Anda di halaman 1dari 16

Gaya Arahan (A)

Satu gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti kata lain, guru akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam kelas. Kaedah ini akan memberi peluang guru menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap prestasi murid-murid. Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan guru. Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu mengutamakan keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa P&P adalah terhad dan tidak mencukupi masa. Oleh itu masa murid untuk mempelajari sesuatu tajuk menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran pada peringkat awal bagi memudahkan murid memahami tajuk. Sebagai contoh ialah pembelajaran pergerakan asas aktiviti roda kereta dan hambur tangan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan daripada guru secara terus menerus. Dalam tunjang 2 pembelajaran lompat tinggi juga merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan dan perhatian lebih daripada guru. Gaya Latihan (B) Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan yang mana guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam P&P. Dalam pengajaran guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid berpeluang melakukan latihan secara beransur maju dan berperingkat. Guru akan memberikan penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan atau pun guru akan melakukan demonstrasi untuk melakukan aktiviti. Guru juga akan memberikan penjelasan dan menentukan tiap-tiap yang ingin di ajar. Guru juga akan sentiasa memerhatikan murid dan akan memberikan maklum balas, tunjuk ajar dan bersoal jawab dengan murid. Murid melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru. Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk P&P yang mempunyai masa yang terhad, pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan memberikan murid masa yang lebih untuk berlatih. Contohnya ialah Pembelajaran kemahiran olahraga. Sekiranya dirujuk pada taburan pembahagian masa pengajaran olahraga memiliki masa pengajaran yang singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu, murid harus diberikan masa yang lebih untuk mereka berlatih sendiri agar mempercepatkan proses pembelajaran. Semak Bergandingan/Timbal Balik (C) Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan namun demikian secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa yang akan dipelajari dan memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan diajarkan kepada murid. Guru juga akan melakukan demonstrasi lanjutan untuk menguji perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti secara berpasangan. Seorang murid akan menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu aktiviti. Penilaian terhadap pelajar adakan berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan oleh guru. Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab sepenuhnya. Murid akan melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar.

Pelajar akan menjadi penilai yang menilai perlakuan pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar kemahiran menghantar permainan bola jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid senarai semak butir-butir lakuan menghantar bola. Selain itu murid juga akan dibekalkan dengan gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid yang bertindak sebagai penilai akan menilai dan menandakan senarai semak lakuan yang betul. Kemudian murid ini akan bertukar peranan. Gaya Semak Kendiri (D) Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah dilakukan oleh murid, maka akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal pasti seterusnya menilai sendiri akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Namun kelemahan kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia menghadkan perhubungan interaksi sosial guru dan murid. Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut tidak terkecuali. Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran. Namun murid akan bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan kemahiran menyangga bola tampar, murid akan dibekalkan dengan gambar turutan kemahiran menyangga yang betul manakala murid pula akan melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan gambar setelah diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru. Gaya Inklusif/ peningkatan (E) Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya. Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan motivasinya. Misalnya, dalam melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas untuk memilih ketinggian palang lompat tinggi.

KAEDAH KONTEKSTUAL Definisi dan Konsep Matlamat Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif

Guru berupaya: Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on. Teori Kontekstual Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Konteks pembelajaran yang pelbagai Budaya Sosial Psikologi Fizikal 2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Bilik darjah Makmal Tempat kerja Kehidupan harian 3. Kepelbagaian disiplin ilmu Matematik Sains Komunikasi Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional. Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi REACT a) Relating (Menghubungkait): Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. b) Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing (Mengalami): Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah. c) Applying (Mengaplikasi): Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar. d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.

Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya. e) Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan. Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan: Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi.

Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian. Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio

Kesimpulan Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. KAEDAH KONSTRUKTIVISME Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910), Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. Fasa Keempat Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminyamelalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme Guru merasa mereka tidak mengajar. Kawalan kelas agak merosot. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional. Implikasi Konstruktivisme 1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1) Pendahuluan Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini 2) Demonstrasi Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan 3) Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas. 4) Ulang demonstarsi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting 5) Penutup Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran KAEDAH GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini, guru mengawal semua yang akan dipelajari, cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru perlu 1. Mengawal penuh pengajaran. 2. Memilih aktiviti. 3. Menentukan bagaimana dan bila Mengawal tingkah laku. 4. Menilai dan membuat keputusan. 5. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa Individu mendapat kurang perhatian. Ciri-ciri Gaya Arahan Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar. Pelajar berlatih dan guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan. Penemuan Terbimbing. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi (Bilbrough & Jones, 1968). Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh, Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik KAEDAH KOPERATIF Konsep dan Model Kaedah Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain. Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif : a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif b) Saling berinteraksi secara bersemuka

c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri d) Kemahiran koperatif e) Pemprosesan kumpulan

Jenis Pembelajaran Koperatif Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah : 1. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. 2. Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. 3. Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. 4. Team-Accelerated Instruction' (TAI) Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya. 5. Team Games Tournament (TGT) Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan

di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik. Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.

Nota PJM 3110 - Tajuk 3 Kepentingan pj

-Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. -melalui pji, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. -aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing. -pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. -melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas.

-pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. -Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. -pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat. Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya. Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal. Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap. Kepentingan dari segi perkembangan mental Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat menempuhi operasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. . Kepentingan dari segi emosi Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui,

mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira dan menulis. Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masingmasing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling. Kepentingan dari segi sosial Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanakkanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Nyatakan kepentingan pendidikan jasmani yang perlu difahami oleh guru bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara? Pendidikan Jasmani perlu difahami oleh guru untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak. Ini dapat membangkitkan pembelajaran murid-murid secara inkuiri dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif. Dengan kefahaman tersebut, seseorang guru PJ juga berupaya mewujudkan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pengalaman yang seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam cara dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara. Kefahaman ini juga penting untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental, kawalan diri dan keyakinan diri kurid-murid. Ini dapat meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangunkan sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang berbeza. Selain itu, ini membolehkan setiap kanak-kanak dapat mengalami perasaan kejayaan melalui pelbagai aktiviti fizikal. Guru juga dapat menolong kanak-kanak mengalami keseronokan yang berkaitan dengan pelajaran yang dirancang dengan rapi, memberansangkan dan bertujuan. Malah, kanak-kanak juga dapat belajar cara untuk bekerjasama dengan orang lain dan bekerja dengan jayanya sebagai seorang ahli kumpulan.

Slide 2: Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam Pendidikan Jasmani Kesepaduan : Kesepaduan Pengenalan: Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama. Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16). Konsep dalam PnP- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh. Slide 4: Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsurunsur ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai nilai Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran. Slide 5: Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku; Penggabungjalinan Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu. Contohnya : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani. Slide 6: Penyerapan Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain. Contoh : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari ilmu muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif. Slide 7: Kesepaduaan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh : Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu. Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. Slide 8: Kesepaduan yang berbentuk intra (berlaku dalam satu mata pelajaran) Contoh : Ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral. Bagi menjamin perkembangan JERIS murid. Slide 9: Kesepaduan yang berbentuk inter(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain) Contoh Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains. Slide 10: Kesepaduan antara aspek teori dengan amali. Contoh : PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid-murid.

Slide 11: Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum. Contoh : PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga. Slide 12: Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah. Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik. Slide 13: Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran. Penggabungjalinan : Penggabungjalinan Konsep Gabungjalin Tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai, dan perhubungan positif Slide 15: APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN Proses penyampaian beberapa kemahiran Kecekapan melaksanakan aktiviti-membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dan sebagainya. Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu. Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa. Slide 16: Ciri-ciri Gabugjalin: Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. Slide 17: Cara mengguna gabungjalin Mengenalpasti kemahiran utama & sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal. Integrasi : Integrasi Definisi dari pelbagai aspek Psikologi; bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Sosiologi; perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar dan antara pelajar dengan guru. Pedagogi; kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar. Slide 19: Jenis Integrasi Penggabungjalinan; proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Jenis-jenis Penggabungjalinan

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum Slide 20: Penyerapan; proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Ciri Penyerapan: Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagaibagai pelajaran Unsur ilmu pengetahuan diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel Slide 21: Organisasi unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. Slide 22: Penerapan; Proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya Pendekatan Pendekatan implisit - penerapan secara x langsung. Contohnya; Guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dll Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan , arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Slide 23: Pemulihan; untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Pengayaan; aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Jenis Berbentuk Pengukuhan Berbentuk Perkembangan lebih kompleks Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada (sains + PJK ) dan Membina kurikulum baru kesihatan + PJ = PJK Slide 24: Kelebihan Integrasi Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unitunit kerja. Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Slide 25: Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Aspek Psikologi - akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar. Aspek Sosiologi Integrasi antara personaliti Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Aspek Pedagogi Berkait dengan prosedur mengajar mengembang konsep dan pemahaman terhadap unitunit. Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran Slide 26: PERANCANGAN DAN PENILAIAN Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara Berbagai Pihak) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran-perlu teliti dan rapi ada 3 fasa : Fasa sebelum pengajaran-penentuan kemahiran ,teliti kebolehan pelajar, tentukan pendekatan, kaedah, strategi, teknik P&P, pemilihan sumber Fasa semasa pengajaran-pelaksanaan pendekatan, Srategi, kaedah dan teknik, pengurusan kelas, penggunaan ABM, penilaian. Fasa selepas pengajaranpenilaian pencapaian, penganalisisan maklum balas.

Slide 27: Penilaian Pendekatan Integrasi Penilaian Formatif; Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan Penilaian Sumatif; Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

MAKSUD PENGGABUNGJALINAN Ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dlm sstu pljrn. Kmhrn d cni merujuk kpd kecekapn mlaksnkn plbg jenis akt pemb spt mbca, menulis, mhurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sbg. Konsep penggabungjalinan x trhd kpd p.jalinan kem2 bhs dlm 1 m/p shj. Konsep ini meliputi p.jalinan plbg kem2 d antara m/p2 lain.

Anda mungkin juga menyukai