Anda di halaman 1dari 4

Samseng Jalan adalah istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat

dalam perlumbaan haram, dengan biasanya menggunakan motor kapcai atau


pun skuter

Ia ,merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia kini. walaupun


kebanyakan Samseng Jalan sering berlumba, ada juga yang cuma
menunggang secara bahaya di jalan raya. Samseng jalan biasanya
berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung
minggu.

Samseng jalan juga telah dikaitkan dengan kegiatan gangster, rompak


berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan
motosikal yang digunakan oleh samseng jalan tidak menepati piawaian
ataupun telah di ubah suai dengan ketara.

Malah ada juga samseng jalan yang tidak mempunyai lesen yang sah,
membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan
turut ditukar menjadi litar perlumbaan. Istilah 'Mat Rempit' ini juga
digunakan di Indonesia dan Singapura.

Siti Aqilah Amira BT Abd. Hamid 207916


Dicatat oleh sempurna10 ( F5) di 6:47 PG 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke
Pinterest

Ciri-ciri golongan samseng jalan

 Dua personaliti iaitu ketika di rumah mereka menunjukkan


perwatakan yang baik dan tidak menunjukkan sikap agresif yang
ketara, sebaliknya di luar rumah berperangai seperti seorang raja
khususnya di atas jalan raya dengan motosikal.

 Dikenali sebagai samseng jalan raya kerana berlumba motosikal tanpa


mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

 Tidak patriotik iaitu tahap jati diri dan setia terhadap negara yang
amat rendah.
 Kebanyakan terdiri daripada keluarga bermasalah.

 Kategori kerja termasuk pengganggur, pekerja kilang, penjual burger


jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar.

 Berpengalaman ditangkap oleh polis sama ada sekali atau beberapa


kali.

Lee Yoon Hoe 206313

Dicatat oleh sempurna10 ( F5) di 6:47 PG 4 ulasan:


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke
Pinterest

Punca-punca kegiatan samseng jalan

Terpengaruh dengan rakan


Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan
sebaya mereka tanpa memikirkan risiko yang bakal ditempuhi.

Gaya hidup dan taraf pendidikan


 Gaya hidup remaja merupakan pendorong gejala ini berlaku.

 Remaja yang berpendidikan rendah adalah dalam kelompok sama dan


memiliki pemikiran yang sama jadi memberi galakan ke arah negatif
antara satu sama lain.

 Keseronokan dan kepuasan merupakan tujaun utama mereka.

Yeoh Jing Harn 206326

Perasaan ingin mencuba


 Oleh sebab remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada risiko
yang bakal ditempuh

 mereka berani melakukan apa sahaja.


Kurang kasih sayang dan perhatian ibu
bapa
 Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan
serta sikap remaja.

 Apabila mereka berasa bosan,mereka akan mencari hiburan di luar


rumah bersama rakan-rakan yang lain.

Koay Bee Ai 206339

Pengaruh televisyen
 Filem-filem perlumbaan menarik hati remaja.Aksi-aksi yang "hebat"
kononnya dipuja oleh mereka.

 Justeru,mereka meniru aksi-aksi tersebut dan


"mempersembahkannya" di jalan raya.

Kelonggaran Undang-undang

 Undang-undang di negara kita tidak tegas.

 Oleh itu,kegiatan rempit berleluasa samseng jalan yang sanggup main


nyawa tidak gentar terhadap undang-undang yang longgar.

 Hanya hukuman ringan yang ditimpal sekiranya mereka ditangkap


oleh pihak berkuasa.

Kesan kegiatan samseng jalan

KESAN NEGATIF
KESELAMATAN ORANG AWAM

 Dengan kegiatan yang tidak bermoral ini,ia dapat membahayakan


nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain.Penunggang
motosikal menyumbang paling banyak angka dalam statistik
kemalangan jalan raya setiap tahun tidak kira maut ataupun tidak.
PENCEMARAN BUNYI

 Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini


mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.Jadi ini
dapat menimbulkan masalah pencemaran bunyi kepada para
penduduk di sekeliling sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati
kepada golongan samseng jalanan ini.

PANDANGAN NEGATIF OLEH MASYARAKAT

 Samseng jalanan ini akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana


golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah atau
digelar sebagai 'mat gian'.Mereka juga sering menjadi buruan anggota
polis dalam mengatasi gejala ketagihan dadah.

MASALAH JENAYAH

 Banyak berlakunya kes langgar lari yang berpunca daripada gejala


lumba haram ini.Selain itu,kes-kes ragut turut terjadi sehingga
menyebabkan kecederaan dan kematian insan yang tidak berdosa.

MARUAH DIRI

 Individu seperti insan yang bernama wanita (minah rempit) tidak


kisah apa yang akan berlaku dan sebab itulah soal maruah diri seperti
kehilangan dara,melakukan seks bebas,ambil dadah atau risiko bakal
ditanggungnya kelak tidak pernah dipertimbangkan.Yang penting aku dapat ikut
aktiviti mencabar mat rempit.Kebiasaannya kaum wanita akan menjadi
ganjaran dalam setiap perlumbaan haram yang telah diadakan.

SIKAP NEGATIF

 Kebiasaannya,samseng jalanan ini mempunyai kelakuan yang kasar terhadap


orang-orang disekeliling mereka terutamanya ahli keluarga yang terdekat.Dalam
hal ini juga,banyak berlakunya kes-kes yang berada di luar kawalan seperti
membunuh ibu bapa,mencederakan ahli keluarga dan lain-lain.Walaupun mereka
tahu apa yang dibuatnya salah,individu sebegitu tidak tidak dapat berfikir secara
rasional.

Anda mungkin juga menyukai