Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN.

Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan 2020 yang bertujuan untuk


menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Oleh itu, pendidikan dilihat
sebagai faktor utama penyumbang kepada pembangunan negara dan pendorong
kemaraan sejagat ke arah membaiki hidup manusia. Untuk mencapai matlamat ini,
negara kita memerlukan sumber manusia yang berkualiti dari segi pendidikan dan
latihan. Olivia (1988) mendefinisikan gaya pengajaran sebagai satu set ciri-ciri peribadi
yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai seorang tenaga pengajar
yang unik. Grasha (1996) pula menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan
strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi. Secara umumnya, gaya pengajaran
adalah pendekatan yang diambil oleh guru untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan
biasanya menggambarkan pegangannya mengenai pengajaran. Dengan mengetahui
pendekatan pengajaran, guru mempunyai peluang memilih pendekatan yang sesuai
dengan pelajar mereka. Menurut Ee (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai
akan membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna
dan menyeronokkan. Pada masa kini, terdapat banyak model gaya pengajaran yang
boleh dijadikan panduan kepada guru untuk merancang proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mereka. Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian
dengan pelajar haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan
oleh seseorang guru adalah efisien. Salah satu gaya pembelajaran yang biasa
digunakan secara meluas dalam pendidikan adalah spektrum model pengajaran
Mosston dan Ashworth (1997)
Spektrum pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan
guru dan murid (Mosston & Ashworth, 1994). Spektrum ini dirangka berdasarkan dua
keadaan iaitu :
a) Gaya A: Guru Sebagai pembuat keputusan utama
b) Gaya K : Murid Sebagai pembuat keputusan utama.

Di antara tambahan sembilan keadaan gaya pengajaran setiap satunya dijelaskan


berdasarkan siapakah yang membuat keputusan.

Mosston & Ashworth (1994) menyatakan bahawa keputusan transaksi gurumurid boleh dikategorikan kepada 3 set
1. Pra-kesan
2. kesan semasa
3. pasca kesan

Kesan awal
Keputusan pada pra-kesan berhubung kait dengan satu episod perancangan. Mc
Cullick, B & Byna, M (2002) mengenal pasti situasi ini sebagai Maksud
pernyataan atau perancangan. Keputusan major termasuk di dalam set kesan
awal ialah seperti tugasan terperinci yang akan diajar, objektif pengajaran, hasil
pembelajaran dan alat kelengkapan (ABM, BBM dan BBB)
Kesan Semasa
Keputusan kesan semasa berhubung kait dengan transaksi bersemuka antara
guru dan murid di dalam persekitaran belajar. Mosston & Ashworth
menggambarkan kesan semasa fasa membuat keputusan sebagai meletakkan
perancangan (keputusan kesan awal) kepada tindakan. Terdapat 3 komponen
dalam set keputusan kesan semasa :
a) Jangkaan peranan guru dan murid
b) Demonstrasi tugasan
penyelesaian masalah

yang

akan

dilakukan

atau

pembentangan

c) Penerangan prosedur penggunaan alatan (kehendak tugasan, masa


keputusan, postur, kuantiti, jarak waktu, pakaian dan lokasi) yang perlu
dipatuhi semasa melakukan tugasan atau menyelesaikan masalah.
Pasca Kesan
Fokus set kesan selepas ialah pentaksiran/ penilaian dan maklum balas
berkaitan prestasi murid dan menyediakan pentaksiran /penilaian pengalaman
guru-murid. Setiap gaya pengajaran di dalam spektrum adalah berdasarkan
peralihan keputusan yang sistematik (Pra-kesan, Kesan dan pasca kesan)
antara guru-murid (Goldberg dan Gerney, 1986). Spektrum dibahagikan kepada
dua kelompok gaya pengajaran
Produktif kapasiti menghasilkan pengetahuan dan kemahiran baru
Reproduktif kapasiti menghasilkan semula ilmu dan kemahiran yang diketahui.

