Anda di halaman 1dari 16

Isi kandungan

Pengenalan bola tampar Perkembangan bola tampar di Malaysia Sejarah dan asal usul bola tamper Bola tampar Gelanggang bola tamper Jenis bola Posisi permain Kemahiran asas permainan bola tamper Kemahiran menyervis Kemahiran menyangga Kemahiran mengumpan Kemahiran merejam Kemahiran mengadang Undang-undang permainan bola tamper

PENGENALAN BOLA TAMPAR Permainan bola tampar sebenarnya merupakan gabungan daripada 2 jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan lawan tenis dan penggunaan bola pula daripada permainan bola keranjang. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan . Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturutturut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA Sejarah bola tampar di Malaysia pula diperkenalkan sejak tahun 1926. Prmainan ini telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor. Permainan ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh seorang mahasiswa dari Universiti di Shanghai, China. Pada tahun 1927,kejohanan bola tampar pertama di Malaysia yang disebut sebagai Liga Selangor telah dianjurkan. Kemudian, bermulalah pengenalan permainan bola tampar di sekolah. Di peringkat sekolah, pertandingan bola tampar dianjur dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar,kejayaan sesebuah pasukan mestilah bergantung kepada penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal,dan juga kekuatan mental. Selain itu juga, persefahaman yang tinggi antara ahli pasukan dan komunikasi yang berkesan dalam kumpulan turut menumbang kepada kecemerlangan pasukan tersebut dalam permainan bola tampar. Secara amnya, bola tampar boleh dimainkan sama ada di dalam dewan mahupun di luar dewan.

SEJARAH DAN ASAL-USUL PERMAINAN Bola tampar ini diperkenalkan oleh William G. Morgan pada tahun 1895. William G. Morgan (1870-1942) telah mencipta sejarah dan bertindak sebagai pengasas dalam permainan bola tampar. Beliau yang merupakan anak jati New York telah memperkenalkan permainan bola tampar pada awalnya, sebagai mignonette sebelum perkataan volleyball diperkenalkan oleh Alfred Halstead pada tahun 1896. Morgan telah melanjutkan pelajarannya di Springfield College YMCA (Young Mens Christian Association) dan di sana, beliau bertemu dengan James Naimsmith pada tahun 1891. James Naimsaith pula merupakan pengasas permainan bola keranjang. Selepas tamat pengajian, Morgan menghabiskan tahun pertamanya di Auburn ( Maine) YMCA. Selepas musim panas pada tahun 1895, beliau berpindah ke YMCA Holyoke (Massachusetts). Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa

Perang

Dunia

Pertama,

tentera

Amerika

Syarikat

memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Bola tampar Gelanggang bola tampar Dari segi kemudahan gelanggang,permukaan gelanggang mestilah rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Hal ini penting dalam memastikan keselamatan para pemain ketika beraksi dalam pertandingan bola tampar. Terdapat juga gelanggang bola tampar yang dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat. Tiang yang digunakan perlulah berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring akan diikat pada dua tiang yang berada di luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antenna diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Pada kebiasaannya, antena diwarnakan dengan warna putih berbelang merah. Bagi kategori pertandingan lelaki bawah 18 tahun,kebiasaannya

ketinggian jaring yang digunakan ialah 2.43m. berlainan dengan perempuan bagi kategori yang sama, jaring yang ketinggiannya 2.24m akan digunakan. Panjang jaring yang digunakan ialah 9.5m. Jenis bola Dari segi bola pula, bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Kegunaan bola yang mempunyai tekstur seperti ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh. Kesesuaian tekanan angin dalam bola yang digunakan dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari aras kepala. Sekiranya bola tersebut melantun pada aras ketinggian pinggang, maka tekanan angin dalam bola adalah bersesuaian sebagai alat permainan dalam bola tampar.

Posisi permain Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelanggang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan. Susun atur ini dapat menentukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis ini dilaksanakan, setiap pemain perlu berada pada posisi yang betul. Terdapat seorang pemain yang disebut sebagai pemain libero. Pemain ini merupakan seorang pemain yang dipilih oleh pasukan masing-masing. Pemain libero akan bertindak sebagai pemain barisan belakang. Pemain libero tidak boleh melakukan servis,mengadang atau cubaan mengadang. Dia juga tidak dibenarkan melakukan serangan dari mana-mana bahagian gelanggang,sekiranya ketika itu,kedudukan bola melebihi aras jaring. Pertukaran yang melibatkan pemain libero tidak dikira dalam pertukaran biasa.

Kemahiran asa permainan bola tamper Kemahiran asas permainan bola tamper sangat penting bagi setiap permain bola tampar. Kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah Servis, menyangga, mengumpan, merejam dan menadang. KEMAHIRAN SERVIS Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang telah ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan. Kegagalan melakukan servis yang sempurna mengakibatkan pasukan hilang servis dan pihak lawan akan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis termasuklah servis bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tenis. Untuk servis bawah tangan,pada fasa persediaan, pemain perlu membuka kaki seluas bahu dan kaki dominan diletakkan di belakang. Bahagian lutut perlu difleksi dan bola dipegang tangan bukan dominan pada aras pinggang. Mata pemain perlulah memandang bola dan arah sasaran,tangan memukul bola hendaklah digenggam secara kemas. Untuk fasa pelaksanaan, tangan pemain mestilah diayun ke belakang. Berat badan pemain perlu ditampung oleh kaki belakang. Apabila bola dilambung, tangan pemin akan diayun untuk memukul ke hadapan. Berat badan akan berpindah ke kaki hadapan. Kemudian, kontak bola pada paras pinggang. Bola akan dipukul dengan pangkal tapak tangan. Pergelangan tangan akan dikunci. Dalam fasa ikut lajak pula,berat badan akan ditampung oleh kaki hadapan. Tangan pula akan bergerak mengikut lajak.

KEMAHIRAN MENYANGGA Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman dari pihak lawan. Keupayaan mengawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas yang berkesan. Kemahiran menyangga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu fasa persediaan,fasa pelaksanaan dan fasa ikut lajak. Dalam fasa persediaan, pemain perlu membuka kaki seluas bahu. Kedudukan kaki perlulah dominan di hadapan dan keadaan lutut dan siku mestilah secara fleksi. Keduadua tangan di hadapan badan perlulah berada dalam keadaan sedia dan mata peka terhadap pergerakan bola. Dalam fasa pelaksanaan pula,pemain akan menerima bola di bahagian hadapan badan. Tangan akan digenggam dan siku diluruskan. Siku dan lutut akan diekstensikan semasa kontak bola. Kontak bola akan dilakukan pada kawasan pergelangan tangan. Ketika kontak bola,tangan mestilah dirapatkan dan siku dalam kedudkan ekstensi ketika kontak bola. Jika tidak, bola akan hilang kawalan dan melantun ke muka. Mata mestilah peka terhadap bola. Fasa ikut lajak pula bermula dengan kedudukan siku diluruskan. Kedudukan mata pula memandang pergerakan bola dan sasaran. Bagi kemahiran servis atas kepala atau gaya tenis,dalam fasa persediaan, kaki dominan akan diletakkan di bahagian belakang. Bola akan dipegang oleh tangan bukan dominan di hadapan badan. Kemudian,tangan pemukul akan diletakkan di atas bola. Mata perlu peka pada bola dan arah sasaran.

Dalam fasa pelaksanaan, tangan memukul diayun ke belakang dan lambung bola pada waktu yang serentak. Kemudian, kontak bola pada aras satu kepala,dan kedudukan tangan mestilah lurus ketika kontak bola. Bola dipukul dengan menggunakan tapak tangan. Pergelangan tangan mestilah dikunci. Bagi fasa ikut lajak pula, berat badan mestilah ditampung pada kaki hadapan. Pergelangan tangan akan difleksi dan ikut lajak. fasa-fasa yang terdapat dalam kemahiran menyangga:

FASA PERSEDIAAN Buka kaki seluas bahu Kaki dominan di hadapan

FASA PELAKSANAAN Terima bola di hadapan badan Genggam tangan dan luruskan siku

FASA IKUT LAJAK Siku kekal lurus Mata pandang pergerakan bola dan sasaran

Fleksi lutut dan siku Kedua-dua tangan dihadapan Mata pandang pergerakan bola

Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola Kontak bola pada pada kawasan pergelangan tangan Mata pandang bola

KEMAHIRAN MENGUMPAN Mengumpan pula ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi

pertandingan,seorang pemain akan diberikan tugas mengumpan.kemahiran ini menggunakan kemahiran dan persefahaman yang tinggi antara pengumpan dan pemain yang melakukan rejaman. Sebagai contoh, dalam fasa persediaan, kaki akan dibuka seluas bahu dan kaki dominan akan diletakkan di belakang. Lutut dan siku akan difleksi dan tangan akan bersedia di atas kepala.dalam fasa pelaksanaan pula,pemain perlu bergerak ke arah bola. Jari pemain akan dibuka dan kontak bola di atas dahi. Tangan dan kaki akan diekstensi secara serentak dan fleksi pergelangan tangan. Dalam fasa ikut lajak pula,pemain perlu ekstensi tangan dan keseluruhan badan. Tangan pemain haruslah diarahkan kepada sasaran dan berdiri di atas bebola kaki. Fasa bagi kemahiran mengumpan
Fasa persediaan Fasa perlaksanaan Fasa ikut lajak

Buka kaki seluas bahu Kaki dominan di belakang Fleksi lutut dan siku Tangan bersedia di atas kepala

Bergerak ke arah bawah bola Buka jari dan kontak bola di atas aras dahi

Ekstensi tangan dan pergelangan tangan Arahkan tangan pada sasaran. Berdiri atas bebola kaki

Ekstensi tangan dan kaki serentak Fleksi pergelangan tangan

KEMAHIRAN MEREJAM Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannya ialah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam adalah kemahiran yang kompleks. Pemain perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi melakukan larian,lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman dapat dilakukan

dengan baik sekiranya bola berada dekat dengan jaring. Dalam kemahiran merejam,ketika fasa persediaan,pemain perlu bergerak ke arah bola yang diumpan. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayun ke belakang. Kemudian, fleksi kedua-dua lutut dan lompat dengan kedu-dua belah kaki. Dalam fasa perlaksanaan pula,pemain perlu hiperekstensi ke belakang bahagian bahu semasa melompat. Pemain perlu kontak bola dengan tangan lurus. Bahagian pergelangan tangan difleksi. Dalam fasa ikut lajak pula, mata pemain perlu memandang keselamatan.
FASA PERSEDIAAN FASA PELAKSANAAN FASA IKUT LAJAK

pergerakan

bola

dan

fleksi

lutut

ketika

mendarat

untuk

Bergerak ke arah bola yang diumpan Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang Mata pandang bola Fleksi kedua-dua belah lutut Lompat dengan kedua belah kaki

Hiperekstensi ke belakang Mata pandang bahagian bahu semasa pergerakan bola Fleksi lutut ketika mendarat melompat Kontak bola dengan tangan lurus Pukul bahagian atas bola. Fleksi bahagian pergelangan tangan

KEMAHIRAN MENGADANG Mengadang ialah kemahiran menghalang rejamanpihak lawan yang dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring.pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan kemahiran mengagak rejaman lawan dan kuasa otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. Dalam fasa persediaan,kaki akan dibuka seluas bahu. Pemain akan berdiri di atas bebola kaki dan mata pemain akan ditumpukan kepada pengumpan pihak

lawan. Jari-jari tangan akan dijarakkan dan selepas pengumpan lawan kontak bola, pemain akan bergerak ke arah umpan tersebut. Dalam fasa perlaksanaan pula,pemain perlu melompat dengan keduadua belah kaki selepas perejam melompat. Pemain akan mengekstensi tangan ke atas. Pergelangan tangan akan difleksi apabila menyentuh bola. Pemain perlu tegakkan badan. Dalam fasa ikut lajak pula, pemain perlu mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Kedudukan lutut mestilah difleksi semasa mendarat. Pemain perlulah meletakkan tangan dengan jaring dan mata perlulah memandang ke arah bola.

Fasa malakukan kemahiran mengadang:

FASA PERSEDIAAN

FASA PELAKSANAAN

FASA IKUT LAJAK

Buka kaki seluas bahu. Berdiri di atas bebola kaki. Badan dan tapak tangan mengadap ke jaring Tumpukan mata kepada pengumpan pihak lawan

Lompat

dengan

kedua-dua Mandarat dengan

belah kaki selepas perejam kedua-dua belah kaki melompat Ekstensi tangan ke atas Fleksi lutut semasa mendarat

Jarakkan jari-jari tangan

Jarakkan jari-jari tangan dan mata memandang ke arah bola Fleksi pergelangan tangan apabila menyentuh bola Badan tegak

Kedudukan

tangan

dekat dengan jaring Mata pandang arah bola

Selepas pengumpan lawan kontak bola, bergerak ke arah umpan tersebut

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR

Di Malaysia,badan induk yang mengawal peraturan permainan bola tampar ialah Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1959. Nama persatuan ini kemudiannya ditukar kepada Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau Malaysian Amateur Volleyball Association (MAVA) pada tahun 1965. Di peringkat antarabangsa pula,Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa atau Federation Internationale de Volleyball (FIVB) yang ditubuhkan pada 1947.

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang Undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 6 orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. Servis hanya bolah dilakukan selepas pengadil pertama meniup wisel. Servis perlu dilakukan oleh setipa pemain mengikut giliran yang sah. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. Setiap pemain hanya boleh menyentuh bola sekali sahaja. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola hanya dengan tiga kali sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan.

Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman dari luar kawasan serangan. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan. Setiap pasukan boleh meminta dua kali time out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara kiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-25, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja yang digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. Antena digunakan untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke dalam kawasan pihak lawan.

PENGHARGAAN Dengan ini saya memanjatkan kesyukuran kehaderat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya saya dapat menyiapakan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu puan Seterusnya, ucapan terima kasih dan setulus ingatan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dalam pencarian maklumat secara kolaboratif yang membantu saya mendapatkan maklumat secara cepat dan pantas. Mereka juga banyak memberikan galakan dan bimbingan dalam menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

Akhir kata, setulus ingatan dan secebis kalungan penghargaan saya berikan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan.

Anda mungkin juga menyukai