Anda di halaman 1dari 17

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN ASAS Menggelecek Rapat Ansur Maju 1 :

A 1. Pemain A berjalan/berjogging sambil membawa kayu hoki (tanpa bola). 2. Bongkokkan badan seolah-olah sedang membawa bola. 3. Lari secara lurus 20 meter dan kembali ke tempat permulaan. 4. Pastikan pemain memegang kayu dengan betul.

Ansur Maju 2 :

A 1. Pemain berjalan sambil mengelecek bola di garisan lurus 20 meter. 2. Pastikan bola sentiasa berada pada garisan dan dekat dengan kayu hoki. 3. Tambahkan kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran. 4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 3 :

1. Pemain A akan menggelecek bola di atas garisan S. 2. Pastikan bola sentiasa berada di garisan. 3. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran. 4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 4 :

1. Pemain mengelecek rapat 20 meter dalam kumpulan. 2. Pemain A mengelecek bola kepada D dan akan menyambung diri di belakang F.

3. Pemain D pula mengelecek bola kepada pemain B dan akan menyambung diri di belakang C. 4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 5:

1. Pemain A mengelecek bola di antara skitel dan memberikan kepada pemain C. Kemudian pemain A akan menyambung diri di belakang D. 2. Teruskan sehingga semua pemain melakukan aktiviti ini. 3. Pastikan pemain mengelecek dengan cara yang betul. 4. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran, 5. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 6:

1. Pemain akan mengelecek mengelilingi belatan gelung rotan. 2. Pemain A akan mengelecek kesemua gelung rotan dan akan memberikan bola kepada B. Pemain A akan menyambung diri di belakang C. 3. Teruskan sehingga pemain menguasai kemahiran ini. 4. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran,tambahkan kelajuan.

Menggelecek Longgar 1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus.Gunakan hanya satu biji bola. 2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata. 3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus. 4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus 5. .5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut.

10 meter

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir. 7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel. 8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.

9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar. 10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut. 11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.

Memukul 1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga. 2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari. 3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan. 4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya.Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D. 5. Memukul bola yang bergerak dari kanan. a) Secara berempat: A menolak bola ke B B memukul bola ke C C menolak bola ke D D memukul bola ke A

Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D.

(b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol. (c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri.Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketikamembuat latihan seperti di (c). 6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

Ansur Maju 1 :

A 1. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter. 2. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul. 3. Pemain bebas mensasasrkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. 4. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri static den kemudian bolehlah bergerak satu langkah,2,3 langkah seterusnya.

Ansur Maju 2 :

1. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. 2. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain. 3. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15m, 20m, 30m dan seterusnya. 4. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya apabila melakukan pukulan. 1 Ansur Maju 3 : 2 3 4

1. Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya. 2. Seorang pemain memukul dan kawannya menahan bola den memukul balik kepada pasangan berulang-ulang. 3. Mulakan memukul bola secara static den kemudian bergerak 1, 2, dan 3 langjah sebelum memukul bola.

Ansur Maju 4 :

A A A

B B B

1. Pemain A memukul bola kepada B dan lari ke belakang barisan B. 2. Pemain B pula akan memukul kepada pemain C dan berlari ke belakang berisan C. 3. Teruskan aktiviti ini sehingga semua pemain dapat melakukan pukulan dengan baik.

Ansur Maju 5 :

1. Setiap pemain akan menggunakan 2 biji bola hoki. 2. Pemain akan memukul bola pertama dengan kuat. 3. Pemain memukul pula bola kedua supaya bola itu bergerak separuh jarak bola pertama. 4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain menguasai kemahiran.

Menyerkap/Menahan bola Ansur Maju 1 : A

1. A akan menolak bola kepada B untuk menyerkap. 2. Kemudian B akan menolak bola kepada A pula untuk menyerkap. 3. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 2 : B

1. A meleretkan bola kepada B untuk menyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri. 2. B akan menolaknya pula kepada A untuk menyerkap. 3. Kemudian B pula akan menolak bola kepada A ke hadapan, kanan dan kiri untuk menyerkapnya. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 3 :

B1

A1

1. A menolak bola jauh kepada B dan kemudian akan menyerkapnya di B1. 2. B pula akan menolak jauh untuk diserkap oleh A di A1. 3. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

C Ansur Maju 4 :

1. A akan menolak bola dan B akan menyerkap bola tersebut. 2. B pula menolak kepada C untuk menyerkapnya. 3. C menolaknya pula kepada A. 4. Ulang aktiviti ini dan kemudian tukar arah.

