Anda di halaman 1dari 9

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

K H A L I MA T U S S A A D I A H , N O R MA S A Y U , MO H A MA D AFIFI

K U M P U L A N 5

DEFINISI PJ
Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan.

PANDANGAN TOKOH
Barrow (1971, 1983) - Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976) - satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977, 1992) - Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

PANDANGAN TOKOH
Lumpkin (1990) - Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) - Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

RUMUSAN DEFINISI PJ
Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pendidikan secara holistik yang merangkumi semua aspek domain penting dalam kehidupan manusia iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta berkait rapat dengan pengalaman, perkembangan dan pembangunan kemahiran dan kebolehan individu.

KONSEP PJ
Proses pembelajaran PJ melibatkan aktiviti fizikal, bertujuan untuk menambahkan pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman demi meningkatkan bakat semulajadi individu. Perkembangan ini selaras dengan FPK yang mementingkan perkembangan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketerampilan.

KONSEP PJ
Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Pendidikan Jasmani juga berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktivitiaktiviti penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir.

KONSEP PJ
Subjek ini merupakan satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanakkanak dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek mahupun sosial. Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

RUJUKAN
Konsep_PJ.pdf Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani http://saifulazhar.blogspot.com/2011/12/memahami-konsepdan-definisi-pendidikan.html http://ppgpjk-krk.blogspot.com/p/konsep-dandefinisi-pendidikan-jasmani.html

Anda mungkin juga menyukai