Anda di halaman 1dari 21

SEPAK

TAKRAW
SEJARAH
• Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain
dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah
Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal
tanjaknya akibat terkena bola raga tendanganTun Besar.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah
rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan
sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.Permainan ini dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola
itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan
tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman
mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima
hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin.Jangka masa permainan
tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan.
Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira
menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak
takraw.Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan
badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan
mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan
gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.
SEJARAH &
PERKEMBANGAN SEPAK TAKRAW

• Sepak Takraw ialah merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang
pemain bagi setiap regu. Di Malaysia, permainan ini dipanggil 'sepak takraw'. Namun, terdapat perbezaan nama
permainan ini antara Malaysia dengan negara lain. Antaranya ialah :
Filipina : sipa
Burma : chinlone
Laos : kator
Thailand : takraw

• Pada tahun 1940an, permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata
seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah digubal dan disusun
secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

• Permainan Sepak Takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965
di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Perbincangan berlaku di antara wakil-wakil dari Negara Thailand
dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan
bahawa Permainan ini dinamakan sebagai SEPAK TAKRAW, yang merupakan gabungan perkataan 'sepak' dan
'takraw'.

• Pada masa kini, permainan Sepak Takraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan ini bukan sahaja
dimainkan dan disertai oleh atlet lelaki, tetapi juga turut dimainkan oleh atlet wanita.
PERALATAN & KELENGKAPAN DALAM
PERMAINAN SEPAK TAKRAW
1. GELANGGANG
• Berukuran 13.4 x 6.1 m dan bebas dari sebarabg halangan setinggi
8m dari permukaan lantai.
• Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04 m dan
dilukis hala dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
• Garisan teras ialah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang
kepada 2 bahagian yang sama besar.
• Pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan setiap garisan
tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke
garisan tengah berjejari 0.9 m dan diukur serta dilukis hala keluar
dari jejari tersebut.
• Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m dan dilukis pada petak kiri dan
kanan gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan
gelanggang belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah
gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
2. TIANG
• Ukuran tiang mestilah mempunyai ketinggian
1.55 m (1.45 m untuk wanita).
• Permukaan gelanggang hendaklah cukup tehug
untuk mengekalkan ketegangan jaring.
• Tiang hendaklah diperbuat daripada bahan
yang teguh dan jejarinya tidak boleh
melebihi 0.04m.
• Kedudukan tiang hendaklah didirikan dan
ditempatkan 0.3 m dari garisan tepi dan sebaris
dengan garisan teras.
3. JARING
• Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m
hingga 0.08 m.

• Lebar jaring ialah 0.7 m dan panjang jaring ialah tidak kurang dari 6.10 m
selari dengan garisan tengah gelanggang.

• Kedua-dua hujung jaring dilekatkan Pita yang dijadikan sebagai sempadan


dari atas ke bawaj dan kedudukannya ialah sebaris menegak dengan
garisan tepi.

• Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan


menggunakan pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon

• Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang

• Setelah diregangkan, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.52 m (


1.42 m untuk wanita) tinggi di bahagian tengah gelanggang dan 1.55 m
(1.45 m untuk wanita) tinggi di tiang.
4. BOLA SEPAK TAKRAW
• Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20
pertemuan silang.

• Diperbuat daripada satu lapis rotan atau fiber sintetik.

• Ukur garis lilitnya mestilah di antara 0.24 m hingga 0.44 m


(0.43 m hingga 0.45 m untuk pemain wanita).

• Berat bola sebelum dimainkan hendaklah di antara 170 gm


hingga 180 gm (150 gm hingga 160 gm untuk wanita).

• Bola boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna atau


warna yang terang tetapi tidak boleh mempunyai warna
yang boleh mengganggu perhatian, fokus dan prestasi
pemain.
Diperbuat daripada rotan
Diperbuat daripada fiber
sintetik
5. PAKAIAN DAN KASUT
• Pakaian sukan yang sesuai dan berkasut.
• Memakai kasut sepak takraw yang bertapak getah
yang sesuai dan selesa.
• Berstoking.
• Baju atau jersey sepak takraw haruslah
dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas.
KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK
TAKRAW
1. Servis
2. Melambung
3. Mengumpan
4. Menanduk
5. Merejam
6. Menghadang
1) SERVIS
• Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan
kaki kanannya sebelum melakukan ayunan.
• Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang
dikehendaki.
• Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki
dan mengikut lajak.
2) MELAMBUNG

• Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang


bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
• Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
• Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan
lambungan.
• Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.
• 3) MENGUMPAN
• Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri
sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
• Bersedia mengawal bola.
• Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
• Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
• Imbangkan badan dengan tangan.
4) MENANDUK
• Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala
untuk menghantar, mengumpan, mengawal dan merejam
bola.
• Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka,
kemudian gunakan dahi untuk menolak bola ke atas.
5) MEREJAM
• Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting,
rejaman sisi dan rejaman menapak.
• Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah
mempunyai fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
• Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah
bola.
• Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.
• 6) MENGHADANG

• Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan
rejaman yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis.
• Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
• Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :
• Diri sedia.
• Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m
daripada jaring, semakin tinggi lompatan yang dibuat,
semakin tinggi luas kawasan hadangan.
• Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang
bola yang direjam, batal jika menghadang menggunakan
tangan
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
SEPAK TAKRAW
1. PAKAIAN PEMAIN

• Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.

• Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan
boleh membahayakan kepada pemain adalah di larang sama sekali.

• Pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-Shirt, satu set warna sama warna;
pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam
senarai pertandingan.

• Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan
bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan.

• Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai
track-suits.

• Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01
hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi.

• Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan.

• Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-
Shirt.
2. BILANGAN PEMAIN SETIAP REGU
• Hanya seramai 3 orang.
• Salah seorang pemain berada di belakang yang dinamakan
sebagai tekong.
• Dua orang lagi berada di hadapan iaitu seorang di sebelah
kiri (Apit Kiri) dan seorang lagi di sebelah kanan (Apit
Kanan).
• Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan
dijalankan.
3. SISTEM KIRAAN MATA
• Apabila perkara yang membatalkan dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula
atau menerima sepak mula, satu mata akan diberikan kepada pihak lawan
termasuklah melakukan sepak mula yang seterusnya.

• Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah 21 mata.

• Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit waktu rehat di antaranya.

• Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 akan dijalankan.

• Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.

• Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam


set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 15 mata.

• Sebelum pusingan 'Tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan
pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula.

• Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.


• 4. KELEWATAN
• Hanya 10 minit diberikan kepada regu yang lewat
dan selepas itu pihak lawan akan diberikan
kemenangan percuma atau tanpa bertanding, 2-0
(21-0 / 21-0).

Anda mungkin juga menyukai