Kelompok reproduktif termasuklah arahan, latihan, tindak balas, tindak balas dan
pemasukan kaedah baru. Dalam gaya pengajaran reproduktif pelbagai jangkaan
guru-murid digambarkan. Isi yang spesifik diperlukan menerusi bilangan
pendekatan membuat keputusan, latihan kemahiran spesifik dan maklum balas.
Pengajaran behaviors merujuk kepada haya pengajaran A, B, C, D dan E.
Kelompok produktif termasuklah penemuan terbimbing, penemuan tertumpu,
penumpuan mencapah, reka bentuk pembelajaran individu, gaya pembelajaran
kendiri dan daya usaha dan ia merujuk kepada F, G, H, I, J dan K. Dalam gaya
pembelajaran produktif murid diberi gambaran satu masalah atau persoalan dan
kemudian diberikan masa untuk meneroka penyelesaian masalah. Semasa
penemuan sama ada menjurus atau mencapah, murid meneroka dan merentasi
pengetahuan dan menghasilkan ilmu baru. Proses kognitif merentasi memori dan
mencetuskan ingatan semula. Selalunya proses penemuan ini menghasilkan
motivasi intrinsik.
Spektrum yang menggabung pelbagai kaedah umum yang mana guru dan pelajar
masing-masing akan memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam hasil
pengajaran dan pembelajaran. Spektrum ini telah membahagikan gaya dan kaedah
pengajaran kepada dua aspek iaitu
Berpusatkan Guru
Berpusatkan Pelajar

Gaya Arahan (A)


Satu gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan
pembelajaran. Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti kata
lain, guru akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam kelas. Kaedah
ini akan memberi peluang guru menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan
arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan
ulasan terhadap prestasi murid-murid. Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran daripada guru. Murid akan meniru setiap
perlakuan guru.
Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu
mengutamakan keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa P&P adalah
terhad dan tidak mencukupi masa. Oleh itu masa murid untuk mempelajari sesuatu
tajuk menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran pada peringkat awal bagi
memudahkan murid memahami tajuk. Sebagai contoh ialah pembelajaran pergerakan
asas aktiviti roda kereta dan hambur tangan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti aras
tinggi yang memerlukan arahan daripada guru secara terus menerus. Dalam tunjang 2

pembelajaran lompat tinggi juga merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan
arahan dan perhatian lebih daripada guru.
OBJEKTIF

Guru

IMPLIKASI
keseluruhan

mengawal

kelas

Guru

Guru

Sesuai untuk aktiviti aras Fizikal- Kemahiran


dan Motor

tinggi
membuat

mengutamakan

semua

memberi

arahan

satu

persatu

Sesuai untuk masa P&P

Melakukan

yang terhad

pusingan

Guru melakukan demonstrasi

Guru memberi komen / ulasan

pembelajaran

tentang prestasi pelajar

awal

Pelajar

perlu

beri

perhatian

Pelajar

melakukan

guru

Sesuai

untuk
peringkat

aksi

hadapan
menggunakan
papan anjal.

Tanggungjawab
berpusat kepada guru

kepada arahan guru

Terjun Papan Anjal:

keselamatan

keputusan dalam P&P

CONTOH

perlakuan

Masa

latihan

pelajar

adalah terhad.

Gaya Latihan (B)


Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan daripada gaya pengajaran
arahan yang mana guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam P&P.
Dalam pengajaran guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid
berpeluang melakukan latihan secara beransur maju dan berperingkat. Guru akan
memberikan penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan atau pun guru akan
melakukan demonstrasi untuk melakukan aktiviti. Guru juga akan memberikan
penjelasan dan menentukan tiap-tiap yang ingin di ajar. Guru juga akan sentiasa
memerhatikan murid dan akan memberikan maklum balas, tunjuk ajar dan bersoal
jawab dengan murid. Murid melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.
Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk P&P yang mempunyai masa yang
terhad, pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan memberikan murid masa yang
lebih untuk berlatih. Contohnya ialah Pembelajaran kemahiran olahraga. Sekiranya
dirujuk pada taburan pembahagian masa pengajaran olahraga memiliki masa
pengajaran yang singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu, murid harus

diberikan masa yang lebih untuk mereka berlatih sendiri agar mempercepatkan proses
pembelajaran.
OBJEKTIF

Guru
aktiviti

IMPLIKASI
memberi
atau

penerangan
melakukan

Guru

menetukan

setiap

apa

yang ingin diajar

Guru

melakukan

memberi

pemerhatian

maklumbalas,

tunjuk ajar dan soal jawab.

