Anda di halaman 1dari 21

PROFESIONALISME EDUP2132

KEGURUAN

• STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


• GURU SEBAGAI PEMIMPIN
INSTRUKSIONAL

AHLI KUMPULAN:
• NIK AHMAD SUKIME BIN NIK LEH
• ROSAIRA BINTI ABD LATIFF
• SITI ZAINAB BINTI DAUD
• NURUL SAADAH BINTI MAKHTAR
SGM 2.0
❏ Standard guru Malaysia (SGM) 2.0 merupakan dokumen rujukan
berkaitan kompetensi yang perlu dicapai dan etika yang perlu
dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh guru di Malaysia.
❏ SGM 2.0 terdiri dari dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan
Etika Keguruan.
❏ Dimensi kompetensi menjelaskan kompetensi yang perlu dimiliki
oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk
melaksanakan PdP dengan lebih berkesan.
❏ Manakala etika keguruan pula merupakan prinsip moral dan nilai
akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di
Malaysia bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya
professional serta dipandang mulia oleh masyarakat.
SGM 2.0
SGM 2.0
SGM 2.0
GURU SEBAGAI
PEMIMPIN
INSTRUKTIONAL

KONSEP PEMIMPIN Ciri-ciri Guru Sebagai


INTRUKTIONAL Pemimpin
Instruksional

PERANAN GURU SEBAGAI


PEMIMPIN
INSTRUKTIONAL
KONSEP PEMIMPIN INSTRUKTIONAL

DEFINISI

Kepimpinan : keupayaan untuk mempengaruhi,


memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku
pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi.

Instruksional: pengajaran atau proses mengajar sesuatu.


❏ Hallinger & Murphy (1985) menyatakan kepemimpinan instruksional dapat membantu
meningkatkan keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
sesebuah sekolah.

❏ Drake & Roe (1986) pula mendefinisikan kepemimpinan instruksional sebagai


sebarang usaha ke arah menggalakkan dan menyokong pihak-pihak yang terlibat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat sekolah
dan pembentukan satu sistem sosial sekolah yang kukuh.

❏ Sheppard (1996) berpendapat bahawa kepemimpinan instruksional merujuk kepada


satu entiti yang berbeza daripada urusan rutin pentadbiran di sekolah tetapi yang
berkait rapat dengan perlakuan pentadbir dalam penyediaan tugas guru di kelas
dan pemantauan kemajuan murid.
❏ Pemimpin instruksional yang berkesan adalah pemimpin yang
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kepintaran, kejujuran dan
integriti, dorongan kepimpinan, sedia untuk berubah, keyakinan diri
dan kreativiti.

❏ Menurut DeBevoise (1984), kepemimpinan instruksional didefinisikan sebagai


meliputi semua tindakan yang diambil oleh pengetua atau wakilnya bagi
mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid dan kepimpina yang
berupaya meningkatkan prestasi pelajar serta menjana kecemerlangan sekolah.

❏ Greenfield (1987), menjelaskan bahawa kepemimpinan instruksional merupakan


tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua dengan tujuan untuk
mempertingkatkan keadaan pembelajaran di sekolahnya.
❏ Berdasarkan definisi-definisi tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa kepimpinan
instruksional berkesan sebagai proses di mana seseorang Guru Besar / Pengetua yang
berperanan sebagai pemimpin mempengaruhi tingkah laku guru-guru, murid-murid dan
staf sekolah untuk menerima gaya kepimpinan instruksional ke arah mencapai visi dan
misi sekolah.
Ciri-ciri Guru Sebagai
Pemimpin Instruksional
1. Sentiasa Bersedia

 Sebagai seorang pemimpin instruksional guru perlu


sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi bagi
menjamin kompentensi mereka.
 Perubahan sentiasa berlaku dalam sistem Pendidikan.
Pemimpin instruksional perlu bersedia untuk menempuh
perubahan bagi memastikan mereka mampu memberikan
bimbingan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar.
2. Celik ICT

 Sebagai pemimpin instruksional guru perlu celik dalam


teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Barulah kerja
mereka lebih efision bertepatan dalam mendidik jenerasi Z
atau gegerasi milinium masa kini.
3. Bersifat Terbuka

 Perlu bersifat terbuka dalam menjalankan tugas.


Pemimpin yang bersifat dan berfikiran terbuka akan
sentiasa bersedia untuk mengajar dan diajar.
 Sifat terbuka ini membolehkan perkongsian ilmu antara
guru dengan guru dan guru dengan pelajar berlaku dengan
lancar. Maka mereka akan mendapat manfaat Bersama.
4. Peka

 Guru sebagai pemimpin instruksional perlu sentiasa peka


terhadap perkembangan dunia Pendidikan. Pemimpin yang
peka akan sentiasa mencari dan mempraktikkan pelbagai
kaedah dalam penyampaian ilmu bagi memastikan kaedah
mengajar mereka memenuhi keperluan setiap pelajar.
Peranan Guru
Sebagai Pemimpin
Instruksional
Membantu pelajar mencapai matlamat Action 2

pencapaian akademik yang telah ditentukan

• membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran dengan :


- menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai atau menggunakan bahan bantu mengajar yang
senang difahami

• mendidik pelajar menyenaraikan matlamat mereka sendiri dengan:


- galakan menyediakan jurnal bagi memudahkan pemantauan prestasi mereka dari semasa ke semasa
- menggalakkan pembelajaran kendiri yang memberi autonomi kepada pelajar menentukan gaya
pembelajaran yang sesuai.

Action 4
Memberi Inspirasi, sokongan dan motivasi
kepada guru dan pelajar

• Guru besar berperanan sebagai role model yang bertanggungjawab membimbing dan menjadi inspirasi kepada guru untuk
melaksanakan tugas dengan baik

Action 3
• Guru besar dan guru biasa berperanan mewujudkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam diri pelajar
- sesi PdP akan berjalan lebih lancar sekiranya ada rangsangan berterusan
Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid
secara konsisten

• Menjalankan pentaksiran formatif dan sumatif untuk:


- mengesan kelemahan dan kebolehan pelajar dalam topik yang dipelajari
- mengetahui keberkesanan pengajaran guru
- membuat tindakan susulan

• Merancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan pemahaman pelajar bagi mengelakkan pelajar tercicir

Mewujudkan budaya sekolah yang positif

• mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif


- sekolah yang memiliki infrastruktur yang lengkap cenderung untuk melahirkan pelajar yang cemerlang

• memaparkan perilaku dan ketrampilan yang positif


- mempengaruhi pelajar dengan teladan yang baik
Menjadi sumber rujukan utama murid

• Guru perlu menguasai kurikulum atau silibus mata pelajaran yang diajar
- supaya pelajar tidak terkapai-kapai dan merujuk maklumat yang salah

• Guru perlu sentiasa mengembangkan ilmu dan kemahiran mereka


- dengan cara menyertai bengkel kemahiran, kursus, ceramah dsb
- bagi memastikan pelajar memiliki sumber rujukan yng boleh dipercayai
KESIMPULAN

Kepimpinan instruksional lebih sering dikaitkan dengan peranan guru besar ataupun pengetua sekolah . Sebagai
ketua pentadbir, kepimpinan instruksional yang mereka amalkan mempengaruhi budaya kerja para guru yang mana
budaya ini akan diserlahkan dalam sesi PdP mereka di bilik darjah.

Kelebihan kepimpinan instruksional ini adalah ianya mampu mewujudkan satu rantaian di mana subordinat akan
mencontohi dan melakukan tugasan selaras dengan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh orang atasan mereka. Dengan itu,
sekiranya individu yang berada di posisi teratas sesebuah organisasi berjaya menunjukkan teladan yang baik, kesannya akan
memberi impak yang positif kepada sesebuah organisasi tersebut secara menyeluruh.
RUJUKAN

https://www.moe.gov.my

http://
cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/12/cabaran-dan-hala-tuju
-pendidikan-khas.html

https://anyflip.com/ebach/musw

Anda mungkin juga menyukai