Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Sebagai rumusan, sukan adalah merupakan satu aktiviti yang mendatangkan

banyak kebaikan dan faedah kepada mana- mana individu yang memainkannya.

Ianya tidak kira sama ada secara rekreasi atau secara komersil.

Dari segi kesihatan, sukan banyak mendatangkan kebaikan kepada tubuh

badan kita. Ini dapat dilihat pada sistem kardiovaskular, sistem pencernaan

mahu pun jangka hayat seseorang. Sejarah telah membuktikan melalui sukan

juga dapat mengeratkan hubungan antara individu mahu pun antara negara-

negara.

Oleh itu, tidak hairanlah sukan telah dimainkan sejak zaman dahulu kala

lagi. Ianya dijalankan secara harmoni dan untuk perpaduan manusia di dunia ini.

Sukan dan permainan telah melalui berbagai evolusi perubahan dalam usaha

untuk menambah minat setiap individu untuk menceburinya.

Kini, sukan telah dijalankan secara komersil dan untuk mengharumkan

nama negara di peringkat antarabangsa. Mana-mana negara yang agak

ketinggalan akan dibantu dan diberi perhatian oleh sepenuhnya oleh pihak-pihak

terbabit. Ini dapat dilihat dalam olahraga, bola sepak, dan sebagainya. Berbagai

klinik-klinik sukan telah dianjurkan dan diadakan oleh jaguh-jaguh dunia dalam

usaha membantu mengembangkan sukan ke seluruh pelusuk dunia. Situasi

sedemikian amat digalakkan terutama untuk menjadi kesinambungan kemajuan

sukan dari zaman dahulu kala.

Namun, di sebalik kegemilangan sukan terdapat juga beberapa siri

24
kejadian yang memalukan mutu sukan di mata dunia. Ini dapat dilihat dengan

pengambilan dadah di kalangan pemain dan atlit dengan tujuan menambahkan

kekuatan dan daya tahan kardiovaskular. Jika dibandingkan dengan pemain atau

atlit pada zaman lampau, tiada langsung pengambilan dadah dalam usaha untuk

menambahkan kekuatan. Ia dimainkan dengan penuh semangat kesukanan dan

dalam suasana harmoni.

Kemajuan dalam bidang Sains telah juga memajukan permainan sukan.

Kecederaan kini semakin berkurangan dan jika belaku kecederaan ia dapat

dirawat dengan segera dan dapat sembuh dalam masa yang singkat.

Pengetahuan dalam bidang Sains Sukan sedikit sebanyak telah membantu

peningkatan dalam kemajuan sukan. Seterusnya, terdapat juga institusi

pengajian tinggi kini mula mengadakan program Sains Sukan diperingkat Ijazah

dalam usaha membantu meningkatkan pengetahuan dan penguasaan

kemahiran dalam sesuatu bidang sukan dan permainan. Penglibatan dan

peranan pihak kerajaan juga amat penting dalam memajukan sesuatu sukan.

Sebagai contohnya, negara kita Malaysia melalui Majlis Sukan Negara telah

berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memajukan mutu sukan setaraf

dengan negara maju yang lain.

25

Anda mungkin juga menyukai