Anda di halaman 1dari 9

Pembelajaran Masteri Dan Teknik Silang Bagus Dapat Meningkatkan Pukulan Kilas Dalam

Permainan Badminton.

Mohd Arfah Bin Hashim


Jabatan Pendidikan Jasmani
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
80350, Johor Bahru.
Email : alfa272767@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati murid dalam kelas yang diajar
mempunyai masalah melakukan pukulan kilas badminton. Justeru itu, satu kajian
dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas di
bawah pecahan tajuk permainan badminton dalam kalangan murid Tahun 5 Azam SK
Taman Desa Jaya melalui Pembelajaran Masteri, Silang Bagus dan penggunaan
multimedia. Kumpulan sasaran kajian adalah seramai 10 orang murid lelaki. Beberapa
factor dikenalpasti seperti kaedah pengajaran guru dan bahan bantu mengajar serta
minat murid telah dijadikan fokus dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah
senarai semak, serta ujian pra dan ujian pos. Tinjauan awal mendapati murid-murid
tidak dapat melakukan pergerakan kemahiran pukulan kilas mengikut perlakuan
pukulan kilas dengan teknik yang betul Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Hal ini disokong pula oleh hasil ujian pra yang menunjukkan tiada murid-
murid yang mencapai aras masteri iaitu 80%. Selepas Pembelajaran Masteri, Silang
Bagus melalui tayangan video berkaitan kemahiran pukulan kilas diperkenalkan, ujian
pos telah dijalankan. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan ke
semua murid yang ketara iaitu sebanyak 100% sekaligus mencapai aras pencapaian
masteri. Dapatan ini juga dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran kemahiran permainan badminton. Pada sesi pembelajaran akan
dating pengkaji akan cuba melaksanakan kajian ini kepada murid perempuan pula
untuk mengetahui keberkesanannya,

Kata Kunci : Pembelajaran masteri dan silang bagus.

1
Pengenalan

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali.
Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran guru menjadi lebih
berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna.

Terdapat kekangan yang wujud dalam diri murid-murid untuk memahami kemahiran yang
diajar sehingga menunjukkan tingkah laku yang pasif semasa pembelajaran. Masalah
kehilangan tumpuan untuk mengikuti pengajaran yang diajar akibat faktor-faktor luaran yang
berkaitan didapati menjejaskan pembelajaran tersebut. Keadaan ini turut berlanjutan apabila
berlaku kekurangan bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat murid.

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam permainan badminton, saya dapati
bahawa murid-murid sering kali menghadapi masalah dalam pembelajaran kemahiran pukulan
kilas di bawah pecahan tajuk permainan badminton Masalah penguasaan pembelajaran tentang
topik ini adalah disebabkan oleh murid tidak dapat menguasai perlakuan menyilang kaki dan
pegangan raket. Keadaan ini menyebabkan jarak pukulan murid tidak dapat melepasi kawasan
tiga per empat gelanggang pihak lawan. Masalah ini juga dikesan pada. Secara keseluruhannya,
murid-murid dilihat amat sukar melakukan kemahiran ini dengan teknik yang betul mengikut
koordinasi tangan dan kaki. Penggunaan alatan iaitu raket membuatkan pergerakan anggota
badan mereka tidak mampu untuk menguasai kemahiran yang diajar.

Latar Belakang Masalah

Pada sesi pengajaran yang dijalankan, antara item kesilapan murid yang dapat dikesan
ialah seperti kemampuan teknik perlakuan menyilangkan kaki dan cara memegang raket. Murid-
murid menunjukkan penguasaan yang lemah dalam item-item kemahiran ini berdasarkan
kemahiran pukulan kilas. (Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah).
Sehubungan dengan itu, saya telah membuat satu kajian untuk memulihkan kelemahan
penguasaan murid-murid dalam kemahiran pukulan kilas ini. Ini adalah penting kerana
penggunan motor kasar dilihat semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan
penggunaan raket.

Dalam kajian ini pengkaji telah menerapkan nilai-nilai murni seperti memberi layanan
yang adil dan saksama kepada semua murid, menggalakkan dan menghargai pandangan murid,
memupuk budaya belajar di kalangan murid, nilai menggalakkan murid menjadi ‘Critikal
thinkers’, nilai membina keyakinan dan imej kendiri yang positif di kalangan murid, nilai
menjadikan murid ‘thoughful learners’ dan nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar relevan
kepada kehidupan seharian murid.

Penyataan Masalah

Tumpuan kajian ini ialah untuk melihat faktor kaedah Pengajaran masteri dan teknik
silang bagus yang digunakan dalam pembelajaran masteri serta minat murid terhadap kaedah
pengajaran guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran masteri dan
teknik silang bagus ini akan dilihat untuk menentukan peningkatan penguasaan murid dalam
kemahiran pukulan kilas bagi permainan badminton supaya jarak pukulan mencapai jarak tiga
per empat gelanggang lawan atau lebih.

