Anda di halaman 1dari 2

NOTA TENIS..

( SUKATAN TINGKATAN 4 )

PERMAINAN : TENIS

Permainan yang menggunakan raket dan bola yang dimainkan di atas gelanggang Dimainkan secara perseorangan atau beregu Permainan ini dimainkan di gelanggang rumput, permukaan keras sintetik, tanah liat dan dalam dewan Gelanggang Tenis Permainan untuk perseorangan adalah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang Permainan beregu ialah 10.97 meter lebar dan 23.77 meter panjang Tebal garisan adalah 5 cm kecuali bahagian belakang terdapat 10 cm a) Kemahiran Asas Dalam Tenis Cekak Permainan tenis , grip atau cekak raket amat penting 3 cekak utama , iaitu cekak timuran (eastern grip) , cekak barat (western grip) dan cekak kontinental (continental grip) Pukulan Pepat Ayun balik (backswing) dan tangan pemukul berada di paras pinggang Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing) Ikut lajak. Ketika raket terus menyilang bahu supaya bola bergerak ke arah hadapan atau ke atas

Pukulan Kilas Pukulan bahagian bertentangan pukulan tepat belakang raket dilakukan pada bahagian tangan tidak dominon. Pukulan kilas satu tangan dan dua tangan. Pukulan Kilas Satu Tangan semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola. Semasa kontak , tangan diayun keatas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih tenaga. Selepas kontak , ikut lajak. Pukulan Kilas Dua Tangan Raket diayun ke hadapan dengan lutut diluruskan sedikit untuk mendapatkan daya. Semasa kontak dengan bola , lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan ke atas. Selepas kontak , ikut lajak. Voli Menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi mematikan bola. Voli tidak memerlukan ayunan balik (back swing) Tiga fasa utama dalam melakukan voli iaitu diri sedia , ayunan hadapan dan kontak. Servis Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket (bola hendaklah di lambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri)

Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola ketinggian maksimum bola menurun dan berada pada aras kontak tertinggi. Smesy raket diayunkan ke belakang. Tangan tidak memegang raket mngimbangi badan. Mata fokus kepada bola. Semasa kontak , kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul bola dengan kuat masuk ke gelanggang lawan. Lob ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring. Selepas kontak , pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak. Memulakan Perlawanan Penservis berdiri di belakang garisan belakang dan memukul bola secara menyilang. Permainan tenis tiada had bagi jumlah vet. Bola yans tidak melantun atau melantun beberapa kali akan dikira faul. Kiraan Mata Permainan tenis bermula dengan kiraan 0,15,30,40 dan tamat. Kiraan mata seri iaitu 40-40 , dius akan berlaku dan permainan diteruskan sehingga seorang pemain mendapat dua mata berturut-turut. Bagi memenangi perlawanan tenis , pemain hendaklah menang 2 daripada 3 set permainan bagi wanita dan 3 daripada 5 set bagi lelaki. Situasi Yang Memberi Mata Kepada Pihak Lawan Memukul bola yang sudah melantun dua kali dalam kawasannya. Bola terkena badan atau pakaian pemain kecuali raket yang dipegang, Etika Di Gelanggang Melintas gelanggang apabila sesuatu permainan atau tali tamat. Tunggu sehingga penerima sudah bersedia , baru mulakan servis. Jangan berkata-kata semasa dalam permainan . Berjabat tangan selepas permainan . Jangan mengeluarkan kata-kata kurang sopan. Aspek Keselamatan Jangan bermain ketika hujan dan kilat. Lap gelanggang jika ada takungan air. Minum lebih air jika suasana panas. Pakaian kasut dan pakaian sesuai. Jangan bergurau di dalam gelanggan

Anda mungkin juga menyukai