Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN TINDAKAN DALAM

PENDIDIKAN: GGGB 5023


http://annemunirah.blogspot.com/2009/11/tugasan-3-ulasan-pembentangan-kolokium.html

Ulasan Kajian Tindakan


Kolokium DPLI UKM ambilan Januari 2009
26-27 Oktober 2009
Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya

Tajuk 1
Meningkatkan Kesungguhan dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran
(Token) di kalangan Murid Pendidikan Khas SMK Bangsar

Pembentang
Nur Atifah Abd Wahab
Siti Nabilah Hassan

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengatasi masalah guru dalam menangani dan
menghadapi pelbagai ragam dan masalah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran yang
menunjukkan perlakuan agresif, perlakuan pasif, perlakuan negatif sosial dan permasalahan
emosi. Pembentang telah mencuba teknik ganjaran (token) dalam menjalankan kajian tersebut
dan telah menjalankan kajian ini dalam tempoh dua kitaran.

Objektif Kajian
1. Meningkatkan kesungguhan dan ketekunan belajar menggunakan teknik ganjaran (token) di
kalangan murid pendidikan khas.
2. Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan
belajar.
3. Memberi ganjaran kepada murid yang berjaya mencapai tingkah laku sasaran.
4. Mengurangkan tingkah laku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan
belajar.

Metodologi Kajian
1. Mengenalpasti tingkah laku yang hendak diubah.
2. Membuat pemerhatian dan merekod tingkah laku.
3. Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai.
4. Memilih strategi yang perlu digunakan.
5. Menentukan ganjaran.
6. Menjalankan program.
7. Melakukan penilaian secara berterusan.
8. Memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang.
9. Membuat refleksi

Hasil Kajian
Dapatan daripada kajian yang dijalankan ke atas tujuh orang murid pendidikan khas, pembentang
mendapati teknik yang digunakan memberi implikasi positif. Ini dapat dilihat daripada
perbandingan keputusan ujian yang diambil bagi setiap kitaran, apabila terdapat peningkatan
dalam markah yang mereka perolehi. Selain itu, sistem ganjaran (token) ini juga didapati
berkesan kerana boleh mengurangkan tingkah laku negatif dan seterusnya meransang ketekunan
murid belajar. Mereka menjadi lebih bersemangat dan bersaing secara sihat untuk mengumpul
markah yang tinggi supaya dapat ditukarkan dengan token. Guru juga dapat mengajar dengan
lebih berkesan dan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih lancar
dengan pengurangan tingkah laku negatif di kalangan murid.

Penilaian Terhadap Kajian


Penggunaan teknik ganjaran (token) dalam kajian ini dilihat dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Guru-guru boleh
mengaplikasikan teknik ini dalam pengajaran mereka dan boleh mempelbagaikan lagi jenis
ganjaran yang digunakan untuk mengelakkan murid merasa jemu.

Tajuk 2
Meningkatkan Penguasaan Bacaan al-Quran di kalangan Pelajar Tingkatan 1 dan 2
Sekolah Methodist Laki-laki Kuala Lumpur dengan Menggunakan Kaedah Talaqqi dan
Musyafahah

Pembentang
Masyitah Ulul Azmin
Shamsurena Shamsudin
Siti Hasmiyati Zahari

Kajian yang dijalankan ini bertujuan meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dikalangan
pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Methodist Laki-laki Kuala Lumpur dengan menggunakan
kaedah Talaqqi dan Musyafahah.

Objektif Kajian
1. Meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan
2. Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf)
3. Membantu pelajar membaca dengan lancar
4. Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat al-
Quran
5. Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid

Persoalan Kajian
1. Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada
pembelajaran tilawah al-Quran?
2. Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah?
3. Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran
terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah?

Metodologi Kajian
1. Pemerhatian: Data Awal
- Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan dan survey melalui aktiviti membaca al-
Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan
lemah dalam pembacaan al-Quran.
2. Pengumpulan data kajian
- Sesi 1:
i) aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus
- berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaan dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus
ii)Ketua mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar
3. Refleksi
- Sesi kedua : Pelaksanaan Kajian
4. Talaqqi Musyafahah bersama naqib
- seorang naqib untuk seorang pelajar
5. Pengumpulan Data
- borang penilaian naqib
- borang mentee
- pemerhatian - catatan dan rakaman video
6. analisis data
7. refleksi

Hasil Kajian
Dapatan daripada kajian yang dijalankan, murid dilihat dapat membaca dengan tepat dan betul
dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib. Murid juga dapat
mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru dan ini akan mengelakkan murid-
murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah. Selain itu, kaedah ini mampu membangkitkan
minat murid-murid, di samping mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pembelajaran tilawah. Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan
mengetahui cara bacaan al-Quran dengan betul.

Penilaian Terhadap Kajian


Kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini secara umumnya adalah kaedah biasa yang digunakan oleh
guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kaedah ini bukan sahaja
sesuai diaplikasikan untuk mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja, tetapi boleh digunakan untuk
mengajar mata pelajaran lain seperti yang memerlukan murid-murid memahami sesuatu konsep,
mengingati dan tahu mempraktikkan apa yang difahami. Melalui kajian ini, ternyata kaedah ini
sesuai digunakan dalam proses pengajaran untuk tilawah dan bacaan al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai