Anda di halaman 1dari 1

4.

0 Maksud peta minda

Peta minda atau dikenali juga sebagai “mind mapping”merupakan suatu carta yang dibuat di atas
sehelai kertas, isi utama diletakkan di tengah-tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang
berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah
geometri, warna dan sebagainya. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan
semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda
boleh membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran diri untuk mengukuhkan daya
ingatan dan pemahaman. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif.
Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kreativiti dan kefahaman pembuatnya sendiri
kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat,,cara mengolah yang
amat tersendiri dan bersifat individu.

Anda mungkin juga menyukai