Anda di halaman 1dari 28

Acara Trek 100 meter dan 200 meter

Pak Muhammad Iqbal bin Rahmad Bapak Amirul Haizat Khair bin Sahrom Ibuk Siti Halimatus Saadiah bt Mohd Nazari

Kronologi Olahraga
Acara sukan yang melibatkan trek dan padang. Olahraga Berasal daripada perkataan athlon = pertandingan. 776 S.M Acara sukan yang asli dalam sukan olimpik yang pertama. 1928 Pertama kali wanita dibenarkan menyertai Olimpik dalam acara trek dan padang.

Aturan Umum Dalam Lari Pecut


a) Memulakan larian

b) Berlari sambil memecut

c) Menamatkan larian

Permulaan 1. Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak.

2. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian penamat.
3. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu.

4. Permulaan perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas . Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah memeriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturan mengikut undang-undang yang ditetapkan. 5. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol bang.

6. Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan Ke Ganisan kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan din, menandakan mereka sudah bensedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan Sedia, dan sepantas kilat peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan. 7. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahan pertama dilakukan oleh peserta lain.

Semasa Perlumbaan
1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal. 2. Peserta hendaklah membuat larian terusmenerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat. 3. Peserta tidak dibenarkan mengganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan.

Akhir Perlumbaan
1. Tali direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-mana peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan,kaki atau kepala untuk menyentuh tali tersebut untuk menjadi pemenang.

2. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali pada waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.

Kedudukan balapan untuk acara 100 meter

Kedudukan balapan untuk 200 meter

Fasa dalam Larian


Permulaan

Fasa larian
Penamat Larian

1. Permulaan
Terbahagi kepada 3 bahagian A) Gaya peluru B) Gaya sederhana C) Gaya panjang

i.

Memulakan larian tanpa blok permulaan

Gaya peluru o berdiri rapat pada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki o hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Gaya sederhana o berdiri rapat pada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Gaya panjang o berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki o lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan o ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Memulakan larian dengan blok permulaan

Gaya peluru

blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Kedudukan kaki hadapan dari garisan permulaan (2 tapak kaki) Kedudukan kaki belakang dari kaki hadapan ( 1 tapak kaki)

Gaya sederhana letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Kedudukan kaki hadapan dari garisan permulaan (2 tapak kaki) Kedudukan kaki belakang dari kaki hadapan ( 2 tapak kaki)

Gaya panjang

blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Kedudukan kaki hadapan dari garisan permulaan (2 tapak kaki)

Kedudukan kaki belakang dari kaki hadapan ( 3 tapak kaki)

Larian
- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan tangan - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher

- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki - selepas tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. - tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian.
95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter.

iii. Larian di selekoh

pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal
tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

3. Penamat
Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada ke hadapan

Ansur Maju Dalam Lari Pecut


Langkah Keterangan Gambar

Berjalan dengan lutut tinggi / berlari sambil mengangkat lutut

Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan

Berlari dengan kaki menyepak ke belakang

Berlari dengan lutut tinggi dan bahagian bawah kaki diluruskan

Langkah

Keterangan

Gambar

Berlari dengan lutut tinggi dan memecut

Berlari dengan melangkah panjang

Latihan Ansur Maju


Latihan Mendorong Latihan Teknik Pecut

Latihan Kekuatan Kaki

Latihan Pecutan

Latihan Mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan - Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara bergantiganti dalam kumpulan - Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh - Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

Latihan Teknik Pecut


- Berlari dengan melangkah panjang. - Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari menyepak ke belakang.

Latihan Kekuatan kaki dan Latihan Pecutan


- Melonjak untuk jarak. - Melangkah panjang ( bounding ) - Melonjak dan melangkah melepasi halangan. - Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.

- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai