Anda di halaman 1dari 48

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

IPG KAMPUS DARULAMAN

BNK1044
PENDIDIKAN BIMBINGAN
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

INTERAKSI 11
TAJUK 7:
KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG
KEIBUBAPAAN

• Komunikasi berkesan
• Gaya kepemimpinan ibu bapa
• Intrapersonal dan interpersonal
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

INTERAKSI 11
TAJUK 7:
KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG
KEIBUBAPAAN

• Komunikasi berkesan
• Gaya kepemimpinan ibu bapa
• Intrapersonal dan interpersonal
BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI

INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
(DIRI) (ANTARA INDIVIDU)
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Pengenalan
Secara umumnya, komunikasi intrapersonal merujuk kepada
bagaimana seseorang berkomunikasi dengan dirinya sendiri.
Justeru, individu itu sendiri berperanan sebagai sumber dan
penerima. Mesej terdiri daripada pemikiran dan perasaan
manakala salurannya ialah otak yang memproses mesej.

Sebelum berkomunikasi dengan orang lain kita biasanya


berkomunikasi dengan diri sendiri (mempersepsi dan
memastikan makna informasi orang lain).

Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain tergantung


pada keefektifan komunikasi kita dengan diri sendiri.
Mulyana, 2007
DEFINISI
• Komunikasi intrapersonal atau komunikasi
intrapribadi adalah penggunaan bahasa atau
fikiran yang terjadi di dalam diri sendiri.

• Hashim Fauzy Yaacob (2001) mendefinisikan


komunikasi intrapersonal sebagai komunikasi
yang berlaku dalam diri individu itu sendiri.
Individu tidak berkomunikasi dengan individu
lain tetapi memproses maklumat yang
diperoleh. Maklumat tersebut ditafsirkan
sebelum beliau membuat sesuatu keputusan.
Komunikasi Antara Manusia , UTM , 2001 , Johor
Sambungan Definisi

• Dictionary of Mass Communication dan Media


Research (2005) mendefinisikan komunikasi
intrapersonal sebagai komunikasi yang terjadi
dalam diri seseorang. Dalam hal ini, pengirim
informasi dan penerima informasi adalah orang
yang sama.

• Dictionary of Media (2009) mendefinisikan


komunikasi intrapersonal sebagai dialog
internal atau berbicara dengan diri sendiri.
Sambungan Definisi

• Sheldtesky (2000) mengemukakan takrifan yang


agak jelas tentang komunikasi intrapersonal. Beliau
menyatakan komunikasi intrapersonal merupakan
satu proses memberi makna dalam diri individu. Ini
bermakna komunikasi intrapersonal wujud dalam
diri individu dengan individu memberikan makna
terhadap sesuatu simbol dan seterusnya
menterjemahkan makna yang diberikannya.
• Menurut Cunningham (dlm. Sheldtesk, 2000)
komunikasi intrapersonal adalah satu proses
penukaran mesej dan maklumat yang unik dan
wujud dalam diri individu sendiri.
Sehubungan itu, komunikasi intrapersonal dapat
diklasifikasikan sebagai:

i. Bercakap kepada diri sendiri. Komunikasi


intrapersonal adalah satu proses berkomunikasi
dengan diri sendiri, ucapan dalaman (inner
speech) ataupun merupakan satu sistem
komunikasi yang berlaku dalam diri individu di
mana individu menjadi pengirim dan penerima
mesej.

ii. Satu dialog dalaman ataupun penukaran makna di


antara bahagian diri individu sama ada secara
sedar ataupun tidak.
iii. Satu proses individu mengurus atau
menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Ini
bermakna individu akan memanipulasi simbol atau
isyarat vang ada di dalam atau di luar dirinya.

iv. Satu persepsi yang ada dalam diri individu di


mana mereka akan menerima, menyimpan dan
mendapatkan maklumat daripada simbol yang
abstrak.
v. Satu proses interaktif di mana
data mentah bagi setiap persepsi
yang ada dalam minda individu
diolah menjadi sesuatu maksud
atau ditukarkan kepada
maklumat vang menjadi satu
makna secara semula jadi.
Komunikasi intrapersonal adalah
asas kepada proses komunikasi
seterusnya. Proses komunikasi
dalam diri individu akan merangsang
individu untuk berinteraksi dengan
individu lain dalam pelbagai
konteks.
 Muhasabah Diri
* menilai tentang segala perkara yang telah
dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan
seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk
menjadi insan yang lebih baik.
 Berdoa
* memohon sesuatu perkara yang diminta daripada
Allah Taala. Contoh: ibu/bapa berdoa agar anaknya
menjadi anak yang beriman dan berjaya.
 Bersyukur
* berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi
melalui pemberian Allah.
Teori-teori Komunikasi, Saodah Wok , Narimah Ismail , Mohd Yusof
Hussain , PTS , 2006 , Kuala Lumpur
• Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu
bentuk komunikasi yang lainnya.
• Persediaan terhadap komunikasi
interpersonal

• Meningkatkan daya pemikiran kritis serta


menjana imaginasi

• Membantu proses celik akal atau mencari jalan


penyelesaian
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
Pengenalan

Komunikasi interpersonal adalah penting


dalam setiap konteks hubungan sama ada
dalam keluarga, hubungan kejiranan, majlis
sosial, organisasi, dalam kehidupan
bermasyarakat dan lain-lain.
DEFINISI KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

• Komunikasi interpersonal adalah proses


komunikasi yang berlaku antara dua orang atau
lebih secara bersemuka (face-to-face).
• Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan
sebagai proses bagaimana individu itu berkongsi
pengalaman dengan individu-individu lain.
• Komunikasi interpersonal ialah komunikasi yang
berlaku antara individu yang membolehkan
individu lain membalas secara terus antara satu
sama lain.
Komunikasi interpersonal merujuk kepada konteks
komunikasi yang melibatkan dua individu.
Daripada perkataan interpersonal ini, dua
perkataan utama dapat dikenal pasti iaitu 'inter'
dan 'person'. ‘Inter’ bermaksud antara dan 'person'
pula merujuk kepada individu. justeru itu, secara
umum komunikasi interpersonal dapat dikatakan
sebagai komunikasi antara individu. Walaupun
komunikasi interpersonal melibatkan dua atau
lebih individu namun ia bukanlah satu definisi yang
tepat dalam menggambarkan komunikasi
interpersonal.
Wood (2002) berpendapat dengan hanya
mengambil kira bilangan orang yang
terlibat dalam komunikasi interpersonal
tidak akan memberikan satu definisi vang
tepat tentang komunikasi interpersonal.
Oleh itu ciri yang membezakan komunikasi
interpersonal adalah kualiti ataupun ciri-
ciri interaksi yang wujud dalam komunikasi
interpersonal ini.
Wood, J. T. (2002). Interpersonal Communication: Everyday Encounters.
Belmont: Wadsworth.
Wood (2002) mendefinisikan komunikasi
interpersonal sebagai satu proses interaksi yang
dipilih, sistematik, unik dan berterusan di antara
individu yang menggambarkan dan membina
pengetahuan peribadi tentang individu lain serta
membina satu maksud bersama.

Wood (2002) berpendapat perkara utama yang


terdapat dalam komunikasi interpersonal adalah
memilih, sistematik, unik, proses vang berterusan,
interaksi individu, pengetahuan peribadi dan maksud.
Melalui perkara inilah yang akan membezakan sama
ada interaksi itu merupakan interaksi interpersonal
ataupun tidak.
Lapan Perkara Utama
Dalam Komunikasi Interpersonal

1. Memilih
Manusia secara semula jadi memilih individu-
individu tertentu untuk berkomunikasi. Ada ketika
manusia memilih untuk tidak terlibat langsung
dalam sesuatu interaksi. Buber (1970)
berpendapat dalam membentuk jalinan hubungan
yang akrab seseorang itu akan mengambil masa
yang lama, tenaga dan keberanian dalam
menawarkan keakraban seseorang.
Menurut Buber (1970), manusia
melaburkan usaha menanggung risiko
dengan membuka diri secara mendalam
hanya dengan individu tertentu sahaja.
Justeru itu, komunikasi interpersonal
dapatlah dikatakan sebagai satu interaksi
yang akrab dengan orang-orang tertentu
sahaja.

Buber, M. (1970). I and Thou. (W alter Kaufmann, Trans.). New\ork:


Scribner.
2. Sistematik
Komunikasi interpersonal adalah suatu proses interaksi yang
sistematik. Kebanyakan komunikasi yang terjadi dalam
konteks interpersonal akan mempengaruhi keputusan dan
maksud yang diberikan terhadap komunikasi itu. Komunikasi
pelajar dan pensvarah misalnya meliputi pelbagai sistem.
Pelajar berada dalam program komunikasi, dalam masa yang
sama pelajar berada dalam sistem Institusi Pengajian Tinggi
(1PT) dan juga pelajar sebagai rakvat Malaysia. Ini bermakna
bahawa setiap sistem yang ada dalam persekitaran kita
adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Justeru
itu, dalam komunikasi interpersonal adalah perlu untuk kita
mengenali dan memahami setiap sistem yang terlibat dalam
interaksi. Dalam lain perkataan, setiap elemen dalam sistem
komunikasi adalah saling bergantung antara satu dengan yang
lain.
3. Unik
Hubungan yang terbentuk melalui komunikasi interpersonal
dianggap unik. Ini kerana kita sukar menggantikan sesuatu
persahabatan yang akrab. Apabila kita kehilangan kawan
yang rapat kita akan temui rakan karib yang baru. Walau
bagaimanapun rakan yang hilang tidak dapat ditukar ganti.
Situasi ini berlaku kerana setiap individu adalah unik maka
persahabatan dan keakraban yang terjalin juga adalah unik.
Sememangnya terdapat perbezaan jalinan hubungan yang
dibentuk dengan seseorang individu yang lain. Ini bermakna
dalam komunikasi interpersonal terbentuk satu pola bagi
mewujudkan jalinan hubungan yang rapat dengan individu
tertentu yang akan melangkaui peranan dan peraturan sosial
yang sedia ada.
4. Proses Berterusan
Komunikasi interpersonal merupakan satu proses yang
berterusan. Ini bermakna, evolusi komunikasi interpersonal
berlangsung mengikut peredaran masa dan semakin lama
manusia berinteraksi semakin akrab sesuatu hubungan itu.
Wood (2002) berpendapat melalui komunikasi interpersonal,
jalinan hubungan yang terbentuk tiada permulaan dan
pengakhiran. Beliau menyatakan demikan kerana setiap
proses jalinan hubungan dan proses komunikasi adalah
bersifat dinamik. Lantaran itu, cara bagaimana manusia
berkomunikasi juga akan berubah dan berkembang.
Misalnya, pada peringkat permulaan pekerjaan pekerja dengan ketua
adalah dalam bentuk formal yang m interaksi tugas. Walau bagaimanapun,
lama-kelamaan interaksi berubah menjadi interaksi rakan sekerja vang
lebih menjuru penvelesaian sesuatu masalah. Proses ini memakan masa da
hubungan tidak berada dalam keadaan statik tetapi berubah masa.
5. Interaksi
Komunikasi interpersonal merupakan proses interaksi antara
individu. Dalam komunikasi interpersonal setiap individu
berperanan sebagai pengirim dan penerima mesej. Misalnya,
apabila anda berinteraksi dengan rakan, anda akan senyum
sebagai tindak balas. Anda akan mengangguk kepala tanda
faham apabila pensyarah menerangkan sesuatu konsep di
dalam bilik kuliah. lni bermakna setiap individu memainkan
peranan sebagai penerima dan sumber dalam proses
komunikasi interaksi bersemuka. Interaksi semula jadi dalam
komunikasi interpersonal memberikan gambaran bahawa
setiap individi yang terlibat dalam proses interaksi ini
bertanggungjawab kepada keberkesanan dalam interaksi
tersebut. Oleh itu, dalam sesuatu interaksi setiap individu
memilih bahasa vang sesuai dan perlu peka ketika proses
komunikasi berlangsung.
6. Individu
Kajian oleh Buber (1970) menunjukkan peringkat komunikasi
interpersonal vang tertinggi adalah komunikasi yang
melibatkan individu. Menurut beliau lagi, kita tidak boleh
melihat individu sebagai manusia biasa. Manusia dilihat
sebagai individu yang unik terutamanva dalam komunikasi
interpersonal. Dalam hal ini, manusia tidak akan berinteraksi
melalui peranan sosial mereka sahaja (pensyarah-pelajar,
ketua-pekerja ataupun guru-murid) tetapi kita perlu
memahami perbezaan vang wujud dalam setiap diri individu.
Memahami perasaan takut, seronok dan gembira individu
memerlukan tempoh masa yang panjang. Apabila kepercavaan
terbentuk, maka individu mula mendedahkan peribadi mereka
dan akan membenarkan kita melihat diri mereka yang unik.
7. Pengetahuan Peribadi

Komunikasi interpersonal akan membentuk pengetahuan


tentang peribadi seseorang individu. Interaksi hanya akan
berlaku apabila kita mengetahui sesuatu tentang diri
seseorang itu. Apabila hubungan seseorang menuju kepada
keakraban, komunikasi yang terbentuk adalah berdasarkan
kepada pengetahuan peribadi kita. Di peringkat ini, kita mula
belajar bagaimana untuk meyakinkan dan menerangkan
sesuatu kepada mereka. Menurut Wood (2002), pengetahuan
peribadi akan menggalakkan kita mendedahkan diri (self
disclosure) secara lebih mendalam.
8. Makna
Duck (1994) menjelaskan perkara yang paling utama dalam
komunikasi interpersonal adalah makna atau maksud vang
dikongsi bersama oleh individu. Beliau berpendapat, individu
bukan hanva bertukar perkataan dalam proses komunikasi
tetapi individu juga membentuk makna dan cuba meneroka
setiap perkataan dan gelagat yang wujud daripada interaksi
itu. Kajian Duck (1994) menunjukkan kebanyakan
persahabatan dan hubungan vang romantik akan membentuk
istilah tertentu yang wujud daripada interaksi yang terjalin
sekian lama.

Duck, S. W. (1994). Meaningful Relationships. Thousand Oaks: Sage


Publications.
Kajian yang dilakukan oleh Watzlawick, Deavin &
]ackson (1967) mendapati dua tahap makna dalam
komunikasi interpersonal. Tahap pertama dikenali
sebagai content meaning vang merujuk kepada
makna langsung sesuatu perkataan. Tahap kedua
pula dikenali sebagai relationship meaning vang
merujuk kepada luahan komunikasi tentang jalinan
hubungan dengan komunikator. Content meaning
dilihat lebih jelas manakala relationship meaning
pula memerlukan jalinan hubungan bagi
memastikan sesuatu komunikasi itu berkesan.
Watzlawick, P., Beavin, J. & Jackson, D. D. (1967). Pragmatics of Human
Communication. New York: Norton.
Antara Dua
CARA-CARA Individu
KOMUNIKASI Secara Formal
INTERPERSONAL Melebihi Dua
Individu
Secara Tidak
Formal
Komunikasi Antara Dua Individu

• Merupakan satu bentuk dialog


• Berlaku apabila seseorang berkomunikasi
secara personal terus sebagai seorang individu
• Contoh :
Isa dan isterinya berbincang mengenai masa
depan rumah tangga mereka.
Komunikasi Melibatkan Lebih Dua
Individu
• Secara am terbahagi kepada dua :

I. Secara formal
II. Secara tidak formal
Secara Formal

 Berlaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan


dan maklumat ‘tanpa gangguan’ kepada satu kumpulan
orang.
 Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala.
 Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi
pendengar.
 Contoh :
Yunus menyampaikan tazkirah di hadapan kelas sebelum
kelas dimulakan pada pagi tadi.
Secara Tidak Formal

 Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea, perasaan


dan maklumat.
 Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan ‘dengan
gangguan’ iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra ataupun
seseorang mungkin mencelah.
 Contoh :
Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya saling
tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi Ridzwan mencelah
dengan mengatakan bahawa wajah Melur seperti pembantu
rumah Siti Nurhaliza.
KEMAHIRAN
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
1. Membina hubungan

• Hubungan baik dilihat dalam situasi berikut :


- kemesraan perhubungan dalam pertemuan
- penyampaian masalah tanpa keraguan
- penerimaan tanpa syarat
• Hubungan baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila
perasaan empati kedua-dua dapat dirasai.
• Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di
antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan
dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu.
2. Kemahiran memberi
perhatian

• Di dalam proses komunikasi, memberi


perhatian merujuk kepada komunikasi bukan
lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam
komunikasi lisan.
• Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada
beberapa komponen, iaitu gaya badan
(posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata,
dan juga nada suara.
3. Kemahiran mendengar
• Rogers (1951) merumuskan: “Tanpa perhatian, mendengar
sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi
tidak akan wujud.”
• Model latihan mendengar membahagikan tingkah laku
mendengar kepada tiga komponen, iaitu memberi
perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks,
dan respon yang pula membawa maksud mendengar.
• Mendengar dengan telinga ketiga (Reik, 1948) melibatkan
kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana orang
lain merasa, dan dengan ini, ia merupakan langkah pertama
ke arah empati
• Apabila anda sedang bercakap melalui telefon
dengan ibu anda tentang pengalaman yang
anda lalui apabila anda berjauhannya.

• Apabila anda berbincang dengan mentor anda


tentang masalah atau kesulitan yang dihadapi
oleh anda ketika berada di IPG.
RUJUKAN
Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. and Towne, N., 1986. Interplay: The
Process of Interpersonal Communication. Edisi ke-3. New York:
Holt, Rinehart and Winston.
Berlo, D. K. (1960). The Process of Communication. New
York: Holt, Rinehart & Winston.
Buber, M. (1970). 1 and Thou. (Walter Kaufmann, Trans.). New
York: Scribner.
Devito, J. (2000). Human Communication: The Basic Course.
New York: Addision Wesley Longman.
Duck, S. W. (1994). Meaningful Relationships. Thousand Oaks:
Sage Publications.
Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi Antara Manusia.
Skudai: UTM
Irmsher, Is.. (1996). Communication skills. ERIC
Digest, Number 102. ED390114.
Rujukan

Samsudin A. Rahim. (1993). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheldtesky, L. J. (2000). An Interpersonal Communication


Model. Akses http://www.usm.edu/com/simple.com

Wood, J. T. (2002). Interpersonal Communication: Everyday


Encounters. Belmont Wadsworth.
TUTORIAL
1. Bentangkan komunikasi intrapersonal atau komunikasi
interpersonal berdasarkan artikel-artikel dalam laman web di
bawah.
• https://pakarkomunikasi.com/komunikasi-intrapersonal
• https://pakarkomunikasi.com/komunikasi-interpersonal
Pembentangan boleh dilakukan secara peta minda atau lain-lain
kaedah.
2. Amalan komunikasi ibu bapa merujuk kepada lapan perkara
utama dalam komunikasi interpersonal membantu
mewujudkan keluarga bahagia.
Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai