Anda di halaman 1dari 29

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pengenalan Pembangunan Sahsiah


Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008).

Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.

Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006).

Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif Islam


Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekanan penting kepada keduadua akhlak tersebut.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t, interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Mohd Ismail (1999) menyatakan bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses pembangunan insan yang cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang serta proses pembangunan individu cemerlang.

Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. Aspek dalaman boleh dilihat menerusi mazhar atau tingkah laku luaran. Mazhar inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina.

Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Ibn Miskawah pula mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta paksaan.

Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif Barat


Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 - 1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Ciri-ciri Sahsiah

a. Kebolehan berinterksi dan berkomunikasi b. Penerimaan terhadap orang lain c. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat

Ciri-ciri Sahsiah Mengikut Perspektif Islam

Ciri-ciri Sahsiah Mengikut Perspektif Islam

Tiga Faktor Mempengaruhi Pembentukan Personaliti/Sahsiah Hati


Pengertian biologi : seketul daging berfungsi utk tubuh badan. Islam : rohaniah manusia berpusat pada naluri rasional Kualiti individu ditentukan sejauh mana hati menghayati risalah Allah Terdpt 3 jenis hati : Hati qalbun Hati lubbun Hati fuaadun

A. Hati Qalbun
Hati belum kukuh dgn tuntutan agama yg memerlukan akal utk bertindak.

B. Hati Lubbun
Hati berkualiti tinggi, pencetusan hati (intvition), rasional ikhlas membimbing akal.

C. Hati Fuaadun
Hati di antara qalbun dan lubbun yg ada keyakinan terhadap Allah

Nafs
Nafs : tabii keinginan, utk memahami nafs lihat individu sekeliling. Kualiti nafs dpt corakkan personaliti individu menjadi manusia rasional / aman Terdpt 7 jenis nafs :
Ammarah (terendah) : ikut hawa nafsu / peroleh kejahatan, kerosakan Lawwamah Mulhamah Mutmainnah : biasa dicapai manusia / dpt tahan hawa nafsu syahwat / capai ketenangan Radiah Mardiah : lemah lembut, redha ketentuan Allah, berterima kasih, bersyukur, kesederhanaan, baik hati Kamiliah : pada para rasul yg miliki sifat diri yg sempurna.

Akal
Anugerah Allah kpd manusia (binatang tak ada) Intelek manusia bentuk konsep, generalisasi, berdaya usaha, rasional Kualiti akal manusia berbeza 3 jenis akal

Akal Biasa (terendah) Akal Taakul (sederhana) Akal Tadabbur (kualiti tinggi)

A. Akal Biasa (Terendah)


Kanak2 bertindak ikut apa yg dilihat. Eg : bola ditutup dgn kain Kanak2 akan beralih kpd objek lain & anggap bola sudah tdk ada. Pemikiran berasaskan pada apa yg dilihat dan tidak berfikir kpd aspek abstrak spt nilai, pahala / dosa

B. Akal Taakul (Sederhana)


Keupayaan analisis, memberi sebab-musabab, menghurai faktor

C. Akal Tadabbur (Kualiti Tinggi)


Berfikiran ikhlas, rasional berpandukan keimanan, berkeyakinan dan bertindak kerana Allah.

Interaksi Antara Akal, Nafs & Hati Dlm Membentuk Personaliti/sahsiah


A. Personaliti Celaru :
Individu personaliti : dirinya sebenar & diri personaliti Nafs ammarah penentu personaliti individu & membatas keupayaan berfikir & hati membuat pertimbangan

B Personaliti Seimbang :

Tindakan nafsu dan hati dikawal akal / dpt imbangi @ sepadu tuntutan dunawi dgn akhirat Akal yg rasional pengaruhi pembentukan personaliti @ corak kualiti hati / nafs

C. Personaliti Sempurna :

Akal dan hati penentu personaliti / nafs terkawal.

Faktor Utama Pembentukan Personaliti/Sahsiah


Hati Fuaadun Hati Lubbun Akal Biasa

Akal Tadabbur Akal Taakul Nafs Ammarah

Nafs Mardiah Nafs Mutmainnah Hati Qalbun

Personaliti Unggul Personaliti Seimbang Personaliti Celaru

Faktor-faktor Mempengaruhi Pembangunan Sahsiah

Faktor Baka
a) Saiz Badan Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat. b) Penyakit Terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu.

c) Kecerdasan Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya.
d) Temperamen Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi.

Faktor Persekitaran
a) Keluarga Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan.

b) Pengalaman Awal Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impak tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif.

c) Kebudayaan Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunan sahsiah kanak-kanak. Contohnya, sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat materialistik.

d) Pengaruh Sekolah Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif serta takut membuat perubahan. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Selain itu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan.

e) Pengaruh Rakan Sebaya


Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka; Kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan.

f) Media Massa Media massa memberi pengaruh yang kuat terhadap pembangunan sahsiah individu. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak keagamaan, sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelek seseorang individu. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individu untuk berfikir, membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar.

g) Masyarakat Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan normanorma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undang-undang demi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai