Anda di halaman 1dari 16

Topik

1
1. 2. 3.

Pengenalan kepada Pendidikan Jasmani

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan konsep dan falsafah Pendidikan Jasmani dengan lengkap; Menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani kepada manusia; dan Menghuraikan sejarah Pendidikan Jasmani yang menjadi asas kepada disiplin Pendidikan Jasmani masa kini.

PENGENALAN
Kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan masalah yang dikaitkan dengan gaya hidup yang kurang sihat dalam masyarakat. Di sinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurangkan gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan di samping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini Pendidikan Jasmani yang diajar terutamanya di sekolah rendah perlu lebih menumpu kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.

1.1

KONSEP DAN DEFINISI

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe 2005). Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan Jasmani juga mampu menyumbang kepada perkembangan kemahiran dan kercergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu matapelajaran Pendidikan Jasmani di lihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Jasmani merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan diantara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Rajah 1.1: Menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani

Kognitif Amalan berfikir Proses penerokaan Inkuiri penemuan Penyelesaian masalah Sikap ingin tahu Proses imaginasi Permikirian kreatif Pemikiran kritis

Afektif Konsep kendiri Pemahaman kendiri Penghargaan kendiri Kawalan kendiri Emosi

Psikomotor Kecergasan Kekuatan otot Daya tahan otot Pengamatan motor

Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat membantu dalam melaksanakan pendidikan luar dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan displin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanakkanak melalui penglibatan di dalam pendidikan luar. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani, aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebgai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) menyatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

1.1.1
Falsafah

Falsafah, Matlamat dan Objektif

Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang Philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sainssains fizik dan kemanusiaan). Falsafah adalah sesuatu yang terletak diantara sains dan teologi.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik: Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas. Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti. Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan. Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada kupayaan memberi penerangan. Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif utama Pendidikan Jasmani adalah untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran. Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasingan. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Zeigler (1962) berpendapat bahawa falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat memberi kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya. Matlamat dan Objektif Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Memahami apa yang hendak dilakukan. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

6.

Menghargai dan mengambil berat pencapaian murid melalui penglibatan mereka didalam program dibawah jagaan mereka.

Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu: Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; Menguasai kemahiran kemampuan diri; asas pergerakan dan permainan mengikut

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)

Objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran psikomotor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

1.1.2

Kepentingan Pendidikan Jasmani

Bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara, guru perlu memahami kepentingan Pendidikan Jasmani seperti berikut: Kecergasan Fizikal Program Pendidikan Jasmani amat penting bagi memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluannya. Kemahiran Motor Program Pendidikan Jasmani menjadi nadi yang mengerakkan kebolehan kanakkanak untuk menguruskan bahagian-bahagian anggota mereka dengan cekap dan membina kemahiran motor yang sesuai dan berguna. Dengan maksud lain Pendidikan Jasmani berupaya mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Kecekapan dalam Menguruskan Badan Pendididikan jasmani dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan melalui senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurusan badan merangkumi: Penjagaan postur yang betul; Kawalan dan imbangan tubuh dalam sesuatu situasi; Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan; Koordinasi pergerakan yang cekap; dan Pergerakan merentasi ruang.

Aspek Kemahiran dan Pergerakan Asas Pendidikan Jasmani dapat membantu pengamalnya menguasai asas kemahiran pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan tunjang pembelajaran. Seorang kanak-kanak sewajarnya sudah menguasai: Kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat. Kemahiran bukan lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok, melunjur dan membina bentuk-bentuk. Kemahiran manipulatif seperti mengelecek dan melontar. menangkap, memukul, menendang,

