Anda di halaman 1dari 10

CARA BERMAIN

Hoki dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain

setiap pasukan. Ia dimainkan dalam suatu kawasan padang yang rata yang

ditentukan saiznya dan mempunyai peralatan secukupnya untuk permainan hoki.

Pengadil hendaklah menentukan sama ada sesuatu padang itu sesuai dan

selamat untuk bermain atau sebaliknya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak

penganjur menyediakan kawasan permainan yang sesuai.

Kedudukan Pemain

 Daripada 11 orang pemain, seorang hendakalah bertindak sebagai

penjaga gol.

 Pemain ini akan memakai pakaian penjaga gol, bertujuan menjaga

keselamatannya sepanjang permainan dijalankan disamping berperanan

mengawal golnya.

 Kedudukan pemain ditentukan oleh pengurus atau jurulatih sesebuah

pasukan.

 Setiap pasukan akan melantik salah seorang pamainnya sebagai ketua

pasukan. Ketua pasukan akan bertanggungjawab kepada pasukan

masing-masing sepanjang permainan.

 Namun perjalanan perlawanan adalah dibawah kelolaan dan

pengawasan pengadil.

 Semasa dalam permainan pasukan-pasukan boleh mengubah posisi

pemain-pemainnya, kecuali penjaga gol.


Permulaan Permainan

 Setelah segala persiapan disediakan, senarai pemain-pemain

dikemukakan kepada pegawai perlawanan dan kedudukan pemain

ditentukan, bermakna pasukan kini sudah bersedia untuk bermain.

 Bagi menentukan pasukan manakah yang akan memulakan permainan,

pengadil akan mengadakan pengundian.

 Caranya ialah seperti melambung duit syiling atau mencabut undi.

 Pasukan yang menang dalam pengundian boleh menentukan sama ada

mahu memilih padang atau memulakan permainan.

 Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel, penyerang tengah pasukan

pemula terus menolak bola ke dalam kawasan permainan salah seorang

rakannya.

 Setelah pemain kedua menyentuh bola (dengan kayu), maka permainan

pun bermula.

 Sebelum pemain kedua membuat sentuhan, pemain lawan tidak

dibenarkan menyentuh atau merampas bola.

 Dahulunya permulaan permainan dilakukan dengan cara bully off. Tetapi

peraturan itu telah ditukar dengan cara yang dinyatakan tadi.

 Semasa permainan, pemain-pemain hanya boleh memukul atau

menggelecek bola menggunakan permukaan kayu sahaja, termasuk

pemain kidal.

 Setiap pemain hendaklah bermain mengikut peraturan serta mematuhi

undang-undangnya.
 Dalam pertandingan atau perlawanan penting, sering berlaku kekasaran

atau kejadian yang tidak diingini.

 Dalam hal ini pemain dinasihatkan agar dapat mengawal perasaan serta

mengamalkan disiplin yang tinggi.

 Yang penting mereka hendaklah bermain dengan semangat kesukanan

yang tinggi seperti yang diharapkan.

Dalam Permainan

 Dalam permainan bermaksud tempoh permainan yang ditetapkan, tidak

termasuk masa kecederaan dan masa rehat atau bola terkeluar daripada

kawasan permainan.

 Semasa dalam permainan, pemain tidak dibenarkan memegang atau

menahan bola dengan kaki atau membuat pukulan yang membahayakan.

 Tujuan utama permainan hoki ialah menjaringkan gol ke pihak lawan.

 Oleh itu setiap pasukan akan berusaha melakukan jaringan gol ini,

disamping cuba pula mempertahankan pasukan mereka daripada

diserang oleh lawan.

KIRAAN GOL

 Pemenang bagi satu-satu perlawanan hoki ialah pasukan yang lebih

banyak menjaringkan gol.

 Jaringan gol dikira apabila bola melintasi garis gol dan bola memasuki gol

pasukan lawan.
 Untuk membuat jaringan, sesebuah pasukan boleh melakukannya

dengan beberapa cara.

 Tetapi yang penting setiap pukulan gol hendaklah dibuat dalam kawasan

D, iaitu kawasan di depan gol lawan yang berbentuk D.

1. Jaringan Padang.

 Jaringan ini dilakukan oleh pemain hasil daripada pergerakannya atau

rakannya dari dalam kawasan permainan.

 Bola dihantar kepada pemain dari pasukan penyerang, lalu membuat

pukulan gol sebaik sahaja dia berada di dalam kawasan D.

 Bagi menghasilkan gol begini persefahaman antara pemain dan

kemahiran menggelecek serta membuat hantaran amat penting.

2. Pukulan sudut pendek.

 Pukulan ini sering menghasilkan gol.

 Ia dilakukan apabila pasukan pertahanan melakukan kesalahan dalam

kawasan gol.

 Pemain penyerang akan membuat tolakan masuk dari garisan belakang

padang kepada rakannya yang menanti di atas garis D.

 Dalam hal ini, persefahaman antara pemain yang membuat tolakan

dengan pemain yang akan menampan dan membuat pukulan gol adalah

penting.
3. Pukulan Penalti

 Gol juga boleh dihasilkan daripada pukulan penalti.

 Ini berlaku apabila pertahanan dipersalahkan di dalam kawasan sendiri

(kawasan D).

 Dalam pukulan penalti ini, penjaga gol hanya berdepan dengan pemukul

penalti. Pemukul penalti ini akan menguis atau menolak bola ke arah gol.

4. Pukulan Sudut Jauh

 Kesalahan dan hukuman bagi menghasilkan pukulan sudut jauh adalah

hampir sama dengan untuk pukulan sudut dekat, kecuali kesalahan

dilakukan diluar kawasan D, tetapi dalam kawasan gol pertahanan.

 Cara melakukannya adalah hampir sama.

PUKULAN – PUKULAN UTAMA

Dalam permainan bola sepak, sebarang kesalahan atau keadaan bola

terkeluar daripada kawasan permainan, diberikan sepakan percuma dan

sepakan ke dalam . Dalam permainan hoki, konsepnya adalah sama, cuma

perlakuan dalam permainan hoki dibuat dengan menggunakan kayu sedangkan

bola sepak ia dilakukan dengan kaki atau tangan. Tujuannya ialah untuk

memulakan kembalu permainan yang terhenti akibat kesalahan yang dilakukan

atau terkeluar dari permainan.


Kedua-dua keadaan ini ditentukan oleh pengadil, walaupun kadang-

kadang pengadil bertindak kurang tepat pada penglihatan pemain. Ini sering

terjadi terutamanya dalam menentukan kesalahan atau kekasaran yang

dilakukan oleh pemain. Namun pengadil yang berpengalaman atau tidak berat

sebelah mampu membuat penentuan ini tanpa ragu-ragu.

Pukulan Ke dalam

 Pukulan ke dalam diambil apabila keluar melintasi garis tepi padang.

 Pukulan diambil pada tempat di mana bola itu keluar.

 Ia dilakukan dengan cara meletakkan bola betul-betul diatas garisan

tempat bola keluar, kemudian di pukul masuk ke padang untuk diberikan

kepada rakannya.

 Semasa pukulan ini di buat, semua pemain mesti berada sekurang-

kurangnya 5 meter dari tempat pukulan.

 Pemain boleh juga meleretkan bola itu untuk tujuan pukul kedalam tetapi

bola mestilah leret ke dalam.

 Sebaik sahaja bola daripada pukulan masuk tadi disentuk oleh salah

seorang pemain, bermakna permainan disambungkan.

Pukulan Percuma

 Apabila sesebuah pasukan melakukan kesalahan atau kekasaran,

pengadil akan memberikan pukulan percuma kepada pasukan lawan.


 Kesalahan yang dimaksudkan termasuklah seperti bola terkena kaki

pemain, menahan atau mengawal bola dengan bahagian belakang kayu

(bad stick) membuat pukulan merbahaya dan melakukan halangan seperti

mengadang, merebut bola dari belakang, merebut bola dari kiri lawan dan

memegang bola.

 Pukulan hendaklah diberikan ditempat di mana kesalahan itu dilakukan.

 Jika kekasaran merbahaya dilakukan, pengadil boleh memberikan

hukuman yang lebih keras, seperti memberi amaran kepada pemain

berkenaan, atau mengeluarkan kad hijau atau kad merah.

 Sekiranya kesalahan dilakukan di dalam kawasan D, pukulan sudut

penalti diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.

 Sekiranya pasukan yang menyerang pula melakukan kesalahan, di dalam

kawasan D, pukulan percuma di luar kawasan D diberikan kepada

pasukan yang bertahan.

Pukulan Sudut Penalti.

 Dalam permainan hoki pukulan sudut penalti dan sudut jauh diberikan

kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan, jika sesebuah pasukan

melakukan kesalahan di dalam gol kawasan bertahan.

 Pukulan sudut penalti diberikan dalam keadaan-keadaan berikut:

o Penghalangan secara sengaja dilakukan oleh pemain pertahanan

di dalam kawasan 22 meter, tetapi di luar kawasan D.


o Pemain pertahanan melakukan kesalahan di dalam kawasan D

seperti bola terkena kaki atau kekasaran dilakukan oleh pemain

pasukan yang bertahan.

 Cara pukulan dibuat ialah penyerang dari pasukan menyerang berada

diluar atau disekitar bulatan D.

 Seorang pemain pasukan menyerang mengambil pukulan, iaitu ditempat

pukulan yang ditetapkan.

 Pemain-pemain pertahanan pasukan yang bertahan hendaklah berdiri di

garis golnya.

 Apabila pukulan dibuat, barulah semua pemain pertahanan bergerak

untuk menahan sebarang percubaan pihak lawan untuk menjaringkan gol.

 Bagi pemain yang membuat pukulan gol pula hendaklah pastikan bola

betul-betul berhenti.

 Pemain yang melakukan penahanan diberikan tanggungjawab melakukan

perkara ini.

 Gol akan hanya dikira jika pukulan gol dibuat dari dalam kawasan D dan

tidak dilakukan dengan cara yang membahayakan.

Pukulan Penalti

 Pukulan penalti diberikan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan ke

atas pemain pasukan menyerang yang membawa bola.

 Pemain ini jika tidak dikasari, berkemungkinan besar berpeluang dapat

menjaringkan gol dan menggugat kedudukan pertahanan lawan.


 Keadaannya penyerang dapat meloloskan diri dan bersedia untuk

menjaringkan gol, tetapi dengan tiba-tiba diganggu oleh lawan seperti

merebut bola dari belakang, menahan bola dengan tangan, menjatuhkan

pemain penyerang dan kesalahan lain menurut pandangan pengadil.

 Melalui kesalahan seperti ini pengadil berhak memberikan penalti.

 Semasa pukulan penalti diambil semua pemain hendaklah berada diluar

dari kawasan 22 meter.

 Penjaga gol mestilah berdiri dibelakang atau diatas garisan gol.

 Pukulan (kuis/flick) hendaklah dibuat pada tempat yang disediakan, iaitu

pada jarak 6.4 meter dari pintu gol.

 Selain itu, pukulan penalti juga dilakukan bagi menentukan pasukan mana

yang menang dalam satu-satu perlawanan setelah tamat masa penuh dan

juga masa tambahan.

 Biasanya pukulan ini dilakukan oleh lima orang pemain bagi satu-satu

pasukan.

Permainan Tamat

 Setelah kedua-dua pasukan mengadakan perlawanan selama 35 minit

tiap-tiap satu tempoh, maka masa untuk perlawanan ditamatkan.

 Tamat permainan ditentukan oleh penjaga masa khas dan bukan

pengadil seperti yang dilakukan dalam permainan bola sepak atau ragbi.

 Apabila tamat tempohnya, penjaga masa akan membunyikan isyarat, dan

dengan demikian sebarang perlakuan hendaklah ditamatkan.


 Tetapi dalam permainan peringkat sekolah atau kelab, pihak penganjur

bolah menggunakan pengadil untuk menentukan tempoh sesuatu

perlawanan.

 Masa permainan dikira sepanjang masa di mana bola dalam permainan.

 Ini bererti jika bola keluar padang, berlaku kecederaan atau gangguan lain

semasa permainan, masa yang terbuang ini tidak dikira.

 Bagi permainan berbentuk kalah mati, masa tambahan 15 minit (7 1/2 minit

bagi setiap satu tempoh) di berikan, tanpa masa rehat, jika masih seri,

permainan ditentukan dengan pukulan penalti.

 Jika terdapat pemain yang diperintah keluar padang, atas kekasaran atau

perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang hoki,

pemain berkenaan tidak bolah bermain dalam perlawanan itu.

 Manakala kelayakannya bermain dalam perlawanan lain bergantung

kepada keputusan pihak penganjur menerusi jawatan kuasa tatatertib.

Anda mungkin juga menyukai