Anda di halaman 1dari 14

PERSONALITI MENURUT ISLAM

OLEH : FADZILAH BINTI YAHYA ( B1402042 )


KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD SHUHMY SHUIB
ABSTRAK
Artikel ini mengandungi bagaimana personaliti menurut islam yang
sebenar. Apa yang dimaksudkan dengan personaliti serta personaliti yang
dibentuk dan dikembangkan selaras dengan ajaran islam yang mampu
membantu para remaja mendepani cabaran semasa dengan lebih yakin.
Artikel ini juga membincangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan
personaliti dalam keluarga, aspek rohani dan pendidikan.

Pengenalan
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Negara Malaysia sering
dilanda

pelbagai

masyarakat

serta

masalah
masalah

dalaman

seperti

mendapatkan

masalah

peluang

sosial

pekerjaan

dalam
oleh

mahasiswa mahasiswi tempatan.


Masalah sosial dalam masyarakat khususnya yang melibatkan para
remaja umumnya dikaitkan dengan kegagalan pihak ibubapa, guru dan
masyarakat dalam mendidik mereka menjadi individu yang berguna.
Kurangnya didikan akhlak oleh ibubapa merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan para remaja mudah terjerumus ke dalam gejala tidak
sihat.Begitu juga dalam masalah mendapatkan peluang pekerjaan oleh
para mahasiswa dan mahasiswi walaupun telah memperoleh ijazah kelas
pertama.
Jika difikirkan dan dikaji, kedua-dua masalah ini ada kaitannya
dengan personaliti. Remaja yang tidak dibentuk dengan personaliti yang
baik akan membina personaliti mereka sendiri melalui hubungan mereka
dengan rakan sebaya. Ahli psikologi Barat, Ericson ada mengemukakan 8
1

tahap perkembangan psikososial. Menurutnya, pada tahap 5 iaitu tahap


identiti lawan kecelaruan peranan, para remaja yang berumur dalam
lingkungan 12 hingga 18 tahun mula mencari-cari identiti yang sesuai
dengan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika remaja mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya mereka lebih-lebih lagi mereka tidak didampingi
oleh ibubapa yang sibuk dengan urusan kerja. Mereka rasakan bahawa
rakan merekalah yang paling memahami diri mereka. Tanpa bimbingan
akhlak dan nilai murni,terlalu mudahlah untuk mereka terjebak dengan
gejala yang tidak sihat.
Berbalik semula kepada soal kegagalan mahasiswa mendapatkan
peluang pekerjaan pula, hubungan personaliti amat ketara dalam aspek
ini. Kebanyakan pelajar samada diperingkat sekolah atau pun institusi
pengajian tinggi, mereka lebih didedahkan dengan pendidikan yang hanya
berfokus kepada pembinaan intelek sahaja. Namun, tanpa mereka sedari,
mereka telah terlepas pandang terhadap satu lagi aspek penting yang
mampu memberi kelebihan kepada diri mereka pada masa akan datang,
iaitu aspek personaliti. Kebanyakan mereka gagal ditemuduga kerana
mereka tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi, takut mengeluarkan
pandangan serta tidak berkeyakinan. Sektor pekerjaan pada masa kini
menuntut

para

pekerja

memiliki

kemahiran

berkomunikasi

dan

interpersonal yang tinggi untuk bersaing. Kemahiran-kemahiran ini adalah


rangkuman daripada nilai-nilai personaliti.
Namun, apa yang ingin dikupas dalam perbincangan ini ialah
personaliti yang dibentuk dan dikembangkan seharusnya selaras dengan
ajaran Islam. Hal ini kerana,personaliti yang berteraskan Islam sahaja yang
mampu membantu para remaja mendepani cabaran semasa dengan lebih
yakin. Ahli-ahli psikologi Barat telah mengemukakan banyak teori tentang
manusia seperti personaliti dan tingkah laku, yang mana ada di antaranya
yang

bertentangan

dengan

Islam.

Disiplin

psikologi

Barat

telah

mengenepikan paradigma Tuhan,sebaliknya lebih memusatkan paradigma


hidup yang tidak mementingkan pengertian dan kualiti spiritual.

Konsep

manusia

yang

terdapat

dalam

disiplin

psikologi

dari

perspektif Islam bukanlah bererti bahawa disiplin dari barat ditolak secara
total tetapi apa yang seharusnya dilakukan adalah menyerapkan nilai-nilai
spiritual pada konsep-konsep manusia khususnya dalam bidang psikologi
berkenaan dengan personaliti yang terdapat dalam teori tersebut. Hal ini
lebih utama untuk diterapkan dalam diri remaja kerana perjalanan dalam
memperkembangkan

personaliti

remaja

akan

memberi

kesan

dan

pengaruh kepada mereka apabila mereka sudah dewasa kelak. Oleh itu,
adalah wajar sekiranya kita membincangkan tajuk yang berkenaan dengan
perkembangan personaliti remaja menurut Islam.

KONSEP DAN PENDEFINISIAN


Perkembangan Menurut Shaffer (1999) merupakan suatu proses
perubahan yang kompleks.Proses perubahan yang dilalui itu adalah
bersifat kuatitatif dan kualitatif.
Menurut

Lee

(1994),

perkembangan

kuantitatif

merupakan

perubahan fizikal yang berkuantiti iaitu dapat diukur dan diperhatikan


dengan nyata. Beliau merumuskan bahawa perkembangan merupakan
proses perubahan yang mana individu menyesuaikan diri terhadap
persekitaran. Oleh yang demikian, proses itu mencakupi pertumbuhan,
pematangan dan pembelajaran. Oleh itu, perkembangan bukan hanya
membawa perubahan fizikal badan tetapi juga disertai dengan kemajuan
dalam kemahiran manipulatif, aktiviti jasmani, keupayaan mental dan
rohani. Dengan kata lain, perkembangan merupakan perubahan yang
berkualiti iaitu ia sukar diukur secara kuantiti tetapi boleh diperhatikan
dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang sedang
terbentuk.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa manusia mengalami beberapa


peringkat perkembangan. Peringkat pertama ialah al-janin, iaitu peringkat
anak berada di dalam kandungan ibunya. Peringkat kedua ialah al-tifl, iaitu
peringkat pada usia awal kanak-kanak. Ketiga ialah peringkat al-tamyiz
iaitu peringkat anak-anak yang telah dapat membezakan mana yang baik
dan buruk. Pada peringkat ini jugalah akal mereka telah mula berkembang
dan dapat memahami sesuatu ilmu. Peringkat keempat ialah peringkat alauliya dan al-anbiya. Peringkat remaja juga merupakan satu tahap
perkembangan dalam diri manusia kerana keremajaan itu sendiri diertikan
sebagai proses membesar atau meningkat dewasa

Personaliti
Personaliti

berasal

daripada

kata

Inggeris

personality

yang

membawa makna whole nature of character of person dan distinctive


attractive charactaristics in a person.
MAKSUD DALAM BAHASA MELAYU
Dalam bahasa melayu ia dikenali sebagai personaliti atau sahsiah atau
keperibadian.
RUMUSAN PENGERTIAN
Kedua-dua pengertian dalam bahasa Inggeris di atas memberi
isyarat bahawa personality mengikut bahasa inggeris mengandungi
makna perlakuan yang menjadi tabei atau kebiasaan dilakukan oleh
seseorang sebagaimana ia juga memberi makna perlakuan-perlakuan
menarik yang ada pada seseorang (A.H ohn: 1991). Dua makna yang
terbit daripada pengertian personaliti mengikut bahasa inggeris ialah
perlakuan yang menjadi kebiasaan dan perlakuan menarik yang ada pada
seseorang

Personaliti disebut juga dalam bahasa melayu sebagai keperibadian


dan sahsiah. Keperibadian diertikan sebagai ciri, sifat atau bentuk
perlakuan yang biasa dipamerkan oleh seseorang. Manakala sahsiah pula

berasal daripada perkataan arab syakhsiyah yang membawa beberapa


pengertian.
a) Jamil Saliba (1971) menghuraikan erti syahkhsiyah sebagai gambaran
bagi seseorang individu dan sejumlah sifat-sifat jasmani, perasaan,
keinginan

pemikiran

yang

menjadi

penentu

dalam

membentuk

keperibadian seseorang dan membezakannya dengan orang lain. Sifatsifat ini boleh jadi memang sedia ada di dalam diri seseorang atau boleh
jadi wujud pada seseorang hasil daripada pengaruh atau kesan daripada
alam

sekeliling

yang

ada

pada

seseorang.

b) Menurut Jairat Jahami (1998) pula menjelaskan syakhsiyah dalam


bahasa arab membawa makna segala perkara yang boleh membezakan
seseorang dengan orang lain dan perkara itu pula dapat dikesan dengan
salah satu atau lebih pancaindera. Perkataan syakhsiyah menurut beliau
juga

membawa

makna

gambaran

keadaan

seseorang.

Pengertian syakhsiyah yang diberi oleh kedua-dua ahli bahasa dan


falsafah ini lebih kurang sama dengan pengertian personaliti yang
diberikan oleh A.H John dalam bahasa Inggeris. Sedikit perbezaan antara
pengertian syakhsiyah dan personality ialah syakhsiyah dalam bahasa
arab merangkumkan sifat-sifat kerohanian sebagai salah satu pengertian
syahksiyah.

Sebaliknya

pengertian

dalam

bahasa

inggeris

tidak

menyebutnya.

PERSONALITI DARI SEGI ISTILAH


Dari segi istilah dakwah atau pendidikan Islam pula syakhsiyah
diertikan sebagai akhlak seseorang terhadap Allah, diri sendiri, keluarga,
masyarakat dan alam seluruhnya yang dipaparkan ketika berlaku interaksi
antara kedua belah pihak (Al-Hasyimi, 1981). Al-Ghazali (1982) juga
membawa pendekatan yang sama dalam memberikan pengertian kepada
syakhsiyah iaitu merangkumkan sifat-sifat dalaman dan perlakuan luaran
samada terhadap Allah, sesama manusia atau dengan alam seluruhnya.
5

Beliau juga turut menyimpulkan bahawa syakhsiyah sebagai akhlak yang


sebati pada seseorang. Dalam memperkenalkan akhlak pula Al-Ghazali
dalam Ihya Ulumuddin telah menyatakan bahawa ia adalah ungkapan bagi
satu sifat yang kukuh di dalam diri seseorang insan yang melahirkan
sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu.
Sekiranya sifat dalam jiwa ini melahirkan perbuatan-perbuatan yang indah
dari segi akal dan syarak maka sifat ini dinamakan dengan akhlak yang
baik. Sekiranya yang dilahirkan adalah perbutan-perbuatan yang keji maka
sifat ini dinamakan sebagai akhlak yang buruk (jilid 3 hlm. 53). Dalam
takrifan yang diberikan al-Ghazali lebih menumpukan akhlak kepada sifat
dalaman yang menjadi asas kepada lahirnya seseuatu perbuata atau
tingkahlaku.
Manakala sebahagian pemikir Islam pula cenderung memberikan
pengertian akhlak sebagai satu ungkapan kepada dasar-dasar dan asasasas yang mengatur tingkahlaku manusia yang telah ditetapkan oleh
wahyu

bagi

mengatur

kehidupan

manusia

menepati

matlamat

penciptaanya di alam ini secara sempurna (Miqdad Yaljan, 1973). Dalam


memperincikan huraian tentang akhlak, Miqdad menyatakan bahawa
akhlak terbahagi kepada dua kategori besar.
a) Kategori pertama ialah akhlak yang telah diperincikan oleh wahyu.
Peranan manusia hanyalah melaksanakan sepenuhnya akhlak ini dengan
hati, rohani dan keinginan yang ikhlas kerana Allah dalam bentuk tingkah
laku lahiriah.
b) Kategori kedua pula ialah akhlak yang disebut oleh wahyu secara umum
dan manusia memainkan peranan dalam perincian perlaksanaannya
mengikut kesesusian dengan syarat natijahnya hendaklah mendatangkan
kebaikan kepada manusia.
Dasar-dasar akhlak dalam islam bukanlah sebahagian daripada
sistem-sistem yang ada dalam Islam seperti sistem kerohanian, sistem
sosial, sistem kekeluargaan, sistem ekonomi sistem perundangan dan
sistem pemerintahan. Malah akhlak adalah satu sistem yang menaungi

keseluruhan sistem-sistem tersebut. Ini bermakna semua sistem yang


terdapat dalam Islam adalah didasari oleh asas-asas akhlak. Ini menepati
nas-nas

yang

menyentuh

tentang

akhlak.

Antaranya

ialah

sabda

Rasullullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untuk


menyempurnakan akhlak yang mulia atau baik. (Musnad Imam Ahmad
2/381). Hadis ini menggambarkan matlamat penurunan Islam ialah untuk
memupuk akhlak yang mulia pada manusia dalam menjalani kehidupan di
dunia. Oleh itu Rasulullah s.a.w mengungkap agama sebagai akhlak dalam
sabda baginda yang bermaksud: agama ialah akhlak yang baik
(Diriwayatkan oleh al-Mawarzi dalam Musnadnya dalam kitab tazim nilai
solat daripada riwayat Abu Al-Ala al-Shakhir secara mursal). Begitu juga
mengungkap bahawa insan yang paling baik agamanya ialah yang paling
baik akhlaknya (Muntakhab Kunzu al-Ummal dalam nota tepi Musnad
Imam Ahmad jilid 1 hlm. 132.
Walaupun pendekatan yang dibawa oleh al-Ghazali dan Miqdad
nampak ada perbezaan, dengan al-ghazali menekankan akhlak adalah
sifat dalaman dan Miqdad pula menekankan akhlak adalah aplikasi luaran
oleh

seseorang

insan,

sebenarnya

kedua-dua

pendekatan

ini

jika

diintegrasikan akan menghasilkan satu takrifan akhlak yang kukuh. Ini


kerana perlakuan luaran yang dipaparkan oleh insan melalui anggota
tubuh badan tidak akan dinilai oleh Islam kecuali ia lahir daripada
kesedaran dari dalam jiwa insan yang melakukannya. Justeru Islam tidak
mengiktiraf sumbangan-sumbangan kebaikan yang dilakukan oleh orang
kafir sebagai amal soleh yang diberikan ganjaran syurga. Beberapa ayat
al-Quran telah menyatakan hakikat ini.
Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud: Dalam surat Ibrahim, ayat
ke 18

18. bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang Yang kufur ingkar
terhadap Tuhannya ialah seperti abu Yang diterbangkan angin pada hari ribut Yang
kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa Yang mereka telah
usahakan itu. sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan Yang jauh dari dasar
kebenaran.

KESIMPULAN
Oleh yang demikian personaliti telah diertikan sebagai akhlak, dan
akhlak merangkumi asas dalaman dan paparan perlakuan luaran maka
natijahnya ialah personaliti di dalam Islam juga merangkumi kedua-dua
aspek tersebut. Ada personaliti yang berciri dalaman dan ada personaliti
yang berciri luaran. Peronaliti yang berciri luaran juga akan kembali
kepada personaliti berciri dalaman. Ini kerana personaliti dalaman adalah
asas kepada paparan personaliti luaran yang dapat disaksikan oleh
pancaindera.

Faktor-faktor

Yang

Mempengaruhi

Perkembangan

Personaliti
Sememangnya, perkembangan personaliti seseorang remaja adalah
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun, antara faktor-faktor tersebut,
ada beberapa daripadanya yang boleh dianggap penting. Faktor-faktor
tersebut ialah rohani, keluarga, pendidikan, pengalaman dan bidang
pekerjaan.

Keluarga
Keluarga boleh diandaikan sebagai wadah utama dalam pembinaan
sesebuah masyarakat. Keluarga juga merupakan langkah pertama untuk
melahirkan individu-individu yang mampu membawa seribu satu kebaikan
di atas bumi Allah ini.
Kajian-kajian psikologi dan pendidikan telah sepakat mengatakan
bahawa rumahtangga dan keluarga merupakan ejen utama dalam
8

pembentukan peribadi dan perlakuan seseorang dalam kehidupan. Oleh


hal yang demikian, penting untuk sesebuah keluarga itu menerapkan nilainilai Islam dan mendidik rohani para ahli keluarganya agar hidup selaras
dengan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Remaja yang dibesarkan daripada keluarga acuan Islam akan
berbeza daripada remaja yang dibesarkan daripada keluarga yang berlatar
belakangkan pendidikan Barat semata-mata.Hal ini boleh diperhatikan
secara zahir dari aspek ketrampilan, cara bergaul, perwatakan dan
sebagainya. Iklim keluarga amat mempengaruhi pembentukan dan
personality remaja. Sebagai contoh, iklim keluarga yang mementingkan
disiplin akan melahirkan remaja yang menepati masa, tidak melanggar
peraturan dan mampu melakukan sesuatu itu mengikut prosedur yang
ditetapkan tanpa sebarang bantahan dan rungutan.
Selain itu, sikap dan peribadi ahli keluarga amat mempengaruhi
remaja. Seperti yang telah dibincangkan, peringkat remaja ialah peringkat
yang mana para remaja ini berusaha untuk mencari identiti. Mereka akan
mencari contoh teladan untuk diikuti. Justeru, ibubapa seharusnya
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Pepatah
Melayu ada menyebut tentang hal ini seperti, Bapa borek, anak rintik
serta Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasaperibahasa ini juga melambangkan bahawa pengaruh ibubapa adalah kuat
kepada

anak-anaknya

khususnya

kepada

anak-anak

yang

sedang

meningkat remaja. Hal ini jelaslh bahawa, keluarga memainkan peranan


yang penting dalam perkembangan personality seseorang remaja.

Rohani
Islam memandang bahawa personaliti adalah akhlak yang lahir
daripada rohani yang diisi dengan ajaran Islam. Justeru, rohani memainkan
peranan yang besar dalam melahirkan remaja Islam yang berpersonaliti.
Remaja yang mempunyai didikan ataupun asas rohani yang kuat
pasti akan berpersonaliti menarik selaras dengan ajaran Islam seperti
bersopan

santun,

menutup

aurat,tidak
9

bersikap

mazmumah

dan

sebagainya. Personaliti-personaliti ini datangnya daripada rohani yang


sihat. Rohani yang sihat ini akan secara tidak langsung terjemah dalam
setiap perbuatan dan tingkahlaku seterusnya menjadi kebiasaan yang
sukar diubah dan akhirnya ialahir sebagai satu personaliti. Rohani yang
penuh dengan nilai-nilai Islam secara tidak langsung akan membentuk diri
remaja itu dengan personaliti tersendiri.
Sesungguhnya, akhlak ataupun personality yang baik datangnya
daripada sumber yang baik. Sumber akhlak dalam Islam ialah al-Quran
dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini menjadi dasar dalam Islam termasuk
akhlak. Al-Quran dijadikan sebagai sumber akhlak dan personality kerana
ia bukanlah hasil kajian atau pemerhatian manusia, tatapi adalah firman
Allah Yang Maha Bijaksana. Sebagai contoh, didikan akhlak dan personality
yang baik ini telah difirmankan oleh Allah dalam Surah al-Hujurat 49:12
yang berbunyi:



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain.
Selain al-Quran, Hadis Nabi juga adalah sumber akhlak dan
personaliti yang kedua selepas al-Quran. Rasulullah ada menyatakan
dalam hadisnya bahawa akhlak adalah salah satu pengukur samada
sempuna atau tidak iman seseorang. Nabi s.a.w. bersabda:

10

Maksudnya: Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang terbaik


akhlaknya.
Berpandukan segala keterangan di atas, jelaslah bahawa rohani
yang didasari dengan iman yang kukuh akan melahirkan akhlak dan
personaliti unggul sepertimana yang telah disarankan dalam Islam.

Pendidikan
Selain keluarga dan unsur rohani, aspek pendidikan juga memainkan
peranannya yang tersendiri dalam membantu perkembangan personaliti
seseorang remaja. Menurut Imam al-Ghazali, remaja akan melalui
perkembangan kognisi, emosi dan social. Perkembangan-perkembangan
ini amat berkait rapat dengan tahap pendidikan yang ada pada
seseorangremaja.
Pendidikan yang tinggi mampu menjadikan seseorang remaja itu
berbeza daripada remaja yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah.
Hal ini dapat dilihat daripada cara remaja itu bercakap, mengungkap dan
menyuarakan pendapat, cara berfikir dan sebagainya. Remaja yang
berpendidikan biasanya akan mengeluarkan sesuatu pendapat dengan
lancar dan berkesan di samping disokong dengan fakta dan hujah-hujah
yang bernas.
Dalam membicarakan hal ini, jenis pendidikan yang diterima oleh
remaja itu juga

mempengaruhi personaliti dan pemikiran mereka.

Contohnya, remaja yang diasuh dan dididik dengan terbiyah Islam akan
bercakap dan berpendapat mengikut pandangan Islam dan ditambah
dengan ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain. Hal ini berbeza pula dengan
remaja yang berpendidikan Barat semata-mata. Mereka adakalanya
melanggar etika dan menyalahi syarak ketika berhujah lantaran menurut
nafsu dan logik akal sahaja.
Jelaslah

di

sini

bahawa

pendidikan

perkembangan personaliti seseorang remaja.

11

juga

merupakan

wadah

Bidang Yang Diceburi


Tidak dapat dinafikan bahawa sesuatu bidang pekerjaan yang
diceburi itu amat mempengaruhi personaliti seseorang.
Konteks ini bolehlah diungkapkan dengan jelas melalui 2 situasi
kehidupan remaja. Remaja yang menceburkan diri dalam bidang yang
berprofesion akan lebih berketrampilan yakin dan kemas. Hal ini dapat
dilihat dari cara mereka berpakaian, bercakap dan berjalan. Mungkin yang
membentuk personaliti mereka ini adalah berpunca daripada etika-etika
yang telah digariskan dalam bidang yeng mereka ceburi. Sebagai contoh,
profesion perguruan menuntut para guru berpakaian kemas dan segak,
sopan dan sebagainnya.
Hal ini berlainan dengan remaja yang menceburkan diri dalam
bidang seni. Pelukis contohnya, akan berketrampilan santai dan kurang
kemas. Penampilan ini adalah lahir dari perspektif dan penilaian terhadap
seni itu sendiri. Artis pula lebih cenderung berketrampilan bergaya dan
mengikut arus fesyen semasa. Bidang hiburan tidak begitu menekankan
aspek etika dalam berpakaian. Oleh hal yang demikian, bagi yang kurang
ditarbiyah dengan ajaran Islam, mereka bebas berpakaian mengikut
citarasa tanpa memikirkan jenis pakaian yang mereka kenakan.

Pengalaman
Pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang remaja turut
dipengaruhi

oleh

pengalaman

yang

telah

mereka

lalui

samada

pengalaman berbentuk yang negatif ataupun yang berbentuk positif. Hal


ini

kerana,

manusia

menjadikan

pengalaman

itu

sebagai

suatu

pembelajaran di dalam kehidupan.


Remaja yang mempunyai pengalaman hidup yang sukar biasanya
akan lahir sebagai remaja yang tabah dan kuat menghadapi mehnah
hidup. Mereka mempelajari erti ketabahan 1itu melalui liku-liku yang
mereka tempuhi untuk terus hidup seperti orang lain. Pengalamanpengalaman yang pahit biasanya dijadikan pengajaran pada masa
hadapan manakala pengalaman-pengalaman yang baik dijadikan inspirasi
12

dan motivasi bagi mendapatkan hidup yang lebih bermakna di kemudian


hari.
Remaja yang pernah mengalami pengalaman pahit seperti didera
ketika

kecil

akan

membesar

dengan

personaliti

pasif

dan

tidak

berkeyakinan. Mereka cenderung berdiam diri,ketakutan dan mudah


beranggapan buruk terhadap orang lain. Hal ini kerana, kesan penderaan
tersebut memberi pengajaran kepada mereka bahawa mereka perlu
sentiasa berwaspada dan beranggapan bahawa setiap orang akan
melakukan perkara tidak baik terhadap mereka. Mereka turut menjadi
manusia yang tidak bersemangat dan sensitif.
Hal ini berlawanan pula dengan remaja yang membesar dalam
suasana yang membina. Remaja yang mempunyai pengalaman berpidato
akan tampil dalam personaliti yang berkeyakinan. Kejayaan-kejayaan yang
pernah mereka capai dijadikan pembakar semangat serta motivasi yang
mana secara tidak langsung membentuk personaliti yang baik dalam diri
mereka.

KESIMPULAN
Setiap

Insan

akan

melalui

peringkat

perkembangan

mereka.

Perkembangan personaliti mereka juga akan berlaku secara berperingkat


selari dengan perjalanan kehidupan mereka menuju kedewasaan.
Perkembangan personaliti yang didasari mengikut lunas-lunas Islam
akan melahirkan generasi remaja Muslim unggul yang mana mampu
menjulang maruah bangsa, agama dan negara ke mercu kegemilangan.
Perspektif Islam menekankan bahawa perkembangan personaliti itu perlu
diasaskan dengan pembinaan akidah yang mantap dalam diri golongan
remaja. Personaliti yang baik akan lahir selari dengan pembentukan jiwa
Muslim yang sebenarnya. Islam menganjurkan kita membina personaliti
berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping mengambil kira pandangan
ahli-ahli psikologi Barat berkenaan dengan hal personaliti ini.
Sebagai umat Islam, kita tidak boleh berpeluk tubuh dengan
perkembangan ilmu yang pesat termasuk bidang psikologi personaliti.
13

Sarjana-sarjana

Islam

perlu

menggali

ilmu-ilmu

Islam

dan

mengetengahkannya ke dunia akademik untuk dikaji dan dibahaskan.


Lebih penting, ilmu-ilmu Islam yang berteraskan wahyu dan bersifat abadi
bukan sahaja mampu dijadikan alternative kepada ilmu-ilmu Barat malah
ia sesuai dengan fitrah manusia.

RUJUKAN
1. global-realiti.blogspot.com
2. biaronewspsikologi.blogspot.com
3. Al-Quran
4. Ihya Ulummuddin ( karangan Imam Al-Ghazali )
5. Teori Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur Dan Barat. Kuala Lumpur:
Penerbit PTS Profesional.Sidek Baba. 2010

14

Anda mungkin juga menyukai