Anda di halaman 1dari 26

SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING

ASAL USUL BOLA JARING Permainan bola jaring berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891.

Pada tahun 1895, beberapa perubahan teknikal telah dilakukan sehingga permainan ini mempunyai ciri- ciri sendiri dan tidak lagi dianggap bola keranjang ubahsuai. Menerusi sejarah perkembangan permainan ini, kebanyakan perubahan teknikal dari segi saiz bola, bulatan gol, peraturan penalti, jaring dan bulatan logam adalah usaha yang dibuat oleh ahli- ahli peminat dari persatuan Ling (Ling Assosiation). Di England, permainan ini telah diperkenalkan kepada negara- negara Komanwel British yang lain termasuk Malaysia.

Pada tahun 1898, beberapa perubahan dibuat untuk permainan (basketball) dan ini mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan (netball) bola jaring. Antara perubahan yang dilakukan termasuklah bilangan pemain yang ditambah kepada Sembilan orang pemain, saiz bola dikecilkan kepada saiz 5 bola sepak, gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan, gelang- gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm, tiang gol ditinggikan kepada 3 meter manakala pengiraan skor pula adalah seperti, satu mata jika gol dijaringkan daripada daripada gelanggang atau kawasan pertama atau daripada hantaran percuma serta dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Nama permainan ditukar kepada (netball) bola jaring kerana bakul telah diganikan dengan gelang dan jaring. Tetapi terdapat banyak Negara seperti Australia, New Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan namanyasehingga selepas beberapa tahun.

Di

peringkat

antarabangsa,

sukan

bola

jaring

dikawal

oleh

PersekutuanAntarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Association).

PERKEMBANGAN BOLA JARING

Pada tahun 1926, The All England Womens Netball Association (AENA) telah ditubuhkan. Pada tahun 1938, satu perlawanan pertunjukan bola jaring diadakan di Glasgow( Scotland), antara pasukan- pasukan dari England dan Scotland. Ini boleh dikatakan perlawanan bola jaring antarabangsa yang pertama.

Pada tahun 1960, Persatuan Bola Jaring Ceylon menjadi tuan rumah untuk satu persidangan wakil- wakil dari negara- negara anggota Komenwel. Hal ini membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa. Pada masa yang sama, peraturan- peraturan bola jaring antarabangsa dikemaskan. Pada tahun 1960, penubuhan sedunia ini dilahirkan dan dinamakan the International Federation of Netball Associations (IFNA).

Kejohanan bola jaring antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1963 di Chelsea College of Physical Education di mana England menjadi tuan rumah.

Sebanyak 11 buah negara telah mengambil bahagian. Kejohanan ini dipanggil World Championship. Pada tahun tersebut, Champion Country dimenangi oleh Australia, diikuti New Zealand ( tempat kedua) dan England (tempat ketiga). Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali semenjak tahun 1963.

PERSATUAN BOLA JARING MALAYSIA (PBJM) Pada awal tahun 1990 permainan bola jaring telah diperkenalkan di Malaysia. Ia bermula di sekolah sekolah Inggeris dan diperkenalkan oleh guru- guru dagang

dan mubaligh- mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah terkenal dalam kalangan wanita Malaysia.

Majlis sukan sekolah sekolah Malaysia( MSSM) yang ditubuhkan selepas merdeka betnaggungjawab dalam mempromosi bola jaring di Negara ini. Setiausaha Agong MSSM pada masa itu menegaskan PuanTeh Gin Sooi ( Pengerusi Teknikal Bola Jaring MSSM untuk membantu memajukan permainan bola jaring dengan baik. Beliau juga bertanggungjawab untuk menaiktaraf permainan bola jaring dan memajukan permainan ini dengan lebih cepat dan baik.

Puan Teh Gin Sooi bersama ahli jawatankuasa teknik telah menjalankan beberapa kursus kejurilatihan dan pengadilan untuk semua guru bola jaring dan pemain bola jairng negeri Selangor. Tindakbalas yang diterima amat

memberangsangkan. Semenjak itu bilangan jurulatih semakin bertambah dengan adanya kursus kejurulatihan serta pengadilan.

Persatuan bola jaring Selangor diketuai oleh Puan Teh ( Presiden), diikuti Puan Prema C.Fong ( Timbalan Presiden), Puan Oi Loh Kah ( Setiausaha Kehormat) Cik Maridah bt Mohd Yusof ( Bendahari Kehormat) telah berusaha menerbitkan sebuah buku undang- undang permainan bola jaring yang pertama di Malaysia pada tahun 1972. Buku ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu berdasarkan undang- undang bola jaring tahun 1971 hingga tahun 1975.

Kementerian belia dan sukan (KBS) turut menggalakkan pertubuhan badan nasional supaya telibat dalam permainan bola jaring. Pada 21 Mac 1978, Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubhkan dan di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad. Hajah Norminshah bt Sabirin daripada KBS dilantik menjadi persiden pertama Persatuan

Bola Jaring Malaysia diikuti Puan Teh Gin Sooi( Timbalan Presiden), Cik Chu Tsu Tuan ( Setiausaha Kehormat) dan Cik Ainon Kuntom ( Bendahari Kehormat) PBJM mempunyai 14 anggota negeri dan tiga anggota bukan negeri .

anggota bukan negeri terdiri daripada Majlis Sukan Tenaga Nasional Berhad, Majlis Sukan Tentera Diraja dan Majlis Sukan Polis Diraja. PBJM telah menjadi ahli Majlis Olimpik Malaysia sejak tahun 1980 dan ahli International Ferderation Of Netball Associations .

KEMAHIRAN- KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Kemahiran- kemahiran asas bola jaring dapat dibahagikan kepada beberapa perkara antaranya ialah gerak kaki, sambutan, hantaran, elakan, kawalan, jaringan dan penglihatan.

Gerak kaki merupakan kemahiran yang amat penting dalam asas permainan bola jaring. Pemain bola jaring yang baik ialah mereka yang dapat bergerak dengan efisien di sekeliling gelanggang disamping mempunyai kemahiran menyambut atau membaling bola dengan baik.

Larian merupakan satu persediaan penting dilakukan oleh pemain berbanding pergerakan- pergerakan lain yang digunakan dalam permainan, seperti melonjak untuk mendapatkan bola, berhenti atau menukar arah. Oleh itu, pemain- pemain perlu mempraktikkan aktiviti- aktiviti yang akan menolong mereka mencapai pergerakan- pergerakan ini dengan memuaskan.

Kunci kepada gerak kaki yang sempurna ialah imbangan. Apabila seimbang pemain tidak akan menghadapi apa- apa kesukaran dalam gerak kaki. Untuk mendapatkan gerak kaki yang baik, pastika berat badan diimbang di atas kaki dengan lutut- lutut dan pergelangan kaki mengendur, kaki dikangkangdan bersedia untuk bergerak ke mana- mana arah.

Semasa bergerak untuk menerima satu balingan, corak melangkah harus tetap dan tidak terlalu panjang. Sebelum melompat untuk mendapatkan bola, lutut dibengkokkan sedikit dan kemudian diikuti dengan tolakan kuat dari gelanggang oleh keseluruhan badan terutamanya kepala dan dada, serta dibantu oleh saatu ayunan lengan yang kuat apabila tangan dihulurkan untuk menyambut bola.

Kebolehan melompat merupakan satu kelebihan dalam permainan bola jaring kerana bola selalu dilontar ke udara. Pemain- pemain perlu melompat ke pelabagai arah untuk menangkap bola. Semasa di udara bahagian tubuh hendaklah tegak dan lurus bukannya membengkok. Posisi badan yang betul di udara akan menjamin pendaratan seimbang. Selepas melompat, pemain harus mendarat dengan selesa supaya boleh membaling bola dengan tepat. Lutut kaki yang mendarat harus bengkok semasa mencecah tanah supaya dapat menyerap hentakan dan menolong mengekalkan kestabilan.

Peraturan- peraturan berkenaan gerak kaki

1) Selepas menangkap bola pemain dibenarkan mendarat di atas mana- mana satu kaki atau kedua- dua kaki dan kemudian melakukan pelbagai pergerakan. 2) Kaki yang pertama mendarat selepas pemain menangkap bola dipanggil kaki mendarat. 3) Jika pemain mendarat di atas kedua- dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki mendarat. 4) Jika pergerakan kaki pemain melanggar peraturan- peraturan gerak kaki, kesalahan ini dipanggil melangkah- langkah atau stepping

SAMBUTAN

Kemahiran memegang bola adalah kemahiran asas di mana kemahiran membaling dan menyambut bola dengan baik berasal daripadanya. Cara menyambut bola yang baik bergantung sepenuhnya kepadas kemahiran memegang bola. Semasa bola bergerak di udara, lontaran dan kelajuannya harus dinilai untuk melakukan satu sambutan yang tepat.

Untuk menangkap

bola

dengan

sebelah

tangan,

tangan hendaklah

mengendur dan harus ditadahkan sedikit. Tapak tangan dan jari- jari dibuka- buka untuk menerima bola, serta pergelangan tangan seolah- olah menyerap bola.

Pemain- pemain perlulah berlatih menerima bola dengan mana- mana tangan kanan atau kiri sama ada di atas kepala, jauh di sisi, di bawah betis dan pergelangan kaki. Pemain perlu menghulurkan lengan dan badan untuk menangkap bola. Semasa menyambut, kedua- dua belah tangan harus dijulurkan dalam keadaan melengkung dang mengendur serta didepangkan di keliling bola. Selepas bola disambut, bola akan dibawa ke posisi seterusnya untuk hantaran lain sambil badan memusing, manakala berat ditekan di atas kaki kanan. Prinsip- prinsip asas untuk menyambut bola ialah : a) Memandang bola b) Menhulur tangan dan badan untk menangkap bola c) Menerima bola ke dalam tangan d) Membawa bola ke arah badan.

HANTARAN Cara membaling bola : 1) Posisi pertama 2) Posisi pemain lawan 3) Bagaimana bola boleh ditangkap

Kebolehan menggunakan pelbagai hantaran adalah satu kelebihan kerana ia bukan sahaja menjadikan permainan lebih menarik, tetapi juga menyukarkan tugas penahan dalam usaha mereka menyekat hantaran.

Pembaling dikehendaki menilai arah dan kelajuan pergerakan penerima supaya dia bolah menghantar bola dengan betul- betul tepat. Lebih cepat pergerakan

penerima lebih jauh hantaran yang perlu dibuat. Pemain yang baik harus boleh membaling dengan cepat dalam pelbagai cara dan bolah mengenal dengan pantas seorang pemain yang bebas.

Prinsip- prinsip asas hantaran 1) Setiap balingan memerlukan satu persediaan. 2) Berat badan diletakkkan di atas kaki kanan dengan sisi kiri badan menunjuk ke arah balingan kecuali untuk balingan menggunakan dua belah tangan di mana balingan akan dibuat. 3) Terdapar pertukaran berat badan daripada kaki belakang kepada kaki depan, yang harus menunjukkan di mana balingan akan dibuat. 4) Kekuatan balingan bertambah dengan pergerakan kuat pergerakan tangan dan jari. 5) Setiap balingan mengikut lajak ke arah hantaran. 6) Setiap hantaran harus dinilai bergantung kepada arah dan kelajuan pergerakan penerima. Lima jenis hantaran yang biasa digunakan : a) Hantaran aras bahu b) Hantaran aras dada c) Hantaran atas kepala. d) Hantaran bawah tangan. e) Hantaran lantun.

Hantaran Aras Bahu 1) Bola dipegang di dalam tangan kanan dengan jari- jari dan ibu jari mengembang dan diletakkan berhampiran bahu. 2) Berat diletakkan di atas kaki kanan. 3) Badan dipusing sehingga bahu yang sebelah lagi bertentangan dengan bahu membaling dan menunjuk ke arah balingan.

4) Berat kemudia dipindahkan kepada kaki kiri yang harus menunjukkan arah bola akan dihantar. 5) Tugasan hendaklah menunjuk kea rah sasaran. 6) Sesudah bola dilepaskan, badan dan lengan hendaklah mengikut lajak kea rah hantararan untuk menghasilkan satu hantaran tepat dan kuat. 7) Hantaran harus ditunjukkan kepada ruang bebas penerima dan hendaklah bergerak mengikut lorong lurus.

Hantaran Aras Dada 1) Pemain berdiri sambil sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit. 2) Bola dipegang di paras dada, seterusnya bola dihantar sambil meluruskan lengan, sementara pergelangan tangan menyentak sambil sebelah kaki bergerak kearah penyambut.

Hantaran Aras Kepala 1) Pemain memegang bola di atas kepala dengan tangan diletakkan di sisi bola. Jarak kaki hendaklah selesa. 2) Untuk hantaran ke dalam gelanggang, bola harus dibawa sedikit ke belakang pergelangan tangan terkunci. 3) Bola dihantar dengan kekuatan daripada siku dan sentakan pergelangan tangan dan jari- jari. 4) Bola dibaling ke hadapan dengan tinggi dan lurus. Hantaran Bawah Tangan 1) Pemain memegang bola dengan sebelah tangan lebih kurang pada paras pinggang. 2) Berat ditukar kepada kaki depan 3) Lengan ditolak ke hadapan dan membenarkan bola bergolek melalui tangan yang terbuka dengan tolakan akhir oleh jari jari. 4) Lengan dan tangan kemudian mengikut lajak kearah hantaran.

Hantaran Lantun 1) Semasa melantun dengan dua belah tangan, tangan diletakkan di di sisi bola. 2) Berat ditumpukan kepada kaki depan semasa bola dilantun supaya pembaling berada lebih dekat dengan penahan. 3) Lutut- lutut dibengkokkan sedikit demi sedikit dan bola dilepaskan supaya melantun melepasi kaki penahan. 4) Bola harus dilantun ke bawah dengan cukup kuat supaya diterima oleh pemain dalam posisi tegak. 5) Untuk melantun bola dengan sebelah tangan, jari- jari dikembangkan dengan tangan berada di bawah dan di belakang bola. 6) Penukaran berat adalah seperti lantunan dua belah tangan. 7) Penggunaaan sebelah tangan bermakna kurang kekuatan dalam lantunan.

ELAKAN

Mengelak di gelanggang bola jarring bermakna melakukan beberapa pergerakan yang membolehkan seorang pemain mengelak pemain lawan yang cuba menghalang pergerakan pemain untuk menerima bola. Pilihan cara mengelak akan bergantung kepada beberapa cara, antarnya ialah: 1) Ruang yang ada. 2) Kedudukan ruang. 3) Posisi pemain lawan.

KAWALAN

Setiap pemain, memerlukan kemahiran kawalan kerana permainan memerlukan kemahiran kawalan kerana pemain akan menggunakannya dalam permainan. Caracara mengawal dan menahan ialah :

1) Kawalan rapat 2) Menyekat satu hantaran 3) Menyekat satu balingan 4) Menyekat satu jaringan untuk gol

JARINGAN

Kemahiran menjaring merupakan kemahiran tertutup dan pemain boleh dilatih berasingan daripada ahli- ahli pasukan yang lain. Percubaan untuk menjaringkan gol boleh dilakukan di mana- mana tempat di dalam bulatan jaringan. Terdapat pelbagai gaya untuk menjaringkan gol boleh digunakan antaranya ialah : 1) Jaringan statik 2) Melangkah ke depan dan menjaring 3) Berlari sambil berlari

Jaringan Statik 1) Imbangkan bola di tangan kanan 2) Pergelangan tangan dan siku bengkok ke belakang di hadapan bahu supaya tapak tangan menghadap ke atas dan memberi ruang yang sesuai untuk meletakkan bola. 3) Aksi menjaring bermula dengan mata kaki dan lutut dibengkokkan sedikit dengan pergerakan bermula daripada kaki ke badan dan lengan kanan diluruskan untuk memberi kekuata sedikit dengan pergerakan bermula daripada kaki ke badan dan lengan kanan diluruskan untuk memberi kekuatan yang mencukupi untuk menggerakkan bola melalui udara.

Melangkah Ke Hadapan Dan Menjaring 1) Kaedah ini digunakan jika terdapat ruang di hadapan tiang gol.

2) Pemain boleh melangkah ke depan dan melompat sambil menjaring. 3) Kaedah ini membolehkan pemain lebih dekat ke tiang gold an memudahkan untuk membuat jaringan.

Berlari Sambil Menjaring 1. Kaedah ini digunakan apabila bola ditangkap semasa pemain di udara. 2. Pemain mendarat di atas kaki kanan kemudian melompat semula dan mendarat si atas kaki kiri sebelum melompat dari kaki sambil menjaring.

PERATURAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA JARING 1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, tujuh orang pemain akan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila- bila masa ketika dalam permainan. 2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil. 3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan. Baligan dibuat di garisan tengah. 4. Seseorang pemain dibenarkan : (a) Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. (b) Memegang bola untuk selama tiga saat sebelum membuat balingan atau hantaran. (c) Melantunkan bola berterusan dari satu tempat lain dalam permainan yang telah ditetapkan. 5. Pemain- pemain tidak dibenarkan masuk ke dalan kawasan gol melainkan penjaga gol sahaja. 6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya dia akan dianggap pemain padang. 7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar. 8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah berada pada jarak sekurang- kurangnya tiga meter daripada pembaling. 9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol. 10. Gol boleh dijaringkan dari arah mana- mana tempat balingan dilakukan.

UNDANG-UNDANG BOLA JARING


UNDANG- UNDANG 1 : KELENGKAPAN GELANGGANG BOLA JARING

Permukaan Permainan ini sebaik- baiknya hendaklah dijalankan di atas gelanggang yang keras. Ini kerana permukaan gelanggang mempengaruhi kepantasan permainan. Permukaan yang sesuai ialah yang menggunakan poros tarmacadam ataupun asphalt, kerana ia tidak licin dan mencengkam. Ada sesetengah Negara seperti Mlaysia sendiri, permainan dijalankan di atas gelanggang rumput.