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Konsep Kendiri Pendidikan Jasmani dapat membina imej kendiri yang realistik dan membentuk konsep kendiri yang diingini menerusi aktiviti fizikal yang terancang. Langkah-langkah Keselamatan Dalam program Pendidikan Jasmani pelajar seharusnya di tanam dengan sikap yang mengutamakan keselamatan bukan tertumpu pada diri sendiri tetapi juga mementingkan keselamatan orang lain. Kebanyakan permainan dan sukan menjadi berbahaya jika tidak dikendalikan dengan sempurna. Dengan bimbingan yang sempurna dan teknik mengajar yang sistematik, soal keselamatan dalam Pendidikan Jasmani tidak akan timbul. Penerapaan kaedah mengaplikasikan pengetahuan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal amat perlu. Nilai dan Peribadi dalam Pendidikan Pendidikan Jasmani di lihat dapat menjadi agen pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat. Membentuk Kognitif Pendidikan Jasmani akan dapat melatih pelajar membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

LATIHAN 1.1
Guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan dalam sukatan pelajaran rendah Pendidikan Jasmani di Malaysia. Huraikan objektif ini.

1.2

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Aktiviti Pendidikan Jasmani kini melangkah ke era baru yang telah mengalami perubahan sejak beribu tahun. Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Antara contoh-contoh seperti memburu serta berkumpul merupakan aktiviti yang popular.

10

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan sejarah aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden.

1.2.1

Zaman Manusia Purba dan Kecergasan

Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah randah dan ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Kumpulan manusia ini akan keluar memburu untuk dua tiga hari untuk mencari makanan dan air. Aktiviti seperti memburu dan berkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ianya merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga mereka sanggup berjalan hingga berbatu-batu untuk menziarah komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

1.2.2

Zaman Neolitik Revolusi Pertanian

Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif yang sedang dalam zaman tamadun kegelapan. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi perlu berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Mereka tidak perlu lagi berpindah-randah. Ini semua berpunca daripada penggunaan haiwan dan teknik pertanian yang dicipta oleh manusia. Ianya mengubah gaya hidup manusia zaman primitif ketika itu kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai agrarian. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup sedentari akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka. Mereka sudah mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

1.2.3

Tamadun Kuno China dan India

Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika manusia tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

11

membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan berbagai bentuk pergerakkan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakkan kaki yang berbeza dan meniru pergerakkan binatang berlawan. Ketika itu juga wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti. Di India pula, masyarakat ketika itu dihalang melibatkan diri dalam kecergasan fizikal akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Penumpuan mereka hanya lebih kepada aktiviti berbentuk spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Masyarakat ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan. Walau bagaimanapun satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan dan ianya merujuk kepada kepercayaan falsafah Hindu yang percaya penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh. Yoga ini dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Daripada pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar. Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga ini telah mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan terkini. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Kelebihan yoga ini membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan. Beryoga kini telah mendapat tempat di Amerika dan dipercayai terdapat lebih kurang dua belas juta orang mengamalkannya.

1.2.4

Timur Tengah

Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Ini boleh dijadikan contoh kepada ketamadunan kerana mengangkat tahap kecergasan bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan ini diperolehi oleh rakyat melalui berbagai latihan keras yang dilalui oleh mereka. Pada ketika umur kanak-kanak enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad, memburu,

12

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

berkuda, memanah dan melontar lembing. Pada ketika itu objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini sebenarnya adalah untuk melahirkan ramai tentera dikalangan rakyat bagi tujuan memperluaskan empayar. Empayar Parsi ketika zaman kegemilangannya serta polisi kecergasannya juga berjaya mempengaruhi negara-negara sekitarnya mengikut jejak langkahnya. Malangnya empayar Parsi tumbang akibat dari gejala rasuah dan perebutan kuasa politik dan tentera. Dengan kejatuhan ini maka polisi yang diamalkan juga mengarah ke arah pengurangan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan.

1.2.5

Zaman Greek - Athens

Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dalam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu iaitu Sparta dan Athens yang masing-masing mempunyai objektif Pendidikan Jasmani yang berbeza. Di Sparta misalannya, objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, banyak bertumpu kepada prinsip demokrasi. Penglibatan masyarakat Athens dalam aktiviti fizikal adalah bertujuan untuk membina tubuh badan dan ingin menjadi sihat agar hidup lebih aktif di samping mementingkan nilai estetik. Sebagai satu perbandingan, Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Idea terhadap kepentingan kecergasan merupakan elemen yang membantu ketamadunan Greek. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda adalah penting bagi kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan antara pelajaran yang penting dalam bilik darjah ketika itu. Mereka mengatakan pergerakkan gimnastik itu adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar disebuah tempat yang dipanggil Palaestras, ianya adalah merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di Palaestras ianya merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat. Apabila remaja ini telah dewasa di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang lain dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

13

Sejarah Perkembangan Psikologi Sukan Pada tahun 1889 Triplett telah menjalankan ujikaji yang pertama berkaitan dengan psikologi sukan. Triplet telah membuat kajian mengenai kemajuan motor pada individu yang menyertai aktiviti jasmani. Pada awal abad ke 20 telah timbul kesedaran di kalangan ahli psikologi tentang keperluan membuat kajian tentang psikologi dan sukan. Psikologi sukan mula berkembang di Amerika Syarikat telah mula berkembang pada tahun 1920an oleh Colemen. Pada tahun1965 International Social and Sports Psychology (ISSP) telah ditubuhkan pada kongres antarabangsa psikologi sukan yang pertama di Rom. Penubuhan International Social And Sports Psychology telah merangsang perkembangan perkembangan dan penyelidikan psikologi sukan dengan teratur. Pada awal penyelidikan psikologi sukan lebih tertumpu kepada penyelidikan makmal bertujuan bagi mengembang dan memahami psikologi sukan. Pada awal tahun 1970an penyelidik yang menjadikan padang, gimnasium dan gelanggang menjadi medan tumpuan penyelidik.

LATIHAN 1.2
Huraikan perkembangan Pendidikan Jasmani di Zaman Neolitik Revolusi Pertanian.

1.3

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Di negara kita sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu: 1. 2. 3. 4. Zaman sebelum penjajahan British; Zaman pemerintahan British; Sebelum merdeka; dan Selepas merdeka.

14

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

1.3.1

Zaman Sebelum Penjajahan British

Ketika zaman sebelum penjajahan British, Malaysia ketika itu tidak langsung memilki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.

1.3.2

Zaman Pemerintahan British

Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh Kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris. Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan ianya hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat, pendidikan jasmani diajar di Special Malay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikulum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa. Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai satu matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani telah dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar dalam tahun 1923-925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan lpoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003).

1.3.3

Zaman Sebelum Merdeka

Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Sebahagian isi kandungan bagi sukatan pelajaran adalah mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan ldris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brisnford.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

15

1.3.4

Zaman Selepas Merdeka

Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966, satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi keutamaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan Kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961. (Mohd. Soffian et.all, 2003). Pada tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan diterbitkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe, 1998). Pendidikan Jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-kedua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992).

LATIHAN 1.2
Di negara kita sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era. Nyatakan empat era tersebut?

RUMUSAN
Topik ini membincangkan mengenai pengenalan kepada Pendidikan Jasmani. Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani berdasarkan falsafah, matamat dan objektif Pendidikan Jasmani turut dibincangkan. Perkembangan Sejarah Pendidikan Jasmani telah dijelaskan berdasarkan beberapa zaman iaitu Zaman Manusia Purba, Zaman Neolitik Revolusi Pertanian, Tamadun Kuno China dan India, Timur Tengah serta Zaman Greek Athens. Perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia yang terbahagi kepada empat zaman iaitu zaman sebelum penjajahan British, zaman pemerintahan British, zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka.

16

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI

Falsafah Yoga

UJIAN 1
1. Huraikan secara terperincikan Zaman Greek - Athens yang merupakan tapak kelahiran Pendidikan Jasmani. 2. Bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara, guru perlu memahami kepentingan Pendidikan Jasmani. Nyatakan kepentingan tersebut. 3. Nyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani ketika zaman prasejarah.

UJIAN 2
1. 2. Huraikan secara terperincikan tentang perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia. Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan obejktif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu. Nyatakan aspek yang boleh dibantu dengan penetapan matlamat dan obejktif? Huraikan secara terperincikan tentang perkembangan Pendidikan Jasmani ketika Tamadun Kuno China dan India.

3.

Anda mungkin juga menyukai