Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PERMAINAN BOLA TAMPAR

Permainan ini mula diperkenalkan pada tahun 1893 di negara Jerman dan digelar sebagai Faust Ball. Pada tahun 1895 pula, William G. Morgan telah mengubah permainan Jerman ini lalu mencipta permainan bola tampar. Perubahan telah berlaku dengan suatu permainan yang bernama Minton. Ia di bawa ke negara Amerika Syarikat pada tahun 1895 oleh David McConnaughly Jr. PermainanMinton adalah serupa dengan permainan Morgan yang dipanggil Mintonette, kecuali ia menggunakan satu kayu pemukul atau bat untuk menghantar bola melintasi jaring. Versi sejarah yang paling popular pula mengatakan bahawa permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Pada masa itu, jenis permainan rekreasi yang sesuai untuk lelaki berusia adalah terlalu sedikit, berat (strenuous), atau memerlukan terlalu banyak alatan dan ruang. Contohnya, permainan berpasukan seperti bola keranjang atau bola sepak adalah terlalu berat untuk golongan ini. Mereka memerlukan satu permainan yang tidak begitu kasar dan tidak menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menyegarkan badan dan fikiran. Sehubungan itu, Morgan cuba mengembangkan satu permainan rekreasi yang sesuai untuk warga yang berusia. Beliau menggunakan permainan tenis sebagai dasar untuk permainan baru ini. Ketinggian jaring dinaikkan ke 6 kaki 6 inci dari lantai, bola yang telah dipam (inflated ball) digunakan untuk menggantikan bola tenis kecil dan tangan digunakan untuk memukul bola menggantikan raket. Pada mulanya, tiub bola keranjang (bladder) digunakan sebagai bola tetapi ia terlalu ringan dan perlahan. Kemudian, ia digantikan dengan menggunakan bola keranjang namun bola tersebut pula terlalu besar dan berat. Akhirnya A.G. Spalding, sebuah syarikat pengeluar barangan sukan diminta membuat sebiji bola yang sesuai untuk permainan ini yang dinamakan Mintonettee sebelum namanya ditukarkan kepada nama sekarang iaitu bola tampar. Permainan Mintonettee telah didemonstrasikan di gimnasium Maktab Springfield (School of Christian Workers) pada Julai 1896. Morgan membawa dua pasukan yang mengandungi lima pemain untuk setiap pasukan dan menunjukkan cara-cara untuk memainkan permainan Mintonettee. Pada masa permainan dimainkan, Alfred T. Halstead, seorang ahli fakulti maktab tersebut memberi komen bahawa pemain-pemain tersebut kelihatan seperti sedang menampar bola berulang-alik melintasi jaring dan memberi cadangan agar permainan itu dipanggil bola tampar. Cadangan Halstead akhirnya diterima dan nama Mintonettee ditukar kepada bola tampar. Anda mungkin juga meminati:

SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukan YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan ini ialah minoneete dan kemudian digantikan dengan nama volleyball oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut: 1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan. 1912 - system bergilir (rotation)diperkenalkan. 1916 - Undang undang permainan diterbitkan.

1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan. 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. 1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan. 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini. 1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. 1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. 1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah sekolah Malaysia (MSSM). Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang.

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun

1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Anda mungkin juga menyukai