Anda di halaman 1dari 44

EDUP2102

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN


KURSUS ASAS PENDIDIKAN
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
AMBILAN OKTOBER, 2020

Dr.Nelson Tandang anak Edwin Unting,


Pensyarah Cemerlang 54,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Miri.
Pengenalan kepada sosiologi pendidikan
• Takrifan
• Teori berkaitan dengan sosiologi
pendidikan
• Kaitan antara sosiologi dengan
pendidikan
• Kepentingan sosiologi pendidikan
Takrifan: sosiologi
a)• Sociologi – Literal: socio (teman –
greek/latin) + logos (ilmu/pengetahuan)
b)• Kajian mengenai masyarakat – Operasi:
Kajian mengenai kehidupan sosial,
perubahan sosial yang berlaku dalam sesuatu
masyarakat dan juga penyebab perubahan
sosial (social causes) dan juga kesan tingkah
laku individu dalam sesuatu institusi sosial
dan sebaliknya
Pengertian Sosiologi:

1. Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh


Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya
Positive Philosophy (1842).

2. Istilah ini berasal daripada perkataan latin


“sosio” bermaksud “berkongsi”. • Istilah ini juga
merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom
yang bermaksud “pengetahuan mengenai
masyarakat”.
Pengertian Sosiologi:

3. Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan


organisasi (Vander Zanden 1996).
4. Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai
perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi,
dll (Jary & Jary 1995).
5. Kajian mengenai kehidupan sosial manusia,
kumpulan- kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993).
6. Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena
sosial hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).
Pengertian Sosiologi:

7. Tisher, Whitten dan Hunter (1983)


menjelaskan sosiologi ialah: “Sociology is
the scientific study of human society and
social interactions. The main focus of
sociology is the group, not the individual.”
Ulasan pengertian:

Sosiologi adalah kajian saintifik mengenai …


…interaksi sosial & organisasi (Zanden, 1996)
…masyarakat dari segi fungsi, bentuk organisasi
sosial, & perkembangan budaya (Jary & Jary, 1993)
…kehidupan sosial manusia, kumpulan, &
masyarakat (Giddens, 1993)
..fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan
interaksi antara manusia (Water, 1994)
Ulasan pengertian:
■ Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan
interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut
(Amir Hasan, 2002)
■ Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian,
pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran,
bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi
kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.
■ Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang
membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
■ Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik
dan sebagainya.
Ulasan pengertian:

■ Tujuan utama sosiologi ialah untuk


mengetahui struktur asas masyarakat
manusia, mengenal pasti tekanan- tekanan
utama yang melemahkan mereka dan
mempelajari syarat-syarat yang membentuk
kehidupan sosial mereka.
Ulasan pengertian; Sociology

The study of human social behavior, society,


patterns of social relationships, social
interaction, and culture that surrounds
everyday life. It is a social science that
uses various methods of empirical
investigation and critical analysis to develop
a body of knowledge about social order and
social change.
Tokoh Sosiologi:
■ Ibnu Khaldun (1332-1406)
 Lahir di Tunisia.
 Menurutnya, sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri
sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan
peradaban manusia.
 Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik
dan ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi
sosial berkenaan.
 Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal
dalam mencari punca-punca fenomena sosial.
■ Auguste Comte (1798-1857)
1. Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
2. Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks
berbanding dengan sains lain.
3. Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi
berada pada kedudukan teratas (ratu).
4. Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik
dan sistematik.
■ Karl Marx (1818-1883)

 1. Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang


berasal dari Jerman.
 2. Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau
idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi.
 3. Mengkritik sistem kapitalisme – pihak berkemampuan
(borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja
(proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis.
■ Emile Durkheim (1858-1917)
 1.Berasal dari Perancis.
 2. Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya
pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang
perlu dikaji seperti mana mengkaji benda (kehidupan sosial
dapat dikaji seperti objek nyata).
 3. Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan
mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial.
 4. Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan
sosial tertentu) menyebabkan masyarakat moden
memerlukan moral.
■ Max Weber (1864-1920)
 1. Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi
adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa.
 2. Menganggap agama penting sebagai agen perubahan.
 3. Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri
utama sesuatu perkara atau fenomena.
 4. Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan
kepada perubahan sosial.
 5. Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku
(tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).
■ GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)

 1. Beliau adalah seorang ahli falsafah dan ahli psikologi


sosial di University of Chicago.
 2. Beliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi
secara langsung melalui simbol-symbol, seperti
perkataan, objek, perlakuan dan bahasa.
 3. Menurutnya interaksi antara individu adalah sangat
penting.
Perspektif Sosiologi:

■ Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri


tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
• Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah
laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses
kelompok.

