Anda di halaman 1dari 7

Kemahiran permainan tenis

CEKAK
Dalam permainan tenis, grip atau cekak raket amat penting. Terdapat tiga cekak
utama iaitu

cekak timuran (eastern grip)

cekak barat ( western grip)

cekak kontinental (continentalgrip).

PUKULAN PEPAT
Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu ayunan
balik(backswing) , ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut
lajak. Teknik pukulan :

Diri sedia (stance)

Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang.

Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )

Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan


denganmembuat kontak pada bola.

Semasa mebuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus


sepenuhnya,pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak
dengan bola.

Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.

Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan
bergerakkea rah hadapan atau ke atas.

PUKULAN KILAS
Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang
raketyang dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah
pukulan kilas, iaitu pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.
PUKULAN KILAS SATU TANGAN
Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang,
ayunhadapan, kontak dan ikut lajak.

Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala


kearah bola yang hendak dipukul.

Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.

Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan
lebih tenaga.

Selepas kontak, ikut lajak.

PUKULAN KILAS DUA TANGAN


Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak
pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua( tangan atas ) ialah
tangan tidakdominan.Ketika membuat pukulan kilas dua tangan , empat pergerakan
utama yangterlibat iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut lajak.

Diri sedia

Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras


pinggangdengan lutut dibengkokkkan .

Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.

Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkkan


daya.

Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan
keatas.

Selepas kontak , ikut lajak.

VOLI
Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi
memastikanbola.Voli tidak memerlukan ayunan belakang.Terdapat tiga fasa utama
dalam melakukanvoli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah
seperti yang berikut :-

Diri sedia

Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas
kakihadapan.

Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.

Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.

SERVIS
Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis
cantas,American twist dan servis rata. Servis dimulakan di garisan belakang.
Sekiranyamenggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan
berada 30-35 cmdi belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya.Terdapat
empat fasa utamasemasa melakukan servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak
dan ikut lajak.

Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang


raket( bolahendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada
bahu kiri.)

Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.

Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.

Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum


bolamenurun dan berada pada aras kontak tertinggi.

Ikut lajak.

SMESY
Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan
jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan belakang, ayunan hadapan,
kontak danikut lanjak.Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut :-

Raket diayunkan ke belankang. Tangan yang tidak memgang raket


mengimbangibadan. Mta focus kepada bola.
Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat
badandipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola dikontak.

Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul


boladengan kuat masuk ke gelanggang lawan.

Ikul lajak

LOB
Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada
dikawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul
mendapatkansemula posisi mengawal gelanggang.

Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.

Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan


raketbermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.

Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak

GELANGGANG
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang
gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada
kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78
kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98
meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya
hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.




JARING
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami
yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi
dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan
bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter
pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa
permainan.




RAKET
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada
raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan
besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket
hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula
beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket
yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.




BOLA
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara
56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm
diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam
keadaan kering.




PAKAIAN PEMAIN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.
Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu
perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam
hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam
juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu.
Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang,
baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain
wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua
peralatan ini berwarna putih

TEMPOH BERMAIN
Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga
set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua
set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan
mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan
bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu
daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain
untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

KIRAAN MATA
Kiraan mata dalam permainan tenis bermula dari kiraan dengan 0, 15, 30, 40 dan
tamat. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya
memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0;
dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang
diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan
kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira
dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan
dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului
lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri
gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk menang sesuatu set.
Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah
seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan
terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada
jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia
mendahului tiga set daripada lawannya

Anda mungkin juga menyukai