Anda di halaman 1dari 9

AKHLAK

1.0 PENDAHULUAN

Artikel ini hasil nukilan daripada Shaik Abdullah Hassan Mydin,Abdul Salam Muhamad
Shukri,Mohd Abbas Abdul Razak,2020.Akhlak merupakan suatu asas yang utama dalam
ajaran Islam.Manusia dituntut untuk berakhlak mulia berbanding dengan makhluk Allah yang
lain.Hal ini kerana manusia mempunyai pancaindera dan akal berupaya untuk
memilih,menilai dan membandingkan antara perbuatan yang baik dan buruk dalam
kehidupan.Artikel ini juga membincangkan definisi akhlak secara umum meliputi pengertian
dari sudut bahasa dan istilah,peranan agama dalam pembentukan akhlak dan
kecenderungan-kecenderungan negatif manusia sehingga boleh menyebabkan keruntuhan
akhlak.

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel yang diberi,objektif penulis menghasilkan artikel ini adalah untuk
menyampaikan bahawa terdapat perubahan nilai akhlak dari perubahan sosial dalam
masyarakat terutamanya di Malaysia dalam menangani cabaran di era globalisasi ini.Selain
itu,penulis juga membincangkan peranan agama dalam membentuk akhlak yang mulia
supaya dapat dipraktikkan dalam kalangan masyarakat madani di Malaysia.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa penulis mengambil cakna terhadap nilai akhlak yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Malaysia kerana penulis berpendapat jika perkara ini tidak
dibendung,masyarakat di Malaysia akan berpecah belah dan senang terpengaruh dengan
anasir anasir luar.Dapat kita lihat bahawa ketika ini masyarakat di Malaysia yang sambil
lewa dan senang terpengaruh dengan ideologi ideologi daripada negara Barat yang jauh
bertentangan dengan ajaran islam.

Berdasarkan penulisan yang ditulis oleh Shaik Abdullah Hassan Mydin,Abdul Salam
Muhamad Shukri,Mohd Abbas Abdul Razak,penulisan beliau adalah secara umum dan tidak
tertumpu kepada sesuatu perkara.Justeru,kajian ini akan tertumpu dan menceritakan
tentang bagaimana peranan islam boleh membentuk keperibadian akhlak yang baik dalam
jiwa setiap muslim khusunya dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.Seterusnya,penulisjuga ada menekankan tentang peranan guru,media
sosial,keluarga untuk menjaga keharmonian dalam islam.Jika penulis tidak membincangkan
tentang perkara ini,pasti umat islam di Malaysia akan lalai dan tidak mengambil cakna
tentang kepentingan menjaga akhlak demi kesucian islam
PENGERTIAN AKHLAK

Penulisan ini menunjukkan perkataan akhlak dalam bahasa melayu berasal dari
bahasa arab “ akhlaq “ iaitu kata jamak untuk perkataan khuluq.R. Walzer dan H.A.R Gibb
menterjemahkan perkatan akhlaq (jamak dari khuluq) sebagai kecenderungan semula jadi
atau “innate disposition”, manakala perkataan khuluq pula mempunyai persesuaian dengan
perkataan “khalq” yang bererti kejadian.ia juga mempunyai hubungan rapat dengan
perkataan “khaliq” yang bererti pencipta.Demikian juga perkataan “makhluq” yang
bermaksud dicipta atau ciptaan.Selain itu,artikel ini juga menelaah pengertian akhlak dari
sudut falsafah islam.Definisi akhlak menurut beberapa tokoh terkenal falsafah pemikir
islam.Menurut Ibn Miskawayh,akhlak itu adalah “sesuatu kepada keadaan jiwa (hal al
nafs)”.Keadaan ini menyebabkan jiwa bertindak tanpa berfikir atau dipertimbangkan dengan
lebih mendalam.Selain itu,menurut ibn Sina,pengertian akhlak adalah getaran yang terjadi
pada jiwa yang berperasaan.Di samping itu,menurut Al Ghazali akhlak adalah suatu sifat
yang tertanam dalam jiwa manusia yang dapat melahirkan suatu perbuatan dengan mudah
tanpa berfikir,sekiranya sifat tersebut dapat melahirkan tindakan terpuji mengikut ketentuan
akal dinamakan akhlak yang baik tetapi jika tindakan itu terjadi disebabkan tindakan jahat
ianya dinamakan akhlak yang buruk.Dalam penulisan ini,penulis ingin menekankan tiga
perkara utama akhlak menurut tokoh tokoh terkenal islam iaitu sifat yang dimiliki secara
semulajadi,sifat yang melalui proses melalui latihan dan bertukar kepada tabiat serta sifat
batin yang terterap di dalam diri yang terjadi melalui kelakuan.

PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK

Saban tahun,masyarakat di Malaysia seakan seakan tidak lagi mengamalkan akhlak


yang baik dalam kehidupan seharian seakan seakan manusia yang lupakan daratan.Oleh
itu,isu utama yang ingin dibincangkan oleh penulis di dalam artikel ini termasuklah peranan
agama dalam pembentukan akhlak dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Islam
merupakan agama yang mementingkan pembentukan akhlak dan keperibadian
umatnya.Islam diturunkan untuk membentuk nilai nilai harmoni dan pembinaan mental yang
berasaskan kepatuhan dan keyakinan kepada Pencipta alam dan beriman dengan wahyu
yang diturunkan.Akhlak memainkan peranan penting dalam agama islam.Rasulullah SAW
sangat menekankan kepentingan akhlak dalam menyebarkan ajaran islam.Islam
menggalakkan manusia agar berpegang pada norma norma hidup yang murni dan
mencintai perbuatan yang makruf serta memerangi yang munkar serta mempraktikkannya
dalam kehidupan seharian.Islam juga menjadikan akhlak sebagai suatu perkara yang
menyempurnakan iman.
Masalah masalah berhubungan dengan akhlak begitu dititikberatkan dalam Al
Quran.Menurut Prof. Dr. Omar Mohamad Al toumy Al Shaybany,jumlah ayat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW yang berhubungan dengan akhlak adalah sebanyak seribu
lima puluh empat (1054) ayat baik dari segi teori ataupun praktik.Hal ini menunjukkan
hampir satu perempat daripada keseluruhan ayat di dalam Al Quran.Oleh itu jelaslah
bahawa,pendidikan akhlak yang berada di dalam Al Quran mencakupi segala aspek dalam
kehidupan manusia.

PERANAN AKHLAK DALAM MENJAGA KEHARMONIAN KELUARGA

Keluarga merupakan tempat mulanya kehidupan kita sebagai manusia. Oleh itu, untuk
mendapat keluarga yang harmoni kita perlu menjaga dan mengamalkan akhlak yang mulia
dalam kehidupan berkeluarga sepertimana yang disebutkan oleh penulis artikel ini.
Seseorang muslim hendaklah berbuat baik kepada ahli keluarganya kerana ia telah dituntut
dalam Islam. Sebagai contoh, ibu bapa, adik -beradik dan suami serta isteri. Agama kita
menggalakkan supaya sentiasa berbuat baik, menjaga kata-kata dan berbaik sangka
sesama ahli keluarga. Pada akhirnya, apabila kita saling tolong-menolong antara satu sama
lain, hormat-menghormati dan sentiasa memberi nasihat apabila melakukan kesilapan,
keharmonian dalam keluarga dapat dibentuk dan dipupuk.

KEPENTINGAN AKHLAK KEPADA GURU DALAM PENDIDIKAN

Rasulullah sangat menekankan akhlak kepada guru. Hal ini demikian kerana guru
merupakan manusia yang paling penting kerana mereka dirujuk untuk memperoleh ilmu.
Apabila guru tidak dihormati, keberkatan dalam ilmu yang dipelajari akan hilang dan pelajar
akan sukar untuk menuntut ilmu. Adab yang perlu dilazimi oleh pelajar adalah mereka perlu
bertanya kepada guru berkaitan dengan hal yang penting sahaja dan menggunakan intonasi
yang sesuai. Pelajar tidak digalakkan untuk bertanya hal yang tidak penting kepada guru
kerana ia mungkin akan menyinggung perasaan guru dan membuat guru berasa kurang
selesa. Oleh itu, akhlak kepada guru amat penting dalam menuntut ilmu agar keberkatan
ilmu dapat diperoleh.
GURU PENDIDIK PELAJAR DALAM MEMBENTUK KEPERIBADIAN AKHLAK