Perspektif Sosiologi MIKRO bersifat kecil dan individu


MAKRO bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan
masyarakat/organisasi
■ MIKRO • Penagihan dadah adalah pilihan
individu • Kesan kesihatan fizikal dan mental ke
atas individu
■ MAKRO • Kes jenayah • Penyakit berjangkit •
Kualiti kerja dan pengeluaran • Pengabaian
anak-anak
Teori utama dalam sosiologi: diadaptasikan dalam
sosiologi pendidikan:
• Teori fungsionalisme – Fungsionalisme struktur
(Structural functionalism) – Konsensus (Consensus) –
Keseimbangan (Equilibrium)
• Teori konflik (Conflict theory)
• Teori interaksionisme simbolik (Symbolic
Interactionism) – Teori pelabelan (Labeling theories) –
Teori Pilihan rational/pertukaran (Rational choice
[exchange]theories)
Teori Utama Sosiologi
■ Teori Fungsionalisme
• Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
• Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi
tersendiri.
• Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian
masyarakat.
• Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan
masyarakat.
• Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah
adalah penerima pasif apa yang ditentukan pihak luar).
• Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid,
peperiksaan, dsb.
■ Fungsionalisme/konsensus
• Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan
manusia, yang mempunyai beberapa bahagian dengan
fungsi-fungsi tersendiri.
• Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-
kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan
penerusan/survival masyarakat.
• Dikenali juga sebagai teori konsensus
• Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam
sistem masyarakat.
Teori Fungsionalisme
• Premis utama: Bagaimana aspek masyarakat berfungsi
(penyesuaian) How aspects of society are functional (adaptive)
• Sesebuah masyarakat mempunyai matlamat yang sama dan setiap
ahli memainkan peranan bagi mencapai matlamat melalui interaksi
sosial – Aspek masyarakat
• Ahli – Bagaimana setiap ahli dalam masyarakat memainkan
peranan memenuhi keperluan ahli masyarakat yang lain berdasarkan
perbezaan dan kepelbagaian
• Institusi sosial – Ahli masyarakat dan institusi sosial saling
bergantungan – Masyarakat bersatu hasil daripada kesepakatan
sosial (social consensus (cohesion) – merujuk kepada apa yang
dianggap sebagai yang terbaik bagi masyarakat dan bagaimana ahli
bekerja sama bagi mencapai matlamat yang sama menerusi interaksi
sosial
■ Teori Konflik
Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti
oleh Max Webber (1864 – 1920)
Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif
konflik dan perubahan.
Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza,
kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau
kumpulan yang mahukan perubahan.
Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada
perubahan sosial.
Teori Konflik
• Premis utama: interaksi sosial dalam sesebuah masyarakat
adalah berdasarkan konflik, bukan kerjasama atau kompromi
• Konflik – Terbit dari ketidaksamaan status sosial (yang
menjurus kepada penindasan dan perebutan kuasa) – Positif
• Menghasilkan
perubahan/perkembangan/kemajuan/kestabilan – Tahap
status ekonomi sosial (SES) – Struktur sosial – Negatif
• Menerbitkan ketidakstabilan dari segi ekonomi, politik dsb.,
tidak semestinya meminima jurang perbezaan ketidaksaaman
■ ALIRAN KARL MARX

Teori Konflik:
• Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan
perdagangan. merupakan asas kepada pembentukan masyarakat
• Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik, keluarga,
dan pendidikan dikenali sebagai superstruktur yang dibentuk dan
dipengaruhi oleh faktor asas iaitu ekonomi.
• Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor
ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang
tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau Proses Legitimisasi
(pengesahan).
• Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh
sesuatu kumpulan status/kelas sosial.
Marx • Faktor ekonomi sebagai punca konflik yang
berlaku dalam masyarakat