Kemahiran Motor:

Sesuai
pembelajaran

untuk
peringkat Hoki:

awal

terhadap pelajar semasa P&P


dan

Sesuai untuk masa P&P Fizikal-Pembentukan


yang terhad

demonstrasi

CONTOH

Melakukan

Pelajar mempunyai lebih

kemahiran

masa untuk latihan.

menggelecek
menggunakan
skitel.

Pelajar melakukan latihan yang


telah ditetapkan oleh guru.

Semak Bergandingan/Timbal Balik (C)


Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan
namun demikian secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa
yang akan dipelajari dan memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan diajarkan
kepada murid. Guru juga akan melakukan demonstrasi lanjutan untuk menguji
perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti secara berpasangan. Seorang murid akan
menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu aktiviti. Penilaian
terhadap pelajar adakan berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan oleh
guru.
Pada permulaan P&P guru akan bertanggungjawab sepenuhnya. Murid akan
melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai semak dan
lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar akan menjadi penilai yang menilai perlakuan
pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar kemahiran menghantar
permainan bola jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid senarai semak
butir-butir lakuan menghantar bola. Selain itu murid juga akan dibekalkan dengan
gambar lakuan yang betul. Oleh itu, murid yang bertindak sebagai penilai akan menilai
dan menandakan senarai semak lakuan yang betul. Kemudian murid ini akan bertukar
peranan.

OBJEKTIF

Guru

IMPLIKASI

menentukan

yang

apa

akan dipelajari

Guru

memberi

Guru

melakukan

penerangan
demonstrasi

dipelajari
fokus

dan

pelajar

melalui

Aktiviti

dilakukan

secara

berpasangan oleh pelajar

Seorang

pelajar

menjadi

Guru

menyediakan

Melakukan
kemahiran

lampiran gambar kepada

arah gol secara

pelajar

berpasangan.

Fokus

semak

kepada

perhubungan sosial di
samping

melakukan aktiviti.

aktiviti.

dinilai

telah Bola sepak:

menanduk bola ke

pemerhati dan seorang lagi akan

Pelajar

yang

dan

senarai

pemerhatian

Pelajar menilai sendiri

pelajar
memerhati

menganalisis

berpasangan

perlakuan

Guru

Kognitif

Aktiviti dilakukan secara Pemerhatian,

lanjut untuk menguji perlakuan

kepada

Guru bertanggungjawab Sosial- Kerjasama


pada awal P&P

sebelum memulakan aktiviti

CONTOH

mempelajari

berdasarkan

kriteria perlakuan yang telah


disediakan

Gaya Semak Kendiri (D)


Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah
dilakukan oleh murid, maka akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal pasti
seterusnya menilai sendiri akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Namun
kelemahan kaedah pengajaran semak kendiri ini ialah ia menghadkan perhubungan
interaksi sosial guru dan murid.
Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut tidak
terkecuali. Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan penerangan
sebelum memulakan pengajaran. Namun murid akan bertanggungjawab dalam menilai
perlakuan diri. Misalnya, dalam melakukan kemahiran menyangga bola tampar, murid
akan dibekalkan dengan gambar turutan kemahiran menyangga yang betul manakala

murid pula akan melakukan aksi tersebut dengan berdasarkan gambar setelah
diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru.
OBJEKTIF

Guru

IMPLIKASI

menentukan

apa

yang

akan dipelajari

Guru

kriteria

menentukan

Guru

Pelajar

memberi

atas Bola Baling:

di

pembelajaran

penerangan

kemampuan kendiri.

bertanggung-

jawab

Melakukan

Menghadkan

kemahiran

Pelajar bertanggungjawab dalam

perhubungan sosial di

menjaring

menilai perlakuan diri

antara

berdasarkan

sebelum memulakan P&P

Sesuai bagi perlakuan Sosial- Menilai


yang mudah dikenalpasti

pembelajaran

CONTOH

guru

dengan

kad

bergambar.

pelajar
Gaya Inklusif/ peningkatan (E)

Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang


kepada murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut
tahap dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi
mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria
pembelajarannya.
Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan
kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk melakukan
aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan
motivasinya. Misalnya, dalam melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas
untuk memilih ketinggian palang lompat tinggi.
OBJEKTIF

