Anda di halaman 1dari 12

BOLA TAMPAR ( M ENGUMPAN )

Pukulan Mengumpan (Setting) Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain setter akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkan pasukannya membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari-jari lain mengucup.

Perseorangan .Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur hantaran atas dan menangkap bola dengan postur yang sama.Ulang sebanyak 10 kali

Perseorangan .Pemain melambung bola ke atas dengan postur hantaran atas dan menyambut bola selepas ia melantun daripada lantai.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah 5.9 ).

Berpasangan .Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B. Pemain B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh pemainA.Kedua-dua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara berglir-gilirdengan postur hantaran atas.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah 5.10).

berrpasangan.Perlakuan yang sama seperti latihan 3 tetapi bola dilambung dan ditangkap oleh pemain B hanyak selepas bola melantun

erpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B.Pemain B membuat hantaran atas tanpa menangkapnya.Cuba perhatikan bahawa bola tidak terjatuh.Perlakuan ini diulang sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua pemain bertukar peranan (Rajah 5.12 ).

.Latihan dimulakan dengan pemain A

melambung bola
.Pemain B membuat hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat berulangulang dengan hantaran dipastikan tinggi.Teruskan latihan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.13 )

Pemain A melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain bergerak pantas ke bawah bola untuk menerimanya,tangkap dan tolak bola kepada pemain A.Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-dua pemain

Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan antara kedua-dua pemain (Rajah 5.14

Ulang latihan 7 dan 8 .Dalam latihan ini,penerima terus menghantarkan bola tanpa

menangkapkan terlebih
dahulu.

Anda mungkin juga menyukai