Anda di halaman 1dari 16

1.

Pengenalan : Terdapat pelbagai cara membantu dan membimbing manusia.

Antaranya dengan memberi nasihat, membimbing, kaunseling dan mungkin juga juga melalui proses psikoterapi. Konsep konsep asas membimbing ini wajar difahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing samada sebagai penasihat, pembimbing atau kaunselor berdasarkan keupayaan dan kemahiran masing-masing. Pada kali ini kita akan membincangkan mengenai konsep kaunseling. Kaunseling counseling. Counsel kauseling bukanlah kaunseling itu berasal daripada diertikan sebagai perkataan Inggeris iaitu advice or consultation. melalui proses

Namun demikian, beberapa akar dalam bidang kaunseling menyatakan penasihatan. Seseorang yang tidak hanya menerima nasihat. Malah beliau perlu

berbincang dan menganalisis permasalahan yang dihadapi bersamasama dengan kaunselor bagi mencari penyelesaiannya. Sesi kaunseling adalah satu pengalaman luar biasa yang amat mencabar. Justeru itu, banyak perkara yang mesti diambilkira sebelum kita sebelum terlibat secara langsung dalam sesi bimbingan dan kaunseling ini. Sebagai seorang kaunselor, kita harus memikirkan bahawa proses menemubual klien kali pertama adalah proses perbualan dan perbincangan yang menggambarkan bahawa kaunselor boleh diyakini dan boleh memanfaatkan orang lain sebelum dia memulakan khidmat menolong klien.

Secara khususnya , terdapat beberapa definisi tentang kaunseling. Definisi ini sengaja dipilih bagi memaparkan persamaan dan perbezaan tumpuan para ilmuwan daripada dekat 70-an sehingga ke alaf baru. Bidang kaunseling adalah dinamik dan sudah berubah fokus atau tumpuannya mengikut peredaran zaman.

1.1

Definisi kaunseling: Menurut Zainal Abidin ( 2002 ) , kaunseling adalah satu proses

perbincangan antara kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama - sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. Menurut Bloche ( Shertzer dan Stone, 1974 ), kaunseling adalah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran. Ini akan menghasilkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku yang akan berubah pada masa akan datang. Menurut Burks dan Steffire ( 1979 ), kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu hubungan yang bersifat profesional di antara seorang kaunselor terlatih dan bertauliah dengan klien yang bertujuan untuk membantu klien memilih dan mengambil keputusan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Secara amnya, perkhidmatan kaunseling itu semestinya dilaksanakan melalui teknik serta pendekatan Islam agar tugas serta tanggungjawab seorang kaunselor itu diredhai oleh Allah swt. Oleh itu, kaunselor memainkan peranan yang penting di dalam membimbing manusia supaya mereka mampu memilih jalan yang benar-benar diredhai Allah swt. Kesimpulannnya, kaunseling boleh diterjemahkan sebagai satu proses yang bertujuan ke arah perubahan tingkah laku positif klien di atas keputusan yang diambil oleh klien setelah melalui proses perbincangan bersama kaunselor, di mana ia boleh digunakan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kecelaruan mental yang dihadapi oleh klien.

2.0

Proses Kaunseling Dan Perkembangannya Proses kaunseling ialah satu proses yang berkembang dan berubah

dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ia mesti ada permulaan, maju ke tahap lain, dan mempunyai kesudahan. Ada lima tahap dalam proses kaunseling ini iaitu : Menamatkan Sesi Melaksanakan keputusan Membuat keputusan Membuat Penerokaan Membina Hubungan Rajah 2.0 : Lima tahap proses kaunseling Perkembangan proses kaunseling ialah : 2.1 Membina hubungan : Secara umumnya, kejayaan proses kaunseling bergantung pada sejauhmana saya dapat mewujudkan suasana yang mesra dan meyakinkan klien . Biasanya pada peringkat permulaan, saya belum mengenali klien. Dalam kajian kes kali ini, klien saya adalah Alwi, yang menghadapi masalah seperti : i. selalu tidak menyiapkan kerja sekolah. ii. membuli dan mengacau murid-murid lain.

Oleh itu , saya haruslah membentuk satu hubungan yang baik dengan Alwi supaya kepercayaan Alwi akan meningkat dan seterusnya membuka pintu perbincangan yang terbuka luas bagi meneroka diri dan masalah yang sedang Alwi hadapi. Justeru itu, dalam keadaan seperti ini, saya perlulah terlebih dahulu membina hubungan yang baik bersama Alwi supaya Alwi merasa selesa dan dapat mewujudkan kepercayaannya pada saya. Terdapat empat tugas utama dalam tahap ini: 2.1.1 Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi. Ini perlu supaya Alwi berasa yakin dengan dirinya, saya dan proses kaunseling. Tugas saya kini ialah untuk mewujudkan suasana rasa selamat, mesra, mendengar dengan intensif dan memberi respons sepenuhnya. Selain itu suasana yang terapeutik juga akan mempengaruhi proses kaunseling yang dijalankan.

2.1.2

Menentukan matlamat kaunseling

Saya dan Alwi perlu bersama-sama menentukan dan bersetuju dengan matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling ini. Ini bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan Alwi.

2.1.3

Menstruktur hubungan

Alwi perlu dijelaskan tentang perjalanan atau proses kaunseling. Saya dan Alwi mesti mempunyai struktur hubungan yang terancang supaya Alwi akan memahami dengan lebih jelas matlamat yang diperbincangkan oleh kami. Seterusnya Alwi mestilah dengan rela serta bersetuju mengenai beberapa perkara sebelum memulakan proses kaunseling. Antara perkara yang biasa dinyatakan ialah tentang konsep kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi dan aspek kerahsiaan. 2.1.4 Membina kepercayaan

Dalam hal ini , saya perlu berpegang kepada etika keprofesionalan kaunseling. Saya juga perlu memberi penekanan terhadap aspek kerahsiaan iaitu merahsiakan segala perbincangan antara Alwi dengan saya dari pengetahuan orang lain. Saya juga perlu menyatakan tentang peranan saya membantu Alwi dalam menyelesaikan isu yang sedang dihadapinya.

2.2

Tahap Penerokaan ( Meneroka dan Memahami ): Pada tahap ini, saya harus membantu Alwi bagi menumpukan perhatian meneroka, memahami dan menganalisis masalah yang dihadapinya.. Saya juga harus menyakinkan Alwi bahawa segala masalah yang dihadapinya itu boleh diseslesaikan dengan cara kaunseling. Maka dalam tahap penerokaan dan memahami ini, beberapa aspek seperti skop masalah, aras perfungsian klien, pola sejarah klien dan kekuatan serta sumber kekuatan perlulah dikenalpasti. Oleh itu, maklumat yang

diperlukan secara terperinci akan diperolehi dan secara tidak langsung akan dapat membantu dalam proses kaunseling yang sedang dijalankan.

2.2.1

Skop masalah, Aras Perfungsian Klien, Pola Sejarah Klien serta Kekuatan dan Sumber Kekuatan dan Tindakan yang perlu diambil. Dalam kes ini, guru perlulah bersama-sama meneroka, memahami dan menganalisis permasalahan yang sedang Alwi hadapi. Guru juga perlu dapat meningkatkan kesedaran Alwi terhadap pemasalahannya. Dalam membina hubungan dengan Alwi , guru hendaklah sentiasa berusaha memahami masalah yang Alwi hadapi. Justeru itu, guru akan mendapat gambaran sebenar tentang masalah yang sedang dihadapi oleh Alwi. Dalam keadaan seperti ini barulah guru berupaya membantu Alwi menyelesaikan konflik yang sedang dihadapinya. Sebagai seorang guru yang prihatin terhadap masalah anak muridnya, guru perlulah cuba berempati dengannya. Bertitik tolak dari sinilah kita akan dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh Alwi dan memahami permasalahan yang dihadapinya.

a.

Sebagai salah seorang daripada gurunya, saya juga haruslah meneroka secara mendalam pelbagai aspek tentang permasalahan yang sedang dihadapi oleh Alwi. Saya juga seharusnya cuba mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah yang

sebenarnya.. Setelah diperbincangkan, maka, saya telah dapat mengenalpasti punca masalah yang Alwi hadapi. Masalah yang Alwi hadapi seperti sering tidak menyiapkan kerja sekolah, prestasi pelajarannya merosot dan suka membuli pelajar lain adalah berpunca daripada permasalahan dalam keluarganya sendiri. Antara punca-punca yang menyebabkan Alwi menghadapi konflik seperti itu ialah : i. Ayah Alwi telah diberhentikan kerja. Secara tidak langsung Alwi dan keluarganya menghadapi masalah kekurangan keperluan fisiologi seperti makanan, minuman dan keperluan asas yang lain. ii. Disebabkan masalah kewangan yang membelengu, ibu dan ayahnya juga sering bergaduh. Rasa ketidakpuasan disebabkan kekurangan wang ini jugalah menyebabkan keluarganya seakan berada dalam keadaan kucar kacir. Oleh itu, Alwi terpaksa menghabiskan banyak masanya dengan bekerja part time selepas waktu sekolah sehingga malam . Justeru itu, tugasnya sebagai pelajar terpaksa diabaikan untuk bekerja membantu meringankan beban keluarga. Ini menyebabkan banyak kerja rumah yang diberi guru tidak dapat disiapkan. Dia juga tidak punya masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran. iii. Oleh kerana rasa bosan dengan guru atau mata pelajaran tertentu, Alwi akan mengacau rakan-rakan yang lain yang sedang belajar. Apatah lagi, pengajaran guru tidak menarik minatnya.

Setelah diperbincangkan bersama Alwi mengenai punca masalahnya ini, maka saya telah memilih beberapa alternatif yang difikirkan perlu bagi membantu Alwi.

3.0

Cadangan dan kesan: 3.1 Cadangan

a.

Alwi perlulah diberikan bimbingan dan kaunseling secara berterusan supaya Alwi merasa lebih yakin akan keupayaan dan potensi dirinya. Alwi jugamestilah dimotivasikan untuk memperkembangkan potensi dirinya secara maksimum dan membentuk konsep kendiri yang positif..

b.

Kaunselor perlu memberikan panduan kepada Alwi cara bijak memilih kawan. Alwi perlu memilih kawan yang boleh membantunya di waktu senang dan susah .

c.

Alwi juga perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pelajaran. Ini penting kerana sekiranya Alwi berjaya dalam pelajarannya, dan mendapat pekerjaan yang baik, Alwi akan dapat membantu keluarganya. Secara tidak langsung kejayaan Alwi ini akan menjadi sumber motivasi kepada adik-adiknya yang lain.

d.

Guru juga perlu memberi bimbingan dan pendedahan kepada Alwi bahawa masalah yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang ganjil an sangat teruk. Pendedahan dan bimbingan ini akan dapat membantu Alwi membina sikap yang positif dan rasional di mana sebagai manusia biasa kita mempunyai kelemahan dan pengalaman pahit. Kelemahan dan pengalaman pahit ini bukanlah penghalang untuk kita terus berubah dan berjaya.

e. Guru juga harus menggalakkan penglibatan Alwi dalam aktiviti ko-kurikulum supaya Alwi dapat menggunakan masanya secara berfaedah dan bersosial secara positif. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan aktiviti Alwi di luar rumah bersama rakan-rakan lepaknya. f. Guru juga perlu menggalakkan Alwi menyediakan jadual waktu belajar di rumah supaya Alwi dapat menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran dengan lebih baik. Jika Alwi tidak selesa dengan suasana pembelajaran di rumah yang tidak kondusif, Alwi bolehlah menyiapkan kerja rumahnya di sekolah atau di perpustakaan. Selain dari menyiapkan tugasan, Alwi bolehlah menggunakan masanya untuk mengulangkaji.

10

3.0

IMPAK DAN KESAN Setelah Alwi melalui telah proses kaunseling ini, guru mendapati beberapa perubahan yang

menunjukkan

menggalakkan. Antaranya ialah: a. Alwi merasa lebih yakin akan keupayaan dirinya sendiri. Melalui galakan dan peneguhan positif yang diberikan oleh guru, dia merasa lebih yakin dengan apa yang dilakukannya sekarang. b. Akibat dari peneguhan positif yang selalu diberikan oleh guru pada Alwi, kini, Alwi merasa dirinya lebih dihargai dan disayangi . Oleh itu, dia telah berusaha dengan lebih gigih demi meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. c. Melalui penglibatan Alwi dalam aktiviti kokurikulum, sekurang-kurangnya telah memberi pendedahan untuknya bersosial dalam lingkungan yang lebih efisien dan selesa. d. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat, seperti Program Rakan Sebaya, Alwi akan dapat menfaatkan masanya dengan lebih baik dan menghindarkan dirinya dari melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak.

11

e. Dengan penggunaan jadual waktu yang telah disediakan oleh Alwi dengan bimbingan guru, Alwi telah dapat merancang penggunaan masanya dengan lebih baik lagi. Secara tidak langsung, Alwi dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan guru dalam masa yang ditetapkan. mengulangkaji pelajarannya. f. Dengan penggunaan jadual waktu juga, dapat membentuk peribadi Alwi supaya berdisiplin dan lebih menghargai masa. Dia juga dapat merancang aktiviti sehariannya dengan lebih berkesan. Alwi juga dapat menggunakan masa yang terluang itu dengan

12

4.0

KEBAIKAN KES. Berdasarkan kajian kes yang dijalankan, didapati kajian ini telah memberikan beberapa kebaikan. Pertama, kebaikan kepada guru pembimbing itu sendiri. Dengan menjalankan proses kaunseling terhadap Alwi, sekurang- kurangnya guru pembimbing itu telah dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajarinya berkaitan dengan proses kaunseling. Selain itu, guru akan dapat menimba beberapa pengalaman baru dalam meneroka pelbagai masalah yang berkaitan dengan diri murid. Secara tidak langsung, guru akan mendapat banyak idea baru bagi meningkatkan tahap kecekapan beliau dalam bidang kaunseling ini. Selain itu, dengan proses kaunseling ini juga dapat menguji keupayaan dan kemahiran guru supaya guru dapat berusaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan teknik pembelajaran untuk mempelbagaikan kaedah mengikut tahap kecerdasan dan kesediaan murid di dalam kelas. Guru juga boleh memikirkan pengajaran dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dan yang mampu menarik minat murid. Kebaikan dari pihak Alwi pula, dengan menjalani proses kaunseling banyak perubahan positif yang berlaku ke atas dirinya. Kalau dahulu, keadaan Alwi seakan akan tidak terurus kerana tekanan yang dihadapinya itu. Kini, keadaan Alwi sudah banyak berubah. Alwi berjaya diselamatkan oleh guru pembimbingnya dengan cuba meneroka segala permasalahan Alwi. Secara tidak langsung Alwi telah mula mengenali dirinya sendiri, mengenali kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Oleh itu, Alwi

13

akan cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangannya itu bagi mencapai potensi dan matlamat yang diharapkan..

5.0

LIMITASI DAN KAJIAN KES ( HAD DAN HALANGAN ) Dalam menjalankan proses kaunseling ini, biasanya guru pembimbing dan pelajar bermasalah akan berhadapan dengan berbagai halangan atau limitasi. Biasanya faktor masa menjadi halangan dalam proses kaunseling ini. Ini kerana masa yang diperlukan untuk sesi ini bermula iaitu dari sesi pertama pertemuan hinggalah ke akhirnya, iaitu menamatkan sesi mengambil masa yang agak lama. Guru pembimbing memerlukan masa yang agak lama untuk mengum -pulkan maklumat mengenai murid, membuat pemantauan mengemurid, ibu bapa dan rakan untuk membantu dalam proses menyele saikan masalah. Guru juga perlu mengambil masa yang secukupnya untuk membina hubungan yang baik dengan murid . Ini penting supaya proses kaunseling dapat dijalankan dalam keadaan yang selesa dan dapat menggalakkan perbincangan.

6.0

PENUTUP

14

Secara umumnya, dengan berpandukan kajian kes yang dihadapi oleh murid iaitu Alwi telah membuktikan bahawa proses kaunseling merupakan salah satu jalan yang terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi, dalam menyelesaikan segala permasalahan ini juga memerlukan kerjasama dua hala antara guru pembimbing dan murid. Jika tiada persefahaman antara kedua-duanya juga tidak akan dapat menjamin sebarang kejayaan dalam proses kaunseling ini. Oleh itu, jelaslah bahawa proses kaunseling itu sendiri ialah satu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

15

BAHAN RUJUKAN 1. Dr Maznah Baba dan Zainal Madon ( 2003 ). Kaunseling Individu, PTS Publications and Distributor Sdn Bhd. . 2. Tang Chee Yee( 1996 ). Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Sekolah Rendah dan Menengah, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun ( 2006 ). Panduan Ulangkaji Bimbingan dan Kaunseling Untuk Pra Sarjana Muda dan KPLI, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 4. Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan Dan Kaunseling 1 ( Semester Tiga ), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Cetakan Kedua. 5. Mok Soon Sang ( 2003 ). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2 ) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya. 6. http:// www.geocities.com/alamaya.geo/a5.htm 7. http://www.members.tripod.com/azmizam/jalinanfamily.html 8. http:///ms.wikipedia.org/wiki/Buli

16

Anda mungkin juga menyukai