Anda di halaman 1dari 17

KONSEP, TEORI & FALSAFAH PEMBENTUKAN

KURIKULUM

*Konsep & definisi P. Jasmani


*Falsafah Pendidikan Kebangsaan &
hubungannya dengan P. Jasmani

Pembentang:
Noor Farah Iziyanti bt Abu Rahim
Nur Nadia bt Abdul Gaffor
KONSEP DAN
DEFINISI
PENDIDIKAN
JASMANI
• Proses pembelajaran yang menyeluruh yang
merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif,
sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang
untuk mencuba semua aktiviti fizikal. (Pettifor,
2005)

• Roddick (1982). PJ adalah sebahagian daripada


pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal
sebagai medium pendidkan yg menekankan
pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yg
berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan
rekreasi.
• KBSM (1992). PJK bertujuan menjadikan pelajar
sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan
nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan
dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

• Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat


bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan
melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya
mempengaruhi semua perkembangan fizikal
termasuk perkembangan mental dan sosial.
• Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani
dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’
dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

• Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan


pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular,
intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil
melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak
rancak.

• Freeman (1977, 1992) menegaskan bahawa Pendidikan


Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan
menumpukan pada tiga domain pendidikan, iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif.
• Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani
merupakan suatu proses yang membolehkan
individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal,
mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

• Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah


sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan pada
asasnya melalui pengalaman-pengalaman
pergerakan kepada perkembangan dan
pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
• (Cholik Mutohir, 1992). Pendidikan jasmani adalah
suatu proses pendidikan seseorang sebagai
perorangan atau anggota masyarakat yang
dilakukan secara sadar dan sistematik melalui
berbagai kegiatan jasmani untuk memperoleh
pertumbuhan jasmani, kesehatan dan kesegaran
jasmani, kemampuan dan keterampilan,
kecerdasan dan perkembangan watak serta
kepribadian yang harmonis dalam rangka
pembentukan manusia Indonesia berkualitas
berdasarkan Pancasila.
Kesimpulan
• Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses
yang bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait
rapat dengan pemilikan dan penghalusan
kemahiran-kemahiran motor; pembangunan
dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan
optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap
positif terhadap aktiviti fizikal
FPK &
HUBUNGANNYA
DENGAN
P. JASMANI
FPK
• "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Unsur Jasmani
• Sifat luaran/fizikal diri manusia
• Berkaitan dengan anggota tubuh badan manusia
• Kecergasan fizikal perlu untuk kecergasan
mental
• Fizikal penting untuk kemahiran teknikal,
manipulatif dan sosial
• Mempengaruhi produktiviti dan daya
pengeluaran
1) Memperkembangkan lagi potensi individu

• Sejajar dengan objektif pendidikan jasmani


iaitu murid dapat menguasai kemahiran asas
pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri
• Teori kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik
• Kebolehan dan potensi dalam sukan
merupakan salah satu platform untuk
melonjakkan diri dan mencapai kejayaan
2) Insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
• Kecergasan fizikal penting untuk menjamin
kecerdasan mental
• Aktiviti senaman misalnya dapat mengurangkan stress
dan menenangkan jiwa, misalnya Taichi
• Aktiviti senaman atau aktiviti kesukanan merupakan
salah satu cara untuk kita menyalurkan kemarahan
• Pendidikan jasmani perlu seiring bagi membentuk
manusia yang pintar dan pandai menguruskan emosi
3) Berilmu pengetahuan
• Pendidikan jasmani bukan semata-mata
aktiviti senaman atau kesukanan
• 3 tunjang pendidikan jasmani iaitu kecergasan,
kemahiran dan kesukanan perlu dikuasai
• Setiap aktiviti perlu bermula dengan
kemahiran asas yang betul
• Pelbagai penyerapan dalam pendidikan
jasmani yang menjadi ilmu yang berguna,
contohnya anatomi dan fisiologi
4) Berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
• Pendidikan jasmani melahirkan manusia yang
berguna
• Aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara
untuk mengisi masa lapang, seterusnya dapat
mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti
yang tidak berfaedah dan tidak bermoral
• Pendidikan jasmani melahirkan individu yang
bertanggungjawab, misalnya sebagai ketua dalam
kumpulan
• Pendidikan jasmani juga mampu meningkatkan
keyakinan diri
• Pendidikan jasmani membolehkan seseorang
menerima kejayaan dan kegagalan dengan optimis
• Individu yang cergas dan cerdas mempunyai
ketrampilan dan peribadi yang baik dan menonjol
• Kemungkinan individu yang banyak memberi
alasan adalah kurang diberi pendidikan jasmani
dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
5) Memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
• Pendidikan jasmani mampu melahirkan pakar-
pakar, sebagai contoh pakar dalam sukan dan
pakar dalam bidang perubatan
• Kesedaran tentang pendidikan jasmani
menjamin kehidupan yang sihat, misalnya diet
seimbang dan tidak merokok
• Unit paling asas iaitu keluarga yang sihat
membentuk masyarakat yang sihat