Aspek yang akan dilihat dalam kemahiran pukulan kilas lebih tertumpu kepada teknik
yang perlu dikuasai oleh responden berkaitan dengan kemampuan memastikan kedudukan bulu

2
tangkis, menghayun tangan, mengilas badan, menyilang kaki, serta kemampuan memegang
raket ketika membuat pukulan.
.
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
sekiranya guru berupaya menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai inisiatif untuk menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar yang sesuai. Kejayaan pengajaran masteri akan dicapai apabila guru mengambil kira
tahap kebolehan dan gaya pembelajaran responden untuk memahami dan menghayati
sesuatu perkara.

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus


kepada penguasaan murid-murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran
Masteri, murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Objektif Kajian.

3.1 Objektif Umum Kajian

Objektif umum kajian adalah untuk :

3.1.1 Melihat keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri terhadap penguasaan


teknik silang bagus dan bahan bantu mengajar dalam kemahiran pukulan kilas
badminton.

Objektif khusus kajian adalah untuk:

3.1.2 Meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas sehingga mencapai jarak


tiga perempat gelanggang pihak lawan.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dilihat pengkaji sebagai sangat relevan kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru
Pendidikan Jasmani kerana ianya dapat membantu murid Sekolah menguasai kemahiran
pukulan kilas dalam permainan badminton dengan baik dan dapat mempraktikkannya semasa
bermain. Hasil dapatan kajian juga boleh digunapakai oleh guru-guru Pendidikan Jasmani
sekolah ini untuk diaplikasikan pada permainan-permainan lain dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan sekolah seperti bola sepak, hoki, bola baling, bola jaring dan bola tampar

Guru Pendidikan Jasmani juga boleh mencuba kaedah ini untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran murid dalam mana-mana permainan kerana kaedah pembelajaran masteri dan
multimedia adalah bersifat sejagat

Metadologi

Rekabentuk

3
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berupa pemerhatian dengan menggunakan
borang senarai semak. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Reka bentuk kajian yang sesuai
dengan objektif ini ialah kajian kuantitatif jenis deskriptif.

Responden.

Kajian ini akan melibatkan 10 orang murid lelaki Tahun 5 Azam Sekolah
Kebangsaan Taman Desa Jaya. Kelas ini merupakan kelas ketiga bagi susunan empat kelas
murid-murid Tahun 5. Prestasi akademik di tahap yang sederhana dan lemah

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk senarai semak sumber daripada
penyelidik sebelumnya iaitu Shaaban bin Shaik Mydin (2009). Terdapat empat bahagian
utama dalam instrumen kajian yang dijalankan.

Pemerhatian

Pemerhatian telah dibuat sebelum perlaksanaan kajian dijalankan. Dalam pemerhatian


berkenaan pengkaji telah dapat mengenalpasti murid Tahun 5 Azam sukar untuk melakukan
kemahiran pukulan kilas dengan baik.

Senarai semak

Terdiri daripada 7 item senarai semak tentang teknik pergerakan berdasarkan


kemahiran pukulan kilas. Item-item soalan yang sama digunakan dalam ujian pra dan ujian pos
yang dijalankan. Item-item ini telah dikategorikan kepada 2 peringkat penguasaan pergerakan.
Peringkat pertama ialah penguasaan pergerakan berkaitan pukulan kilas dengan teknik silang
dan peringkat kedua berkaitan pukulan kilas dengan teknik silang dan bagus.

Ukuran Pencapaian

Kedua-dua instrumen kajian pada bahagian I dan bahagian II menggunakan kaedah


nilai gred dan peratus dicari untuk melihat penguasaan responden dalam kemahiran pukulan
kilas serta teknik silang bagus yang digunakan sebagai ukuran sama ada responden berada
di tahap penguasaan yang amat memuaskan, baik, sederhana, lemah atau sangat lemah.

PERATUS Gred TAHAP PENGUASAAN


80 hingga 100 A Amat Memuaskan
60 hingga 79 B Baik
40 hingga 59 C Sederhana
20 hingga 39 D Lemah
0 hingga 19 E Sangat Lemah

Prosedur Tindakan yang Di Jalankan

Ujian pra

4
Ujian ini dilaksanakan pada minggu pertama untuk mengumpul maklumat awal
mengenai tahap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran pukulan kilas dengan
teknik silang bagus. Ujian pra ini dijalankan seperti pengajaran biasa dimana pengajar
menggunakan pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk pengajaran. Pengajaran
disampaikan dalam bentuk arahan sepintas lalu. Panduan berdasarkan kebolehan murid tidak
diberikan penekanan oleh pengajar.

Pada minggu kedua (rawatan), Tayangan video menunjukkan perlakuan yang betul
menyilangkan kaki semasa melakukan pukulan kilas. Ini memberikan peluang kepada murid
untuk mempelajari kemahiran yang diuji dengan lebih berkesan. Selepas itu, pengkaji telah
membuat demonstrasi menunjukkan perlakuan silang kaki yang betul dalam kemahiran
pukulan kilas. Murid akan melakukan perlakuan ini berulang kali sehingga menjadi amalan.
Pada akhir sesi, ujian dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanannya.

Seperti pada minggu kedua, setelah murid ditayangkan video perlakuan pegangan raket,
pengkaji menunjukkan demonstrasi tersebut, pengkaji memastikan agar setiap langkah
dilaksanakan dengan baik dan mengikut urutan dengan betul. Pada akhir sesi, ujian
dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanannya.

Pada minggu keempat pengkaji menekankan kedua-dua perlakuan ‘silang’ dan ‘bagus’
kepada responden supaya dapat menguasai kedua-dua teknik dengan baik. Seterusnya pada
akhir sesi ini, Ujian pasca akan dijalankan bagi memastikan samada ianya memberi kesan
kepada kemahiran pukulan kilas dan peningkatan jarak pukulan. Keputusan ujian ini akan
menentukan samada kajian yang dijalankan ini berjaya atau sebaliknya.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Ujian Pra

Ujian Pra adalah ujian yang diberikan kepada murid sebelum pembelajaran masteri dan
teknik silang bagus diperkenalkan kepada murid-murid. Berikut merupakan analisis yang telah
dibuat berdasarkan markah ujian ini.

Markah Gred/ Bil. Murid Peratus(%)


Tahap Jarak
Penguasaan
Amat 80-100 A 0 0
Memuaskan
Baik 60-79 B 0 0

Sederhana 40-59 C 4 40
Lemah 20-39 D 5 50
Sangat lemah 0-19 E 1 10
Jumlah 10 100
Merujuk kepada jadual, tiada bilangan murid yang memperolehi tahap penguasaan
amat memuaskan. Bagi murid yang mencapai tahap penguasaan sederhanan pula adalah
seramai 4 orang, bilangan murid bagi tahap penguasaan lemah pula adalah seramai 5 orang
dan terdapat seorang murid dikategorikan sebagai murid yang sangat lemah.
5
Analisis Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra Ujian Pos


Tahap Markah/
Penguasaan Gred Peratus Peratus
Bil. Murid Bil. Murid
(%) (%)

Amat
80-100 A 0 0 4 40
Memuaskan
Baik 60-79 B 0 0 6 60
Sederhana 40-59 C 4 40 0 0
Lemah 20-39 D 5 50 0 0
Sangat Lemah 0-19 E 1 10 0 0
Jumlah 10 100 10 100

PENCAPAIAN UJIAN MINGGU KEEMPAT


UJIAN PASCA

B
I
L

R
E
S
P
O
N
D
E
N

JARAK PUKULAN

Keputusan Ujian Pasca (Gabungan ‘Silang’ dan ‘Bagus’)

Berdasarkan keputusan diatas, bilangan murid yang mendapat gred A pada ujian
pra adalah sifar dan peningkatan yang ketara berlaku pada ujian pos apabila kesemua

6
bilangan murid iaitu 4 orang mendapat gred A, greb B 6 orang. Pada ujian pra, murid yang
mendapat gred C adalah seramai 4 orang manakala bilangan murid bagi gred D adalah
seramai 5 orang. Bilangan gred E pula adalah seorang Peningkatan pada ujian pra dan
pengurangan pada pada ujian pos setiap gred ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
pada pencapaian responden dalam kemahiran pukulan kilas.

Kesimpulan.

Secara keseluruhannya, semasa ujian pra didapati markah murid adalah berada
pada tahap penguasaaan yang sederhana dan lemah sahaja. Penguasaan kemahiran yang
kurang memuaskan ini adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran guru yang kurang memberi
tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran dengan merancang pelbagai kaedah dan
bahan bantu belajar.

Berdasarkan peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pos bagi ujian
kemahiran tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri
melalui tayangan video telah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas
sekaligus menjadikan murid-murid lebih mudah untuk menguasai teknik perlakuan
berdasarkan kemahiran pukulan kilas ini. Penggunaan alat bantu mengajar seperti tayangan
video menggunakan kaedah masteri ini mempengaruhi pencapaian murid dalam penguasaan
kemahiran yang diuji.

Pembelajaran Masteri sudah dilaksanakan di kebanyakan sekolah dan kajian


menunjukkan kaedah masteri dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran oleh Slavin
(1987). Kaedah pengajaran masteri dalam kajian ini telah menunjukkan keberkesanannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, persoalan-persoalan kajian ini telah
dapat dijawab dan sekaligus mencapai objektif umum

Penutup

Berdasarkan hasil kajian ini saya dapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh
dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
kekuatan yang boleh dijadikan panduan untuk kajian seterusnya. Secara keseluruhannya,
hasil daripada kajian ini saya dapati bahawa murid-murid dapat menerima kaedah
Pembelajaran Masteri dan teknik silang bagus ke arah membantu mereka menguasai
kemahiran pukulan kilas. Di samping itu, penggunaan Bahan Bantu Mengajar iaitu tayangan
video yang sesuai turut membantu mereka mencapai penguasaan kemahiran tersebut.

Kejayaan Pembelajaran Masteri dan teknik silang bagus bergantung kepada


keupayaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya. Kurikulum yang
berkesan menyatakan dengan jelas dan tepat apa yang perlu dikuasai oleh murid. Kejayaan
juga bergantung kepada kebolehan guru untuk mengajar dengan bahan-bahan yang sesuai
bagi mencapai aras dalam Pembelajaran Masteri. Guru-guru perlulah meningkatkan
kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan Bahan Bantu Mengajar supaya dapat
memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan
dengan Bahan Bantu Mengajar. Guru juga harus sentiasa peka dengan kewujudan Bahan
Bantu Mengajar berbentuk perisian yang terdapat di pasaran dan menyediakan peruntukan
sewajarnya bagi mendapatkannya.

Adalah menjadi harapan agar kajian ini dapat membantu guru-guru di sekolah ke
arah meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran asas sebegini
terutamanya kemahiran pukulan kilas ini.

RUJUKAN

7
Abang Ismail bin Abang Julhi. (2003) Keberkesanan Penggunaan Multimedi Terhadap
Penguasaan Kemahiran Sukan Badminton. Institut Perguruan Batu Lintang.
Kuching.Sarawak.
Arfan. (2001). Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Sukan Gelanggang. Universiti Kebangsaaan Malaysia. Bangi.
Selangor.
Anderson L.W & Block J.H. (1975). Mastery Learning Models in Dunkin M.J.(ed), The
International Encyclopedia of Teaching and Teacher Education. New York:
Pergamon Press.
Asiah Abu Samah. (2003). Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani: Diperoleh Mei
definisi.html.
Asmariza. (2001). Tinjauan Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Masteri Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Daerah Kuantan: Diperoleh Mei 7, 2012.
darihttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/BP010143D2004TTP.
pdf.
Atan Long. (1981). Alat Bantu Mengajar Mempengaruhi Pencapaian Akademik
Pelajar: Review of Educational Research, 179-203.
Bloom B.S (1981), All Our Children Learn. New York: ,McGraw-Hill.
Bloom B.S (1968). Learning to Masery: Evaluation Commnet (UCLA-CSIEP).
Borich & Tambori.(1997). Individual Differences: Diperoleh April 20, 2012.
darihttp://kulanzsalleh.com/perbezaan-individu/
Boyle, T. (1997). Design for multimedia learning. London: Prentice Hall.
Charles F. Hoban. James D.Finn& Edgar Dale. (1964). Kepentingan Bahan Bantu
Mengajar dalam Pengajaran dan pembelajaran: Diperoleh Ogos 8, 2011.
darihttp://simahmamat.blogspot.com/2008/01/teori-pembelajaran tingkahlaku.
Cox & Dunn K. (1979). Teaching Students Through Their Individual Learning Style: A
Practical Approach. Reston, V.A: Reston Publishing Division of Prentice Hall.
Hussin bin Haji Hamidon. (1999). Sejarah dan perkembangan computer: Diperolehi
Ogos16,2011.darihttp;//www.members.tripod.com/hussin71sejarahkomputer.html
Johnson. (1979). Administration of Athletics Program: A Managerial Approach.
Englewood Cliffs,Prientice-Hall Inc.
Lion Kon Thai. (1997). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap
Matematik \Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis tidak
diterbitkan.UniversitiTeknologi Malaysia. Malaysia.

8
L. Wofgang. (2005). Technicq and Tacticetraning in Badminton.Olimpic Solidarity
Course LevelII. Malaysian Badminton Association (BAM), Kuala Lumpur. 24– 30
November 2005.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku 1 Murid 1 Sukan Sekolah Rendah, Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
Kelab Sukan Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mastery. (2000). Implementary Mastery Learning. California: Wadsworth. Inc.


Mohd.Arif & Mohd.Jasmy. (2002). Implikasi teknologi maklumat dan komunikasi
keatas gaya pengajaran pendidikan jasmani. Fokus terhadap kemahiran
permainan bola tampar. Prosiding Seminar Kebangsaan profesion perguruan
Universiti Kebangsaan Malaysia: hlm. 375 – 391.

Anda mungkin juga menyukai