Weber • Idea-idea keagamaan sebagai punca konflik


yang berlaku dalam masyarakat

Masyarakat memerlukan konflik bagi membolehkan


berlakunya perubahan.
• Teori Konflik melihat pendidikan sebagai
alat yang digunakan oleh pihak dominan
untuk mengekalkan kuasanya.
• Mengaitkan fenomena di sekolah dengan
apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar
belakang keluarga, kelas sosial, dsb.
• Perkembangan individu tidak diutamakan.
■ Teori Interaksionisme Simbolik
1• Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-
1931).
• Interaksi simbolik melihat bagaimana individu
membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan
orang lain.
• Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti
perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa
interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra.
2• Teori ini melihat pendidikan dari sudut
individu (mikro).
• Melihat interaksi murid, guru, dan pihak
pentadbiran di sekolah.
• Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila
berhadapan dengan guru, bentuk hubungan
antara guru dan murid yang dikehendaki, dan
jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan.
• Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di
sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang
berlaku dalam masyarakat.
7 prinsip asas interaksionisme:
1. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan
berfikir
2. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang
membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada
mereka.
4. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
5. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi
mereka terhadap sesuatu situasi
6. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-
buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat
Pengertian Pendidikan……?
Pengertian Pendidikan:
1. Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu
proses membentuk manusia secara menyeluruh
dan seimbang.
Tujuan utama pendidikan ialah untuk
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi
dan rohani manusia ke arah kesempurnaan
2. John Dewey – pendidikan ialah suatu
proses perkembangan individu.
Pendidikan merupakan usaha
mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan semula
jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup
dengan lebih berguna dan lebih selamat
lagi.
3. Proses pemindahan secara formal dan tidak formal
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku
antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau
dalam generasi yang sama (Amir Hasan 2006)
• Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan
sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
• Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana
seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan
sebagai suatu produk adalah kesan berlaku dari
pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan
kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
4.Kajian tentang proses dan hasil
pendidikan melibatkan pelbagai disiplin
ilmu.
• Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran
pendidikan mengikut perspektifnya.
• Perspektif sosiologi, ekonomi, sains politik
dan psikologi.
Sosiologi Pendidikan
• Kajian yang sistematik dan saintifik
mengenai hubungan antara pendidikan dengan
masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi
matlamat, bentuk institusi, pentadbiran,
kurikulum, dan kaedah pdpc.
■Pendidikan untuk…
sosialisasi pemilihan pembudayaan
pelaburan pembinaan negara bangsa
perkembangan potensi diri
■ Sosiologi & matlamat pendidikan
Struktur masyarakat di Malaysia
• Masyarakat majmuk
• Kebebasan beragama tetapi Islam sebagai agama
rasmi
• Gabungan 13 buah negeri
• Sistem pentadbiran persekutuan dan negeri
• Pelbagai upaya • Struktur ekonomi • Tenaga
pekerja • Pendapatan isi rumah
■ Struktur masyarakat Malaysia bentuk institusi pendidikan,
pentadbiran pendidikan dan kurikulum kaedah PdPc
1. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu
bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar
dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima
pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan
dan peranan masing–masing dalam konteks sesuatu
masyarakat itu.
2. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’
(selection) yang menentukan kedudukan atau status
seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu:
lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya
dalam masyarakat.
3. Pendidikan sebagai proses pembudayaan, di mana ahli
sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan,
nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam
masyarakat itu.
4. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang
menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang
‘baik’dalam masyarakat itu.
5. Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh
sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan
kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan
masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan
tatasusila
6. Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’(investment),
atau sebagai satu ‘consumption’.
7. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan
wang, masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan
dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperoleh
dijangka akan membawa pulangan menguntungkan
pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik,
produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi.
8. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap
proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu
hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah
saja.
9. Pendidikan sebagai proses membina warga negara
supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme,
mengetahui tentang hak dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara.

10. Negara kita Malaysia mendidik generasi muda


supaya memahami aspirasi negara kita misalnya
memahami Rukun Negara, tatasusila dan undang-
undang negara kita.

11. Pendidikan sebagai proses membantu


pembelajaran seseorang murid untuk
memperkembangkan potensinya dan membentuk
sahsiahnya.
12. Pelbagai teori pembelajaran dan
pengajaran dirujuk untuk menerangkan
bagaimana seseorang itu belajar dan
boleh dididik.
13. Setiap individu mempunyai bakat dan
gaya pembelajarannya yang tersendiri.
14. Pendidikan ialah proses memupuk
perkembangan potensi, bakat dan
sahsiah murid-murid.
Beri pandangan anda…

■Apakah sumbangan
pendidikan kepada sesuatu
masyarakat?

Anda mungkin juga menyukai