Guru

IMPLIKASI

menentukan

apa

yang

akan dipelajari

Guru

melakukan

pelajar

walaupun

pembelajaran

memilih

tahap

mengikut

kemahiran kendiri

Semua pelajar berupaya

Guru memberi peluang kepada


untuk

untuk Memaksimumkan

pelajar

merasai kejayaan

kriteria

pembelajaran

peluang Sosial-

Memberi
kepada

menentukan

CONTOH

kebolehan diri

aktiviti Lompat tinggi:


berbeza

Melakukan aksi
lompatan pada

kemampuan diri

Pelajar memilih sendiri tahap


prestasi

sebelum

melakukan

membuat

keputusan

Pelajar boleh membuat

jarak ketinggian

keputusan sendiri.

yang berbezabeza.

aktiviti

Pelajar

untuk melakukan aktiviti pada


tahap tinggi.

Penemuan terbimbing (F)


Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah
yang memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi
seseorang yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada guru.
Kelebihan gaya pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan yang lebih oleh
pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid
serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan
kaedah yang mana guru akan menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai
soalan yang hanya menjuruskan kepada satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan
memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir mencari jawapan. Namun sekiranya
murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan kepada soalan yang lain
namun masih menjurus kepada jawapan yang sama. Pada kaedah ini, guru akan
merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid tetap terlibat dalam
mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada murid.
Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap
persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu
murid sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara.
Misalnya guru akan berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada
pakaian sukan yang ada pada masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing
murid sehingga mencapai objektif seperti dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan
yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan sukan.

OBJEKTIF

IMPLIKASI
pemerhati

CONTOH

Semua

perkara Kognitif-

kepada pelajar

berkaitan

dengan Pemahaman

Pelajar menetapkan apa yang

pembelajaran

akan dipelajari

ditetapkan sendiri oleh Hoki:

Guru

sebagai

Pelajar

pendekatan sendiri

pelajar

menetapkan

Melakukan

Pelajar boleh membuat

kemahiran

keputusan sendiri.

menolak

Tiada bantuan guru

dalam
pelbagai
posisi badan.

Gaya pengajaran berpusat (G)


Guru akan merancang pembelajaran ini dengan menetapkan beberapa
persoalan dan tugasan. Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan yang paling
hampir. Guru akan bertindak sebagai pemandu arah. Murid pula bertindak sebagai
pencari jalan keluar. Contoh aktiviti ialah murid melakukan perbincangan berkenaan
dengan sejarah beberapa jenis sukan di Malaysia. Guru akan membantu murid dengan
memberikan klu-klu atau maklumat yang hampir berkaitan.
OBJEKTIF

IMPLIKASI

Guru

menetapkan

tugasan

Tugasan

yang

mempunyai

pelbagai

oleh guru

jawapan

Kemahiran berfikir
mempunyai Sosial-

Tugasan

cara Keyakinan

banyak

menilai setiap jawapan dan

penyelesaian

Pelajar

cuba

mencari

perbandingan jawapan

disediakan Kognitif-

Guru mendorong pelajar untuk

membuat perbandingan

CONTOH

Sesuai

untuk

aktiviti Gimnastik:

pembangunan pasukan

Menggalakkan

pelajar

Melakukan
aksi guling dari

Pelajar menilai jawapan untuk

berfikir secara kreatif

titik A ke titik B

menetapkan keberkesanannya.

Memupuk

tanpa

kerjasama

sikap
di

antara

menggunakan
kaki.

pelajar

Gaya Penemuan Bercapah (H)


Dalam gaya ini, guru akan menetapkan satu tugasan yang mempunyai pelbagai
jawapan. Tugasan ini mempunyai banyak pilihan jalan penyelesaiannya. Kemudian,
guru akan mendorong dan menggalakkan murid untuk menilai setiap jalan penyelesaian
tersebut dan membuat perbandingan antara jawapan tersebut. Perbandingan antara
jawapan ini adalah satu cara untuk seseorang murid tersebut menilai keberkesanan
jawapan yang diberikan.
Kaedah ini sesuai bagi aktiviti yang berbentuk pembangunan satu pasukan. Kelebihan
kaedah ini ialah menggalakkan murid berfikir dan memupuk sikap kerjasama antara
mereka. Misalnya, guru menetapkan tugasan murid adalah mencari teknik yang sesuai
bagi kemahiran olahraga acara padang lompat jauh. Tugasan yang satu, tetapi
mempunyai banyak pilihan jawapannya, antaranya ialah kayuh, layar dan melayang.
Murid akan mencari mana-mana jawapan dengan melakukan semua gaya tersebut
seterusnya menilai keberkesanannya dari segi jarak lompatan.
OBJEKTIF

IMPLIKASI

Guru hanya membantu pelajar

Tugasan dan masalah Kognitif-

sebagai penasihat

ditetapkan oleh pelajar

Guru

memantau

Merancang

proses

pembelajaran

Gimrama:

Pelajar merancang program atau

Pelajar

menetapkan

Merancang
satu rutin tarian

aktiviti pembelajaran

CONTOH

tugasan

serta penyelesaian

dalam
persembahan
menggunakan
belantan.

Gaya program individu reka bentuk pelajar. (I)


Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang
memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan sistematik.
murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan
individu.

Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program atau
aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan masalah.
Contohnya merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan.
Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru dengan memurnikan lagi
persembahan kreatif mereka.
OBJEKTIF

IMPLIKASI

Guru menetapkan tugasan dan

Guru

mempunyai

dan guru menyediakan konsep

pelbagai

soalan

yang hanya menjurus pada satu

Guru

merancang P&P Kognitif- pelbagai

tugasan.
Kajian:

jawapan sahaja

CONTOH

memberi

ruang

masa

Membuat

kepada pelajar untuk berfikir dan

perbincangan

bertindak

dengan

guru

tentang

kajian

Guru

mengubah

soalan

jika

pelajar gagal mencari jawapan

yang

Pelajar

dijalankan.

melakukan

berdasarkan

tugasan

soalan

yang

diberikan guru.

Pelajar memberi jawapan.

Gaya Pembelajaran terdorong (J)


Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi
perancang program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk
menetapkan tugasan mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini seolaholah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru dengan
mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh murid
akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu mengaplikasikan satu sesi
pengajaran PJ.

OBJEKTIF

IMPLIKASI

CONTOH

Guru

proses

memantau

pembelajaran

Pelajar

merancang

ditetapkan Kognitif- Aplikasi

sendiri oleh pelajar


program

atau aktiviti pembelajaran

Tugasan

Gaya

Sosial-

pembelajaran Bertanggungjawab

ditetapkan oleh individu

Pelajar berusaha sendiri untuk

Mengajar:

menetapkan tugasan

Pelajar

memilih

pembelajaran kendiri

gaya

Mengaplikasikan
kemahiran
mengajar PJ di
sekolah.

Pembelajaran Kendiri (K)


Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil
alih tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan
menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid
diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah
melakukan kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan
sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan servis yang pelbagai. Misalnya
murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola tampar dengan betul.

Jadual 1.0 : Gaya-Gaya Pengajaran Pendidikan Jasmani

GAYA

DESKRIPSI

Gaya A- Gaya Arahan


(Command Style)

Guru memberi arahan dan murid


menjalankan aktiviti berdasarkan arahan.

Gaya B- Gaya Latihan


(Practice Style)

Guru memberi tugasan dan menyatakan maklum


balas. Murid melakukan aktiviti berdasarkan
tugasan.

Gaya C- Gaya Resiprokal


(Reciprocal Style)

Guru menyediakan kriteria, maklum balas


untuk pemerhati . Murid berpasangan.
Murid pertama melakukan aktiviti berdasarkan
tugasan dan pemerhati memberi maklum balas
berdasarkan kriteria yang diberikan guru
serta sebaliknya.

Gaya D- Gaya Semakan Kendiri


(Self Check Style)

Guru menyediakan kriteria. Murid


melakukan aktiviti bersendirian berdasarkan
kriteria yang ditetapkan oleh guru.

Gaya E- Gaya Inklusif


(Inclusion Style)

Murid dengan pelbagai tahap kemahiran


mengambil bahagian dalam tahap yang boleh
dilakukan oleh semua murid

Adaptasi dari: Mosston & Ashworth. (2002). Teaching physical education (5th. ed).

Kesimpulan
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab
dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan
kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan
suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap
pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran
pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan
jasmani.

Anda mungkin juga menyukai