Anda di halaman 1dari 31

KKP 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

KULIAH

BAB 4 PENDEKATAN PSIKODINAMIK: TEORI PSIKOANALITIK

Oleh: Samsiah Mohd Jais Abdul Malek Abdul Rahman, PhD

The human mind is indeed a cave swarming with strange forms of life, most of them unconscious and unilluminated. Unless we can understand something as to how the motives that issue from this obscurity are generated, we can hardly hope to foresee or control them.
(Cooley, Charles Horton)

PENGENALAN

Teori yang tertua dan paling berpengaruh dalam sejarah psikologi dan psikoterapi

Manusia berfungsi berdasarkan interaksi pendorong dan kuasa-kuasa dalam diri manusia

Cabang pendekatan psikodinamik: - Teori psikoanalisa : Sigmund Freud (1856-1939) - Teori psikologi analitik : Carl Gustav Jung ( 1875-1961) - Teori psikologi sosial : Alfred Adler (18701937) - Teori psikososial : Eric Erikson (19021994)

ANDAIAN TENTANG MANUSIA

Tingkah laku dan perasaan kita amat dipengaruhi oleh motif-motif tidak sedar (unconscious motives)

Tingkah laku dan perasaan sebagai orang dewasa (termasuk masalahmasalah psikologikal) telah berakar umbi sejak di zaman kanak-kanak lagi

Semua tingkah laku mempunyai sebab (biasanya di tahap tidak sedar), dan telah ditentukan

Personaliti terdiri daripada tiga bahagian iaitu: id, ego dan superego

sambungan

Tingkah laku didorong oleh dua pendorong naluri iaitu; Eros (nafsu seks dan naluri hidup) dan Thanatos (pendorong agresif dan naluri kematian) yang datang dari id

Bahagian minda tidak sedar (id dan superego) sentiasa berkonflik dengan bahagian minda sedar (ego)

Personaliti

terbentuk -

konflik-konflik yang berbeza pada masa yang

berlainan di peringkat kanak-kanak (semasa perkembangan psikoseksual)

TEORI PSIKOANALITIK & SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Diasas oleh Sigmund Freud (1856-1939) Zaman kanak-kanak / peristiwa-peristiwa semasa kecil memberi kesan kepada psikologi individu sepanjang hayat Sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik

Tingkahlaku manusia didorong oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal.
Desakan yang paling utama adalah untuk mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification).

Adakah anda bersetuju dengan pandangan tentang manusia dari perspektif psikoanalitik ini? Berikan pendapat anda. Anda juga boleh melawati laman web untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan teori psikoanalitik http://www.victorianweb.org/science/freud/index.html http://www.apsa.org/ABOUT_PSYCHOANALYSIS.aspx

KONSEP UTAMA
1. Naluri

Merupakan elemen asas dalam personaliti yang mendorong tingkah laku manusia 2 kategori naluri iaitu : i. naluri hidup (eros-life instincts) ii naluri mati (thanatos-death instincts)

Naluri hidup eros

Tenaga psike dimanifestasikan oleh naluri kehidupan dikenali sebagai libido Naluri kehidupan paling penting kepada personaliti (ditakrifkan dalam erti yang lebih luas dari kebiasaan). adalah seks

Seks sebagai motivasi utama dalam kehidupan - bukan sahaja merujuk pada perasaan erotik tetapi termasuk semua tingkah laku dan pemikiran yang memberi keseronokkan dan kenikmatan (pleasureable)

sambungan

Naluri mati thanatos


naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri kehidupan Manusia mempunyai keinginan tidak sedar (unconscious wish) untuk mati

Dorongan agresif (aggressive drive) memaksa menghancurkan, menakluk, dan membunuh

manusia

untuk

Cuba fikirkan sebagai seorang guru bagaimana konsep naluri Eros (life instinct) danThanatos (death instinct) mempengaruhi personaliti anda?

sambungan 2. Tahap kesedaran / Akal fikiran

Terbahagi kepada 3 tahap : i. tahap sedar (concious) ii. prasedar (preconscious) iii. bawah sedar (unconcious) Tahap sedar : Di mana manusia menyedari dan mengetahui apa yang sedang berlaku pada persekitarannya misalnya, rasa takut Tahap prasedar Di mana individu tidak menyedari sesuatu sedang berlaku melainkan ia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang berlaku.

Tahap bawah sedar : Individu memang tidak menyedari langsung apa yang berlaku.

Kesimpulan

Tahap bawah sedar merupakan fokus dalam teori psikoanalitik bahagian penting dalam pemikiran manusia

Ianya sangat luas dan meliputi sebahagian besar naluri manusia (kehendak dan keinginan yang mengarah tingkah laku manusia).

Tenaga penggerak utama terhadap semua tingkahlaku dan merupakan sekumpulan kekuatan (tenaga) yang tidak dapat kita lihat atau kawal.

PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSEKSUAL


Perkembangan personaliti manusia terbahagi kepada lima peringkat yang berikut: i. Peringkat Mulut (Oral) : Lahir 1 tahun - Bayi merasakan kenikmatan pada daerah mulut. Mengunyah, menggigit dan menghisap adalah sumber utama kenikmatan

ii.

Peringkat Dubur (Anal) : 1 3 tahun - Libido berpusat di bahagian anal. Memperolehi kepuasan dengan mengawal pergerakan bowel tetapi ini bercanggah dengan kehendak ibu atau bapa yang mengajar kanak-kanak tentang latihan tandas - Cara ibubapa melatih anak2 latihan tandas akan mempengaruhi tret personaliti

iii. Peringkat Falik (Phallic) : 3 6 tahun

- Minat kanak-kanak terhadap organ-organ jantina. Keseronokan


diperolehi dengan manipulasi organ-organ jantina iv. Peringkat Pendaman (Latency) : 6 12 tahun - Kanak-kanak terus membuat identifikasi dengan ibu atau bapa. Proses ini penting bagi perkembangan superego v. Peringkat Shahwat (Genital) : 12 Dewasa - Remaja mula baligh dan mula memperkembangkan perapatan-perapatan heteroseksual. Superego bermula dan menjadai lebih fleksibel

The price we pay for our advance in civilization is a loss of happiness through the heightening of the sense of guilt.

-Sigmund Freud

STRUKTUR PERSONALITI

Terdiri drp. 3 sistem utama iaitu Id, Ego dan Superego

i.
-

Id sumber dorongan & nafsu yang diwarisi bersifat primitif & mementingkan diri sendiri tiada pengaruh dunia realiti / dunia tamadun prinsip kenikmatan
Ego Bertanggungjawab & cuba mengawal dorongan & desakan primitif id agar mengikut / lebih dekat dengan kehendak moral/ persekitaran & piawaian etika masyarakat Prinsip realiti/ kehendak masyarakat yang realistik

ii.
-

sambungan iii. Superego - Muncul perlahan-lahan apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yg digunakan oleh ibubapanya dalam menginterpretasi jangkaan masyarakat
-

Ibubapa berperanan sbg conscience sehinggalah kanak-kanak membina set piawaian dalamannya sendiri.

Mengandungi 2 subsistem iaitu conscience & ego ideal.


Conscience akan memarahi ego & mewujudkan rasa bersalah apabila tingkah lakumenyalahi etika & moral. Ego-ideal adalah imej kendiri yang ideal & terpuji

Cuba tanya pada diri anda yang manakah selalunya mendominasi diri anda id atau superego?

Di dalam bilik darjah terdapat pelbagai ragam dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar semasa guru sedang mengajar. Bayangkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar anda semasa anda mengajar berdasarkan struktur personaliti Id, Ego dan Superego

Apakah respon yang paling sesuai pada ruangan kosong yang disediakan?

id

pelajar rasa mengantuk semasa cikgu mengajar lalu tidur

ego

superego

salah dan perlu hormati guru dan tidak boleh tidur semasa cikgu mengajar

MEKANISME PERTAHANAN/ BELA DIRI

Kekuatan ego yang baik dapat mengelolakan tekanan antara tuntutan id dan superego secara efektif Kunci keperibadian yang sihat adalah keseimbangan antara id, ego dan superego Namun adakalanya ego tidak dapat mempengaruhi & mengawal tuntutan id dengan baik Mekanisme pertahanan/ bela diri dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan superego

STRATEGI MEKANISME PERTAHANAN DIRI


1. Represi (repression) 2. Penafian (denial) 3. Rasionalisasi (rationalization) 4. Pindahgantian (displacement) 5. Regresi (regression) 6. Projeksi (projection) 7. Pembentukan reaksi (reaction Formation) 8. Sublimasi (sublimation)

Cuba fikirkan, apakah strategi mekanisme bela diri yang sering anda gunakan ?

Mekanisme pertahanan/ bela diri yang primitif dan tidak matang hanya membantu mengekalkan masalah bukannya menyelesaikan masalah. Gunakan strategi mekanisme pertahanan/ bela diri di atas untuk menjelaskan kenyataan ini.

PERKEMBANGAN SAHSIAH POSITIF

Peristiwa lampau / zaman kanak-kanak (melalui lima tahap psikoseksual) amat mempengaruhi pembentukan tingkah laku kita. Berikut adalah panduan pembentukan sahsiah yang positif: Kepentingan anak-anak mendapat / melalui zaman kanak-kanak yang sihat dan positif Penekanan kepada hubungan baik ibubapa & anak-anak semasa kecil Keseimbangan antara id, ego dan superego Kepentingan menyelesaikan konflik atau krisis dalaman untuk mengelak berlakunya lekatan (fixation) Elemen unconscious perlu diberi perhatian dan dipupuk bersesuaian dengan etika dan moral

i.

ii. iii. iv.

v.

vi. Penggunaan mekanisme pertahanan/ bela diri perlulah bersesuaian dan tidak keterlaluan

TEKNIK DAN APLIKASI : TERAPI PSIKOANALITIK

Freud percaya individu yang mengalami masalah dipulihkan dengan membawa pemikiran-pemikiran atau dorongan-dorongan di tahap tidak sedar kepada sedar dan seterusnya memperolehi celik akal Tujuan utama psikoterapi adalah untuk melepaskan emosi dan pengalaman (trauma/ peristiwa pahit/ unfinished) dari tahap pemikiran bawah sedar ke tahap sedar.

sambungan

Masalah/konflik (tahap bawah sedar)

Manifestasi simptom (gangguan tingkah laku)

Rawatan (bawa konflik ke tahap sedar)

Celik akal ('cathartic'/ penyembuhan)

Proses psikoterapi melepaskan (ekspresi) emosi/ pengalaman lampau

sambungan Teknik-teknik yang boleh digunakan termasuklah:


i. ii. iii. iv. v. vi.

Parapraxes (Freudian slip) Perkaitan bebas Interpretasi Analisa mimpi Resistan Transferen

Cuba fikirkan.

Apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap pemikiran bawah sedar (unconscious) ke tahap sedar Terangkan kepentingan memahami aspek unconscious dalam menangani tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar

The interpretation of dreams is the royal road to a knowledge of the

unconscious activities of the mind . - Sigmund Freud -

KESIMPULAN

pendekatan yang paling komprehensif dan berpengaruh

unsur kuasa dalaman seperti id, ego dan superego dan aspek unconsciuos berkait rapat dengan pembentukan tingkah laku bermasalah
ibu bapa dan guru, perlu memberi perhatian kepada aspek unconscious dalam menangani masalah tingkah laku remaja kerana anak-anak/ remaja elemen unconscious yang bertepatan dengan tuntutan moral perlu dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibu bapa dan guru perlu memperbetulkan agar ia tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai hidup mereka

Sekian

Anda mungkin juga menyukai