Peranan guru sebagai pendidik adalah besar dalam pendidikan akhlak. Guru bukan sahaja
berperanan sebagai murabbi, malah guru mempunyai hubungan langsung dengan murid
dalam pendidikan akhlak dan dalam proses menyemai nilai-nilai spiritual (Muhammad Faisal
Ashaari & Zulkepli Abd Ghani, 2006). Guru-guru disiplin juga memainkan peranan yang
penting dalam menangani masalah akhlak pelajar di mana latihan perlu diberi agar mereka
dapat menangani masalah ini dengan lebih baik (Karuppaya, 2007). Guru perlu mendidik
pelajar dan memberi panduan kepada mereka untuk mempraktikkan akhlak yang baik,
bukan sekadar memberi penekanan kepada 'membuat perkara yang betul' (Kristjansson,
2010). Oleh itu, hubungan guru-murid sangat ditekankan dalam pendidikan nilai kerana
pelajar perlukan sentuhan 'kemanusiaan' dalam pendidikan Islam (Muhammad Faisal
Ashaari & Zulkepli Abd Ghani, 2006). Tugas guru bukan sahaja mendidik, malah guru juga
perlu bertanggungjawab terhadap perkembangan akhlak anak didiknya (Suhaili Md.
Shamsudin dan Siti Syuhada Abd Rahman, 2011). Tanggungjawab dalam pendidikan akhlak
ini dilihat oleh masyarakat sebagai satu tugas yang mencabar bagi pengajar agama (Tengku
Sarina Aini Tengku Kasim dan Faridah Binti Che Husain, 2008). Oleh itu, guru adalah role
model kepada anak didiknya dan mempunyai sahsiah dan personaliti yang baik dapat
memberi kesan yang besar kepada pembentukan dan perubahan akhlak remaja
(Noornajihan Jaafar dan Ab. Halim Tamuri, 2012)

PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM MEMBENTUK KEPERIBADIAN REMAJA PADA


MASA KINI

Walaupun media sudah mula dijadikan sebagai salah satu faktor dalam proses pembelajaran
sosial, artis kini mula mengambil tempat sebagai idola remaja. Beberapa kajian yang
dijalankan sebelum ini mula melihat artis sebagai faktor yang memberi kesan buruk dalam
perkembangan akhlak dan budaya remaja. Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim Tamuri dan
Zarin Ismail (2009) ke atas pelajar tingatan 4 mendapati bahawa pendedahan terhadap media
yang tinggi memberi kesan negatif terhadap pegangan agama remaja. Deansa Putri (2013)
pula mengulas tentang peningkatan pengaruh drama bersiri Korea, di mana peningkatan
yanng drastik bagi penonton drama bersiri ini memberi pengaruh yang besar terhadap cara
remaja berpakaian. Hal ini disokong oleh Olivia (2013) di mana dengan peningkatan minat
budaya pop Korea ini menyebabkan remaja lebih banyak menghabiskan masa mencari
informasi tentang budaya ini berbanding budaya sendiri. Sungguh pun begitu, Mohd Islmail
Mustari dan Ahmad Shukri Jamaludin (2010) membuat kesimpulan bahawa budaya hiburan
hanyalah budaya yang dibawa oleh Barat, bersifat hedonis, dan bertujuan melalaikan umat
remaja, dan secara tidak langsung negara Islam akan mudah dijajah. Kajian telah dijalankan
oleh mereka, iaitu pengaruh realiti TV Akademi Fantasia ke atas pelajar-pelajar mahasiswa,
mendapati bahawa rancangan ini kurang memberi pengaruh yang besar ke atas pelajar-pelajar
ini dari segi peningkatan pelajaran atau pergaulan dalam Prosiding Seminar Pertama
Pendidikan dan Penyelidikan Islam (SePPIM'13) 488 masyarakat. Walau bagaimana pun,
pelajar-pelajar tersebut berpendapat bahawa budaya yang di bawa oleh artis-artis akademi
fantasia adalah tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia. Akhir sekali,
Abdulloh Sulong dan Mawaddah Abdulloh (2010) mendapati remaja lebih gemar
menghabiskan masa menonton televisyen kerana pengaruh personaliti televisyen. Ini kerana
responden kajian berpendapat bahawa artis-artis akan berpakaian mengikut trend semasa.
Trend semasa ini meliputi semua aspek fesyen terkini termasuk fesyen menutup aurat,
berpakaian sopan dan personaliti diri yang baik, di mana responden menyebutkan Mawi dan
Dato' Siti Nurhaliza sebagai contoh. KESIMPULAN Memandangkan sistem pendidikan
sedia ada memerlukan sokongan dari semu
AKHLAK ISLAMIYYAH SEORANG MUSLIM TERHADAP SESAMA MAKHLUK

Masyarakat Islam yang mempunyai akhlak yang baik dan kesopanan yang tinggi adalah
masyarakat yang berbuat baik kepada semua makhluk terutama kepada ibu bapa, memelihara
hubungan silaturahim, menghormati jiran, menyeru manusia ke arah kebaikan, mengamalkan amar
makruf nahi mungkar, mempunyai sifat mulia dan budi pekerti yang luhur. 3 Dalam pada itu, Al-Attas
mendefinisikan orang yang berakhlak itu sebagai insan adabi.

Maka, akan lahirlah seorang Muslim yang memahami dan menyelenggarakan penunaian
keadilan terhadap dirinya dan masyarakat. Oleh sebab itu, Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya
menjaga hubungan sesama makhluk. Akhlak dan adab-adab tertentu telah digariskan dalam Al-Qur’an
dan Sunnah untuk menjaga hubungan sesama manusia dalam setiap peringkat sosial bermula daripada
hubungan suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, hubungan kejiranan, hubungan dalam masyarakat
serta hubungan antara rakyat dan pemerintah. Hubungan dalam institusi sosial seperti ini
mengandungi akhlak, adab, hak, perintah, dan larangan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dan
Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t telah menciptakan alam semesta ini dengan teratur dan semuanya telah
diletakkan pada kedudukan yang tepat. Sunnatullah kejadian alam ini sangat adil dan berhikmah.

Oleh sebab itu, manusia sebagai alam saghir yang memanifestasikan alam yang besar itu
sepatutnya berakhlak dengan akhlak yang mahmudah iaitu akhlak yang baik, supaya selari dengan
penciptaan alam semesta dan penciptaan alam keseluruhannya. Maka, akan terhasillah keharmonian
dalam hidup bersosial. Walaubagaimanapun, permasalahan yang dihadapi oleh manusia dalam sistem
sosial adalah sesetengah masyarakat Islam gagal membangunkan komunikasi sosial yang baik, malah
ramai yang tidak berkomunikasi dengan baik terhadap kedua-dua ibu bapa, guru, pemimpin, sanak
saudara, dan jiran tetangga. Ini menyebabkan mereka gagal untuk membina insan yang berakhlak
mulia, yang menghormati ibu bapa, keluarga, dan masyarakat yang lainnya. Jelaslah bahawa setiap
Muslim memikul tanggungjawab, kewajipan asas, dan hak yang perlu ditunaikan ke atas orang lain.

Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka pendekatan Nabawi dalam
membentuk akhlak Islamiyyah seorang Muslim terhadap sesama makhluk dan menyediakan panduan
kepada setiap Muslim untuk berakhlak mulia terhadap ibu bapa, keluarga, guru, sanak saudara, rakan,
jiran tetangga, tetamu, orang yang memerlukan, kanak-kanak, termasuklah haiwan.
KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak penting sebagai kayu ukur dalam pembangunan sesebuah tamadun bangsa.
Akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Oleh yang demikian, tanggungjawab membentuk akhlak merupakan satu agenda yang besar
sehingga Allah swt telah mengutuskan seorang nabi bagi tujuan tersebut. Rasulullah SAW
bersabda dalam sebuah hadis “Bahawasanya aku ini diutus untuk menyempurnakan akhlak”
(riwayat Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi). Sekiranya akhlak tidak mempunyai kepentingan
dalam kehidupan seorang muslim, tidak mungkin ia dijadikan sebagai salah satu agenda
pengutusan Rasulullah SAW. Ukuran kepada kemajuan sesebuah masyarakat dan negara
perlu bersandarkan kepada indikator seperti penghayatan nilai murni, akhlak mulia dan etika
ketamadunan yang baik. Ia merangkumi peningkatan taraf sosial masyarakat berkaitan aspek
keagamaan, moral dan pengamalan gaya hidup sihat yang disulami dengan kefahaman dan
penghayatan yang baik meliputi rohani, jasmani, emosi serta intelek yang seimbang. (Abdul
Majid, 2012). Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah difahami bahawa kecerdikan akal
atau kecanggihan teknologi semata-mata bukanlah merupakan indikator sebenar dalam
mengukur ketinggian sesebuah tamadun.

Di samping kepentingan akhlak sebagai indikator dalam pembentukan tamadun,


pembinaan akhlak yang baik turut mempunyai perkaitan dengan soal ibadah. Allah swt
berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (al-Zaariyat: 56). Allah swt menyeru hambaNya
yang beriman supaya menerima Islam dan mengamalkan ajarannya secara menyeluruh
dengan firmanNya yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam
Islam keseluruhannya” (surah al-Baqarah:208). Apa yang boleh difahami di sini, setiap
amalan dan perbuatan manusia hendaklah berlandaskan ajaran Islam secara keseluruhannya
meliputi aspek ibadah, akhlak, muamalah dan sebagainya. Allah swt memberi jaminan dalam
al-Quran bahawa " Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar” (alAnkabut: 45). Seseorang yang mempunyai keteguhan aqidah serta tekun
beribadah seharusnya memiliki akhlak yang mulia dan bersopan santun dalam pergaulannya
sesama manusia. Maka persoalan akhlak bukanlah persoalan yang tersendiri, bahkan ia saling
berhubungan degan persoalan aqidah dan ibadah (Abdul Rahman, 2007). Masyarakat yang
dibentuk berasaskan kelompok individuyang pincang akhlaknya membuktikan bahawa
masyarakat tersebut mempunyai kekuatan aqidah dan iman yang lemah. Rasulullah SAW
telah menjelaskan bahawa iman dapat melahirkan akhlak dan budi pekerti yang baik, jika
sebaliknya, maka rosaklah akhlak dengan bersabda “Rasa malu dan iman adalah sama,
apabila salah satu daripadanya http://spaj.ukm.my/jalturath Jurnal al-Turath Vol. 3, No. 1;
2018 57 hilang, maka yang lain akan hilang juga” (hadis riwayat al-Hakim dan at-Tabarani).
Hakikatnya, krisis akhlak seperti sumbang mahram, khalwat, zina dan hamil luar nikah yang
telah berlaku dalam masyarakat pada hari ini telah memadai untuk membuktikan bahawa rasa
malu yang sepatutnya menjadi lambang keimanan seseorang telah hilang dan mencemarkan
identiti Islam. Hal ini tidak wajar dibiarkan kerana ia bukan sekadar merosakkan generasi
yang terlibat, malah ia turut memberi kesan kepada perkembangan generasi di masa akan
datang. Rasulullah SAW sangat menekankan akhlak yang baik di mana Baginda bersabda
ketika ditanya “Manakah antara kaum mukminin itu yang terbaik keimanan mereka, maka
Baginda menjawab: "Ialah yang terbaik budi pekerti mereka di kalangan mereka itu”
(diriwayatkan oleh Abu Daud, atTirmizi dan lain-lain). Hadis ini secara jelas menunjukkan
bahawa budi pekerti yang baik mempunyai kepentingan yang sangat besar kerana ia menjadi
nilaian kepada tahap keimanan seseorang. Hakikat daripada pengertian budi pekerti ialah satu
bentuk dari sesuatu jiwa yang benar-benar telah meresap dan daripada situlah timbulnya
berbagai perbuatan dengan cara spontan dan mudah tanpa dibuat-buat dan tanpa memerlukan
pemikiran dan angan-angan. (Johari Yaman, et.al, 2010). Memandangkan budi pekerti yang
baik sangat signifikan dalan kehidupan seseorang insan, maka penyelidik berpandangan
bahawa proses pembentukan jiwa bagi melahirkan budi pekerti yang baik ini perlu dimulakan
dari seawal peringkat kanak-kanak agar ia sebati sepanjang usia. Dalam hadis lain, Abdullah
bin Amr meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Inginkah kalian, aku
memberitahu siapa di antara kalian yang paling aku cinta dan paling dekat denganku pada
hari kiamat? Pertanyaan itu diulang dua tiga kali”. Para sahabat menjawab “Ya, kami mahu
ya Rasulullah”. Baginda kemudian menegaskan: “Yang terbaik akhlaknya di antara kalian”.
Hadis ini turut menjelaskan tentang kepentingan akhlak di mana golongan yang paling
dicintai dan paling hampir dengan Rasulullah SAW pada hari Kiamat ialah yang memiliki
akhlak yang terbaik. Maka, adalah menjadi satu kerugian bagi mereka yang memiliki akhlak
yang buruk dan tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan berakhlak mulia. Akhlak
dan kesopanan telah digariskan sebagai ciri yang kelima dalam membentuk sebuah
masyarakat Islam. Ia merujuk kepada masyarakat adil, ihsan, kebajikan, kerahmatan,
kebenaran, amanah, kesabaran, kesetiaan, sifat malu, kesucian, kemuliaan, tawadduk,
pemurah, berani, kesatriaan, keutamaan, dedikasi, pengorbanan, bermaruah, membantu,
kebersihan, berhias, berjimat, berhemat, bertolak ansur, berlembut, nasihat-menasihati, saling
membantu, menjaga kehormatan, mengawal hawa nafsu, marah kerana benar, cintakan
kebaikan, mendahulukan kepentingan orang lain, berbuat baik kepada kesemua makhluk
terutama kepada ibu bapa, memelihara hubungan silaturrahim, menghormati jiran, menyeru
manusia ke arah kebaikan, amar ma'ruf nahi mungka serta setiap sifat mulia, ciri-ciri
terhormat dan budi pekerti yang luhur (Yusuf al-Qardhawi, 2012). Ciri-ciri masyarakat Islam
yang digariskan ini menuntut masyarakat Islam memelihara maruah, kehormatan diri dan
mengawal hawa nafsu. Namun, realiti masyarakat kita pada hari ini telah menunjukkan
keperibadian yang bertentangan dengn ciri yang perlu ada dalam membentuk masyarakat
Islam. Krisis akhlak yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini telah membawa kepada
pelbagai masalah sosial seperti, budaya lepak, sumbang mahram, berkelakuan tidak sopan di
khalayak umum, hamil luar nikah dan apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan kes
buang bayi. Pendekatan pencegahan yang digunakan dalam menangani krisis ini perlu
dilakukan secara holistik meliputi pelbagai aspek seperti mengarusperdanakan pendidikan
agama atau sivik, pendekatan agama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, psikologi,
perundangan dan sebagainya.

KESIMPULAN

Memandangkan sistem pendidikan sedia ada memerlukan sokongan dari semua pihak dalam
pendidikan akhlak anak-anak, maka adalah wajar bagi setiap entiti dalam masyarakat
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan akhlak remaja. Beberapa kaedah
pembelajaran sosial yang dibincangkan dalam kertas kerja ini diharapnya dapat memberi
panduan sedikit sebanyak kepada semua pihak dalam membantu perkembangan akhlak
remaja yang berkualiti dan berlandaskan agama Islam.

Anda mungkin juga menyukai