Ukuran dan penandaan Panjang gelanggang ialah 30.5 meter sementara lebarnya ialah 15.25 meter. Dua garisan memanjang itu dipanggil garisan tepi, sementara dua garisan pendek dikenali sebagai garisan gol. Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan yang

sama ukurannya oleh dua garisan yang selari iaitu satu kawasan tengah dan dua kawasan gol.

Bulatan gol, separuh bulatan dengan jejarinya berukuran 4.9 meter. Pusatnya di tengah- tengah garisan gold an ditandakan di dalam di dalam keduadua kawasan gol. Kawasan ini dinamakan bulatan penjaring.

Bulatan pusat, bulatan ditandakan di tengah- tengah gelanggang. Panjang garisan pusatnya ialah 0.9 meter. Gelanggang dan bulatan ditandakan dengan garisan yang jelas. Lebar garisan hendaklah tidak lebih daripada 5 sentimeter. Garisan ini hendaklah dicat dengan warna putih.

Lebar garisan tepian garisan gol termasuk dalam sukatan di atas. Lebar garisan bulatan termasuk dalam panjang jejari bulatan dan lebar garisan pembahagi, dan sama bagi kedua- dua belah gelanggang itu.

TIANG GOL

Tiang gol, setinggi 3.05 meter dan diletakkan di tengah- tengah setiap garisan gol. Ukuran panjang garisan pusat gelang ini ialah 380 milimeter. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi waja tubular dan panjangt garisan pusatnya ialah 15 milimeter. Satu jaringan dipasangkan pada gelang yang terbuka di bahagian atas dan bawahnya. Kedudukan gelang besi itu mestilah mengufuk 150 milimeter dari puncak tiang gol. Ikatannya mestilah 150 milimeter antara tiang gol dengan tepi gelang yang berhampiran. Tiang gol mestilah disokong dengan soket yang dipacak atas tanah atau bahan logam yang tidak menonjol di atas gelanggang.

Biasanya tiang gol yang digunakan adalah daripada jenis yang mudah dialihkan dari gelanggang ke tempat simpanan. Ada juga tiang gol yang boleh dilipat- lipat dan mudah dibawa ke mana- mana. BOLA Bola hendaklah berukuran antara 690- 710(27- 28 inci). Beratnya ialah antara 400- 450 gram. Bola hendaklah diperbuat daripada kulit, getah atahu bahan yang serupa.

PEMAIN Kasut atau kasut but boleh dipakai dan hendaklah diperbuat daripada bahan yang ringan. Tapak kasut yang berpaku tidak dibenarkan. Pakaian seragam yang didaftarkan hendaklah mempunyai huruf ringkas yang menunjukkan posisi pemain dan dipakai sepanjang permainan. Huruf- huruf yang ringkas hendaklah dipakai di bahagian hadapan dan di belakang di atas paras pinggang dan tingginya hendaklah tidak melebihi 150mm (6 inci). Barang kemas, tidak boleh dipakai kecuali cincin perkahwinan atau gelang perubatan yang mesti dibalut. Sebarang perhiasan yang membahayakan pemain tidak boleh dipakai. Kuku hendaklah pendek dan rata.

UNDANG- UNDANG 2 : TEMPOH PERMAINAN Permaina hendaklah mengandungi empat suku masa dengan masa permainan selama 15 minit bagi setiao suku masa, dan masa rehat selama 3 minit antara suku masa pertama dengan suku masa kedua dan suku masa ketiga dengan suku masa keempat. Masa rehat separuh masa ialah selama 5 minit. Pasukan hendaklah bertukar Kawasan Gol pada akhir setiap suku masa.

Apabila satu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu hari, atau jika masa permainan adalah terhad, tempoh permainan hendaklah dipersetujui oleh Pegawai Pasukan. Jika persetujuan tidak dicapai, maka permainan itu hendaklah dimainkan dalam dua bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa tehat adalah selama lima minit. Pasukan akan bertukar Kawasan Gola pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangka atau kecemasan. Masa kecederaan atau sebab- sebab lain mestilah dicatat dan dicampur kepada suku atau separuh masa permainan yang berkenaan. Apabila hantaran penalti atau jaringan penalti diberi dan tidak diambil sebelum wisel dibunyikan yang menandakan tamat suku atau separuh masa permainan, pemain dibenarkan mengambil penalti tersebut.

UNDANG- UNDANG 3 : PEGAWAI Pengadil Dua orang Pengadil hendaklah mengawal permainan dan membuat keputusan. Mereka hendaklah mengadil mengikut Undang- Undang serta membuat keputusan atau sebarang perkara yang tidak diliputi oleh undang- undang.

Pencatat Hendaklah ada dua orang Pencatat yang bertugas bersama bagi setiap permainan. Pencatat satu hendaklah menjadi Pencatat rasmi permainan tersebut. Pencatat hendakalah mencatat nama sehingga 12 orang pemain, salah seorang adalah Kapten. Selain itu, Pencatat turut mencatat jaringan gol bagi setiap pasukan serta mencatat setiap penggantungan dan arahan keluar pemain sekiranya berlaku.

Penjaga Masa

Dua orang penjaga masa yang akan mengambil masa apabila pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan. Selain itu, turut memberhentikan jam yang dipamerkan apabila satu minit lagi permainan akan tamat bagi setiap suku atau separuh masa. Jika boleh menggunakan alat elektronik beri isyarat tamat bagi setiap suku atau separuh masa kepada Pengadil yang akan meniup wisel untuk menamatkan setiap suku atau separuh masa.

Kapten Kapten hendaklah mengundi untuk memilih Gol atau Hantaran Tengah Pertama dan memberitahu kedua- dua Pengadil dan Pnecatat akan keputusannya. Kapten berhak berjumpa dengan Pengadil semasa rehat atau selepas tamat permainan untuk mendapatkan penjelasan sebarang undang- undang.

UNDANG- UNDANG 4 : PASUKAN Permainan ini adalah untuk pertandingan satu jantina yang mempunyai tujuh posisi pemain iaitu Penjaring Gol(GS), Penyerang Gol(GA

), Penyerang Tepi(WA), Pemain Tengah(C), Pengadang Tepi(WD), Pengadang Gol(GD), Penjaga Gol(GK).

UNDANG- UNDANG 5 : KELEWATAN Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula, tidak dibenarkan mengambil posisinya, tetapi boleh dijadikan pemain gantian. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak diisi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu Pengadil, pemain itu boleh masuk gelanggang.

UUNDANG- UNDANG 6 : PENGGANTIAN DAN PERTUKARAN POSISI

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggnag dan diganti oleh pemain yang lain. Tidak ada had bilangan penggantian bagi sesebuah pasukan asalkan tidak melebihi dua belas pemain yang telah didaftarkan.

UNDANG- UNDANG 7 : PEMBERHENTIAN Kecederaan atau kesakitan, permainan boleh diberhentikan untuk

kecederaan atau sakit selepas diminta oleh pemain di gelanggang. Keputusan untuk memberhentikan permainan dan bila memberhentikan permainan adalah atas pertimbangan pengadil. Kecemasan, pengadil boleh memberhentikan permainan untuk keadaan luar biasa yang dianggap sebagai kecemasan termasuklah peralatan, gelanggang, atau cuaca.

UNDANG- UNDANG 8 : KAWASAN PERMAINAN

1. (GS) 2. (GA) 3. (WA) 4. (C )

1,2 1,2,3 2,3 - 2,3,4

5. (WD) 6. (GD) 7. (GK )

3,4 3,4,5 4,5

UNDANG- UNDANG 9 : KELUAR KAWASAN Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan sekiranya memasuki mana- mana kawasan selain daripada kawasan bermainnya bagi posisi yang telah ditetapkan. Pemain boleh menjangkau dan mengambil bola dari

kawasan di luar kawasan bermainnya atau menopang atau bersokong di atas bola di luar kawasan bermainnya.

UNDANG- UNDANG 10 : KELUAR GELANGGANG

Bola keluar gelanggang apabila menyentuh tanah di luar gelanggang, menyentuh objek atau orang yang berada di luar gelanggang serta dipegang oleh pemain yang menyentuh tanah, objek atau orang yang berada di luar gelanggang.

UNDANG- UNDANG 11 : POSISI PEMAIN DI PERMULAAN PERMAINAN

Pemain- pemain adalah bertanggungjawab untuk permulaan dan memulkan semula permainan. Pemain tengah yang memegang bola hendaklah berdiri keseluruhannya di dalam bulatan tengah dengan satu atau kedua- dua belah kaki. Pemain tengah pasukan lawan hendaklah berada di kawasan tengah dan bergerak bebas. Pemain pemain lain hendaklah berada di kawasn gol iaitu sebahagian daripada kawasan bermain mereka dan bebas bergerak tetapi tidak seorang pun daripada merka dibenarkan berada di kawasan tengah sehingga wisel ditiup untuk memula atau memulakan semula pertandingan.

UNDANG- UNDANG 12 : MEMULAKAN PERMAINAN

Pengadil hendaklah meniup wisel untuk memula dan memulakan semula permainan. Hantaran yang dibuat oleh pemain tengah selepas pengadil meniup wisel untuk memula dan memulakan semula permainan adalah ditetapkan sebagai hantaran tengah.

Permainan hendakloah dimula dan dimulakan semula selepas setiap jaringan gold an selepas setiap masa jaringan gold an selepas setiap masa rehat, oleh hantaran tengah yang diambil secara bergilir- gilir oleh ke dua- dua pemain tengah sepanjang permainan.

Jika semasa hantaran tengah, bola masih berada di tangan pemain tengah apabila pengadil meniup wisel penamat bagi suku masa atau separuh masa, dan asalkan tiada kesalahan yang didenda maka pasukan berkenaan akan mengambil hantaran tengah selepas masa rehat.

UNDANG UNDANG 13 : MEMAINKAN BOLA Pemain boleh : 1) Menerima bola dengan sebelah atau dua belah tangan. 2) Memperoleh atau memperolehi semula bola yang melantun dari tiang. 3) Menampar atau melantun bola kepada pemain lain tanpa mengawalnya telebih dahulu. 4) Mencuit bola dengan cara tidak terkawal sekali atau lebih dan kemudian menangkap bola atau mwngarahkan bola itu kepada pemain lain. 5) Menampar bola sekali kemudian menerima atau mengarhkannya kepada pemain lain. 6) Melantun bola sekali, kemudian menerima atau mengarhkannya kepada pemain lain.

7) Menggolekkan bola ke arah diri sendiri untuk mendapatkannya. 8) Jatuh ketika memegang bola, tetapi mestilah berdiri semula dan menghantar bola dalam masa tiga saat dari masa menerimanya. 9) Menopang di atas bola di dalam gelanggang untuk mengimbang badan. 10) Melompat dari dalam gelanggang dan memainkan bola, asalakan sama ada pemain atau bola tidak menyentuh tanah atau sebarang objek atau orang di luar gelanggang semasa dimainkan.

Pemain tidak boleh : 1) Menumbuk bola. 2) Merebahkan badan dengan sengaja ke atas bola untuk mendapatkannya. 3) Cuba mendapatkan bola semasa berbaring, duduk atau melutut di atas tanah. 4) Menghantar bola semasa berbaring, duduk atau melutut di atas tanah. 5) Menggunakan tiang gol sebagai cara untuk mengimbang badan, sebagai sokongan dalam usaha untuk mendapatkan bola yang keluar gelanggang atau dengan cara lain untuk tujuan yang lain tidak termasuk bola melantun semula dari tiang gol.

UNDANG- UNDANG 14 : GERAK KAKI

1) Selepas menangkap bola pemain dibenarkan mendarat di atas mana- mana satu kaki atau kedua- dua kaki dan kemudian melakukan pelbagai pergerakan. 2) Kaki yang pertama mendarat selepas pemain menangkap bola dipanggil kaki mendarat. 3) Jika pemain mendarat di atas kedua- dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki mendarat. 4) Jika pergerakan kaki pemain melanggar peraturan- peraturan gerak kaki, kesalahan ini dipanggil melangkah- langkah atau stepping

UNDANG- UNDANG 15 : MENJARING GOL

Gol dijaringkan apabila bola dihantar atau ditampar masuk dengan sepenuhnya melalui gegelang oleh penjaring gol atau penyerang gol dari manamana bahagian dalam bulatan gol, termasuk garisan yang melingkungi bulatan gol. 1) Jika pemain lain menghantar bola masuk ke dalam gelanggang, gol tidak dikiran dan permainan diteruskan. 2) Jika pemain pertahanan menepis percubaan jaringan dan bola masuk sepenuhnya melalui gegelang, maka jaringan itu dikira gol. 3) Jika berjaya mendapat bola daripada lambungan, penjaring gol atau penyerang gol boleh sama ada membuat jaringan atau hantaran. 4) Jika wisel ditiup menandakan masa rehat atau masa tamat selepas satu hantaran atau jaringan penalty diberikan di dalam bulatan gol, maka hantaran atau jaringan penalty itu hendakalh diteruskan.

UNDANG- UNDANG 16 : HALANGAN

1) Percubaan untuk memintas atau mengadang bola boleh dilakukan oleh pemain pertahanan jika jarak di atas tanah tidak kurang dari 0.9 meter daripada pemain yang memegang bola. 2) Dari jarak yang betul pemain pertahanan bolah cuba menepis atau mengadang bola. 3) Seseorang pemain bolah berada dalam lingkungan jarak 0.9 meter darioada pemain lawan yang memegang bola atau mengganggu pihak lawan daripada menghantar atau membuat jaringan. 4) Seorang pemain itu dikatakan menghalang jika dalam jarak 0.9 meter yang diukur daripada pemain lawan tanpa bola, sebarang pergerakan dilakukan oleh pemain berkenaan, sama ada untuk menyerang atau bertahan, yang menyebabkan tangannya digerakkan jauh daripada badan selain pergerakan yang melibatkan imbangan badan yang biasa.

5) Ugutan, seorang pemain dengan bola atau tanpa bola yang mengugut pihak lawan hendaklah didenda.

UNDANG- UNDANG 17 : SENTUHAN

1) Tiada sebarang pemain pun boleh menyentuh pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak yang akan mengganggu permainan lawannya atau menyebabkan sentuhan berlaku. 2) Dalam usaha untuk menyerang atau mengadang serta memainkan bola, seorang pemain tidak boleh : a) Bergerak ke laluan pemain lawan yang sedang berusaha mendapat ruang mendarat tertentu. b) Berada terlalu rapat dengan pemain lawan sehingga pemain itu tidak bolah bergerak tanpa menyebabkan sentuhan. c) Menolak, menyadung, memegang atau bersandar pada pemain lawan atau melakukan mana- mana sentuhan fizikal. d) Meletakkan sebelah atau kedua belah tanagn di atas bola yang dipegang oleh pemain lawan. e) Semasa memgang bola, menolak bola kepunyaan pemain lawan. f) Semasa memegang bola, menolak pemain lawan dengan bola tersebut.

UNDANG- UNDANG 18 : PEMBERIAN PENALTI

1) Penetapan penalty, semua penalti kecuali lambungan adalah diberi kepada pasukan. Penalti boleh diambil oleh sebarang ahli pasukan yang dibenarkan dalam kawasan itu. 2) Pemain yang mengambil penalti mestilah mengambil tempat yang diarah dengan jelas oleh pengadil, menghantar bola dalam masa tiga saat dan mematuhi undang- undang gerak kaki.

3) Semasa melakukan hantaran percuma, hantaran penalty atau hantaran atau jaringan penalti atau hantaran ke dalam, undang- undang gerak kaki digunakan seolah- olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah bersamaan dengan kaki yang mendarat semasa mendarat sebelah kaki atau menerima bola dengan sebelah kaki mencecah tanah. 4) Hantaran percuma diberikan kepada pasukan bagi semua kesalahan minor oleh pasukan lawan dan bolah diambil oleh mana- mana pemain yang dibenarkan di kawasan tempat kesalahan itu berlaku. 5) Penjaring gol atau penyerang gol yang mengambil hantaran percuma di dalam bulatan gol tidak boleh membuat jaringan.

UNDANG UNDANG 19 : TANGGUNGJAWAB PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

1) Melanggar undang- undang dan melakukan sebarang tindakan yang tidak diliputi oleh undang- undang bercanggah dengan semangat permainan adalah tidak dibenarkan . 2) Pelanggaran undang- undang seperti : a) Antara menjaringkan gold an memulakan semula permainan. b) Anatara bola keluar gelanggang dan hantaran ke dalam. c) Antara memberi dan melakukan sebarang penalti dalam gelanggang.

UNDANG- UNDANG 20 : AMARAN, PENGGANTUNGAN DAN DIARAH KELUAR

1) Amaran boleh diberi kepada pemain dan pegawai pasukan yang terlalu membuat komen dan perlakuannya yang dianggap tidak sepatutnya dalam cara apa jua. 2) Penggantungan, pemain bolah digantung daripada permainan untuk sesuatu tempoh. Pemain tidak boleh digantung tanpa amaran diberi terlebih dahulu

kecuali dalam kes- kes yang melampau.Pemain yang digantung hendaklah berada di sebelah meja pencatat atau di satu tempat yang telah ditetapkan. 3) Dalam keadaan perlakuan yang keterlaluan yang berterusan pengadil boleh mengarahkan pemain keluar gelanggang dan tidak lagi mengambil bahagian.

UNDANG- UNDANG 21 : KEGAGALAN MEMASUKI GELANGGANG.

1) Pasukan dikehendaki memasuki gelanggang oleh pengadil, pada permulaan permainan atau selepas rehat. 2) Pengadil hendaklah memaklumkan kepada kedua- dua pasukan apabila masa hanya tinggal tiga pulu saat sebelum a) Permulaan permainan b) Penghujung masa rehat. 3) Jika pasukan gagal memasuki gelanggang pada akhir masa tiga puluh saat tersebut. Pengadil hendaklah memberikan satu minit masa amaran. 4) Pasukan mesti memasuki gelanggang dalam tempoh tersebut.

Anda mungkin juga menyukai