Anda di halaman 1dari 17

Kesihatan jasmani,

Emosi, Rohani, Intelek


dan Sosial
Sistem Pendidikan di Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan
Negara yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar
secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan
warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala
bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan
negara.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan
sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya.
Walau bagaimanapun, penerimaan dan pengiktirafan terhadap mata
pelajaran ini masih dipertikaikan. Bahkan, ia masih lagi dianggap sebagai
satu mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan
satu mata pelajaran peperiksaan. Kebanyakan pentadbir atau pengurus
sekolah pada umumnya lebih mengutamakan pencapaian akademik. Ini
untuk memastikan sekolah dibawah pentadbiran mereka tidak
digolongkan dalam kategori sekolah
Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

Jenny (1961)
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui
aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan
dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor;
pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk
kesihatan optimum dan keadaan baik;memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif
terhadap aktiviti fizikal
Williams (1964)
Berpendapat bahawa PendidikanJasmani

memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan


matlamatnyamempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan
mentaldan sosial
Pettifor (2005)

“Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran


yang menyeluruh yang merangkumi aspek
psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.
Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba
semua aktiviti fizikal”
Asiah Abu Samah (1993

 ”Pendidikan Jasmani adalah merupakan mata


pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang
memiliki kesepaduan antara domain kognitif
dan domain psikomotor. Kesepaduan ini
seiring dengan penerapan nilai murni yang
bermatlamat menghasilkan insan yang
menyeluruh dan seimbang dalam satu
masyarakat yang dinamis dan progresif”
Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan
sebagai mata pelajaran yang memberikan penekanan
terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui
aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan
mental, fizikal, sosial dan emosi.

Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih


sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai,
sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.
FPK
&
HUBUNGANNYA DENGAN
P. JASMANI
 "

FPK
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab,berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
1) Memperkembangkan lagi potensi individu

Sejajar dengan objektif pendidikan jasmani iaitu murid


dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri

 Teori kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik

Kebolehan dan potensi dalam sukan merupakan salah


satu platform untuk melonjakkan diri dan mencapai
kejayaan
2 Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani

Kecergasan fizikal penting untuk menjamin kecerdasan


mental

Aktiviti senaman misalnya dapat mengurangkan stress dan


menenangkan jiwa, misalnya Taichi dan Aerobik

Aktiviti senaman atau aktiviti kesukanan merupakan salah


satu cara untuk kita menyalurkan kemarahan

Pendidikan jasmani perlu seiring bagi membentuk manusia


yang pintar dan pandai menguruskan emosi
Aerobik
3. Berilmu Pengetahuan

Pendidikan jasmani bukan semata-mata aktiviti senaman


atau kesukanan.

3 tunjang pendidikan jasmani (KBSR) iaitu


kecergasan,kemahiran dan kesukanan perlu dikuasai

Setiap aktiviti perlu bermula dengan kemahiran asas yang


betul.

Pelbagai penyerapan dalam pendidikan jasmani yang


menjadi ilmu yang berguna, contohnya anatomi dan
fisiologi
4 Berakhlak mulia, bertanggungjawab,berketrampilan, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri

Pendidikan jasmani melahirkan manusia yang


berguna

Aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara


untuk mengisi masa lapang, seterusnya dapat
mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti
yang tidak berfaedah dan tidak bermoral

Pendidikan jasmani melahirkan individu yang


bertanggungjawab, misalnya sebagai ketua dalam
kumpulan
(5) Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara

Pendidikan jasmani mampu melahirkan pakar-pakar,


sebagai contoh pakar dalam sukan dan pakar dalam
bidang perubatan

Kesedaran tentang pendidikan jasmani menjamin


kehidupan yang sihat, misalnya diet seimbang dan tidak
merokok

Unit paling asas iaitu keluarga yang sihat membentuk


masyarakat yang sihat
 Pendidikan jasmani juga mampu meningkatkan
keyakinan diri

 Pendidikan jasmani membolehkan seseorang


menerima kejayaan dan kegagalan dengan
optimis

 Individu yang cergas dan cerdas mempunyai


ketrampilan dan peribadi yang baik dan
menonjol

Anda mungkin juga menyukai