Ansur Maju 5 :

X1 X 1. A akan menolak bola kepada X. 2. X perlu menerima bola yang ditolak, pusing dan hantar kepada B. X akan berlari dan menerima bola dari B dan menolaknya pula kepada C. 3. C pula menolak bola kepada X di tempat X1. Kemudian menolak semula kepada A. 4. Tukar pemain setiap 2 pusingan.

Menolak Ansur Maju 1 :

1. Pemain menolak menggunakan kayu hoki tanpa menggunakan bola. 2. Pastikan pemain memegang kayu hoki dengan betul. 3. Pastikan badan, lutut dan bahu dalam kedudukan yang betul. 4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain melakukan perlakuan yang betul.

Ansur Maju 2 :

1. Pemain menolak bola yang statik ke arah dinding. 2. Pemain akan menolak ke hadapan, kiri dan kanan. 3. Pastikan tolakkan dilakukan dengan mekanik yang betul. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 3 :

1. Pemain menolak bola satu langkah. 2. Dua langkah. 3. Tiga langkah. 4. Berjogging. 5. Perlakuan dilakukan setelah pemain dapat menguasai aktiviti mengikut urutan.

Ansur Maju 4 :

1. Pemain akan menolak bola kepada pasangan secara berhadapan. 2. A akan menolak kepada B dan sebaliknya. 3. Pastikan mekanik menolak dilakukan dengan betul. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 5 :

1. A akan menolak bola ke hadapan, kiri dan kanan. 2. B akan bergerak ke kiri dan kanan untuk menerima tolakkkan A. 3. B akan menolak semula ke arah A. 4. Tukarkan giliran menolak. 5. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 6 :

1. Tolakkan berganti-ganti secara berterusan dan bergerak ke tempat baru (4 orang satu kumpulan). 2. Pemain A dan D berada di tempat yang sama. 3. Pemain A menolak bola kepada pemain B dan menahannya. Pemain A akan bergerak menuju ke tempat pemain B. 4. Pemain B pula akn menolak kepada pemain C dan bergerak ke tempat pemain tersebut. 5. Tolak dan bergerak dijalankan selama 5 minit. 6. Arah tolakan juga boleh ditukarkan.

Menguit/Menguis 1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding tersebut. 2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan. 3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan. 4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut. 5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 - 5 langkah lalu menguit bola.Peringatan. menguit.Namun, Berhenti selepas sebentar latihan antara menggelecek dengan akan

yang

berulangan,

pelajar

mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.

LATIHAN ANSUR MAJU a. Pemain menggunakan dua biji bola hoki. Pemain dikehendaki memukul bola pertama dengan kuat manakala bola kedua dipukul perlahan agar bola itu bergerak separuh dari bola pertama. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain merasakan pukulan kuat dan mengawal pukulan untuk jarak tertentu.

b. Pemain memukul bola di atas garisan lurus secara statik. Latihan ini boleh dilakukan dengan bergerak satu langkah ke hadapan dan pukul bola diikuti dengan dua atau tiga langkah. Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan persediaan dan hayunan pemain adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

c. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter di mana pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu langkah, 2,3 langkah seterusnya 10 meter.

d. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain (ketepatan diutamakan). Apabila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya apabila melakukan pukulan.

e.Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. Skitel atau kon diletakkan di tengah-tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba menjatuhkan skitel atau kon dengan pukulan bola. Ulang aktiviti ini sehingga pukulan mengenai sasaran dengan tepat

f. Dua pemain berdiri bersemuka dalam jarak 20 meter. Skitel atau kon diletakkan di antara jarak 20 meter tersebut. Pemain hendaklah memukul bola melalui skitel atau kon tersebut. Ulang aktiviti ini sehingga ketepatan diperolehi.

g.Lima pemain membentuk satu bulatan dan seorang pemain berdiri di tengah bulatan.

Pemain tengah memukul bola kepada setiap pemain dalam kumpulan dan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar dengan pemain lain apabila semua ahli kumpulannya telah memukul bola.

h. Pemain secara berpasangan di atas kawasan D. Pemain disebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang memukul bola ke dalam gol. Latihan ini boleh dijalankan dengan menukar arah iaitu tolakan dari sebelah kiri.

Anda mungkin juga menyukai