Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS TEKNIK SWOT TEORI BEHAVIORIS

KEKUATAN ( STRENGTH )
1 Kekuatan yang terdapat dalam teori behavioris ialah teori ini mementingkan
kemahiran lisan berbanding kemahiran-kemahiran yang lain. Contohnya, guru perlu
mengajarkan kemahiran lisan terlebih dahulu dan memberikan penekanan kepada
kemahiran lisan melalui latih tubi serta dilakukan secara intensif.
2 Guru perlu menyusun bahan pengajaran dari mudah ke susah. contohnya, hukum
tatabahasa yang diajar oleh guru tidak perlu dipelajari secara formal. pengajaran dan
pembelajaran harus bermula dengan unit yang terkecil dan disusuli unit yang lebih
besar. latih tubi yang diberikan mengikut tahap mudah hingga ke tahap yang lebih
susah.
3 Guru boleh mempelbagaikan ransangan dan aktiviti tindak balas. Guru boleh
menyediakan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar supaya pelajar dapat
memberikan tindak balas dan ransangan. Guru juga perlu memberikan ganjaran
kepada tindakan yang betul supaya murid mengulang tindak balas yang betul
sehingga menjadi tindakan bersifat automatis.
4 Ganjaran akan mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa. Contohnya, ibu menepuk
tangan sambil menyebut perkataan pandai jika kanak-kanak menyebut dengan betul
anggota badan tertentu yang ditunjukkan oleh ibu.
5 Kesilapan bahasa dapat diperlbetulkan dengan segera dan bahasa yang betul
diperkukuhkan dengan segera untuk mengelakkan menjadi tabiat dan mengukuhkan
tabiat yang betul.
6 Rumusan tentang sesuatu yang dipelajari diperoleh melalui peniruan dan latih tubi
yang berterusan.
7 Prinsip ransangan dan gerak balas dapat membentuk perlakuan bahasa yang
diingini. ia bermula daripada stimulus yang menyebabkan respon dan mendapat
ganjaran.
KELEMAHAN ( WEAKNESS )

8 Bagi teori pelaziman operan, Teori ini hanya menekan pada satu kaedah sahaja
iaitu mesti menggunakan kaedah cuba jaya iaitu cuba-ralat atau memilih dan
menghubungkait untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat dibuktikan apabila
seseorang murid itu tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk mencuba kaedah
ini, maka, gerak balas positif tidak mungkin akan terhasil. Kaedah ini hanya akan
digunakan sekiranya murid tersebut berada dalam keadaan terdesak.
9 Pembelajaran tidak akan berkesan jika murid tidak bersedia dan dipaksa untuk
belajar. Pembelajaran juga tidak akan berlaku jika tiada ransangan yang diberikan
kepada murid tersebut. Sememangnya gerak balas yang diberikan oleh murid akan
bertambah baik sekiranya murid tersebut diberikan ganjaran yang bersesuaian.

Namun begitu sekiranya ganjaran tersebut diberikan secara berlebihan, kesan gerak
balas yang negatif mungkin akan terhasil. Sebagai contoh, murid akan bersifat riak
dan bangga diri sekiranya mereka mendapat pujian yang berlebihan.
10 Peneguhan negatif yang diberikan oleh guru akan menghasilkan tingkah laku
murid yang diingini, tetapi ia akan membawa kesan yang tidak menyeronokkan
kepada murid tersebut.
11 Selain itu,bagi teori pelaziman klasik, kelemahan yang terdapat dalam teori ini
ialah pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat
diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan yang banyak kali. Hal ini disebabkan
pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh
masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu
pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman.
12 Tambahan pula, pelaziman tetap akan berlanjutan sehingga terdapat disentisasi
bersistematik ataupun kaedah lain yang menghilangkan pelaziman tersebut.. Setelah
wujudnya pelaziman, pelaziman tersebut akan berlanjutan selamanya. Sebagai
contohnya, jikalau murid telah mempunyai pelaziman yang negatif, adalah amat
susah untuk menghilangkan pelaziman ini jikalau tanpa sebarang tindakan pemulihan
diambil.
ANCAMAN ( THREAT)

Pandangan Nativisme
Pandangan ini diwakili oleh Noam Chomsky. Ia berpendapat bahwa penguasaan bahasa
pada anak-anak bersifat alamiah atau nature. pandangan ini tidak berpendapat bahawa
lingkungan punya pengaruh dalam pemerolehan bahasa, melainkan menganggap bahwa
bahasa merupakan pemberian biologis, sejalan dengan terbukanya kemampuan lingual
yang secara genetis telah di programkan.
Kaum nativis berpendapat bahawa bahasa itu terlalu kompleks dan rumit, sehingga
mustahil dapat dipelajari dalam waktu singkat melalui metode seperti peniruan atau
imitation. Dan setiap anak dilahirkan dengan dibekali alat pemerolehan bahasa
(language acquisition device (LAD). Alat ini yang merupakan pemberian biologis yang
sudah di programkan untuk merinci butir-butir yang mungkin dari suatu tata bahasa. LAD
dianggap sebagai bagian fisiologis dari otak yang khusus untuk memproses bahasa, dan
tidak punya kaitan dengan kemampuan kognitif lainnya.

Anda mungkin juga menyukai