Anda di halaman 1dari 6

Latihan Ansur Maju

Latihan Membuat Servis

Latihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhir sesi latihan untuk
menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar.

1. Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan 7m.Latihan dimulakan pada jarak
3m,6m dan seterusnya 9m.Latihan diadakan secara berseorangan

2. Servis dilakukan secara berpasangan daripada garisan tepi gelanggang.Pemain


melakukan servis secara bergilir-gilir.

3. Dalam latihan ini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul melepasi
jaring.Servis bermula pada jarak 3m,6m dan 9m

4. Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servis dilakukan secara berpasangan
dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali 1 meter tersebut

5. Pemain melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang telah
dipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemain melakukan servis sercara berseorangan mengikut
giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut mengikut turutan nombor dari 1 hingga
6

6. Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan ,iaitu di tempat
rakannya berdiri.Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan bertukar peranan setiap
lima servis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat servis.

7. Latihan servis ini dilakukan mengikut kumpulan dengan bilangan pemain antara empat
atau enam orang.Pemain melakukan servis secara serentak tetapi mengikut giliran daripada
seorang ke seorang pemain.Bola yang masuk ke gelanggang pihak lawan termasuk bola
yang menyentuh jaring adalah dikira.Masa tiga minit diberi dan bilangan servis yang berjaya
dikira.Ulang latihan sebanyak dua kali.

8. Latihan ini dilakukan tanpa giliran ,pemain melakukan servis sebanyak mungkin dalam
tempoh tiga minit.Dua orang pemain ditugaskan untuk mengira bilangan bola yang berjaya
dihantar ke gelanggang pihak lawan.Manakala dua orang pemain pula ditugaskan untuk
mengutip bola.

Latihan Membuat Mengumpan

1.Perseorangan .Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur hantaran atas dan
menangkap bola dengan postur yang sama.Ulang sebanyak 10 kali.

2. Perseorangan Pemain melambung bola ke atas dengan postur hantaran atas dan
menyambut bola selepas ia melantun daripada lantai.Ulangi
sebanyak 10 kali.

3.Berpasangan .Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B.Pemain B akan
terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh pemain A.Kedua-dua pemain
membuat lambungan dan tangkapan secara berglir-gilir dengan postur hantaran atas.Ulangi
sebanyak 10 kali.

4. Berpasangan.Perlakuan yang sama seperti latihan 3 tetapi bola dilambung dan ditangkap
oleh pemain B hanya selepas bola melantun daripada lantai.Lakukan latihan tersebut secara
bergilir-gilir sebanyak 10 kali.

5.Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B.Pemain B membuat hantaran


atas tanpa menangkapnya.Cuba perhatikan bahawa bola tidak terjatuh.Perlakuan ini diulang
sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua pemain bertukar peranan.

6. Berpasangan Latihan dimulakan dengan pemain A melambung bola Pemain B membuat


hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat berulang-ulang dengan hantaran dipastikan
tinggi.Teruskan latihan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih.

7. Berpasangan Pemain A melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain bergerak pantas


ke bawah bola untuk menerimanya,tangkap dan tolak bola kepada pemain A.Ulang
sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-dua pemain.

8.Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan antara kedua-
dua pemain

9.Berpasangan Ulang latihan 7 dan 8 Dalam latihan ini,penerima terus menghantarkan bola
tanpa menangkapkan terlebih dahulu.
Latihan Membuat Menyangga

1.Perseorangan.Dalam kedudukan berdiri,pemain melambungkan bola kemudian


membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ia melantun dari lantai
gelanggang .Pemain menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menerima bola dengan
postur hantaran bawah yang betul.

2. Berpasangan. Pemain A bersedia dalam kedudukan melutut dan kedua-dua tangan


dalam kedudukan menerima bola,terletak di antara dua kaki.Pemain A mengayunkan tangan
ke atas untuk memukul bola yang dilepaskan oleh pemain B dari paras tertinggi.Titik
sentuhan bola ialah sebelum tangan selari dengan lantai.

3.Berpasangan .Pemain A melambung bola tinggi supaya ia melantun kira-kira satu meter di
hadapan pemain B.Pemain B merendahkan badan dalam postur hantaran bawah dan
memukul bola kepada A.Ini diulang sebanyak 10 kali dan kemudian bertukar peranan antara
kedua-dua pemain.

4.Berpasangan .Pemain A memulakan latihan dengan melambung bola kepada pemain


B .Pemain B membuat hantaran bawah selepas bola melantun dari lantai.Pemain A juga
berbuat demikian.Latihan ini boleh diteruskan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih.

5.Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B .Pemain B bergerak untuk


menyambut bola dengan membuat hantaran bawah semasa bola masih di udara.Tukar
peranan selepas 10 hantaran.

6.Berpasangan.Pemain A dan B membuat hantaran bawah bertubi-tubi supaya bola tidak


terjatuh.Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira sebelum bola terjatuh.

7. Berpasangan .Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bola tampar atau bola jarring atau
bola keranjang.Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua tangan,menghantarnya
dengan hantaran bawah dan terus merendahkan
badan untuk menggulingkan bola.Perlakuan ini diulang sehingga isyarat
diberikan oleh jurulatih.
8.Berpasangan Pemain menerima bola dengan kedua-dua tangan ,diikuti dengan tangan
kanan,tangan kiri dan kemudian dengan dua belah tangan sekali lagi.Ini diulang secara
bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.

9.Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnya ke atas di hadapan diri


sendiri,diikuti dengan pukulan ke arah rakan latihan,iaitu pemain A.Ini diulang secara
bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.

10.Berpasangan.Pemain membuat hantaran bawah semasa bergerak ke


hadapan ,belakang,dan sisi.Pemain melambung bola secara bergilir-gilir.

Merejam Bola

1. Latihan penujuan secara perseorangan

a. Pemain berdiri dalam satu barisan di belakang garisan serang. Apabila isyarat diberikan
oleh jurulatih, penujuan tiga langkah ke hadapan dilakukan oleh semua pemain.

b.Latihan (1) diulangi dengan pemain menghadap jaring dan berdiri pada garisan serang
dalam tiga atau dua barisan. Selepas isyarat diberi, pemain di hadapan akan membuat
penujuan tiga langkah dan selepas itu bergerak untuk berbaris di belakang

c. Latihan yang sama seperti (2) diulangi dengan pemain berada dalam dua barisan. Pemain
membuat penujuan mengikut giliran dari kedudukan di luar gelanggang.

2. Latihan memukul bola berpasangan. Pemain B memegang bola dengan menghulurkan


tangan ke atas. Pemain A memukul bola dengan gaya merejam. Perlakuan memukul
diulang sebanyak 10 kali dan selepas itu kedua-dua pemain bertukar peranan

3. Merejam bola yang dipegang secara berpasangan. Pemain A meletakkan bola di satu
tapak tangan dan menghulurkannya ke atas untuk pemain B membuat rejaman. Ulang
sebanyak 10 kali dan tukar peranan.

4. Melompat dan menangkap bola secara perseorangan. Pemain melambung bola ke atas,
lalu melompat dan menangkapnya pada takat tertinggi dengan gaya rejaman, iaitu
menggunakan satu tapak tangan di hadapan bola dan satu lagi di belakang. Ulang
perlakuan sebanyak 10 kali.
5.Melambung dan menangkap bola secara berpasangan. Pemain A melambung bola untuk
pemain B. Pemain B melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman dari luar
gelanggang seperti latihan (4).

6.Melompat dan menangkap bola yang selari dengan jaring. Jurulatih melambung bola selari
dengan jaring kepada pemain B. Pemain B berlari menuju jaring, melompat dan menangkap
bola dengan gaya rejaman.

7. Merejam bola yang dilambung. Perlakuan adalah sama seperti latihan (6), tetapi pemain
memukul bola perlahan. Ketinggian bola adalah lebih kurang satu meter dari aras atas
jaring.

8. Merejam kuat bola yang dilambung. Ulang latihan (7). Tetapi dalam latihan ini bola dipukul
dengan lebih kuat lagi.

Latihan Mengadang Bola

1. Bola yang dipegang. Pemain A memegang bola dengan kedua-dua tangan sambil
menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang bola dengan dua tangan. Ulang
perlakuan ini 10 kali dan tukar peranan selepas itu.

2. Bola yang digerakkan. Ulang Latihan 1. Pemain A menggerakkan bola ke kanan dan ke
kiri. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belah tangan. Ulang 10 kali dan tukar
peranan selepas itu.

3. Mengadang tanpa bola. Pemain berdiri di depan jaring dan cuba melompat setinggi yang
boleh untuk melakukan adangan dengan kedua-dua belah tangan tanpa bola. Kemudian,
pemain bergerak ke kanan dan ke kiri sambil melakukan perlakuan yang sama.

4. Menyentuh bola di atas jaring. Ulang latihan 3. Kali ini pemain melompat dan menyentuh
bola yang dipegang oleh rakan di sebelah jaring seakan-akan melakukan adangan. Ulang
sebanyak tiga kali dan bertukar peranan dengan
rakan.

5. Mengadang bola yang dihantar dari sebelah jaring. Pemain A berdiri di hadapan jaring
dengan postur mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas jaring untuk ditangkap oleh
pemain A. Pemain A menangkap bola dan menghantarnya kepada pemain B sebelum
menjejak kaki di gelanggang. Ulang tiga kali dan tukar peranan dengan rakan.

6. Mengadang bola secara berpasangan. Tiga pemain berdiri di atas kerusi sambil
memegang bola. Bola-bola dihulur melepasi aras atas jaring. Dua pemain melompat
serentak untuk menyentuh bola tanpa menyentuh jaring. Kedua-dua pemain membuat tiga
lompatan dan selepas itu bertukar peranan selepas tiga lompatan.

7. Mengadang dalam kumpulan empat orang. Empat pemain atau dua pasangan
berhadapan dengan dua orang dalam satu gelanggang. Semua pemain bergerak ke jaring
dan membuat lompatan melompat sambil
menyentuh rakan atau pasangan masing-masing. Ulang beberapa kali sambil bergerak ke
sisi.

8. Mengadang seorang-berdua-bertiga

a) Ketiga-tiga pemain X1,X2 dan X3 melompat setempat dan serentak untuk mengadang.

b) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X1. Ketiga-tiga pemain melompat serentak apabila
pemain X2 tiba di sisi pemain X1.

c) Pemain X2 bergerak ke kedudukan asal dan ketiga-tiga pemain melompat serentak.

d) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X3 dan ketiga-tiga pemain melompat serentak


apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X3.

e) Pemain-pemain X1, X2 dan X3 bergerak ke tengah dan melompat serentak.

f) Pemain X1 dan X3 bergerak ke tempat asal dan melompat serentak bersama pemain X2

9. Ulang latihan 8 dengan menggunakan tiga biji bola. Tiga orang pemain berdiri di atas
bangku sambil memegang bola.

10. Jurulatih melambung bola kearah perejam untuk membuat rejaman dari sebelah
gelanggang. Dua orang pemain cuba mengadang bola dari sebelah gelanggang lain.

Anda mungkin juga menyukai