Anda di halaman 1dari 9

Sejarah Perkembangan Sofbol di Malaysia

Permainan softball diciptakan oleh George Hansock (Amerika Serikat) dan dimainkan pertama kali di Chicago. Peraturan Permainan dibuat oleh Lewis Robert tahun 1906 dan pada tahun 1916 diperbaiki oleh Mattew.

Pada tahun 1930, ada perubahan permainan dari indoor ke outdoor oleh
H.Fischer dan M.J. Ponley. Pada tahun 1968, permainan softball diperkenalkan di asia, ketika dilakukan kejuaraan di Manila. Softball pertama kali dipertandingkan di Indonesia pada PON VII di Surabaya tahun 1969.

Peringkat Awal - dimainkan sebagai satu sukan rekreasi oleh mubaligh-mubaligh Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak.

Perang Dunia Kedua - permainan sofbol terhenti. Tetapi tentera Jepun yang menggemari permainan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis.

Pada tahun 1960 - Mr. Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah Melayu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan ini.

Berbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempopularkan permainan ini termasuk memasukkannya ke dalam program MSSM namun masih tidak dapat sambutan yang mengalakkan dari beberapa buah negeri.

Pada akhir tahun 1960an, negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mempopularkan permainan ini antara tahun 1970 hingga 1973.

Pada tahun 1972, negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di Kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (SAM), di mana Dato' Sri Haji Mohd Isa, Menteri Besar Perak pada waktu itu sebagai pengerusi dan didaftarkan pada 16 Mac 1997.

Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perakk yang hanya disertai oleh pasukan lelaki dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Kemudian, beberapa buah negeri lain turut berminat menjadi anggota SAM termasuk RAAF Softball Association of Malaysia.

Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dan telah disertai oleh lima buah pasukan. Malaysia telah memperolehi tempat ketiga.

Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan Sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Pada tahun tersebut, Kejohanan sofbol ASEAN untuk wanita yang pertama juga telah diadakan.

Pada tahun 1979, permainan sofbol telah diterima bagi pertama kali dimasukkan ke dalam sukan SEA. Malaysia hanya menyertai acara lelaki sahaja dan berjaya menduduki tempat ketiga.

Pada tahun1982, pasukan Sofbol Wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.

Kini, permainan sofbol telah berkembang di seluruh tanah air.

KEPERLUAN DAN PERALATAN Permainan softball memerlukan beberapa peralatan antaranya bola softball, kayu pemukul dan sarung tangan ( glove ). Selain daripada itu, keperluan utama yang lain adalah padang atau gelanggang. Alatan lain lagi yang diperlukan bagi satu perlawanan permainan sofbol Adang muka, Bes (berbentuk segiempat), Penahan dada,penahan muka, Plat (berbentuk segi tiga) Padang atau gelanggang softball Gambarajah gelanggang softball Bola softball sarung tangan/gloves kayu pemukul atau bet

Bola softball beratnya adalah antara 177 hingga198 gm, ukur lilitnya di antara 30.1 hingga 30.7 cm dan bola ini biasanya diperbuat dari kulit dan sintetik. Kayu pemukul atau bet panjangnya adalah 86.4 cm dan tebalnya adalah 5.7 cm Plet picer, plet rumah, bes dan petak picer

Peralatan lain yang digunakan : Pengadang muka Pengadang dada Pelindung kaki Topi Softball

JENIS PERMAINAN SOFTBALL Permainan sofbal yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa ada tiga jenis iaitu fast pitch, modified pitch, dan juga slow pitch. Dalam permaian jenis ini pitcher menentukan permainan. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove. Pitch softball atau dikenali juga dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemainpemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di softbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu. Slow pitch softball pula memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Softball )

PERMAINAN SOFTBALL Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan diwakili oleh 9 pemain. Ianya dimainkan di dalam kawasan yang berbentuk berlian dan ditandakan dengan 3 bes dan satru plet rumah ( rujuk gambar padang atau gelanggang softball ). Pasukan yang memukul akan memukul mengikut giliran dan cuba mendapatkan seberapa banyak larian yang boleh. Satu larian bererti pelari bes berjaya melalui ketigatiga bes dan balik ke rumah. Pasukan memadang pula akan cuba menggagalkan usaha

pasukan memukul dengan mematikan pemukul dan pelari bes dengan pelbagai cara yang sah. Satu perlawanan biasanya terdiri daripada 7 pusingan. Satu pusingan bererti satu pasukan memukul dan lawannya memadang sehingga 3 pemukul dimatikan. Pada akhir 7 pusingan, pasukan yang jumlah lariannya lebih, diisytiharkan sebagai pemenang. Gambarajah menunjukkan gelanggang dan posisi pemain PERATURAN-PERATURAN ASAS PERMAINAN SOFTBALL a. Lapangan lapangan softball berbentuk segi empat, panjang setiap sisinya 16,76 m. Ukuran lapangan softball adalah sebagai berikut: * Panjang setiap sisinya 16,76 m * Jarak dari home base ke tempat pelempar adalah 13,07 m * Tempat pelempar berdiri (pitcher plate), berukuran 60 x 15 m b. Perlengkapan pemain Setiap tim harus menggunakan sragam softball dan topi yang bernomor, serta alat lain untuk penjaga. Perlengkapan untuk para penjaga antara lain : 1. Pemain penjaga memakai glove (semacam sarung tangan) yang terbuat dari kulit agak tebal, berukuran 38 x 38 cm dan beratnya 283 gram. Untuk penjaga belakang atau catcher, selain memakai glove juga mengenakan pelindung muka atau kepala yang disebut masker/ face mark dan pelindung badan yang disebut body protector.

2. Bola terbuat dari kulit yang didalamnya terdiri atas campuran gabus dan karet. Lingkaran bola 30 cm dan berat bola 190 gram. 3. Alat pemukul atau stick yang dipakai harus sesuai dengan ketentuan yang dikeluarkan oleh PB PERBASASI yang panjangnya tidak lebih dari 40 cm.

1. Satu pasukan sofbol terdiri daripada 9 orang pemain untuk memulakan dan meneruskan sesuatu perlawanan. 2. Pemain-pemain padang boleh mengambil posisinya di mana-mana dalam kawasan padang kecuali kecer (penangkap) mesti berada dalam petakkecer dan picer mesti berada di tempat sah untuk memicing. 3. Pemilihan giliran untuk memukul dahulu atau kemudian oleh kedua-dua pasukan yang bertanding ditentukan melalui lambungan duit syiling. 4. Sesuatu pertandingan rasmi hendaklah bermain 7 pusingan atau mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang mengawal pertandingan itu. 5. Picing yang sah adalah bola yang dilempar kepada pemukul dengan pergerakan bawah tangan (under arm). 6. Pemukul hendaklah berada dalam petak pemukul untuk membuat pukulannya. 7. Pukulan straik dilaungkan pengadil bila bola yang dipic masuk kawasan zon pukulan sebelum tercecah tanah atau pemukul tidak berusaha memukul bola itu. 8. Pelari bes mestilah memijak bes mengikut susunan yang sah (1B, 2B, 3B,PR) apabila membuat larian. Pelarian bes dibenarkan terlajak bes pertama (1B) setelah menyentuhnya tanpa risiko dicecah oleh pemadang. 9. Pelari bes yang terkena bola yang dipukul ketika ia keluar dari besnya dikiramati.

10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan apabila pasukan yang memadang berjaya mematikan pemain ketiga daripada pasukan yang memukul. 11. Permainan softball mempunyai tiga tempat hinggap pelari yang disebut base. Base terdiri atas base I,II dan III, sedang base IV merupakan tempat untuk memukul (home base). Setiap base terbuat dari karet atau kanvas yang merupakan bantalan, dengan ukuran masing-masing base 38 x 38 cm dan tebal 5 12,5 cm, kecuali home base berukuran 42,5 x 21,5/22 cm sisi puncaknya berukuran 30 cm. 12. Perpanjangan garis dari home base ke base I dan II disebut garis batas/ sektor, gunanya untuk menentukan bola jatuhnya di dalam atau di luar garis batas.

TEKNIK DAN KEMAHIRAN PERMAINAN SOFTBALL 1. Cara memegang bola genggam penuh atau genggam dua jari 2. Lemparan bola i. Pergerakan Secara Turutan Lemparan Atas Bahu ii. Lemparan Bawah Tangan iii. Lemparan Sisi 3. (a )Tangkapan Bola i. Tangkapan depan bawah dan atas dengan gloves ii. Tangkapan layang (tlyball) bola tinggi aras kepala iii. Tangkapan bola aras pinggang iv. Tangkapan leret

v. Tangkapan leret bola perlahan pemadang perlu pagi ke arah bola melencung 3. (b ) Tangkapan Kecer 4. Memicing i. Pergerakan secara turutan teknik asas picing gaya ayunan bawah. (underarm slingshot ) ii. Teknik Kincir Angin (Windmill) 5. Memukul i. Genggaman Pangkal (End Grip) ii. Genggaman Tengah (modified grip) iii. Genggaman Cekik (Choke) 6. (a) Larian bes 6. ( b ) Larian ke Bes Secara Menggelungsur Untuk sampai ke bes, kadang-kadang pelari bes terpaksa menggelungsur untuk mengelakkan disentuh oleh pemadang. 6. (c) Larian ke Bes Secara Mencecah atau Menyentuh ISYARAT-ISYARAT RASMI PERMAINAN SOFTBALL LATIHAN i. Latihan larian bes /pemadang Lari berganti-ganti antara dua bes secara Berpasukan Latihan berlari mengelilingi 4 bes secara Berpasukan / Berseorangan

Latihan berlari dan tukar arah 4 arah, Peserta berlari ulang alik antara bes tengah (BT) dengan bes yang diletak 20m di empat penjuru (SBUT). Selepas 3 ulangan, tukar arah larian. Latihan berlari bes berlawanan dengan hantaran bola A cuba berlari Ice ke bes X dan menyentuh bes Y sebelum 2 orang pemadang sempat menyempurnakan hantaran. Jarak bes 20m. Jarak pemadang 25m. Latihan berlari mengelilingi bes dan plet rumah seperti berlumba dengan isyarat wisel. Masa boleh diambil atau dicatat untuk menguji ketangkasan pelari. ii. Latihan Membaling.Memicing Latihan membaling bola ke sasaran segiempat di tembok Membaling bola ke petak bernombor dari jarak 10m, 20m dan 30m Membaling bola melalui gelung rotan paras pinggang Latihan membaling berpasukan di antara kecer dan pemadang iii. Latihan Memukul Latihan mengenggam dan menghayun bet, secara bersendirian membaling bola dan memukul ke dinding. Memukul bola statik bola yang tergantung dan bola yang diletak di atas T (tee memukul) Memukul dan berlari. Ambil giliran sebagai pemukul, pembaling dan pemadang Latihan memukul secara bergilir-gilir menjadi pembaling dan pemadang.

Anda mungkin juga menyukai