta


pengetahuan baru dan menghubungkan ke dunia sebenar dengan menggunakan
penguasaan bahan digital. Ia juga mencerminkan pendekatan yang berbeza untuk belajar
dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil menghasilkan perkara yang relevan di
sekeliling kita. KPPB bukan hanya data yang dihafal tetapi rangka kerja konsep bagaimana
kita melihat dan mentaksir realiti di sekeliling kita dan mengaitkan dengan pengetahuan dan
pengalaman sebelumnya.

Selain itu, perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu elemen yang sangat
penting kepada seseorang guru. Ini kerana, perancangan pengajaran mencerminkan cara
seseorang guru akan menyampaikan pengajarannya. Perancangan pengajaran juga
membantu seseorang guru untuk menterjemahkan kurikulum yang disediakan oleh pihak
penggubal dasar dengan menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan tahap
pelajar (Koenig, Blomeke, Klein, Suhl, Busse & Kaiser, 2014). Oleh itu, perancangan
pengajaran amat diberi penekanan memandangkan cara seseorang guru melaksanakan
pengajarannya bergantung kepada cara perancangan yang telah dilakukan.

Melalui perancangan pengajaran, proses merungkai dan merangkai antara beberapa subjek
yang relevan boleh dilakukan ke atas pelajar tingkatan yang sama bagi tujuan meningkatkan
amalan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aspek kolaboratif. Melalui
perkongsian sebegini, para pelajar turut mendapat manfaat seperti pencarian maklumat
berfokus walaupun melibatkan banyak tugasan malah masa, tenaga dan kos menghasilkan
tugasan turut dapat dikurangkan.

8
PROSES MERUNGKAI KURIKULUM MENGGUNAKAN BACKWARD DESIGN

Backward Design ialah satu model baru untuk mereka bentuk bahan-bahan pengajaran yang
mana guru akan memulakan proses mereka bentuk dengan memfokuskan kepada hasil
pembelajaran yang diharapkan (Michael & Libarkin, 2016). Langkah pertama dalam
Backward Design ialah mengenal pasti hasil pembelajaran, kemudian menetapkan bukti
hasilan untuk pentaksiran, seterusnya barulah merancang aktiviti PdPC (Jensen et al.,2017).
Ini membawa maksud bahawa aktiviti PdP yang ingin dilaksanakan ialah berpandukan
kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Templat kefahaman merekabentuk (KmR)
digunakan dalam peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.

Peringkat 1: Menentukan Hasil Hasrat Pembelajaran (Kejelasan)

Dalam proses merungkai kurikulum, kejelasan guru terhadap kurikulum yang yangingin diajar
di dalam kelas adalah penting (Michael & Libarkin, 2016). Untuk memastikan kejelasan guru
terhadap kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau DSKP perlulah
dirungkai terlebih dahulu. Kejelasan guru terhadap DSKP adalah untuk mengenalpasti
pengetahuan, kemahiran, perkembangan pembelajaran, hasratpembelajaran dan kriteria
kejayaan yang akan diimplementasikan untuk memastikan proses PdP berjalan lancar. DSKP
bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1
9
10
Peringkat 2 : Bukti Pentaksiran

Apabila memasuki peringkat kedua, bukti kepada kefahaman pelajar terhadap pembelajaran
boleh dikenalpasti apabila pelajar boleh mencipta karya dan puisi. Ini bermakna sesi PdP
berlaku secara berpusatkan pelajar. Pencapaian PdP bukan lagi sekadar memenuhi hasil
pembelajaran tetapi dilanjutkan kepada pencapaian 6C iaitu creativity, communication, critical
thinking, collaboration, character dan citizenship seperti Rajah 1.

Rajah 1

Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu mengamalkan strategi dan kaedah PdP terbaru
seperti Pembelajaran abad ke-21 untuk mencapai 6C. Namun, dalam ucapan KPP KPM,
Datuk Dr Amin bin Senin pada Seminar Pendidikan Kebangsaan KGMMB 2019 di Kuala
Lumpur, beliau menegaskan amalan pendidikan kini tidak lagi sekadar berorientasikan
peperiksaan namun berubah kepada berorientasikan perkembangan (Sinar harian, 23
Februari). Pembinaan watak dan pembangunan sahsiah kini dianggap penting dalam
kemenjadian pelajar.

Pada peringkat kedua, guru memberikan tugasan secara berkumpulan kepada pelajar untuk
menghasilkan karya dan puisi. Ini secara tidak langsung boleh mengaplikasikan teori 6C iaitu
Creativity dan Collaboration dalam kalangan pelajar.

Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran

Pada peringkat ini, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran mengikut WHERETO.

Pelajar meneroka idea baru kerana pembelajaran berlaku secara interdisiplinari antara subjek
berbeza. Secara tidak langsung, pembelajaran berlaku secara merentas kurikulum. Maka,
hasil pembelajaran yang diinginkan kini tidak sekadar berfokus kepada isi kandungan Bahasa
Melayu tetapi perlu dikaitkan dengan aplikasi kehidupan seharian seperti falsafah, tingkah
laku dan sebagainya. Perkara sebegininya sebenarnya memberi kesan baik ke atas
11
pembentukan sahsiah dan patriotisme pelajar. Selain itu, pemikiran pelajar dicabar ke suatu
tahap baru apabila mereka perlu mengaplikasi gabungan ilmu merentas bidang.

• W = ke mana arah tuju

• H = menarik minat pelajar

• E = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama

• R = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan menyemak

• E = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya

• T = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar

• O = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan

Pemanfaatan digital paling banyak digunakan pada masa sekarang. Banyak aplikasi percuma
di internet boleh digunakan untuk membangunkan sumber PdP digital, cuma guru dan pelajar
perlu meningkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka supaya mampu menggunakan
aplikasi-aplikasi interaktif tersebut. Contohnya, jika guru tiada bakat untuk bersajak dan
bersyair, boleh menggunakan aplikasi Youtube bagi menunjukkan contoh kepada pelajar cara
menggunakan intonasi dalam sajak dan syair. Pendek kata, segalanya boleh diakses untuk
tujuan pembelajaran menggunakan aplikasi digital dan secara tidak langsung menarik minat
pelajar.

Banyak kajian yang mendapati bahawa pemanfaatan teknologi digital telah meningkatkan
kualiti pengalaman pembelajaran pelajar khususnya terhadap hasil tugasan yang
dilaksanakan (Davis, 1993; Lai, 2011; Fullan & Langworthy, 2014). Lai (2011) turut
menjelaskan bahawa teknologi digital dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang
lebih aktif dan fleksibel dengan mengamalkan pendekatan pedagogi secara partisipatif.

Selain itu, bukan sekadar guru berperanan sebagai rakan pembelajaran dalam proses PdP
kMr, sebaliknya, amalan pedagogi masa sekarang memerlukan kerjasama daripada rakan
pembelajaran lain seperti ibu bapa, pakar dan masyarakat untuk menyokong pelajar
mendapatkan ilmu baru, nasihat ataupun pengalaman bermakna. Maka, peranan rakan
pembelajaran amat diperlukan untuk menyokong pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila masa. Untuk menjadi rakan pembelajaran, bukan kemahiran akademik
12
yang disyaratkan. Namun, jika ada ahli komuniti yang memiliki kemahiran teknikal, ini turut
dapat membantu pencapaian hasil pembelajaran. Pelajar boleh berkongsi video syair dan
karya mereka di aplikasi digital Bersama rakan pembelajaran dan menyebarluaskan ilmu
secara globalisasi.

Di samping itu, pelajar perlu kreatif memanfaatkan masa dan ruang yang ada. Ruang kini
tidak terhad secara fizikal semata-mata tetapi telah wujud ruang virtual. Pelajar boleh berfikir
semula dan menyemak aktiviti pembelajaran supaya mudah difahami dan boleh didapati di
mana-mana platform digital.

Bagi pembelajaran pdp ini, guru memastikan ianya sesuai dengan kepelbagaian kebolehan
atau latar belakang pelajar dan mencapai aras yang boleh difahami oleh pelajar supaya dapat
melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan.

KESIMPULAN

Pelajar dan guru masa kini berhadapan dengan perubahan amalan PdP yang lebih
mencabar. Namun, kemudahan-kemudahan sedia ada yang mudah dicapai seperti teknologi
digital dan dengan sokongan rakan pembelajaran bakal menjadikan PdP mereka lebih
berkesan. Bukan setakat pelajar, malah guru juga harus bersedia menghadapi transformasi
dunia pendidikan. Amalan pedagogi dan persekitaran pembelajaran baru serta terkini harus
dijadikan kebiasaan kepada golongan guru dalam usaha peningkatan kemenjadian pelajar.

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka
dengan penuh jujur dan minat akan sentiasa meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya objektif pdp yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian jelas
menunjukkan bahawa kemahiran merungkai dan merangkai kokurikulum mempunyai banyak
manfaat untuk pendidikan pada era kini. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan aspek
pedagogi fdan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara
berterusan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis, seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikhendaki dalam Falsafah Pendidikan
Negara.

13
14
RUJUKAN

Braun, V., & Clarke, V. (2013). Successful qualitative research: A practical guide for
beginners. sage.

Delamont, S. (2016). Fieldwork in educational settings: Methods, pitfalls and perspectives.

Fullan, M. & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How new pedagogies found a deep
learning. Pearson.

Routledge.Koenig, J., Blömeke, S., Klein, P., Suhl, U., Busse, A., & Kaiser, G. (2014). Is
teachers' general pedagogical knowledge a premise for noticing and interpreting
classroom situations? A video-based assessment approach. Teaching and Teacher
Education, 38, 76-88.

Lai, K.W. (2011). Digital technology and the culture of teaching and learning in higher
education. Australasian Journal of Educational Technology, 27(8), 1263-1275.

Prensky, M. (2000). Digital native, digital immigrants, Part 1. On the horizon, 9(5),1-6.

Sinar harian. (2019, 23 Februari). Betulkan naratif pendidikan hanya fokus peperiksaan.
Retrieved from: https://www. sinarharian.com.my/article/14568/BERITA/Nasional/

Weiser, M. (1991). The computer for the 21st century. Retrieved from:
https://www.ics.uci.edu/~corps/phaseii/Weiser- Computer 21stCentury-SciAm.pdf

15
LAMPIRAN

Rancangan Mengajar Harian Sekolah

Menengah Pendekatan Pembelajaran

Berasaskan Didik Hibur

Kemahira
ASPEK SENI BAHASA
n bahasa
Tingkatan 2 Al-Jazari
Masa 1 Jam

Tema/Tajuk Sajak

Standard 4.3 Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang.


Kandunga
n
Standard 4.3.2 Menghasilkan syair secara terancang dan tertib,
Pembelajara menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah
n dan menarik.

Objektif
Pengajaran
& Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Pembelajara
n Menulis dua rangkap syair dengan bahasa yang indah dan menarik.

Ilmu: Sejarah & Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai: Perpaduan

Elemen Kemahiran:
Merentas a) KBAT : Menilai dan mencipta
Kurikulum
b) EMK : Kreativiti dan inovasi
: Patriotisme

16
AKTIVITI CATATAN
i. Murid diperdengarkan rakaman audio syair Pohon Buluh
ii. Guru meminta murid menyanyikan bersama-sama Rakaman audio
syair sambil menghayati baris-baris syair.

iii. Murid menyatakan maksud setiap rangkap dan isu yang


berkaitan dengan syair.

i. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.


Sampul tugasan
ii. Murid berbincang dan menulis dua rangkap
syair bertemakan perpaduan.

iii. Murid berlatih untuk melagukan syair dengan


intonasi, nada dan gaya yang betul.

iv. Wakil setiap kumpulan membuat persembahan,


manakala murid dari kumpulan lain boleh memberikan
maksud dan isu yang terdapat dalam syair yang
didengar.

Murid membuat refleksi mengenai perkara yang


dipelajari.
Guru memberi hadiah kepada setiap kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai