Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KAMPUS TAWAU, KM 36,
JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO 27,
91009, TAWAU, SABAH.

KERJA KURSUS
(GPML 1022)

TUGASAN 1 : PENULISAN

PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH


SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

NAMA KURSUS/KOD KURSUS : PENDIDIKAN MORAL(GPML1022)

NAMA SISWA GURU : MEQBERT ESTERN MAHIN

TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 1 / SEMESTER I

ANGKA GILIRAN : 2023052440030

NO. KAD PENGENALAN : 051117-12-1165

KUMPULAN / UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING(SK)

NAMA PENSYARAH : Sir Richeal

TARIKH HANTAR : 26 JUN 2023

I
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU,
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Meqbert Estern Mahin Angka Giliran : 2023052440030

Kod : GPML1022 Nama Kursus : Pendidikan Moral (GPML1022)

Pensyarah : Sir Richeal

Tarikh Hantar : 2 Oktober 2023 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan pelajar : ______________________ Tarikh : _______________________

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa: Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

II
Halaman Pengakuan

“Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama : Meqbert Estern Mahin

Tarikh : 2 Oktober 2023

III
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya


saya dapat menyiapkan tugasan 1 iaitu penulisan reflektif bagi kerja kursus Asas
Pembelajaran Digital (GPML1032) dengan jayanya. Pertama sekali, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
dan warga IPG yang terlibat kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan adanya rujukan yang berkaiatan dengan tajuk
tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua yang telah banyak memberi panduan kepada saya sejak dari awal lagi. Selain
itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada
pensyarah bagi kursus ini iaitu Sir Richeal kerana memberi tunjuk ajar dan
penerangan yang efisien dalam menyempurnakan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
dorongan dan bimbingan kepada saya semasa menghasilkan tugasan ini. Saya juga
ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama
bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan sudi untuk bertukar-tukar pendapat
dalam membantu menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah lagi ilmu pengetahuan saya terutamanya berkaitan dengan kemahiran
belajar dan menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dalam melahirkan modal
insan yang cemerlang pada masa hadapan. Selain itu, harapan saya agar dapat
memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca yang lain agar sama-sama
menjadi pendidik yang bertauliah dan berintelektual tinggi dalam menyampaikan ilmu
dan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat
setempat khususnya.

4
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

Apakah itu generasi Z? Dalam kajian Gazali,generasi Z ditakrifkan oleh pakar


Amerika sebagai orang yang lahir antara 1996 dan 2010. Generasi ini ditakrifkan
oleh ciri-ciri seperti penghargaan terhadap kepelbagaian, advokasi untuk perubahan
sosial, perkongsian dan berorientasikan matlamat. Selain daripada tahun kelahiran,
pembolehubah sosiosejarah juga dipertimbangkan. Salah satu ciri yang ketara dalam
Generasi Z adalah kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi, peranti pintar,
dan pencarian maklumat secara rawak di internet. Mereka tidak terlalu gemar
membaca naratif melalui buku cetak sebaliknya, mereka lebih suka dengan
maklumat visual dan gambar yang tersebar di dunia internet (Kristyowati, 2021).
Pada pandangan saya,generasi Z bukan sahaja harapan tapi juga generasi peneraju
masa hadapan negara Malaysia,hal ini kerana kejayaan negara pada masa hadapan
bergantung kepada kualiti remaja yang menjadi barisan hadapan kepimpinan negara
Malaysia Madani.Oleh itu kita haruslah sama-sama berganding bahu untuk
menjadikan generasi ini sempurna dan segi akhlak dan sosial

2.0 ISU MORAL: OBESITI

Menurut kajian William (2005), obesiti boleh didefinisikan sebagai satu petanda
penyakit berlebihan berat badan yang dialami oleh individu yang mempunyai indeks
jisim badan (BMI) 30 atau lebih. Selain itu, Obesiti, atau lebih dikenali sebagai
kegemukan, ialah situasi di mana terdapat penimbunan berlebihan lemak dalam
badan. (Sumber: Kamus Dewan). Menurut kajian Alias dan Shaffie (2015), pada era
globalisasi ini obesiti merupakan diantara isu yang semakin popular di dunia dan
membahayakan pelbagai aspek kehidupan manusia.Justeru itu, Masalah obesiti
semakin menyebar dan membahayakan negara yang sedang membangun seperti
Malaysia,membabitkan sebilangan besar kanak-kanak dan remaja. Hal ini juga
disokong dengan kenyataan Nasir et al. (2021) iaitu, hampir 268 juta kanak-kanak
berusia 5 hingga 17 tahun di seluruh dunia dijangka mengalami kelebihan berat
badan dan obesiti menjelang tahun 2025. Ramalan ini boleh menjadi kenyataan jika
gaya hidup semasa terus berlanjutan dan tiada tindakan drastik diambil untuk
menangani isu ini.

5
3.0 FAKTOR-FAKTOR OBESITI DALAM KALANGAN GENERASI Z

AMALAN
DIET

FAKTOR-
FAKTOR
OBESITI SOSIOEKON
GENETIK
DALAM OMI
KALANGAN
GENERASI Z

TEKNOLOGI
DAN GAYA
HIDUP
FIZIKAL

RAJAH 1

3.1 AMALAN DIET


Rajah 1 menunjukkan faktor-faktor obesiti dalam kalangan generasi Z
antaranya ialah amalan diet. Terdapat pandangan dari Rodríguez,
Sjöberg, Lissner, dan Moreno (2011) yang menyatakan bahawa obesiti
sering disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pengambilan dan
penggunaan tenaga dalam tempoh yang lama. Walaupun jurang ini
mungkin tidak besar, ia boleh menyebabkan penimbunan lemak badan
yang berterusan dan akhirnya menyebabkan masalah berat badan
berlebihan. Oleh itu, mengawal pengambilan tenaga dan menjalani gaya
hidup yang aktif adalah kunci untuk mengelakkan obesiti. Banyak faktor
menyumbang kepada pengambilan tenaga yang berlebihan, termasuk
akses mudah kepada makanan, pengambilan makanan berkalori tinggi,

6
makanan padat tenaga, peratusan tinggi kalori yang datang daripada
lemak dan protein, tabiat pemakanan moden (makanan berasaskan
roti/barkeri, minuman manis,makanan manis atau makanan berkualiti
rendah), kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, saiz
hidangan yang besar, corak makanan harian, dan pengagihan tenaga
makanan, yang menunjukkan bahawa pengambilan tenaga adalah lebih
besar daripada penggunaan. (Andrieu,2005).
3.2 GENETIK
Salah satu punca obesiti kanak-kanak yang terbukti adalah genetik. 50%
kanak-kanak daripada ibu bapa yang gemuk mungkin menularkan
penyakit ini kepada anak-anak mereka. Peluang kanak-kanak menjadi
obes adalah kurang daripada 10% jika ibu bapa tidak mempunyai
masalah berkaitan obesiti. Walaupun genetik tertentu belum dikenal pasti,
kajian awal telah mendedahkan bahawa faktor genetik adalah faktor risiko
untuk obesiti kanak-kanak. (Mair & McGarvey, 2008). Menurut imbasan
genom, hanya beberapa gen yang menyumbang kepada obesiti kanak-
kanak. Pada tahun 2005, penyelidik dari Peta Gen Obesiti Manusia
mendedahkan 12/127 gen obesiti dan 16/580 hubungan genotip-fenotip
positif dengan obesiti (Mair dan McGarvey,2008).

3.3 TEKNOLOGI DAN GAYA HIDUP DIGITAL


Faktor yang seterusnya ialah teknologi dan gaya hidup digital,pada masa
kini remaja dan kanak-kanak di Malaysia sudah pasti tidak asing dengan
Namanya teknologi,malah mereka menggunakannya hampir setiap
hari.Hal ini juga boleh dikaitkan dengan gaya hidup sedentari,gaya hidup
ini semakin meningkat kerana peningkatan penciptaan dan kemajuan
teknologi seperti telefon pintar,televisyen dan banyak lagi.Selain
itu,terdapat juga kajian yang mengatakan kanak-kanak dan remaja yang
banyak menghabiskan masa dengan media membuatkan mereka kurang
aktif,pengambilan makanan yang tinggi kalori dan pengambilan minuman
bergula yang tinggi serta lebih suka mengambil makanan yang berbentuk
snek (Jordan ,2007).Hal ini secara tidak langsung meningkatkan risiko
kanak-kanak dan remaja menghidap obesiti.

3.4 SOSIOEKONOMI
Pada era globalisasi ini,terdapat banyak kajian-kajian yang
memperlihatkan bahawa faktor sosioekonomi dapat membawa kepada

7
risiko obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja. (McLaren, 2007;
Sobal & Stunkard, 1989).Menurut Kajian Murasko (2011) Individu yang
memiliki status sosioekonomi yang kurang tinggi di negara yang maju dan
individu yang memiliki pangkat sosioekonomi yang tinggi di negara
membangun lebih cenderung untuk mendapat penyakit obesiti.Selain
itu,kanak-kanak dan remaja yang berasal dari golongan keluarga yang
mempunyai pendapat tinggi lebih cenderung untuk mempunyai berat
badan yang lebih berat berbanding kanak-kanak dan remaja yang
mempunyai keluarga yang kurang berpendapatan.(Wang & Lim,
2012).Hal ini juga disokong dengan kajian yang melibatkan 7,749 pelajar
sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) yang menetap di Malaysia yang
menghadapi kecenderungan untuk menghidapi lebihan berat
badan,kajian ini meliputi murid-murid yang berada di bandar, kaum
cina,lelaki dan golongan keluarga yang mempunyai status sosioekonomi
yang tinggi.(Naidu et al., 2013). Walaupun terdapat perbezaan dalam
hubungan antara status sosioekonomi dan obesiti di negara maju dan
membangun, satu persamaan yang dikenal pasti ialah diet yang kaya
dengan energi meningkatkan risiko obesiti. (Wang & Lim, 2012)

8
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI DALAM KALANGAN
GENERASI Z.

4.1 AKTIVITI FIZIKAL

Aktiviti fizikal adalah bahagian yang menjadi asas untuk mewujudkan Masyarakat
yang sihat.Aktiviti fizikal sangat penting dalam mencipta Masyarakat yang aktif dan
sentiasa mengamalkan gaya hidup sehat.Oleh itu,kanak-kanak hingga golongan
berusia dari keseluruhan peringat usia haruslah mengambil bahagian dalam
penglibatan aktiviti fizikal.Aktiviti fizikal yang aktif adalah salah satu cara yang dapat
memastikan kesejahteraan tubuh dan membantu seseorang mencapai Indeks Jisim
Tubuh (BMI) yang diinginkan.( Aziz, N. A,et al 2022). Selain itu kajian Kewangan 2022
juga mengatakan bahawa melakukan pergerakan aktif, seperti senaman; senaman
ialah jenis aktiviti fizikal yang dilakukan secara berulang-ulang, dengan cara yang
ditetapkan dan bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan
seseorang. Senaman boleh membantu anda mengawal indeks jisim badan (BMI),
lemak berlebihan, dan kekal sihat, serta mengawal empat puluh penyakit kronik
seperti obesiti.

4.2 DIET YANG SEIMBANG

Seterusnya ialah diet yang seimbang,penjagaan pemakanan yang sistematik dapat


mengurangkan risiko sesorang itu untuk menghidap penyakit obesiti.Contohnya
pengamalan pemakan suku-suku separu pada remaja dan kanak-kanak.Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2020), terdapat beberapa kaedah untuk menangani
kegemukan dan obesitas, seperti mengurangkan pengambilan lemak dan
karbohidrat dan meningkatkan pengambilan biji-bijian, sayur-sayuran, kacang-
kacangan dan buah-buahan dengan melakukan aktiviti fizikal yang seimbang setiap
hari. Untuk mengatasi obesitas, terdapat pelbagai diet yang mengurangkan
karbohidrat, lemak, kalori dan ketogenik. (Suryani dan GDku.N 2020).Selain
itu,Banyak kajian baru-baru ini mendapati bahawa diet rendah karbohidrat berkesan
dalam mengurangkan kegemukan dan obesitas. (Kurdanti et al., 2015; Sunita,
2012).Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa tingkat obesiti dalam
generasi Z dapat ditangani melalui diet yang sistematik.

9
4.3 PENGURANGAN PENGGUNAAN DIGITAL

Di Malaysia, terutamanya golongan muda, yang kerap menggunakan teknologi


dalam kehidupan,mereka telah menjadikannya satu keperluan. Masyarakat,
terutamanya kanak-kanak, telah menjadi kebiasaan dengan penggunaan teknologi
seperti komputer, komputer riba, permainan video, televisyen dan peranti seperti
telefon pintar, tablet dan jam pintar. (Salmiah Omar & Malisah Latip, 2016). Dalam
era modenisasi ini,pengunaan digital dalam negara Malaysia sudah semakin pesat
berkembang.Namun begitu,hal ini tidak semestinya membawa hal yang baik
terhadap kanak-kanak dan remaja di negara kita kerana penggunaan digital yang
berlebihan dapat membawa kepada penyakit berbahaya seperti obesiti.Oleh
itu,dengan pengurangan pengunaan digital pada generasi Z,mereka mempunyai
waktu yang lebih banyak untuk bersenam dan merancang diet yang
seimbang.Tuntasnya,jika hal ini dilaksanakan,maka peratusan kes risiko untuk
obesiti juga boleh dikurangkan

4.4 TIDUR YANG CUKUP

Akhir sekali ialah,mendapat durasi tidur yang secukupnya.Tidur merupakan aspek


yang paling penting dalam menangani obesiti.Hal ini disokong dengan kajian yang
dijalankan oleh Beccuti dan Pennain pada tahun 2011 yang menunjukkan bahawa
tempoh tidur yang lebih pendek daripada enam jam dikaitkan dengan kemungkinan
lelaki yang mempunyai obesiti . Orang yang tidur terhad kehilangan hanya 26%
lemak, manakala orang yang tidur secara amnya kehilangan 56% lemak. Ini
menunjukkan bahawa tidur memainkan peranan yang cukup besar dalam proses
penurunan berat badan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan tidur
dikaitkan dengan obesiti dalam pelbagai cara, seperti masalah metabolik dan
pengurangan lemak.Oleh itu,tidur yang cukup secara tidak lansgung dapat
mengurangkan risiko kes obesity dalam negara Malaysia.

10
5.0 KESIMPULAN

RAJAH 2.1

SUMBER: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/01/1054564/kesatuan-
nasional-tonggak-kejayaan-masyarakat-madani

Secara keseluruhan kerja kursus ini membincangan mengenai faktor-faktor


obesiti dan Langkah-langkah menangani nya.Terdapat 4 faktor yang ditekankan
iaitu,amalan diet,sosioekonomi,gaya hidup digital dan genetik.Sebagai rakyat

11
Malaysia yang memegang prinsip Malaysia Madani,semua pihak haruslah
memainkan peranan yang penting dalam memerangi isu ini,jika isu ini tetap
dipandang sebelah mata maka hancurlah negara dan bangsa kita yang
tercinta.Pada rajah 2.1 terdapat rukun-rukun Malaysia Madani,salah satunya
ialah kesejahteraan,justeru itu,kesejahteraan Malaysia akan tergugat kerana
banyak rakyat akan mengalami masalah Kesehatan jika isu obesiti ini tetap
dibiarkan.Hal ini akan membuatkan Malaysia negara yang mundur.Oleh
itu,semua pihak haruslah berkerjasama dalam memerangi isu ini untuk
meningkatkan kesehjahteraan Malaysia tercinta.

6.0 RUJUKAN
Gazali, Hatim, Islam Untuk Gen Z: Mengajarkan Islam, Mendidik Muslim
Generasi Z: Panduan Bagi Guru PAI. Edited by Siti Kholisoh dan Khoirul Anam.
Jakarta: Wahid Foundation, 2021. https://doi.org/10.31219/osf.io/w3d7s.

Andrieu, E., Darmon, N., & Drewnowski, A. (2006). Low-cost diets: more energy,
fewer
nutrients. European Journal of Clinical Nutrition, 60(3), 434-436.

Kristyowati, Y. (2021). Generasi “Z” Dan Strategi Melayaninya. Ambassadors:


Journal of Theology and Christian Education, 2(1), 23-34.

ALIAS, N., & SHAFFIE, F. (2015). Tinjauan Literatur Kesan Obesiti ke atas
Psikososial Remaja. Jurnal Pembangunan Sosial, 18, 117-130.

Nasir, N. C. M., Kamaluddin, M. R., Jasni, M. A., & Pauzi, H. M. (2021).


LEBIHAN BERAT BADAN DAN OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
DAN REMAJA: FAKTOR RISIKO DAN IMPLIKASINYA. e-BANGI Journal, 18(6).

Rodríguez, G., Sjöberg, A., Lissner, L., & Moreno, L. A. (2011). Food patterns
and nutrient intake in relation to childhood obesity. In Epidemiology of Obesity in
Children and Adolescents (pp. 329-346). Springer.

Aziz, N. A., Abd Razak, M. R., & Ismail, E. (2022). Hubungan Antara Tahap
Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan

12
Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 7(3), e001325-e001325.

Mair, R., & Mcgarvey, S. T. (2008). Application of genetic epidemiology to


understanding pediatric obesity. In Handbook of Childhood and Adolescent
Obesity (pp. 163-179). Springer

https://www.astroawani.com/berita-dunia/tanpa-aktiviti-fizikal-500-juta-orang-
berisiko-hadapi-penyakit-jantung-obesiti-who-386888

McLaren, L. (2007). Socioeconomic status and obesity. Epidemiologic Reviews,


29(1), 29-48.Mohammad Rahim, K., Azianura Hani, S., Suzaily, W., &
Vikneswaran, S. (2019). Buli siber: suatu bencana sosial. Malaysia: Penerbit
UKM.

Murasko, J. E. (2011). Trends in the associations between family income, height


and bodynmass index in US children and adolescents: 1971–1980 and 1999–
2008. Annals of Human Biology, 38(3), 290-306.

Naidu, B. M., Mahmud, S. Z., Ambak, R., Mohd Sallehuddin, S., Mutalip, H. A.,
Saari, R. &
Abdul Hamid, H. A. (2013). Overweight among primary school-age children in
Malaysia. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition, 22(3), 408-415.

Jordan, A. B. (2007). Heavy television viewing and childhood obesity. Journal of


Children and Media, 1(1), 45-54

Wang, Y., & Lim, H. (2012). The global childhood obesity epidemic and the
association between socio-economic status and childhood obesity. International
Review of psychiatry, 24(3), 176-188.

Kewangan, U. T. A. R., & dan Kejurulatihan, F. S. S. 019-Peranan Bersenam


Dalam Menangani Masalah Obesiti Di Kalangan Muslim Bagi Melancarkan
Urusan Ibadat Harian. In E-PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA
FALSAFAH, TAMADUN, ETIKA DAN TURATH ISLAMI (i-STET) 2022 E-
PROCEEDING OF INTERNATIONAL SEMINAR ON (p. 168).

13
Suryani I., & GDKu N. (2018). Bahan Ajar Gizi Dietetika Penyakit Tidak
Menular[Internet]. BPPSDM Kesehatan. Available
from:http://bppsdmk.kemkes.go.id/pusdiksdmk/wp-content/uploads/2018/09/
DietetikPenyakit-Tidak-Menular_SC.pdf

WHO. (2020). Obesity and overweight [Internet]. www.who.int. 2020 [cited 2020
Jun 29]. Available from:
https://www.who.int/en/news-room/factsheets/detail/obesity-and-overweight

Kurdanti W., Suryani I., Syamsiatun N. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi


kejadian obesitas pada remaja. 11(04):179–90.

Salmiah Omar, & Malisah Latip. (2016). Pengaruh Peranti Teknologi Kepada
Perkembangan Sosial Dan Permasalahan Kesihatan KanakKanak. Jurnal
Kebajikan Masyarakat, (October 2015), 11.

Beccuti G, Pannain S. Sleep and obesity. Curr Opin Clin Nutr Metab Care 2011;
14(4): 402-412.

14

Anda mungkin juga menyukai