Anda di halaman 1dari 2

Penerangan Pengurusan Grafik

 Banding Beza Antara Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordan Dan


Model Beyond Discipline Alfie Kohn

Kedua-dua model ini turut menekankan disiplin bilik darjah dapat


dicapai dengan membantu murid memperolehi kawalan dalaman atau
kawalan kendiri. Justeru, ia juga tidak menggalakkan intervensi tradisional
yang berpusatkan kawalan guru malah menekankan penyediaan persekitaran
pembelajaran yang memberangsangkan serta menggesa guru untuk
mendengar dan menghargai persepsi murid. Sesungguhnya, seseorang guru
itu perlulah bersifat demokratik, beramah mesra, fleksibel dan penyayang
bagi menjamin hubungan antara mereka dengan murid. Akhir sekali, guru
juga hendaklah melaksanakan sesi PdP yang menyeronokkan serta sesuai
dengan kecenderungan murid.
Sebenarnya, kedua-dua model ini turut mempunyai perbezaan dari
aspek konsep, fokus, strategi, hubungan, peranan guru dan penekanan guru
dengan murid. Tamsilnya, Thomas Gordon mengutamakan keberkesanan
komunikasi dalam bilik darjah manakala Model Alfie Kohn pula
mengutamakan pembentukan satu komuniti. Di samping itu, model Thomas
Gordon juga menyeru guru dan murid untuk berkongsi maklumat tentang
aktiviti pembelajaran, pencapaian akademik serta masalah murid dan guru.
Sebaliknya, model Alfie Kohn pula menyeru guru dan murid untuk
mengadakan perbincangan mengenai tangungjawab dan cara menghormati
antara satu sama lain. Kesimpulannya, mengikut model Gordon, guru itu
haruslah menangani murid dengan baik apabila berhadapan dengan masalah
manakala mengikut model Alfie Kohn pula, guru itu mestilah menjalankan
PdP dengan kerjasama murid untuk mengelakkan masalah.
Konklusinya, kedua-dua model disiplin ini bolehlah digunakan sebagai
panduan untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
mengurus tingkah laku murid oleh semua warga guru di Malaysia.
Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Edisi
Kedua). Selangor: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai