Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN ESEI : TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH DAN

MASYARAKAT DI LUAR SEKOLAH DALAM MENYEBARKAN DAKWAH

1.0 PENDAHULUAN

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W membawa rahmat kepada seluruh
alam. Tanpa kita sedari, sudah lebih 1400 tahun insan kamil yang disebut sebagai Habibullah
itu telah pergi meninggalkan kita. Sebagai umat Islam, tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah
satu iaitu untuk menggapai redha Rabbul Izzati. Menjurus kepada hal itu, sistem yang
dibawakan dalam kehidupan Islam merupakan sistem terbaik untuk umat manusia. Hal ini
kerana Islam itu sudah lengkap panduannya dari segi ekonomi, politik dan sosial. Ramai yang
menanggap bahawa Islam itu adalah agama semata-mata, walhal Islam itu adalah cara hidup.
Nikmat iman dan Islam ini tidak akan dapat kita rasai tanpa penat jerih perjuangan dakwah
Rasulullah S.A.W. Walaupun baginda tiada lagi di sisi kita, namun akhlak dan perjuangan
baginda perlu kita teruskan seperti dalam firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 110 ;

Bermaksud: “Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada
Allah”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat dilihat bahawa umat Islam mulia kerana adanya dakwah dan
tertegaknya Islam dengan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Hal ini menjadi
tanggungjawab setiap Muslim untuk memastikan syiar Islam itu tertegak di muka bumi Allah ini.
Berkaitan itu, dalam aspek pendidikan, hal ini sangat berkait dengan peranan dan
tanggungjawab sebagai guru Pendidikan Islam (PI) di sekolah. Guru PI juga bukan sahaja
berperanan di sekolah, malahan juga di luar sekolah iaitu bersama masyarakat setempat yang
menjadi medan untuk mereka meneruskan perjuangan dakwah Islamiyyah.

2.0 TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH

2.1 Pamerkan Corak Kerja Yang Baik

Pada peringkat awal perkembangan Islam, ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam
telah disampaikan di rumah baginda dan rumah sahabat iaitu rumah Arqam bin Abi al-Arqam.

4
Pada situasi sekarang, sekolah merupakan institusi untuk kita menyampaikan ilmu secara
formal. Bagi memastikan kelangsungan dakwah Islamiyyah ini, guru PI seharusnya
mempamerkan corak kerja yang baik dan bijak. Mengikuti cara yang dilakukan oleh Rasulullah
sewaktu menyebarkan ilmu dan Islam, baginda tidak bergerak secara sendirian. Contohnya di
Madinah, Rasulullah s.a.w menggunakan beberapa orang tawanan Perang Badar yang
berkebolehan dalam menulis dan membaca untuk mengajar kanak-kanak Islam sehingga
mereka pandai sebagai jaminan kebebasan. Baginda juga melantik para sahabatnya untuk
dijadikan guru terhadap kanak-kanak dan dihantar ke daerah-daerah tertentu sebagai guru
agama (Safiyyu Al-Rahman, 2016).

Begitu juga kita sebagai guru PI, perlu adanya kerjasama dengan guru-guru lain dan pihak ibu
bapa. Kita perlu kenali iklim sekolah tersebut, contohnya akhlak murid-murid, tahap kebolehan
pembacaan Al-Quran dan Jawi. Kefahaman dan pengamalan Islam dalam diri seseorang
pekerja akan mempengaruhi tahap prestasi kerja kerana Al-Quran mengajar tentang kepatuhan
dan komitmen terhadap pekerjaan yang dilakukan dan menjauhi tingkah laku yang tidak
beretika (Khatijah et.al, 2018). Kenyataan ini menunjukkan bahawa tugas yang diamanahkan
tersebut perlu dilaksanakan sebaiknya kerana guru PI ini bukan sahaja mengajar subjek,
bahkan juga membawa agama Allah untuk disebarluaskan. Contohnya dengan berkolaborasi
dengan pihak ibu bapa untuk memastikan pengamalan anak-anak murid di rumah. Kadang-
kadang ada murid yang boleh membaca Al-Quran, tetapi disebabkan pengamalan membaca Al-
Quran itu tiada di rumah, murid tersebut akan lupa. Corak kerja kita mencerminkan siapa diri
kita. Jika baik yang kita pamerkan, maka orang sekeliling akan dapat mencontohi dan
mempercayai kredibiliti kita. Oleh itu, apabila kita menjalankan tugas dengan amanah dan baik,
memberi sesuatu yang terbaik, di akhirnya nanti kita juga akan dapat sesuatu yang baik.

2.2 Menghidupkan Budaya Islam di Sekolah

Sebagai guru PI, menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menghidupkan budaya Islam di
sekolah. Contohnya, guru boleh bekerjasama dengan pihak pentadbir sekolah untuk
menghidupkan biah Islamiyyah dengan melakukan zikir harian atau doa untuk diamalkan oleh
murid-murid sekolah pada setiap perhimpunan pagi atau seawal masuk ke dalam kelas.
Menurut Mohd Anuar dan Muhammad Mustaqim (2019), zikir menjadi bekalan yang utuh sama
ada untuk memudahkan perolehan ilmu dan juga menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu.
Hal yang demikian menunjukkan zikir yang diamalkan akan memudahkan cahaya ilmu untuk

5
meresap ke dalam jiwa murid-murid. Apabila murid-murid telah dilazimi dengan zikir-zikir
memuji Allah s.w.t, perkara ini akan menjadi kebiasaan mereka dan akhirnya mereka akan
menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan walaupun mereka sudah keluar dari
sekolah tersebut. Amalan-amalan seperti inilah yang patut dipupuk di zaman sekolah rendah
lagi supaya kelak mereka membesar menjadi penegak agama Islam.

Dalam pada itu juga, guru boleh menyebarkan biah ini dengan mengadakan solat Zohor
berjemaah atau solat Asar berjemaah apabila sudah selesai sesi persekolahan. Tidak kira guru
dan murid boleh dilibatkan bersama agar biah Islamiyyah ini dapat dilakukan secara berterusan.
Dalam kitab Munyatul Musolli karangan Syeikh Daud (2016), solat berjemaah merupakan tali
yang diperintahkan kepada kita untuk berpegang dengannya dalam firman Allah s.w.t, suarh Ali
Imran ayat 103 :

Bermaksud: “Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara keseluruhannya.”

Hal yang demikian akan merapatkah ukhwah antara komuniti sekolah di bawah rahmat Allah
seterusnya memudahkan guru PI untuk mendekati dan ‘menyentuh’ jiwa mereka untuk
mengamalkan cara hidup Islam.

2.3 Pembentuk Jiwa

Selain ibu bapa yang menjadi guru pertama murid-murid, guru merupakan ibu bapa kedua
mereka. Oleh itu, sebagai guru PI kita perlu membentuk jiwa mereka dahulu supaya dapat
menanamkan Islam di dalam hati mereka agar usaha dakwah Islamiyyah ini kekal berterusan.
Rasulullah memandang bahawa pendidikan harus diawali dengan pembentukan jiwa dan
keimanan terlebih dahulu (‘Aidh Abdullah, 2006). Maksudnya, ilmu untuk membentuk jiwa itu
sangat penting dan jika ilmu yang disampaikan itu hanya di dalam kelas dan sekadar untuk
peperiksaan sahaja, ilmu tersebut tidak akan meresap di jiwa untuk pengamalan dalam hidup
mereka.

Menurut H. Tobroni (2018), pendidikan harus mampu menyedarkan kepada anak didik hak dan
kewajipan dalam hubungannya dengan Tuhan, diri sendiri, keawjipan sebagai warga negara
dan kewajipan sebagai warga dunia. Hal ini seperti mana sewaktu awal penyebaran ilmu Islam,
Rasulullah mengajar akidah dengan memberi penekanan untuk menanam rasa keimanan
kepada Allah s.w.t di akal dan jiwa umatnya. Setelah matlamat ini dicapai, Rasulullah s.a.w

6
menumpukan pula kepada bidang pembentukan akhlak. Menurut Mazidah (2011), pendidikan
nilai dalam Islam berkait rapat dengan konsep akhlak iaitu nilai baik dan buruk, bersifat mutlak
serta ditentukan oleh Allah. Perkara ini sangat sinonim dan berkait dengan guru Pendidikan
Islam yang mana perlu mengukuhkan pembentukan jiwa anak murid melalui pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan. Contohnya seperti sebelum kelas bermula, kita boleh
menerapkan budaya membaca syahadah terlebih dahulu. Bacaan syahadah ini sedikit
sebanyak akan menguatkan jiwa dan rohani mereka. Bacaan ini juga perlu diterapkan
maknanya dalam diri setiap pelajar agar mereka dapat meneguhkan pegangan sebagai umat
Islam.

Pembentukan jiwa ini juga boleh dilakukan ketika pembelajaran berlangsung dengan cara
memberi nasihat ataupun ‘tazkir’ agar mereka tidak mudah lupa dan melekat di jiwa. Perkara
inilah yang dipanggil kurikulum tersembunyi yang disemaikan secara tidak langsung melalui
pengajaran yang dilakukan (A.J Michael, 2006). Setidak-tidaknya ada antara perkataan kita
yang terkesan di hati anak murid yang tanpa disedari mengubah tingkah lakunya daripada nakal
menjadi baik dan daripada malas membaca Al-Quran kepada rajin membaca Al-Quran.

3.0 TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN ISLAM PADA MASYARAKAT DI LUAR


SEKOLAH

3.1 Menjadi Contoh Teladan (Role Model)

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh terbaik dalam menyampaikan dan membawa Islam
ke seluruh dunia. Allah juga merakamkan hal ini dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21 :

ِ ِ ‫لََق ْد َكا َن لَ ُكم فِي رس‬


ٌ‫سنَة‬ ْ ‫ول اللَّه أ‬
َ ‫ُس َوةٌ َح‬ َُ ْ

Yang bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik.”

Oleh itu, sebagai guru PI kita mestilah mencontohi akhlak Rasulullah untuk dipamerkan dalam
kehidupan seharian, bukan sahaja di sekolah malahan di luar juga apabila berinteraksi dengan
masyarakat luar agar dakwah Islam itu dilihat indah dan berhikmah. Akhlak dan penampilan kita
di luar juga sangat penting kerana ‘title’ yang dipegang sebagai ustaz/ustazah ini sering
‘dipandang’ dan diperhatikan. Guru harus mampu menerapkan nilai-nilai agama dalam

7
kehidupannya sebelum mengajarkan nilai-nilai agama tersebut kepada siswa (Nur Ainiyah,
2013). Perkara yang sama juga apabila berhadapan dengan masyarakat luar, cara kita
berkomunikasi, berpakaian, bermuamalat dan sebagainya perlu mengikut tuntutan Islam.

Menurut Ma’rof (2001), daya tarikan fizikal merupakan salah satu unsur terpenting diri
seseorang yang sering mendapat maklum balas dari orang lain. Guru yang berkarisma mampu
untuk mendekati dan didekati oleh orang sekeliling dan menyampaikan dakwahnya yang
mempunyai ruh yang tersendiri. Oleh itu, imej kita perlu dijaga agar sesuai dijadikan contoh
untuk masyarakat sekeliling. Perkara ini perlu dititikberatkan supaya kita tidak menjadi
umpatan dan kecaman masyarakat dek kerana sikap dan akhlak yang kita tonjolkan. Contoh
kata-kata yang sering didengar, “nama sahaja ustaz/ustazah, tapi ...”. Perkara inilah yang kita
mahu elakkan, lebih-lebih lagi apabila menjadi fitnah kepada agama. Apabila masyarakat
sekeliling melihat contoh yang baik pada diri guru tersebut, lama-kelamaan hati mereka akan
terbuka untuk mengikuti perlakuan tersebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kamarul et.al (2009), sifat yang perlu ada pada
seorang guru cemerlang Pendidikan Islam iaitu amanah, ikhlas, takwa, beramal berdasarkan
ilmu, khusyuk dan tawaduk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 berikut. Hal demikian
berkait rapat dengan sifat yang perlu ada pada diri untuk berdakwah di dalam masyarakat.
Walaupun kita mempunyai ilmu agama yang lebih daripada yang lain, jangan pernah rasa
sombong dan bongkak, sebaliknya dekati dan bersosiallah dengan masyarakat untuk
menyampaikan ilmu supaya mereka tertarik untuk mendalami agama Islam.

Rajah 1: Model Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam

3.2 Dakwah Bil Hikmah

8
Apabila berbincang mengenai dakwah, kita perlu lihat kembali pendekatan Rasulullah
s.a.w, cara baginda mendekati masyarakat ketika itu dengan cara yang lembut contohnya kisah
yang diceritakan dalam hadith berikut yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di
dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW
bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau
setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi
kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.” (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadith tersebut, Rasulullah mengajar kita untuk berlemah-lembut dengan orang
jahil, tidak menyakitkan, dan sewajarnya memberi tunjuk ajar dengan cara yang baik. Begitu
juga apabila berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai terutamanya dengan masyarakat
bukan Islam. Islam mengajak umatnya berinteraksi dengan baik, kerana Muslim dan bukan
Muslim mempunyai kesamaan dalam aspek kemanusiaan (Dalinur dan M.Nur, 2017). Mereka
akan melihat kepada cara kita berperilaku dan cara kita menyampaikan sesuatu.

Menurut Sayyid Qutb (1996) dalam Khairul (2019), dakwah secara berhikmah ialah meneliti dan
memahami situasi dan realiti semasa sasaran dakwah serta mampu memvariasikan
pendekatan dakwah ke atas mereka mengikut kesesuaian dengan penjelasan dan kefahaman
yang tidak membebankan juga tidak dibina atas semangat dan keghairahan yang melampau
sehingga terkeluar daripada ruang lingkup hikmah itu sendiri. Cara Rasulullah berdakwah juga
berbeza mengikut individu yang didakwahnya. Perkara inilah yang wajar kita contohi dan
terapkan iaitu melihat dahulu situasi dan kelompok masyarakat agar mesej dakwah kita
meresap ke dalam hati penerimanya. Dalam berdakwah juga perlu ada tegasnya kerana jangan
lupa bahawa Rasulullah juga pernah berperang ketika berdakwah. Strategi peperangan baginda
lebih kepada tujuan dakwah iaitu menawan dan mengislamkan kaun Musyrikin. Oleh itu, kita
perlu bijak dalam berhadapan dengan masyarakat, adakalanya kita berlembut, dan adakalanya
kita perlu bertegas contohnya dalam mempertahankan aqidah.

9
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, menjadi tanggungjawab individu Muslim khusunya guru PI dalam mengajak


manusia lain ke jalan yang benar, menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia. Tugas
menyampaikan dakwah ini bukanlah satu tugas yang mudah akan tetapi jika diniatkan untuk
membantu agama Allah, jalan kita akan dipermudahkan. Jadikan diri kita sebagai pemula dalam
setiap kebaikan yang dilakukan. Dimana kita pergi, di situlah juga Islam ditegakkan. Tuntasnya,
sebagai guru PI tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah, kita perlu menjadikan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai role model kita yang pertama. Sebagai mana yang telah diterangkan,
kita perlu lagi membaca dan mengkaji bagaimana Rasulullah meletakkan dirinya sebagai
pendidik. Kita perlu melihat corak kerja baginda, bagaimana baginda mendidik anak-anak.
Semoga dakwah yang dibawa oleh Rasulullah berterusan sehingga akhir zaman.

10
Rujukan

‘Aidh Abdullah Al-Qarni; diterjemah oleh Rasyidah Basyir (2006). Nabi Muhammad S.A.W : Al-
Quran Berjalan Rahmat Bagi Seluruh Alam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

A.J Michael (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk Pelajar Kursus Persediaan Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Dalinur dan M.Nur (2017). Metode Dakwah Rasulullah kepada Golongan Non Muslim di
Madinah. Jurnal Wardah. Vol. 18 (1).

H. Tobroni. (2018). Memperbincangkan Pemikiran Pendidikan Islam: Dari Idealisme Substantif


hingga Konsep Aktual. Rawamangun: Prenadamedia Group.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009, Disember).
Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Menengah kepada
Allah S.W.T: Satu Kajian Kes. Kertas Kerja dibentangkan di The 7th World Conference
on Muslim Education, Shah Alam.

Khairul Azhar Meerangani. (2019). Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Non Muslim di
Malaysia. Jurnal Maw`izah. Jilid 2 (1), 14-22.

Khatijah Othman, Siti Nurbaya Ismail, Shahrul Hafifi Mohd Fuad, Masni Md Hasim, Fadhilah
Othman, Muhammad Rahmat Abdullah, Norwini Zaidi, Nur Adlina Addenan, Nik Nadian
Nisa Nik Nazli. (2018). Pengaruh Kefahaman dan Pengamalan Islam dalam
Meningkatkan Prestasi Kerja di Organisasi. Journal of Islamic Social Science and
Humanities. Vol 15, 81-92.

Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri; diterjemah oleh Muhammad Ramzi Omar. (2016). Al-Rahiq
Al-Makhtum. Sirah Nabawiyyah S.A.W. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.

Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani. (2016). Munyatul Musolli: Harapan Orang yang Bersolat.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ma’rof Redzuan. (2001). Psikologi Sosial. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

11
Mazidah Muhammad (2011). Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam. Kuala Lumpur : PTS
Media Group Sdn. Bhd.

Mohd Anuar Mamat dan Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2019). Keperluan Zikir dalam
Pembelajaran Menurut Manuskrip Melayu: Kajian terhadap MSS 2906 (B) Tibyan Al-
Maram. Jurnal Al-Tamaddun. Jilid 14 (1), 37-51.

Nur Ainiyah. (2013). Pembentukan Karakter Melalui Pendidikan Agama Islam. Jurnal Al-Ulum.
Jilid 13 (1), 25-38.

12

Anda mungkin juga menyukai