Anda di halaman 1dari 42

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Pendidikan Muzik
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Tingkatan 1
Terbitan Terhad
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mei 2015
Terbitan 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-
8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

ISBN: 978-967-420-141-8
KANDUNGAN

Rukun Negara ................................................................................................................................ v


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ............................................................................................. vi
Kata Pengantar .......................................................................................................................... vii
Pendahuluan .............................................................................................................................. 1
Matlamat ......................................................................................... .......................................... 2
Objektif ....................................................................................................................................... 2
Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah ................................................................ 3
Fokus ........................................................................................................................................ 4
Kemahiran Abad Ke 21 .............................................................................................................. 7
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi .................................................................................................. 9
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ..................................................................................... 10
Elemen Merentas Kurikulum ...................................................................................................... 12
Pentaksiran ................................................................................................................................ 14
Organisasi Kandungan .............................................................................................................. 17
Bidang Ensembel Nyanyian ........................................................................................... 18
Bidang Ensembel Muzik .................................................................................................... 20
Bidang Penghasilan Muzik ............................................................................................. 22
Bidang Apresiasi Muzik .................................................................................................. 23
Bidang Membaca dan Menulis Muzik ............................................................................ 24
Glosari ...................................................................................................................................... 27
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
KATA PENGANTAR

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad
yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan
setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum Kebangsaan.
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah
dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
Pembelajaran dan Standard Pentaksiran. Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek,
supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan
Usaha memasukkan Standard Pentaksiran di dalam dokumen dalam abad ke-21.
kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
berterusan untuk mengenalpasti tahap penguasaannya dalam yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan
sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan
tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. Kebangsaan.

Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

vii
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik merupakan program pembelajaran Kurikulum pendidikan muzik sekolah menengah dirangka dengan
untuk tiga tahun persekolahan di peringkat Menengah Rendah aspirasi agar mata pelajaran ini dapat menyumbang kepada
iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kurikulum ini pembangunan intelek, estetik, sosial dan kerjaya murid sebagai
juga merupakan kesinambungan daripada program pembelajaran warga negara berpendidikan. Menerusi kurikulum ini, murid akan
Pendidikan Muzik di sekolah rendah. memperkembang literasi muzik mereka serta mempelajari
konvensi penulisan muzik. Selain itu, murid memperkembang
Pendidikan muzik merupakan mata pelajaran yang memberi kompetensi dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan
sumbangan besar kepada perkembangan intelek dan emosi kebolehan membuat keputusan.
murid. Pengalaman yang diperolehi murid menerusi pendidikan
muzik menyumbang kepada pembentukan masyarakat sihat Dari segi perkembangan afektif, murid akan dibimbing untuk
yang saling menghormati kepelbagaian agama dan budaya yang menilai dan menghayati muzik. Murid akan melalui pengalaman
ada di dunia ini. Dengan mempelajari mata pelajaran ini, murid menulis ulasan terhadap muzik yang dikaji. Menerusi penulisan
berpeluang untuk membuat eksplorasi, persepsi dan ini murid berpeluang untuk mempamerkan pengetahuan dan
berkomunikasi menerusi muzik. Pengalaman ini adalah kefahaman mereka terhadap ekspresi artistik dan estetik muzik.
pengalaman yang unik dan ia menyumbang kepada proses Pengalaman belajar yang dilalui murid bukan hanya akan
pembelajaran seumur hidup murid, seterusnya menjadikan memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam
mereka warga negara yang berpendidikan. bidang muzik, malah kesan sampingan yang positif terhadap
pembelajaran mereka akan menjadikan mereka murid yang
berdikari, bermotivasi dan berpersonaliti positif.

1
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

MATLAMAT OBJEKTIF

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah menengah bermatlamat Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Muzik
untuk membina pengetahuan dan kemahiran muzik kepada Tingkatan 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai
murid, bagi membolehkan mereka mempunyai kesedaran dan objektif berikut;
penghargaan terhadap estetik muzik dari pelbagai budaya serta
membina potensi diri murid dalam menghasilkan idea kreatif 1. Menyanyikan lagu dengan dinamik dan pic yang betul
menerusi aktiviti muzik. mengikut tempo,
2. Menyanyikan lagu dengan teknik yang betul,
3. Menyanyikan lagu secara unison,
4. Memainkan muzik secara ensembel dengan pic dan irama
yang betul,
5. Memainkan muzik ensembel dengan teknik yang betul,
6. Mencipta corak irama berdasarkan meter 4/4,
7. Memberi ulasan tentang muzik Malaysia,
8. Menama dan menulis jenis not dan tanda rehatnya, meter,
not sehingga 1 garisan lejer, skel dan kord pada baluk
dalam klef treble serta terminologi muzik dengan betul, dan;
9. Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam
aktiviti muzik.

2
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibina sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan
dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang berpengetahuan, berketrampilan, berpemikiran kritis dan kreatif
tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah

3
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

FOKUS Sepanjang tiga tahun persekolahan pada peringkat Menengah


Rendah, murid diberi pengalaman untuk mempelajari dan
Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Menengah memberi fokus meningkatkan pengetahuan serta kemahiran berkaitan muzik
kepada pemahaman elemen muzik sebagai asas untuk membina menerusi bidang-bidang kurikulum yang disediakan. Bidang-
kemahiran muzik, penjanaan idea kreatif, penghayatan muzik dan bidang tersebut ialah Ensembel Nyanyian, Ensembel Muzik,
notasi muzik seperti pada Rajah 2. Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik, serta Membaca dan Menulis
Notasi Muzik. Selain itu, pengamalan nilai-nilai murni juga turut
ditekankan dalam setiap aktiviti muzik. Penekanan ini bertujuan
untuk melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Ensembel Nyanyian

Bidang Ensembel Nyanyian memberi fokus kepada peningkatan


kemahiran beryanyi dengan teknik yang betul seperti bernyanyi
dengan pic dan sebutan yang betul mengikut tempo. Selain itu,
murid juga berpeluang menyanyikan pelbagai genre lagu. Guru
boleh memilih genre lagu yang difikirkan sesuai mengikut latar
belakang budaya dan minat murid. Guru boleh memilih mana-
mana ensembel vokal yang sesuai berdasarkan kepakaran
mereka serta persekitaran murid dan sekolah. Jadual 1
merupakan antara cadangan ensembel vokal yang boleh dipilih
Rajah 2 : Fokus Pendidikan Muzik oleh guru.
4
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Jadual 1: Cadangan ensembel nyanyian Jadual 2 : Cadangan ensembel muzik

ENSEMBEL ENSEMBEL MUZIK


NYANYIAN
Angklung Sape Kulintangan
Duet
Cak Lempong Sompoton Muzik Asli
Koir
Dikir Barat Gamelan Muzik Klasik India
Kuartet
Dikir Rebana Gendang Silat Muzik Wayang
Nasyid Kulit
Trio Dondang Sayang Gendang 24 musim Orkestra Cina
Kibod Ghazal Orkestra Barat
Gitar Hadrah Rebana Ubi
Bidang Ensembel Muzik
Ensembel Buluh Keroncong Tumbuk Kalang

Bidang Ensembel Muzik memberi fokus penguasaan kemahiran Ensembel Gong Kombo

bermain alat muzik secara ensembel. Menerusi kurikulum ini, Ensembel Gong Kompang
Besar
murid berpeluang untuk memainkan pelbagai genre lagu dengan
mengaplikasikan pengetahuan membaca dan menulis notasi
muzik yang telah dipelajari. Guru boleh memilih mana-mana
ensembel muzik yang sesuai berdasarkan kepakaran mereka
serta persekitaran murid dan sekolah. Jadual 2 merupakan
antara cadangan ensembel muzik yang boleh dipilih oleh guru.

5
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Bidang Penghasilan Muzik Bidang Apresiasi Muzik

Bidang Penghasilan Muzik memberi fokus kepada aktiviti Bidang Apresiasi Muzik memberi fokus kepada aktiviti
melahirkan idea kreatif dengan menghasilkan karya seperti mendengar secara aktif muzik daripada pelbagai budaya.
penciptaan melodi, corak irama dan bunyi muzikal untuk sesuatu Menerusi bidang ini ini murid diberi beri peluang untuk
persembahan. Menerusi bidang ini, murid juga secara langsung menghargai, menilai dan memberi ulasan secara kritis setiap
telah mengaplikasikan elemen-elemen kreativiti dan KBAT yang genre muzik yang didengar atau ditonton. Setiap ulasan mereka
diperkenalkan dalam KSSM. Kurikulum ini juga memberi peluang adalah berkaitan elemen muzik, alat-alat muzik serta sejarah dan
kepada murid untuk mengapalikasikan semua pengetahuan dan budaya sesuatu genre muzik tersebut.
kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang Nyanyian,
Ensembel Muzik, Apresiasi Muzik serta Menulis dan Membaca Bidang Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Notasi Muzik semasa menghasilkan karya mereka. Seterusnya,
murid juga berpeluang untuk mempersembahkan setiap hasil Bidang Membaca dan Menulis Notasi Muzik memberi fokus
karya mereka semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kepada aktiviti pembacaan dan penulisan notasi muzik secara
bilik darjah. konvensional. Murid juga berpeluang untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran membaca dan menulis notasi
muzik semasa aktiviti nyanyian, memainkan alat muzik secara
ensembel, penciptaan dan apresiasi muzik.

Menerusi bidang-bidang yang telah dinyatakan, kandungan


kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah dibina dengan
peratus pengagihan seperti pada Jadual 3.

6
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Jadual 3: Agihan Kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik KEMAHIRAN ABAD KE-21

Kandungan Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid


Kurikulum Tingkatan Tingkatan Tingkatan yang mempunyai kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus
Pendidikan 1 2 3
Muzik kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya
yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21
Ensembel
25% 25% 25%
Nyanyian bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri
yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 4.
Ensembel
30% 30% 30% supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK
Muzik
dan SP dalam kurikulum Pendidikan Muzik juga turut
Penghasilan menyumbang kepada pemerolehan kemahiran abad ke-21
20% 20% 20%
Muzik dalam kalangan murid.

Jadual 4: Profil Murid


Apresiasi Muzik 10% 10% 10%

Profil Murid Penerangan


Membaca dan
Menulis Notasi 15% 15% 15% Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi
Muzik kesukaran, mengatasi cabaran dengan
kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan
empati

Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran,


Berkomunikasi idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif
secara lisan dan bertulis, menggunakan
pelbagai media dan teknologi.

7
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Profil Murid Penerangan Profil Murid Penerangan

Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur,
inovatif; mampu untuk menangani masalah kesamarataan, adil dan menghormati
yang kompleks dan membuat keputusan maruah individu, kumpulan dan komuniti.
yang beretika. Mereka berfikir tentang Mereka bertanggungjawab atas tindakan,
pembelajaran dan diri mereka sebagai akibat tindakan serta keputusan mereka.
pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat
terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan
individu dan masyarakat lain. Mereka membentuk pemahaman yang luas dan
berkeyakinan dan kreatif dalam menangani seimbang merentasi pelbagai disiplin
bidang pembelajaran yang baru. peng et a hua n. Mer ek a m ener ok a
Kerja Mereka boleh bekerjasama secara pengetahuan dengan cekap dan berkesan
Sepasukan berkesan dan harmoni dengan orang lain. dalam konteks isu tempatan dan global.
Mereka mengalas tanggungjawab bersama Mereka memahami isu-isu etika/undang-
serta menghormati dan menghargai undang berkaitan maklumat yang
sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli diperoleh.
pasukan. Mereka memperoleh kemahiran Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas
interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, Prihatin kasihan dan rasa hormat terhadap
dan ini menjadikan mereka pemimpin dan keperluan dan perasaan orang lain.
ahli pasukan yang lebih baik. Mereka komited untuk berkhidmat kepada
Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu masyarakat dan memastikan kelestarian
Tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea alam sekitar.
baru. Mereka mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang,
penyelidikan, serta menunjukkan sifat sokongan dan rasa hormat terhadap
berdikari dalam pembelajaran. Mereka negara.
menikmati pengalaman pembelajaran
sepanjang hayat secara berterusan.

8
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dan berupaya mencipta sesuatu.
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul
berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan dan strategi berfikir.
KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti
Jadual 5 Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat
Jadual 5: KBAT pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah.
Tahap
Penerangan
Pemikiran
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
dan nilai dalam situasi berlainan untuk dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir
melaksanakan sesuatu perkara. tidak mengikut kelaziman.
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
mendalam serta hubung kait antara pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
bahagian berkenaan.
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
menggunakan pengetahuan, pengalaman, berfokus untuk menyelesaikan masalah.
kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif. berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir
seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras
tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.

9
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN pendidikan muzik, murid mempelajari apresiasi muzik dari
pelbagai budaya. Dalam proses pembelajaran mereka pelbagai
Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Persoalan yang ditimbulkan oleh murid akan muncul seperti,
Pendidikan Muzik adalah berlandaskan kepada aktiviti amali “Apakah alat muzik yang digunakan dalam muzik ini?,” “Mengapa
yang dilakukan secara hands-on seperti dalam bidang nyanyian, muzik ini kedengaran seperti mempunyai pengaruh Timur
bermain alat perkusi, bergerak mengikut muzik, penciptaan, Tengah?,” dan sebagainya. Guru mengarahkan murid untuk
apresiasi dan bermain rekoder. Susunan bidang-bidang tersebut mencari jawapan kepada soalan-soalan mereka menerusi
boleh diubah-suai semasa guru merancang pengajaran murid. pelbagai sumber seperti internet dan kajian lalu di perpustakaan.
Guru adalah digalakkan untuk merangka pengajaran yang Murid akan kembali ke kelas dengan maklumat yang diperolehi
mengintergrasi standard pembelajaran dari beberapa bidang untuk dikongsikan.
dalam kurikulum untuk pembelajaran murid. Terdapat pelbagai
pendekatan yang boleh digunakan dalam merangka pengajaran Pembelajaran Secara Projek
bagi mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan pembelajaran secara projek boleh dijalankan bagi
Pendekatan-pendekatan tersebut merupakan strategi guru bagi menambah kefahaman murid tentang apa yang dipelajari dalam
mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Antara pendidikan muzik. Guru berperanan sebagai fasilitator di mana
pendekatan yang boleh digunakan dalam pendidikan muzik beliau akan duduk bersama-sama murid untuk membentuk suatu
adalah seperti berikut: persoalan permasalahan atau isu, kemudian menstruktur tugasan
yang relevan bagi menyelesaikan persoalan tersebut. Guru juga
Pembelajaran Secara Inkuiri membimbing murid daripada aspek perkembangan pengetahuan
Pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang akan dan kemahiran sosial dan akhir sekali mentaksir apa yang telah
menjadikan murid berdikari dalam menimba ilmu. Pertanyaan dipelajari murid menerusi pengalaman pembelajaran tersebut.
dan pencarian jawapan terhadap perkara yang dipelajari Contoh persoalan atau isu ialah, “Adakah muzik boleh
merupakan aspek integral dalam pendekatan ini. Dalam konteks menyatukan masyarakat?” atau “Mengapakah masyarakat baba
Nyonya di Melaka boleh menyanyikan lagu Dondang Sayang?”
10
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Pendekatan Bertema Terdapat banyak pendekatan yang boleh digunakan oleh guru
Dalam pendekatan ini guru boleh merangka pengajaran dengan sebagai strategi dalam menyampaikan ilmu kepada murid.
menggunakan pelbagai tema bagi membantu murid menguasai Pendekatan yang disebutkan di atas merupakan contoh
ilmu dengan membuat perkaitan secara kontekstual terhadap pendekatan yang boleh digunakan dalam pendidikan muzik.
tema yang digunakan. Contoh tema yang boleh digunakan ialah, Perkara penting yang perlu dilakukan oleh guru ialah, memilih
Rumahku, Dunia Di Sekelilingku dan Dunia Muzikku. pendekatan yang sesuai mengikut topik yang ingin diajar bagi
memastikan keberkesanannya terhadap pembelajaran murid.
Pendekatan Berkonsep
Menerusi pendekatan ini, guru merancang pengajaran Amalan Nilai Murni
berdasarkan konsep-konsep muzik seperti irama, tekstur dan Pendidikan Muzik turut mementingkan pengamalan nilai murni
tempo bagi mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. semasa aktiviti P&P terutamanya yang melibat aktiviti seperti
Pendekatan ini akan memberi fokus kepada pengetahuan dan menyanyi, bergerak mengikut muzik serta bermain alat muzik.
kefahaman murid terhadap konsep yang diperkenalkan. Amalan nilai murni amat ditekankan kepada aktiviti-aktiviti muzik
sama ada secara individu atau berkumpulan yang memerlukan
Pendekatan Antara Disiplin murid mempunyai disiplin diri, kecekalan dan semangat mencuba
Pendekatan ini membolehkan guru merangka pengajaran dengan yang tinggi.
menggabungkan pengajaran muzik dengan disiplin ilmu yang
lain. Sebagai contoh guru boleh mengajar nyanyian yang
mempunyai lirik mengenai penjagaan kesihatan diri. Dengan ini
murid akan mendapat ilmu tentang teknik nyanyian berserta ilmu
menjaga kesihatan diri.

11
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3. Nilai Murni


 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang
supaya murid sedar akan kepentingan dan
diterapkan dalam proses P&P selain yang ditetapkan dalam
mengamalkannya.
standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa
kehidupan harian.
hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:

4. Sains Dan Teknologi


1. Bahasa
 Menambahkan minat terhadap Sains dan teknologi dapat
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
meningkatkan literasi Sains serta Teknologi dalam
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. kalangan murid.
 Semasa P&P bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan,  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu
struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap
diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea
dan berkesan.
dan berkomunikasi secara berkesan.
 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam P&P
merangkumi empat perkara iaitu:
2. Kelestarian Alam Sekitar
i) Pengetahuan Sains dan Teknologi (fakta, prinsip,
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam
konsep yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi);
jiwa murid perlu dipupuk melalui P&P semua mata
ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
pelajaran.
manipulatif tertentu);
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam
iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai
keselamatan); dan
alam.

12
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

5. Patriotisme  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam P&P melalui


 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur,
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga
sebagai rakyat Malaysia. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Penerapan elemen TMK dalam P&P memastikan murid
6. Kreativiti Dan Inovasi dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk kemahiran asas TMK yang dipelajari.
mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid
sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan menjadi kreatif malah menjadikan P&P lebih menarik dan
idea yang ada. menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah  TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran Abad 21.
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
P&P.

7. Keusahawanan
 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk
ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu

13
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

PENTAKSIRAN Apa yang penting, semua pemerhatian guru terhadap aktiviti


murid perlu direkodkan dalam borang pemerhatian atau senarai
Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya. semak. Oleh yang demikian, guru hendaklah bijak merancang
Pencapaian murid dinilai untuk mengetahui kadar penerimaan dengan teliti kaedah yang sesuai untuk menilai murid bagi
dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muzik yang memastikan penilaian yang relevan dan menepati tujuan.
diajar. Perkara ini memerlukan aktiviti penilaian yang dilakukan
semasa atau di penghujung aktiviti pengajaran dan Standard Prestasi Pendidikan Muzik
pembelajaran. Tahap pencapaian ini mestilah dinyatakan dengan
jelas dan menjadi landasan yang kukuh kepada guru untuk Standard Prestasi Pendidikan Muzik diwujudkan sebagai
melanjutkan aktiviti pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi. instrumen untuk guru menentukan pencapaian murid dalam mata
pelajaran ini. Standard Prestasi ini mengandungi 6 Tahap
Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran yang memberi Penguasaan yang merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan
penumpuan yang besar kepada aspek amali seperti penguasaan nilai yang dijelmakan dalam lima kelompok utama iaitu:
kemahiran menyanyi, memainkan alat muzik dan penciptaan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku secara 1. Mengetahui dan Memahami
hands on dalam bilik darjah. Oleh itu, bagi aktiviti amali, 2. Membina Kemahiran
pentaksiran tidak semestinya dalam bentuk penulisan murid 3. Berfikir Secara Kreatif
tetapi boleh dijalankan secara pemerhatian. Sebagai contoh, 4. Memberi Respon Terhadap Karya Muzik
untuk menilai keupayaan memahami konsep pic dan dinamik. 5. Mengamalkan Nilai Murni
Guru boleh menilai pemahaman elemen tersebut secara
pemerhatian semasa murid melakukan aktiviti bernyanyi atau
memainkan alat muzik secara ensembel ketika aktiviti P&P.

14
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Berdasarkkan kelompok-kelompok ini, setiap Tahap Penguasaan


ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi MEMBINA KEMAHIRAN

gambaran holistik tentang pencapaian keseluruhan murid bagi TAHAP


TAFSIRAN
PENGUASAAN
mata pelajaran ini. Tahap Penguasaan ini juga disusun secara
1  Bernyanyi dengan cara mengajuk.
hierarki bermula pada Tahap Penguasaan 1 yang menunjukkan  Bermain alat muzik dengan cara
pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap mengajuk.
Penguasaan 6 mengikut kelompok seperti Jadual 6. 2  Bernyanyi.
 Bermain alat muzik.
3  Bernyanyi dengan mempraktikkan elemen
Jadual 6: Pernyataan Umum Tahap Penguasaan muzik.
Pendidikan Muzik  Bermain alat muzik dengan
mempraktikkan elemen muzik.
MENGETAHUI DAN MEMAHAMI 4  Bernyanyi dengan mempraktikkan elemen
TAHAP muzik dengan betul.
TAFSIRAN  Bermain alat muzik dengan
PENGUASAAN
mempraktikkan elemen muzik betul.
1 Mengetahui notasi muzik.
5  Bernyanyi dengan mempraktikkan elemen
2 Mengetahui dan memahami notasi muzik. muzik secara konsisten.
3 Mengetahui, memahami dan menulis notasi  Bermain alat muzik dengan
pada baluk. mempraktikkan elemen muzik secara
konsisten.
4 Menulis notasi muzik pada baluk. 6  Bernyanyi dengan mempraktikkan elemen
5 Menulis notasi muzik pada baluk dengan muzik secara ekspresif dan konsisten.
betul dan tepat.  Bermain alat muzik dengan
mempraktikkan elemen muzik secara
6 Menulis notasi muzik pada baluk dengan ekspresif dan konsisten.
betul dan tepat secara konsisten.

15
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

BERFIKIR SECARA KREATIF MENGAMALKAN NILAI MURNI DALAM AKTIVITI MUZIK

TAHAP TAHAP
TAFSIRAN TAFSIRAN
PENGUASAAN PENGUASAAN
1 Melakukan aktiviti meniru/mengajuk. 1 Menerima nilai murni dalam aktiviti muzik

2 Mengetahui dan memahami elemen muzik. 2 Menerima nilai murni dalam aktiviti muzik
3 Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik
3 Menghasilkan muzik dengan
mengaplikasikan elemen muzik
4 Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam
4 Mengaplikasikan pengetahuan muzik untuk
aktiviti muzik
menghasilkan muzik.
5 Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam
5 Mengimprovisasi idea muzik untuk aktiviti muzik
menghasilkan karya.
6 Mencipta karya muzik. 6 Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam
aktiviti muzik

MEMBERI RESPON TERHADAP KARYA MUZIK


TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengetahui muzik yang didengar.
2 Mengetahui dan memahami muzik yang
didengar.
3 Mengetahui memahami dan menyatakan ciri
muzik yang didengar.
4 Membicarakan muzik yang didengar atau
ditonton dengan mengpalikasikan
pengetahuan muzik.
5 Membicarakan muzik pilihan sendiri dengan
mengpalikasikan pengetahuan muzik.
6 Membuat penilaian muzik pilihan sendiri
dengan mengaplikasikan pengetahuan muzik
serta mengenal pasti identiti muzik tersebut.
16
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

ORGANISASI KANDUNGAN Jadual 7: Organisasi DSKP

Bagi memudahkan, pemahaman berkaitan Dokumen Standard Standard Standard Standard


Kandungan Pembelajaran Prestasi
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik Sekolah
Menengah, maka dokumen ini disusun berasaskan bidang-
Penyataan Suatu penetapan Suatu set kriteria
bidang seperti berikut: spesifik tentang kriteria atau indikator umum yang
perkara yang kualiti pembelajaran menunjukkan
1. Bdang Ensembel Nyanyian
murid patut dan pencapaian yang tahap-tahap
2. Bidang Ensembel Muzik ketahui dan boleh diukur bagi prestasi yang
boleh lakukan setiap standard perlu murid
3. Bidang Penghasilan Muzik
dalam suatu kandungan. pamerkan sebagai
4. Bidang Apresiasi Muzik tempoh tanda bahawa
persekolahan sesuatu perkara
5. Bidang Membaca dan Menulis Notasi Muzik
merangkumi itu telah dikuasai
aspek murid (indicator of
Susunan bidang-bidang ini tidak mengikut hirarki tetap. pengetahuan, success)
kemahiran dan
Susunan ini bertujuan untuk memudahkan kandungan
nilai.
kurikulum diorganisasikan dalam dokumen ini. Guru boleh
memulakan pengajaran tanpa terikat dengan mana-mana
susunan bidang. Guru juga boleh menggabungjalin kandungan
antara bidang kurikulum. Setiap bidang mempunyai tiga lajur
utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi seperti Jadual 7.

17
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

1.0 BIDANG ENSEMBEL NYANYIAN

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

1.1 Menyanyikan Murid boleh: 1 Menyanyikan lagu dengan pic yang betul. Cadangan Aktiviti:
lagu secara
ensembel 1.1.1 Bernyanyi secara  Melakukan warmth-
2 Menyanyikan lagu dengan pic yang betul
daripada unison dengan; ups sebelum
mengikut tempo.
pelbagai i. pic yang betul. menyanyi.
repertoir ii. dinamik yang
sesuai. 3 Menyanyikan lagu dengan pic dan teknik Contoh:
iii. tempo yang betul. yang betul mengikut tempo. Latihan menyanyi
dengan sebutan huruf
1.1.2 Bernyanyi dengan 4 Menyanyikan lagu dengan pic, teknik dan vokal dan konsonan.
teknik yang betul: dinamik yang sesuai mengikut tempo.
i. postur  Melakukan latihan
ii. pernafasan Menyanyikan lagu dengan pic, teknik dan pernafasan.
5 dinamik yang betul mengikut tempo
secara konsisten.  Mengajuk pic atau
frasa melodi yang
6 Menyanyikan lagu dengan pic, teknik dan didengar.
dinamik yang betul mengikut tempo
secara ekspresif dan konsisten.

18
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

1.1.3 Mengamalkan etika 1 Menerima etika persembahan dan nilai Contoh nilai yang boleh
persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik semasa diamalkan.
murni dalam aktiviti aktiviti muzik. - berdisiplin
muzik: - bertoleransi
i. sebelum, semasa - bekerjasama
2 Menerima dan mempamerkan etika
dan selepas latihan. - bertanggungjawab
persembahan dan nilai murni semasa
ii. sebelum, semasa - menghormati arahan
aktiviti muzik semasa aktiviti muzik.
dan selepas pemimpin (conductor)
persembahan. 3 Mengamalkan etika persembahan dan - latihan individu
nilai murni semasa aktiviti muzik. - latihan kumpulan

4 Sentiasa mengamalkan etika


persembahan dan nilai murni semasa
aktiviti muzik.
5 Sentiasa mengamalkan etika
persembahan dan nilai murni semasa
aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh
kepada murid yang lain.
6 Sentiasa mengamalkan etika
persembahan dan nilai murni semasa
aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh
kepada murid yang lain dan menunjuk
cara kepada rakan yang lain.

19
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

2.0 BIDANG ENSEMBEL MUZIK

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

2.1 Memainkan Murid boleh: 1 Meniru cara memainkan alat muzik. Cadangan Aktiviti:
muzik secara
ensembel 2.1.1 Memainkan muzik 2 Memainkan muzik dengan pic yang betul  Mengenal pasti dan
secara ensembel atau ton yang baik atau irama yang betul menamakan alat-alat
(Ensembel pilihan berdasarkan skor: mengikut tempo. muzik yang terdapat
sekolah) i. bermain alat muzik dalam ensembel
3 Memainkan muzik dengan pic yang betul
dengan teknik betul. pilihan.
atau ton yang baik dan irama yang betul
ii. bermain alat muzik
dengan pic yang betul mengikut tempo berdasarkan skor.  Meneroka cara
atau ton yang baik 4 Memainkan muzik dengan teknik, pic memainkan alat-alat
iii. bermain alat muzik yang betul atau ton yang baik dan irama muzik yang terdapat
dengan irama yang yang betul mengikut tempo berdasarkan dalam ensembel
betul mengikut tempo. skor. pilihan.
iv. mengamalkan cara Contoh:
penjagaan alat 5 Memainkan muzik dengan teknik, pic - digesek
yang betul atau ton yang baik dan irama - dipetik
yang betul mengikut tempo berdasarkan - diketuk
skor secara konsisten.
6 Memainkan muzik dengan teknik, pic Nota:
yang betul atau ton yang baik dan irama Bagi alat muzik yang
yang betul mengikut tempo berdasarkan tidak berpic, maka
skor secara ekspresif dan konsisten. elemen pic tidak perlu
diambil kira.

20
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

2.1.2 Mengamalkan etika 1 Menerima etika persembahan dan nilai Contoh nilai yang boleh
persembahan dan nilai murni semasa aktiviti muzik semasa diamalkan.
murni dalam aktiviti aktiviti muzik. - berdisiplin
muzik: - bertoleransi
i. sebelum, semasa - bekerjasama
2 Menerima dan mempamerkan etika
dan selepas latihan. - bertanggungjawab
persembahan dan nilai murni semasa
ii. sebelum, semasa - menghormati arahan
aktiviti muzik semasa aktiviti muzik.
dan selepas pemimpin (conductor)
persembahan. - latihan individu
3 Mengamalkan etika persembahan dan - latihan kumpulan
nilai murni semasa aktiviti muzik.

4 Sentiasa mengamalkan etika


persembahan dan nilai murni semasa
aktiviti muzik.

5 Sentiasa mengamalkan etika


persembahan dan nilai murni semasa
aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh
kepada murid yang lain.

6 Sentiasa mengamalkan etika


persembahan dan nilai murni semasa
aktiviti muzik serta boleh menjadi contoh
kepada murid yang lain dan
menunjukcara kepada rakan yang lain.

21
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

3.0 BIDANG PENGHASILAN MUZIK

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

3.1 Menghasilkan Murid boleh: 1 Mengajuk corak irama yang didengar. Cadangan Aktiviti:
idea muzik kreatif
3.1.1 Mencipta corak irama 2 Mengimprovisasi corak irama yang  Mengajuk corak irama
berdasarkan meter didengar. yang didengar.
4
3 Mencipta corak irama.  Mengimprovisasi
„jawapan‟ kepada
4 Mencipta corak irama dan soalan corak irama
memainkannya. yang didengar.

5 Merancang dan menghasilkan pelbagai  Menggunakan


corak irama serta memainkannya. pelbagai medium yang
boleh menghasilkan
6 Merancang dan menghasilkan karya serta bunyi semasa
memainkan karya tersebut untuk persembahan.
mengiringi sesuatu persembahan. Contoh:
- bahan improvisasi
- bahan dari kayu
- bahan dari plastik

22
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

4.0 BIDANG APRESIASI MUZIK

STANDARD PRESTASI
STANDARD
STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Penguasaan Tafsiran

4.1 Menghayati Murid boleh: 1 Mengecam dan menyatakan genre muzik Contoh genre muzik:
muzik daripada yang didengar. - Dondang Sayang
pelbagai genre. 4.1.1 Memberi ulasan tentang Cadangan Aktiviti:
muzik Tradisional 2 Mengecam dan menyatakan genre muzik  Mendapatkan
Malaysia yang didengar dan alat muzik dari muzik yang didengar. maklumat tambahan
atau ditonton dari daripada pelbagai
aspek: 3 Membicarakan muzik Tradisional sumber.
i. genre muzik Malaysia yang didengar. Contoh:
ii. alat muzik - media cetak
iii. fungsi muzik 4 Membicarakan muzik Tradisional - internet
iv. cara persembahan Malaysia yang didengar dengan - penggiat seni
v. latar belakang mengenal pasti identiti utama muzik  Menulis ulasan dalam
muzik tersebut. bentuk:
- laporan ringkas
Membicarakan dan membuat - folio
5 pembentangan muzik Tradisional  Membuat
Malaysia pilihan sendiri dengan mengenal pembentangan dalam
pasti identiti utama muzik tersebut. kelas
6 Membicarakan dan membuat Nota:
pembentangan muzik Tradisional Klasifikasi alat muzik:
Malaysia pilihan sendiri dengan mengenal i. Sach-horn bostel
pasti identiti utama muzik tersebut serta seperti membranofon
mengaitkannya dalam konteks budaya dan erofon.
dan masyarakat. ii. Keluarga alat muzik
seperti alat tiup kayu
dan brass.

23
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

5.0 BIDANG MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

Mengetahui dan memahami jenis not dan Cadangan Aktiviti:


5.1 Membaca dan Murid boleh: 1
tanda rehatnya, dan meter serta
menulis notasi 5.1.1 Membaca dan menulis
terminologi muzik.  Mendengar dan
muzik jenis not serta tanda
mengajuk nilai not
rehat mengikut nilai: 2 Mengetahui, memahami dan menulis jenis
yang didengar.
i. semibrif not dan tanda rehatnya, dan meter serta
ii. minim terminologi muzik dengan betul.
iii. krocet
3 Menulis pada baluk jenis not dan tanda
rehatnya, meter, terminologi muzik,  Bagi S.P 5.1.2
5.1.2 Membaca dan menulis
arahan persembahan serta notasi dalam - meletak dan menulis
not serta tanda rehat
klef trebel dengan betul. garis bar.
berdasarkan meter
2 dan 4 - pengumpulan not
4 Menulis pada baluk jenis not dan tanda
4 4 rehatnya, meter, terminologi muzik,
arahan persembahan, not dalam klef
trebel serta skel atau kord primer dengan
betul.
5.1.3 Membaca, memahami 5 Menulis pada baluk jenis not dan tanda
dan menulis terminologi rehatnya, meter, terminologi muzik,
dinamik: arahan persembahan, not dalam klef  Mengaplikasikan
i. piano (p) trebel serta skel serta kord primer dengan dinamik semasa
ii. forte (f) betul. aktiviti muzikseperti
beryanyi dan bermain
Menulis pada baluk jenis not dan tanda alat muzik.
6 rehatnya, meter, terminologi muzik,
arahan persembahan, not dalam klef
trebel serta skel serta kord primer dengan
betul dan konsisten.

24
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

5.1.4 Membaca, memahami Cadangan aktiviti:


dan menulis terminologi  Mengaplikasikan
tempo: terminologi tempo
i. Andante semasa aktiviti
ii. Allegro muzikseperti beryanyi
dan bermain alat
5.1.5 Membaca, memahami muzik.
dan menulis arahan
persembahan:
i. tanda ulangan
ii. tanda penamat
iii. tanda kromat
 Mendengar dan
5.1.6 Membaca, memahami mengajuk pic.
dan menulis not dalam
klef trebel sehingga 1
garisan lejer.

25
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

STANDARD STANDARD PRESTASI


STANDARD
PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN Tahap
Tafsiran
Penguasaan

5.1.7 Menulis pada baluk Cadangan Aktiviti:


dalam klef trebel
secara menaik dan  Mendengar dan
menurun skel: menyanyi skel yang
i. C major (1 oktaf) dimainkan secara
ii. A minor harmonik solfa, humming atau
(1 oktaf) sebutan „la‟.

5.1.8 Menulis kord primer  Mendengar kord yang


dalam kedudukan dimainkan.
perdu dalam nada:
i. C major
ii. A minor

26
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1 2017

GLOSARI PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang

Istilah Simbol Makna


Piano p Bunyi lembut
Forte f Bunyi kuat

Mezzo Piano mp Bunyi sederhana lembut


Mezzo Forte mf Bunyi sederhana kuat

Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.

Perkusi (Percussion) Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi.

Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin.

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Postur (Postur) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.

27
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Repertoir Lagu (Repertoire) Koleksi lagu.

Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.


Contoh: tempo cepat atau tempo lambat

Unison (Unison) Nyanyian kumpulan yang tiada lapisan suara.

28
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

PANEL PENGGUBAL

1. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Bahagian Pembangunan Kurikulum


2. Bakhtiar bin Mohd Salleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Faridah binti Ramly Bahagian Pembangunan Kurikulum
4. Isa bin Ramlan IPGM Kampus Islam, Bangi, Selangor
5. Yew Huey Jiun SK Bandar Uda 2, Johor Bahru, Johor
6. Amir Hamzah bin Nordin SMK. Inderapura, Jerantut, Pahang
7. Abdul Halim bin Abd. Wahab SMK. Perimbun, Cheras, Selangor
8. Wan Nur Zamrud bte Shamsuddin SMK. Shah Bandaraya, Kelang, Selangor
9. Lee Chai Huat SMK. Tuanku Abdul Rahman, Nibong Tebal, Pulau Pinang
KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

TURUT MENYUMBANG

1. Siti Musfirah bte Md. Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum


2. Hasnul Hadi Bin Hj. Ahmad Lembaga Peperiksaan
3. Yusri bin Hussein IPGM Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur
4. Ling Chin Ngor SMK. Ayer Keroh, Melaka
5. Wan Mazni bin Wan Abdul Hamid SMK. Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
6. Ridzlina bte Riduan SMK. Dato' Hj. Mohd Redza, Seremban, N.Sembilan
7. Lim Choon Fah SMK. Iskandar Shah, Jasin, Melaka
8. Zanariah bte Abu Zahar SMK. Senaling, Kuala Pilah N.Sembilan
9. Tee Sheau Yin SMK. Seri Pagi, Seremban, N.Sembilan
10. Nor Azman bin Mhd. Ramli Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak (UPSI)
11. Prof. Madya Dr. Ramona Mohd Tahir Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor (UiTM)
4

Anda mungkin juga menyukai