Anda di halaman 1dari 9

BOLA TAMPAR

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu
jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau
menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam
pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh
ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola
dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain
menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan
oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum
berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

1. Kemahiran servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari

bahagian

belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah

tangan dan servis atas kepala.

Servis atas kepala

Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan

 Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.


 Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
 Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
 kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan
kanan.
 Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Fasa Perlaksanaan

 Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di


hadapan
 bahu lengan yang membuat servis.
 Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
 Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi
membaling
 bola.
 Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
 Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan
 putar depan

3) Fasa ikut lajak

 Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.

 Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan

Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah. tangan

1) Fasa Permulaan

 Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.


 Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan

 kanan (right handed server).

 Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.

 Bengkokkan sedikit lutut.

 Badan menghadap ke hadapan.

 Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan

sebelah kanan badan.

 Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Fasa Perlaksanaan

 Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.

 Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan

 Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).

 Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang


mengikut pergerakkan buah bandul jam

 Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan

akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.

 Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian

bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).

 Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
3) Fasa Ikut Lajak

 Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

 Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.

 Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Monday, May 4, 2009


Hantaran Servis

Servis juga merupakan satu suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan
bola dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk
melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai
oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam
kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain
handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain
tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu
servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan
yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat
faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).
SEJARAH DAN KEMAHIRAN SUKAN
Dalam blog ini mencerikan tentang sejarah dan kemahiran asas dalam sukan. Terdapat pelabagai
maklumat yang boleh dijadikan panduan. selamat melayari....
BOLA TAMPAR

Pengenalan

Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal
usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama
dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah,
Selatan dan di Asia Tenggara.

Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith
pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai
daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.
pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa
ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa
beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A.,
Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun
1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal
telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan
lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah
menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara
seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa
peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola
keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya.
Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola
baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus
diminati dan diterima oleh masyarakat.

Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama
Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama
menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola
Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun
(1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan
permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta
Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada
peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun
1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.

Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah
diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak
persatuan bola tampar ditubuhkan.

Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti
oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-
masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.

Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan
rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah
Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

BIBLIOGRAFI
Mohd.Sofian Omar Fauzee, 2006, KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI DRIL
BOLA TAMPAR, Shah Alam, Karisma Publications Sdn.Bhd

K.C. Shekar,2006, VOLLEYBALL SKILLS & TECHNIQUES, Delhi, KHEL SAHITYA


KENDRA
http://sejarahdankemahiransukan.blogspot.com/2009/08/bola-tampar.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/bola-tampar_16.html

Anda mungkin juga menyukai