Anda di halaman 1dari 5

AMALAN ADAB MAKAN : JOM IKUT CARAKU

Ummi Kalthom binti Abdullah


Encik Abd Hakim bin Abdul Majid

Jabatan Hal Ehwal Murid
uniqueorganism90@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan perisian multimedia dalam membantu meningkatkan penerapan nilai
murni mengenai adab makan murid prasekolah. Perisian multimedia digunakan sebagai bahan bantu bagi meningkatkan
kefahaman mengenai adab makan. Dalam kajian ini, murid didedahkan untuk mempelajari adab makan mengikut urutan yang
betul. Murid-murid adalah terdiri daripada murid Prasekolah Tunas Madani, IPG Kampus Sultan Mizan iaitu seramai 4 orang
murid, 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan. Kajian tindakan ini menggunakan istrumen pemerhatian, soal selidik, dan temu
bual. Analisis kajian ini menggunakan kajian kualitatif dan kajian ini berbentuk kajian kes. Dapatan kajian ini membuktikan
bahawa penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran telah dapat meningkatkan amalan adab makan
yang penerapan nilainilai murni dan pembentukan akhlak betul.
Kata kunci:
1.0 Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan
kaedah pengajaran berbantukan komputer mahupun internet telah banyak diperluaskan seiring dengan kemajuan negara.
Pembelajaran berbantukan komputer melalui perisian multimedia menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
bermakna dan produktif.
Sebagai guru yang mengajar di kelas prasekolah ini terdapat beberapa masalah murid yang telah dikenalpasti. Saya akan
memfokuskan masalah ini dari segi pengamalan adab makan. Semasa saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
ke atas muridmurid prasekolah, didapati terdapat beberapa orang murid masih belum mengetahui amalan adab makan dengan
cara yang betul. Antara amalan adab makan yang salah dipraktikkan oleh murid-murid prasekolah ini adalah tidak membasuh
tangan sebelum makan, tidak beratur ketika mengambil makanan, tidak membaca doa sebelum makan dan makan
menggunakan tangan kiri.

2.0 Fokus Kajian
Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik rantai makanan.
Berdasarkan kepada analisa masalah pengajaran dan pembelajaran murid terdahulu, murid gagal untuk mencapai markah ujian
yang tinggi dalam siri ujian yang dilakukan sebelum ini adalah kerana tahap kefahaman murid yang rendah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sebab yang mendorong kepada tahap kefahaman yang rendah itu adalah kerana
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan murid.
Menurut Mok (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara yang efektif bagi membantu guru
menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan oleh murid.
Saya meletakkan dua fokus kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu:
i. Kesilapan murid membezakan maksud herbivor, omnivor, karnivor, pengeluar dan pengguna.
ii. Kesilapan murid dalam membina rantai makanan dengan betul.
Berdasarkan kepada permasalahan ini, murid-murid mengambil masa yang lama untuk membina rantai makanan dan
kadangkala tersilap dalam membina rantai makanan tersebut. Saya berandaian, murid tidak dapat mencapai kefahaman kerana
kaedah yang saya gunakan sebelum ini iaitu kad gambar adalah kurang berkesan.
2.1 Kebolehtabbiran
Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke
atas seramai 20 orang murid sahaja. Malahan, hubungan yang erat antara saya dan murid memudahkan saya menjalankan
kajian kerana murid yang terlibat adalah anak didik saya sepanjang praktikum fasa tiga yang lalu.


2.2 Kepentingan
Kajian ini penting bagi meningkatkan kefahaman murid untuk memahami fakta-fakta sains khususnya murid tahun lima untuk
mengatasi masalah kefahaman mereka terhadap subtopik rantai makanan dan seterusnya membolehkan murid dapat mengikuti
pembelajaran dengan baik dan lancar bagi topik yang seterusnya iaitu siratan makanan. Kajian ini juga dapat digunakan oleh
guru lain untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, buka sahaja dalam topik ini tetapi juga topik yang
lain
2.3 Kebolehgunaan
Kajian ini memberikan murid asas yang cukup untuk mempelajari subtopik yang setersunya iaitu siratan makanan. Kajian ini
amat mudah dilakukan oleh murid kerana ianya di bawah pengawasan guru yang mengajar subjek Sains sendiri. Selain itu,
kaedah Food Gear ini bersesuaian dengan murid kelas kerana mereka lebih gemar belajar sambil berhibur. Melalui kaedah
ini, ia dapat membantu murid meningkatkan kefahaman murid dalam memahami fakta-fakta sains dengan cepat dan berkesan.
2.4 Kawalan
Kajian ini dilakukan dalam keadaan tersusun dan terkawal iaitu dijalankan di dalam persekitaran kelas biasa. Sebelum kajian
dilakukan, murid-murid diberikan penerangan dengan jelas mengenai perjalanan kajian ini. Ketika kajian dilakukan, saya
memastikan murid dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Kolaborasi
Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan telah membuat kolaborasi awal terlebih dahulu melalui
perbincangan bersama dengan guru pembimbing dan juga guru-guru sains di sekolah sewaktu menjalani praktikum yang lalu
untuk memberikan pandangan tentang masalah murid Tahun Lima Taqwa. Saya juga turut berkolaborasi bersama pensyarah
penyelia dan guru pelatih yang lain bagi memastikan saya mengikuti kaedah dan prosedur yang betul dan seterusnya dapat
memantapkan lagi kajian ini.
2.6 Kerelevanan kepada Sekolah
Kajian ini adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan dimana-mana kawasan persekolahan, samada di bandar mahupun di
kawasan pedalaman. Hal ini kerana, kaedah ini dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
memberikan kelainan agar tidak membosankan murid-murid untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti hasil pengajaran
dan pembelajaran secara keseluruhannya.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik Rantai Makanan menggunakan kaedah alat bantu mengajar Food
Gear.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
1. Meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik Rantai Makanan menggunakan kaedah alat bantu
mengajar Food Gear.
2. Meninjau persepsi murid tahun lima terhadap keberkesanan penggunakan kaedah alat bantu mengajar Food Gear
dalam subtopik Rantai Makanan.
3.3 Soalan Kajian
Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1. Adakah kaedah alat bantu mengajar Food Gear dapat meningkatkan kefahaman murid tahun lima dalam subtopik
Rantai Makanan?
2. Apakah persepsi murid tahun lima terhadap keberkesanan penggunaan kaedah alat bantu mengajar Food Gear
dalam subtopik Rantai Makanan?




4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai 20 orang murid Tahun Lima Taqwa dari Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Besut,
Terengganu. Saya memilih murid Tahun lima Taqwa kerana saya telah mengajar subtopik Rantai Makanan Tahun lima semasa
praktikum fasa pertama.
5.0 Tindakan Dijalankan
Langkah 1: Ujian Pra
Dilaksanakan bagi melakukan tinjauan awal bagi mengenal pasti permasalahan yang wujud. Pengkaji
memberikan satu set soalan ujian pra untuk menguji tahap pemahaman murid terhadap subtopik Rantai Makanan.

Langkah 2: Intervensi
Melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan Food Gear bagi subtopik Rantai Makanan. Ia
dijalankan secara hands on dalam aktiviti berkumpulan.

- Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan kalah mati.
- Kumpulan A akan bersaing dengan kumpulan B, manakala kumpulan C akan bersaing dengan kumpulan D. Pasukan
yang menang dalam perlawanan tersebut akan bertemu antara satu sama lain dalam perlawanan akhir.
- Setiap pasukan perlu membina lima rantai makanan yang betul dengan menggunakan Food Gear dalam masa empat
minit sahaja.
- Guru berbincang dengan murid-murid tentang rantai makanan yang dibina.

Langkah 3: Ujian Pos
Pengkaji memberikan satu set soalan Ujian Pos selepas pengajaran subtopik Rantai Makanan.

Langkah 4: Ujian Pra
Borang soal selidik diedarkan untuk meninjau persepsi murid terhadap keberkesanan penggunaan Food Gear.

Langkah 5: Soal Selidik
Borang soal selidik diedarkan untuk meninjau persepsi murid terhadap keberkesanan penggunaan Food Gear. Borang soal
selidik ini diadaptasi daripada soal selidik yang digunakan oleh Karimah Ismail (2006)

6.0 Dapatan Kajian

Perbandingan nilai min markah ujian pra dan ujian pos dipersembahkan dalam bentuk graf.












Rajah 1: Min markah ujian pra dan pos.

Berdasarkan rajah 1, min markah bagi ujian pra ialah 67.25% dan min markah bagi ujian pos ialah 77%.
Perbandingan ini menunjukkan peningkatan min markah sebanyak 9.75%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
yang positif terhadap pencapaian responden.



60.00%
65.00%
70.00%
75.00%
80.00%
MIN UJIAN PRA MIN UJIAN POS
Series1 67.25% 77%
P
E
R
A
T
U
S











Rajah 2: Pencapaian Responden dalam Ujian Pra dan Pos.
Berdasarkan rajah 2 yang ditunjukkan, pelajar yang berada pada tahap pencapaian gagal dan baik semakin
berkurangan. Ini bermakna, pelajar yang gagal ini sudah 4erjaya untuk memahami 4berjaya4 rantai makanan dan mencapai
tahap yang lebih baik. Melihat kepada peratusan murid yang berada pada tahap baik, peratusan menurun dengan mendadak
iaitu daripada 40% kepada 25%. Ini bermakna, pelajar yang berada pada tahap baik sudah 4berjaya meningkat naik kepada
tahap cemerlang. Ini bermakna, gaya pembelajaran penggunaan Food Gear ini sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid
terutamanya bagi murid lemah dan sederhana. Peratusan pelajar yang cemerlang meningkat juga membuktikan penggunaan
Food Gear ini berkesan
Min bagi keseluruhan item soal selidik dipersembahkan dalam bentuk graf.










Rajah 3: Graf Perbandingan Min Peratus 'Ya' dan 'Tidak'.
Berdasarkan rajah 3, min peratusan bagi jawapan yang positif mewakili jawapan Ya adalah sebanyak 96.25%
manakala min peratusan bagi jawapan yang negatif mewakili jawapan Tidak adalah sebanyak 3.75%. Hal ini menunjukkan
min peratusan bagi jawapan yang positif adalah tinggi berbanding jawapan yang negatif.
7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian
Berdasarkan analisis markah bagi kedua-dua ujian, ujian pra menunjukkan min markah iaitu 67.25% manakala min markah
yang diperoleh oleh ujian pos iaitu 77%. Hal ini menunjukkan peningkatan min markah yang positif iaitu sebanyak 9.75%.
Oleh yang demikian, penggunaan Food gear telah meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik rantai makanan. Dapatan
ini disokong oleh Mohd Hafizi (2011) dalam kajiannya penggunaan The Transformer Sebagai ABM dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran menukar unit panjang melibatkan perpuluhan bagi murid tahun lima. Hasil kajian beliau menunjukkan
peningkatan min positif sebanyak 44.17% dalam pencapaian responden dari ujian pra dan ujian pos. Hal ini membuktikan
penggunaan ABM ini berkesan. Oleh itu, soalan kajian pertama terjawab.
Berdasarkan analisis soal selidik, min peratusan bagi jawapan positif adalah 96.25% manakala peratusan min bagi
jawapan negatif adalah 3.75%. Justeru, min peratusan bagi jawapan yang positif lebih tiggi daripada jawapan yang negatif.
0.00%
50.00%
100.00%
YA (%) TIDAK (%)
MIN 96.25% 3.75%
P
E
R
A
T
U
S

0
2
4
6
8
10
12
14
Kategori
Murid
Gagal Lulus Baik Cemerlang
Ujian Pra
Ujian Pos
Oleh itu, penggunaan Food Gear telah menarik minat murid tahun lima dalam subtopik rantai makanan. Dapatan ini disokong
Munira & Marzuki (2011) dalam kajian meningkatkan Minat murid tahun dua terhadap mata pelajaran Sains menggunakan
Dam Sains sebagai BBM. Hasil soal selidik, kehadiran BBM dinamakan Dam Sains berjaya meningkatkan keterlibatan
responden sekali gus menjana minat terhadap mata pelajaran Sains. Ini menjadikan, soalan kajian kedua terjawab.
Rujukan
Arham Abdullah. (2006). Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Safian Amir. (2005). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar dengan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Nadiah Md.Salleh. (2007). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Topik Sense Of Sight Menggunakan BBM The Eyeball.
Tesis tidak diterbitkan, SMK Maokil.
Ahmad Zulhilmi Mohammad, & Badrul Muid Muhamad Adam. (2008). Meningkatkan Penguasaan Tajuk Rantai Makanan
Murid Tahun lima Amanah Melalui AZ-SMARTBOARD. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Mohd Hafizi. (2011) Penggunaan The Transformer Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menukar Unit Panjang. Tesis
tidak diterbitkan, IPG Kampus Sultan Mizan.

Anda mungkin juga menyukai