Anda di halaman 1dari 47

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi
Muhammad S.A.W kerana dengan limpah dan kurniaannya dapatlah saya
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Dengan sempatan inin saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya menyiapkan serta melengkapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ditujukan khas kepada Guru Besar
SK Lepong Balleh, Encik Jonedi Anak Ngalambong di atas tunjuk ajar, nasihat,
panduan dan teguran beliau sejak hari pertama saya melapor diri di SK Lepong
Balleh serta sentiasa membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua guru-guru dan kakitangan
sekolah yang telah memberikan keyakinan yang penuh dan dorongan padu yang
berteruskan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
guru seperjuangan yang baru bergelar sebagai warga pendidik seperti saya di atas
pertolongan yang berteruskan dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
mereka yang terlibat sehingga terhasilnya tugasan ini. Semoga Allah SWT
melimpahkan rahmat dan rezeki serta mendapat kebahagian hidup di dunia dan
akhirat.

PENGENALAN
Program Orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) dilaksanakan
selama seminggu oleh pihak sekolah ke atas semua guru-guru baru supaya guru
baru dapat dibentuk dan bersedia menjadi modal insan guru yang berkesan dan
seterusnya meralisasikan matlamat NKRA (Natinal Key Result Areas) dan KPI (Key
Performance Indicators). Selain daripada itu, guru baru yang berkesan hendaklah
berusaha membentuk diri mereka sebagai modal insan yang mempunyai jati diri,
berketrampilan, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi. Melalui ini guru baru
dapat

belajar,

bekerja,

berkomunikasi,

menggunakan

Teknologi

Maklumat

(Information and Communication Technology, ICT), berfikir secara kreatif dan kritis,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan berupaya menjadi pemimpin yang
baik.
Terdapat 4 objektif utama Program Orientasi Guru Sandaran Siswazah
Terlatih (GSST) iaitu:
a. Dapat memenuhi semua garis panduan dan dasar-dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia.
b. Menyesuaikan diri dengan cepat tentang budaya sekolah.
c. Menghayati budaya dan kerjaya sebagai seorang guru di sekolah.
d. Melahirkan budaya kerja kreatif dan inovatif.

SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG


Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan
Kapit iaitu pekan utama bagi bahagian ketujuh Sarawak. Dahulu perjalanan menuju
ke sekolah dari Pekan Kapit mengambil masa 30 minit dengan menggunakan bot
atau perahu melalui Sungai Rejang dan seterusnya masuk ke muara Sungai Balleh.
Kini, dengan adanya kemudahan jalan raya yang berturap maka perjalanan ke
sekolah sudah semakin mudah dan hanya memerlukan masa sekitar 20 minit
sahaja.
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1966 oleh Majlis Tempatan. Tapak
sekolah ini pada asalnya adalah kepunyaan Encik Jayan, seorang petani tempatan
yang berbangsa Rajang. Sebahagian besar tanah di kawasan sekolah ini ialah
merupakan kawasan perkuburan lama bagi kaum Rajang. Sekolah ini juga dikelilingi
oleh Sungai Balleh dan Sungai Melekun.
Nama sekolah diperolehi sempena nama dari Sungai Balleh yang mengalir di
hadapan sekolah. Manakala perkataan Lepong pula berasal daripada bahasa Iban
yang bermaksud muara. Di sekitar tahun 60-an nama sekolah ini dinamakan
mengikut kawasan sekelilingnya iaitu Sekolah Rendah Nanga Melekun, tetapi
selepas sekolah ini diambil alih oleh Pejabat Pelajaran Bahagian, sekolah ini dikenali
sebagai Sekolah Kerajaan Lepong Balleh dan sekarang dikenali Sekolah
Kebangsaan Lepong Balleh.
Murid-murid sekolah ini kebanyakkannya datang dari rumah panjang yang
berdekatan dan juga di sekitar Sungai Rejang seperti Rumah Jugo, Rumah Gawan,
Rumah Jarraw, Rumah Likong, Rumah Bangkong, Rumah Ikau, Rumah Gaing,
Rumah Unan, Rumah Umping dan Kampung Sawang. Ada juga segelintir murid
sekolah yang datang dari Sungai Mujong. Selain daripada itu juga, memandangkan
sekolah ini berdekatan dengan kawasan kem pembalakan seperti Kem Batu Arang,
Kem Sapan Jaya, Kem Sri Amang dan Kem Shing Yang, terdapat ramai pekerja
kem-kem balak ini menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini bagi memastikan
anak-anak mereka tidak ketinggalan dari aspek pendidikan.
Sebahagian besar murid yang bersekolah di Sekolah kebangsaan Lepong
Balleh ini adalah kaum Iban diikuti oleh kaum-kaum lain seperti Orang Ulu, Melayu,
Cina, Beketan dan juga Murut. Kedudukan sekolah yang strategik serta mempunyai

asrama ini menyebabkannya menjadi tumpuan utama bagi ibubapa untuk


menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.
Guru Besar pertama bagi sekolah ini ialah Encik Baling (1966-1968) yang
berasal dari Sibu dan berkhidmat selama 3 tahun sebelum diambil alih tugas oleh
Encik Donald (1969-1970) yang berasal dari Betong. Pada tahun 1972, Encik Alwi
yang berasal dari Belawai, Rajang telah menjadi Guru Besar sehingga tahun 1973.
Encik David Dandy Manja yang berasal dari Sibu mengambil alih tugas sebagai
Guru Besar daripada Encik Alwi pada tahun 1974 dan berkhidmat selama 10 tahun
iaitu sehingga tahun 1983. Beliau telah dinaikkan pangkat pada tahun 1983 dan
berpindah untuk berkhidmat di Pejabat Pelajaran Bahagian. Tugas guru besar
diambil oleh Encik Yusof Anthony Ross (1983-1984) yang berasal dari Saratok
sebelum berpindah ke Daerah Song. Beliau diganti pula oleh Encik Wilfred Nanggai
(1985-2003) sebelum menyerahkan kepada Encik Bengkong Selan. Encik Bengkong
Selan telah berkhidmat selama 7 tahun sehingga penghujung tahun 2010. Pada
awal tahun 2011, Encik Jonedi Anak Ngalambong telah menjalankan tugas sebagai
Guru Besar sehingga kini.

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN

BIL

NAMA

JONEDI ANAK NGALAMBONG

ANTHONY JALIN MANGGIE

DAVID DUMBANG AK BUDIN

BUNTOI ANAK MUNAN

BAN ANAK KAYAN

OTHMAN BIN ADI

BETTY AK AI

DAMBAK UBAM

SHIRLEY SENAH AK JAPONG

10

NURASILA BINTI AZIZ

11

SHAMSUL AFENDI BIN


AWANG

12

MARGARET ANAK GANJA

13

AUGUSTINE DIAN

14

MARLINA BT MAT ZIN

15

MUHAMMAD ZAHIDDI LATIP

16

NURUL ASWAD BIN ABD


RAHMAN

JAWATAN

CATATAN

GURU BESAR
( DGA 34 )
PK 1
( DGA 32 )
PK HEM
( DGA 32 )
PK KK
( DGA 32 )
GURU
( DGA 32 KUP )
GURU

GURU PRA SEKOLAH

( DG 41 )
GURU
( DGA 32 KUP )
GURU
( DGA 32 KUP )
GURU
( DGA 32 KUP )
GURU
( DG 41 )
GURU
( DG 41 )
GURU

GURU PRA SEKOLAH


GURU MEDIA / PUSAT
SUMBER

GURU BIMBINGAN &


KAUNSELING

( DC 41 )
GURU
( DGA 32 KUP )
GURU

GURU PRA SEKOLAH

( DG 41 )
GURU

GURU SPBT

( DGA 29 )
GURU

( LANTIKAN DALAMAN )

( DG 41 )

GURU PEMULIHAN KHAS

17

NELLY ANAK ISAU

18

JOSEPH ANAK ELO

19

JEANA TURAH

20

SALBIYAH BT SHAHDAN

21

OZARINA BINTI OTHMAN

22

SAZILA BINTI MOHAMAD

23

SUKHARDI BIN HAILI

24
25

( DG 41 )
GURU
( DG 41 )
GURU
( DG 41 )
GURU

( DG 41 )
GURU

RADUAN

( DC 41 )
GURU

FLORENCE ANAK KASOL

28

AJIM ANYIE

( LANTIKAN DALAMAN )

GURU BIMBINGAN &


KAUNSELING

( DC 41 )
GURU

FAUZI
NUR SYARIAAH BINTI

27

GURU DATA

( DC 41 )
GURU

FAUZAN BADARI BIN AHAMAD

MOHD. HELMIE BIN ISMAIL

30

( DG 41 )
GURU

( DC 41 )
GURU

26

29

GURU

( DC 41 )
GURU

GURU

( DG 41 )
GURU

PEMULIHAN KHAS
DIPINJAM KE

( DG 41 )
GSTT

PPD KAPIT

AELLINA RICHARD HANYI


MECKLINA AK SLYVESTER

( DB 17 )
GSTT

SULTAN

( DB 17 )

LENCANA

GURU GANTI

SEKOLAH

Keseluruhan logo ini menggunakan warna bendera negeri Sarawak yang


menunjukkan kita sentiasa mendukung aspirasi negari Sarawak dalam segala
pentadbiran sekolah. Warna putih melambangkan ketelusan hati kita menerima
segala saranan dan perubahan-perubahan dengan terbuka ikhlas. Warna merah
melambangkan semangat juang yang tinggi dikalangan Staf. Warna hitam
melambangkan sekolah ini memiliki elemen-elemen yang penting sebagai sumber
meningkatkan pelajar. Ia melambangkan sekolah ini sebagai pusat perkembangan
ilmu. Warna kuning melambangkan warga sekolah sentiasa menjunjung dan
mendaulatkan ketua negara dan negara Malaysia.

VISI SEKOLAH
Sekoah Kebangsaan Lepong Balleh Cemerlang Tahun 2012

MISI SEKOLAH

Menyampaikan Pendidikan Berkualiti Ke Arah Melahirkan Insan Yang Cemerlang


Serta Sempurna.

OBJEKTIF SEKOLAH
Melahirkan murid-murid yang:

Menguasai pendidikan asas yang kukuh


Potensinya berkembang secara menyeluruh.
Prestasi akademiknya cemerlang.
Bersemangat patriotik yang teguh.

PIAGAM PELANGGAN

Memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar.


Membeir peluang sama rata kepada semua pelajar.
Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak para pelajar dan ibubapa.
Berlaku adil.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS


GURU BESAR
Pentadbiran
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan
guru di sekolah sebagaimana berikut:
a)

Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan


semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

b)

Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi

c)

semua kakitangan di bawah jagaannya.


Melaksanakan prosedur bagi menamatkan

d)

persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.


Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan

e)

dan kursus dalam jawatan.


Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal

f)

percutian kakitangan di sekolahnya.


Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja

g)

dan tugas kakitangan sekolahnya.


Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan

h)

sokongan.
Menyimpan

i)

kakitangan bukan guru.


Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas,

j)

dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.


Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di

k)

sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.


Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang

l)

teratur dan sempurna.


Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun

m)

dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.


Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan

n)
o)

sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala

p)

keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.


Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah

q)

yang melibatkan guru dan kakitangan.


Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan

dan

menyelenggarakan

perkhidmatan

rekod-rekod

peribadi

perletakan,

guru

dan

Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan


kerajaan yang lain.
Kewangan
a)

Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus

b)

dan perbelanjaan pembangunan.


Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain
geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

c)

Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber

d)

pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.


Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran

e)

yang dilakukan oleh pihak sekolah.


Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji,

f)

elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.


Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan,

g)

Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.


Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk

h)

audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.


Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajarpelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan

i)

penaja.
Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut

j)

syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan

k)

dengan teratur dan kemas kini.


Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa,

l)

wang runcit dan sebagainya.


Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan

m)

sempurna mengikut peraturan yang ada.


Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

Pembangunan Fizikal Sekolah


a)

Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya

b)

dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.


Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan

c)

kawasan sekolah dari semasa ke semasa.


Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil

d)

yang diadakan di sekolah.


Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti
pembinaan

dan

pembaikian,

memerlukan

bangunan

bangunan

sekolah

tambahan

dan

dan

sebagainya.
Pembangunan Kakitangan
a)

Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan
bukan guru untuk pengayaan dirinya.

b)

Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus


dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di

c)

sekolahnya.
Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Mengajar

Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut


peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

Kurikulum
a)

Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan

b)

teratur, berkesan dan mengikut perancangan.


Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan

c)

oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.


Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di

d)

sekolah berjalan dengan sempurna.


Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan

e)

menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.


Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk

f)
g)

memastikan keberkesanan pelaksanaannya.


Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan

h)

perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.


Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-

i)

jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.


Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan
bidang akademik.

Kokurikulum
a)

Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan

b)

pasukan-pasukan unit pakaian seragam.


Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik,
teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai &
praktikal.

c)

Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan


ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga
pasukan unit berunifom.

Hal Ehwal Pelajar


a)

Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan

b)

bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.


Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang

c)

praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.


Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada
pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus

d)

dalam akademik dan sukan.


Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undangundang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan

e)

adil.
Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,
perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan
baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,
keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

Pengawasan Dan Penyeliaan


a)

Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan

b)

terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.


Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas
pentadbiran,

pengurusan,

kewangan,

pembangunan

fizikal,

kemajuan

kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal


c)

ehwal pelajar.
Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia

d)

Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.


Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan

e)

guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.


Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan

f)

pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.


Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang
akan dibuat pada setiap hujung tahun.

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


a)

Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.

b)

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

c)

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,


hubungan masyarakat dan keselamatan.

d)

Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.

e)

Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan


sekolah.

f)

Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah

g)

Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.

h)

Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

i)

Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.

SETIAUSAHA KURIKULUM
a)

Menentukan

rancangan

pelajaran

harian,

mingguan,

penggal

dan

sebagainya.
b)

Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru
yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan
tugas harian mereka.

c)

Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta


mencadangkan tindakan susulan.

d)

Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,


Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.

e)

Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.

KETUA PANITIA

Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan.

GURU MEDIA
a)

Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber,


makmal dan bengkel.

b)

Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber


pendidikan.

GURU PEMULIHAN

Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

GURU MATA PELAJARAN


a)

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan

b)

sukatan pelajaran
Mempunyai sebuah

c)

menyerahkan kepada guru besar pada masa yang ditetapkan


Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan

d)

lengkap
Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan

Buku

Rekod

Mengajar

yang

dikemaskini

dan

PENYELARAS TAHUN / ALIRAN

Membantu merancang takwim sekolah.

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu
gantian.

SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDAP)


a)

Membantu menyelaraskan kursus dan latihan guru serta staf sokongan.

b)

Mengadakan kursus/latihan personal.

GURU DATA
a)

Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.

b)

Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.

c)

Menyelaras semua jenis kutipan yuran

d)

Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

PENOLONG KANAN HEM


a)

Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika

b)

ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.


Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang

c)

pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.


Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-

d)

kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.


Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan

e)

diatur mengikut prosedur dan peraturan.


Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan

f)

bantuan kewangan berjalan dengan lancar.


Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah,

g)

perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.


Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan

h)

guru dan kakitangan bukan guru.


Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

SETIAUSAHA HEM
a)

Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di


sekolahnya.

b)

Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan

c)

memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.


Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas

d)

tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.


Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi

e)

dokumen dan borang-borang yang tertentu.


Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan

f)

bertukar ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.


Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil

g)

berhenti sekolah.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan
kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu

h)

Tadbir sekolah.
Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam
menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

GURU DISIPLIN
a)

Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat

b)

sekolah dilaksanakan dengan sempurna.


Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan

c)

oleh guru, kakitangan dan para pelajar.


Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang

d)

melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.


Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap
mengenai pelajar terlibat.

GURU BIMBINGAN & KAUNSELING


a)

Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan

b)

kaunseling.
Bekerjasama

c)

pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar

erat

dengan

guru

pembimbing

dan

kaunseling

dalam

yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan,


kerjaya dan sebagainya.

d)

Menyediakan

laporan

lengkap

mengenai

pelajar

yang

mendapat

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang


e)

berkaitan.
Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau
suaikenal bagi pelajar-pelajar baru

GURU RMT

Mengurus bantuan pemakanan untuk murid-murid seperti projek susu sekolah


dan rancangan makanan tambahan (RMT).

GURU KESIHATAN & KESELAMATAN


a)

Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di

b)

sekolahnya agar berjalan dengan baik.


Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna

c)

seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.


Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin

d)

sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.


Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan
kebersihan di kalangan pelajar.

Guru SPBT
a)

Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para


pelajar yang bakal menerima buku teks.

b)

Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,


pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.

c)

Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.

d)

Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

GURU PENASIHAT LEMBAGA PENGAWAS

Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan


bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.

WARDEN ASRAMA
a)

Mengurus kemasukan penghuni asrama.

b)

Mengurus rekod kedatangan penghuni asrama di dalam buku kedatangan.

c)

Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghunipenghuni asrama mematuhinya.

d)

Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para


penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah.

e)

Bertanggungjawab ke atas kelakuan / tingkahlaku penghuni asrama dan


memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.

f)

Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu, masa
cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke pekan atau balik ke rumah
dengan mencatatkan ke dalam buku keluar masuk yang disediakan.

JAWATANKUASA KANTIN

Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu
gantian.

GURU KEBAJIKAN
a)

Membantu menyelaraskan kursus dan latihan guru serta staf sokongan.

b)

Mengadakan kursus/latihan personal.

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
a)
b)

Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.


Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.

c)

Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah

d)
e)
f)

diambil penjelasan.
Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan

g)
h)
i)

pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.


Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan
program khas untuk mereka.

SETIAUSAHA SUKAN
a)
Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
b)
Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan,
mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala
c)

pusingan.
Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta

d)

menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.


Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan

e)
f)
g)

oleh jabatan atau kementerian.


Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/

h)

MSSM.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa
ke semasa.

JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH

Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan


kebersihan sekolah.

JAWATANKUASA SUKAN & PERMAINAN


a)

Merancang takwim permainan setiap bidang.

b)

Memilih kumpulan peserta elit sekolah.

c)

Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.

d)

Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.

e)

Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM


a)

Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian

b)

seragam.
Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

PENYELARAS KELAB & PERSATUAN

Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak


akademik.

FIZIKAL DAN PRASARANA SEKOLAH


KOLEKSI GAMBAR SEKOLAH

BILIK GURU

BLOK KELAS TAHAP 1

MAKMAL KOMPUTER

BLOK KELAS TAHAP 2

DEWAN MAKAN (LAMA)

ASRAMA (LELAKI)

FUNGSI BILIK-BILIK KHAS


1.
a)
b)

MAKMAL KOMPUTER
Sebagai makmal bahasa.
Menggalakkan murid untuk meneroka dan mempelajari dengan penggunaan

c)
d)

teknologi yang terkini.


Membantu murid menguasai pembelajaran secara kendiri.
Memberi peluang kepada murid untuk mencari maklumat tambahan untuk

e)

dikongsi dengan rakan-rakan.


Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan
menarik.

2.

PRASEKOLAH

a)

Bilik prasekolah diwujudkan untuk membolehkan dan memperkayakan lagi


pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik.

b)

Ini dapat membantu guru untuk mengenali kelemahan-kelemahan kanakkanak sebelum memasuki darjah satu.

c)

Memberi

peluang

kepada

kanak-kanak

menyesuaikan

diri

dengan

persekitaran sekolah sebelum melangkah ke darjah satu.


d)

Menjana pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan kanak-kanak.

3.
a)
b)
c)

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Pusat untuk mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling.
Murid berpeluang untuk mendapatkan nasihat dari guru kaunseling.
Memudahkan dan menggalakkan murid mengenali diri dengan bantuan yang
diberikan oleh guru kaunseling.

4.
a)

BILIK PEMULIHAN
Pusat untuk mendapatkan bimbingan terutamanya murid yang lemah

b)

menguasai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Dengan adanya bilik pemulihan, murid berupaya mendapat bimbingan yang

c)

berterusan dari guru pakar.


Bilik yang dibekalkan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

PENCAPAIAN SEKOLAH
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM BIDANG:
A)

KURIKULUM

Pencapaian Keseluruhan Sekolah Dalam UPSR


Tahun 2005 - 2009
70
60

61.22

58.5

58.5

50
40

44.6

30
23.53

20
10
0
2005

2006

2007

2008
Tahun
UPSR

2009

B)

KOKURIKULUM

Peringkat Sekolah
a)
b)
c)
d)
e)

Sukan Antara Rumah SK Lepong Balleh


Perkhemahan Unit Beruniform SK Lepong Balleh
Sambutan Hari Merdeka
Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari PIBG

Peringkat Daerah
a)
b)
c)

Pertandingan Bercerita BM/BI antara sekolah 2010


- Tuan rumah pertandingan bercerita Bahasa Inggeris
Kejohanan Sukan Antara Zon Daerah Kapit 2010
Lalu lintas Shell Daerah Kapit 2010

Peringkat Negeri

Perkhemahan KRS di Miri Sarawak

BIDANG KURIKULUM
1.

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Pengerusi

Guru Besar

Naib Pengerusi 1

Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum

Naib Pengerusi 2

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3

Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha
Ahli - ahli

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran


Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
Ketua Guru Kaunseling
Guru Peperiksaan UPSR
Guru Peperiksaan Dalaman
Guru Data
Guru Perpustakaan/Media
Setiausaha Jadual Waktu
Guru SPBT

2.

PERANAN JAWATAN KUASA KURIKULUM SEKOLAH

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU


a)

Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.

b)

Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.

c)

Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai.

d)

Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.

e)

Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.

f)

Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal
dan jadual waktu blok.

g)

Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.

h)

Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu


ditentukan.

i)

Membuat pindaan jika perlu.

j)

Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan


untuk makluman semua.

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
a)

Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.

b)

Menyediakan jadual pembina soalan.

c)

Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas


soalan.

d)

Memastikan keselamatan.

e)

Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan


dijalankan.

f)

Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubalan soalan.

g)

Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa yang


ditetapkan.

h)

Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.

i)

Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincang


kemajuan pelajar.

PUSAT SUMBER SEKOLAH


a)

Menyelaras semua program yang dirancang.

b)

Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan mengadakan


mesyuarat.

c)

Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.

d)

Menyediakan

undang-undang

perpustakaan.
e)

Menceriakan PSS.

dan

peraturan

pusat

sumber

dan

f)

Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.

g)

Membantu melaksanakan program perkembangan staf.

h)

Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan


dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan PSS.

3.

TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

a)

Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.

b)

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

c)

Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar.

d)

Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.

e)

Menetapkan garis pengajaran/pembelajaran.

f)

Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.

g)

Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.

h)

Mengadakan mesyuarat.

i)

Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi


prestasi pelajar.

j)

Merancang dan melaksana kelas pemulihan dan kelas bimbingan.

k)

Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran


dilaksanakan dengan sempurna .

l)

Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai


perkara baru dalam pendidikan.

m)

Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan makluman mengenai pendidikan


kepada guru.

n)

Mengkaji analisa keputusan PMR, SPM dan peperiksaan dalaman dan


merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.

o)

Mengkaji dan menilai buku-buku teks buku tambahan yang digunakan oleh
pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pendidikan di
sekolah.

p)

Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di


sekolah.

q)

Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

r)

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

4.

PENGURUSAN FAIL KURIKULUM


Meliputi perkara-perkara Pengajaran dan Pembelajaran berkaitan dengan

subjek-subjek matapelajaran Prasekolah / Sekolah Rendah / Sekolah Menengah


dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti / laporan / gerak kerja /
peperiksaan sekolah / jadual waktu / sumber pendidikan.
No. Utama

Perkara Utama

600 1

Prasekolah

600 2

Sekolah Rendah

600 3

Sekolah Menengah

600 4

Pendidikan Khas

600 5

Pusat Sumber

600 6

Peperiksaan

600 7

Jadual Waktu

600 8

Pemulihan

600 9

Laporan

600 10

Program Khas

600 2

Sekolah Rendah
Meliputi mengenai maklumat pengurusan sekolah rendah,
sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panatia dan
aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah rendah.
600 2/1

: Pekeliling

600 2/2

: Pengurusan Sekolah Rendah

600 2/3

: Bidang Bahasa

600 2/4

: Bidang Sains

600 2/5

: Bidang Matematik

600 2/6

: Bidang Sains Sosial

600 2/7

: Bidang Teknologi / Vokasional

600 2/8

: Bidang Teknologi Maklumat

600-2/6 Bidang Sains Sosial


Kod Fail Mata Pelajaran ditentukan oleh sekolah masing-masing

600-2/6/1 Pendidikan Agama Islam


600-2/6/2 Pendidikan Seni Visual
600-2/6/3 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
600-2/6/4 Pendidikan Muzik
600-2/6/5 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
600-2/6/6 Kajian Tempatan
600-2/6/7 Pendidikan Moral
600-2/6/3 Panitia Pendididikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tujuh FAIL PANITIA yang harus diwujudkan adalah:
1. Fail Induk:
Mengandungi surat menyurat dan minit mesyuarat Panitia.
2. Fail Sukatan Pelajaran:
Yang mengandungi Sukatan
Huraian Sukatan
Rancangan Pelajaran Tahunan
Senarai buku rujukan guru/murid
Standard Akademik-RPT
Plan J
3. Program Kemerlangan:
Perancangan Program
Pelaksanaan dan laporan program
4. Pentaksiran dan Penilaian:
Analisis keputusan peperiksaan awam dan sekolah
Analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan
awam dan peringkat sekolah
Headcount

Postmorterm
5. Penyelian:
Jadual Penyeliaan
Laporan penyeliaan P&P oleh pemerhati
Tindakan ikut pencerapan
6. Pemeriksaan Buku Rampaian:
Jadual Pemeriksaan buku rampaian
Laporan pemeriksaan buku rampaian/buku kerja/buku nota
7. Maklumat Guru Mata Pelajaran:
Maklumat peribadi guru
Jadual waktu mengajar
Carta organisasi panitia
Bagi Fail 1 iaitu Fail Induk gunakan fail kertas warna putih dan simpan di pejabat
Penolong Kanan 1.
Bagi fail 2-fail 7, gunakan Fail Keras. No siri fail haruslah diletak pada setiap fail
tersebut.
Contoh:
JBA4005/6000-2/6/3/1 (1-7 adalah mengikut fail yang diwujudkan bawah panitia
mata pelajaran)

JBA4005 / 600 - 2/ 6/ 3/1 (9)


Kod Kumpulan
Utama /Pengurusan
kurikulum
Singkatan Organisasi:
Sektor/Unit JPN
PPD
Sekolah (Jika ada)
TarafKod
Keselamatan
Rahsia Besar : (RB)
Rahsia
: (R)
Sulit
: (S)

Kod Perkara Utama (Level


1) /Sekolah Rendah
Kod Sub Perkara Utama (Level
2)
/ Bidang Sains Sosial

Kod sub-sub Perkara Utama (Level


3 )/Kod Panitia Matapelajaran Sekolah
Kod sub-sub Perkara Panitia Mata
pelajaran(Level 4 )/(cth : 1-Fail induk, 2Fail sukatan m/p, 3-Program
Ruang bagi Jld.2 (jika ada)
Bilangan urutan dokumen/surat (surat
masuk/surat keluar)

MEREKODKAN SURAT-SURAT
3.1 Di dalam setiap fail di kulit sebelah kiri perlu dilekatkan
3.1.1 Kertas minit fail (Lampiran I)
3.1.2 Kertas Tindakan Kerja (Lampiran II)
3.1.3 Kertas minit dan Borang Tindakan kerja hendaklah diletakkan di
sebelah kiri dalam fail. Kertas Tindakan Kerja diletakkan di atas
kertas minit fail bersusun satu sama lain.
3.2 Kertas Minit bertindak sebagai
3.2.1 Merekodkan surat keluar masuk
3.2.2 Surat keluar
3.2.2.1 Direkodkan dengan dakwat biru / hitam
3.2.2.2 Rekod surat keluar mencatat penerimaan surat dan
tarikh dihantar.
3.2.3 Surat Masuk
3.2.3.1 Direkod dengan dakwat merah
3.2.3.2 Rekod surat hendaklah mencatat nombor rujukan surat
berkenaan, tarikh, tajuk / perkara surat tersebut dan
tarikh ia dimasukkan fail.
3.2.4 Kertas minit juga bertindak sebagai rekod rundingan /
perbincangan antara pegawai berkenaan dengan urusan
perkara dalam fail tersebut.
3.2.5 Surat masuk dan keluar hendaklah diberi nombor dengan cara
menulis nombor di hujung sebelah atas kanan surat dan
diobulatkan.
3.2.6 Surat-surat diletakkan di sebelah kanan di dalam fail.

5.

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PANITIA
a)

Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran

b)

Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh


mendorong

serta

menggerakkan

kecenderungan

pelajar

terhadap

pembelajaran
c)

Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan


berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akedemik sekolah

d)

Mewujudkan semangat bekerjasama di antara Panatia Mata Pelajran dengan


Persatuan atau Kelab Akademik

PERANAN PANITIA
a)

Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya.

b)

Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk penggal-penggal


persekolahan.

c)

Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir.

d)

Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk
kegunaan pelajar dan guru kepada pusat sumber.

e)

Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan.

f)

Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.

g)

Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan 'ad hoc' jika perlu

h)

Bertukar pengalaman.

i)

Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan.

j)

Bekerjasama dengan panatia lain.

k)

Melantik setiausaha menyediakan minit.

l)

Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, suratmenyurat dan rekod berkaitan.

CARTA ORGANISASI PANITIA MATA PELAJARAN


Carta organisasi panitia sekolah rendah
Penasihat
Guru Besar
Penolong kanan/ GK

Pentadbiran

Penolong Kanan KoKurikulum


Penyelia Petang

Pengerusi
(Ketua Panitia)

Setiausaha

Penyelasas Tahap 1

&
Penyelaras Tahap II

Guru Mata Pelajaran

6.

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Objektif boleh dalam bentuk
Objektif implisit
o

melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :

memahami

atau mengetahui

atau menghargai
sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit

melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :

menyenaraikan

atau menjelaskan

atau memberikan contoh

atau menunjukkan cara yang betul


terhadap apa yang telah diajarkan

PERSEDIAAN KELAS
1

Tanggungjawab guru menguruskan kelas

Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan


kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab :
0. menguruskan rutin kelas
o

I.

menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar

Rekod/buku daftar

Jadual kedatangan kelas

Rekod/buku/slip kemajuan pelajar

Kad 001 dan 002

Rekod kutipan yuran

menyedia dan melaksanakan rutin kelas

menanda kedatangan

memastikan keceriaan kelas

mengutip yuran

memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini

menjalankan tugas-tugas lain

mengurus pinjaman buku teks

biasiswa

mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas


harian

II.

mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi


peraturan kelas

III.

mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P


o

Carta organisasi kelas

Pelan kedudukan pelajar

Papan kenyataan

Senarai tugas

RANCANGAN MATA PELAJARAN


Perancangan perlu dilakukan untuk
a) memenuhi masa yang diperuntukan
b)

menepati kehendak objektif/matlamat

7.

c)

berkesan sepanjang waktu pengajaran

d)

menarik perhatian dan tidak membosankan

PENGURUSAN KEWANGAN STAF / LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

OBJEKTIF
a)

Memberi perkhidmatan yang mesra, selesa dan berkualiti kepada semua


peserta.

b)

Menjana perkongsian pintar dalam bidang pengetahuan, kemahiran serta


kepakaran bersama-sama para pendidik.

c)

Meningkatkan mutu profesionalisme kami dengan mengamalkan budaya


berketrampilan.

d)

Memastikan sekurang-kurangnya 95% pegawai dan staf yang mengikuti


program peningkatan profesionalisme dapat menggunakan input yang
diterima dalam melaksanakan tugas mereka.

JAWATANKUASA LADAP
PERANAN JAWATANKUASA LADAP
a)
b)

Menyedikan laporan perkembangan kursus dan seumpamanya


Membuat perancangan jangka panjang dan pendek kursus kelolaan institut

c)

dan latihan pembangunan staf


Bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan kursus dan seumpamanya

d)
e)
f)
g)

dengan
Memastikan pelaksanaan kursus dan seumpamanya berjalan lancar
Memantau dan menilai program-program LDP
Mendokumentasi, melapor dan membuat cadangan
Membuat pemantauan dan tindakan susulan selepas kursus bersama JPN.

8.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

PERANAN JAWATANKUASA PSS


a)

Menguruskan perlantikan pengawas PSS.

b)

Menyediakan peraturan penggunaan PSS.

c)

Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.

d)

Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan
dan keadaan di perpustakaan.

e)

Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

f)

Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.

g)

Menguruskan pembelian buku.

h)

Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.

i)

Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.

j)

Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

k)

Merawat buku dan menguruskan hapuskira buku.

l)

Membuat laporan tahunan untuk rekod.

9.

PENGURUSAN KEWANGAN

OBJEKTIF
a)

Memahami maksud dan konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

b)

Memahami peranan dan tanggungjawab Pengurus Sekolah terhadap


pengurusan.

c)

Kewangan.

d)

Mengetahui dan memahami perkara-perkara yang menyalahi peraturan


kewangan.

e)

Mengetahui perkara-perkara yang menyebabkan tindakan surcaj dan penalti.

Maksud Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan Sekolah adalah satu proses


yang melibatkankan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia,
wang tunai, barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah
organisasi/sekolah. Oleh itu, Pengurus Sekolah perlu:a)

Mematuhi

Arahan

Perbendaharaan.

Perbendaharaan,
Tatacara

Pekeliling

Pengurusan

dan

Kewangan

Surat
dan

Pekeliling

Perakaunan

Kumpulan Wang Sekolah serta arahan dari Bahagian-Bahagian KPM: dan


b)

Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai


untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Secara ringkasnya terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu:a)

Pemberi tanggungjawab.

b)

Penerima tanggungjawab.

c)

Bukti tanggungjawab dilaksanakan (dinilai oleh pihak ketiga seperti Bahagian


Audit Sekolah, Audit Dalam, Naziran dan Jabatan Audit Negara).

Konsep Akauntabiliti:a)

Memikul amanah.

b)

Kecekapan dan keberkesanan tindakan.

c)

Kewajipan memberi penjelasan dan keterangan.

d)

Menanggung akibat.

Tanggungjawab Pengurus Sekolah:a)

Penyediaan Penyata Kewangan:Pengurus Sekolah hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Tahunan bagi
tahun berakhir 31 Disember setiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang
telah ditetapkan.

b)

Kemukakan Penyata Kewangan:Penyata Kewangan Tahunan hendaklah dihantar kepada Ketua PTJ dan
seterusnya diserahkan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat daripada
31 Mac tahun berikutnya bagi tujuan pengauditan.

c)

Perlantikan Juruaudit Dalaman:Pengurus Sekolah perlu melantik Juruaudit Dalaman bagi tujuan mengkaji
kelemahan dalam sistem Pengurusan Kewangan Sekolah. Juruaudit Dalaman
hendaklah terdiri daripada guru yang tidak terlibat dalam urusan
menandatangani cek bayaran.

d)

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun:Pengurus Sekolah hendaklah melantik Jawatankuasa Pengurusan Kewangan
dan Akaun bagi membantu Pengurus Sekolah: Mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan
akaun mengikut peraturan yang berkuatkuasa meliputi pengurusan
perbelanjaan, perakaunan, pungutan dan tunggakan hasil, penyediaan
dan pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan sekolah.

Meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.


Merancang latihan untuk kakitangan yang mengurus hal-hal kewangan
Ahli-Ahli terdiri daripada: Pengerusi (Pengurus Sekolah)
Setiausaha (KPT/PT Kewangan)
Ahli pula terdiri daripadsa semua Penolong Kanan/Ketua
Bidang/Ketua Panitia/Juruaudit Dalam/Guru Prasekolah/Guru
Pendidikan Khas/Pegawai lain yang sesuai.
Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan
sekali.

e)

Pemeriksaan Mengejut:Pengurus Sekolah atau Juruaudit Dalam hendaklah mengadakan


pemeriksaan mengejut secara berkala terhadap peti besi atau wang tunai,
setem atau barang-barang lain yang berharga.
Pemeriksaan hendaklah dijalankan tidak kurang dari sekali dalam enam bulan
dan hasil pemeriksaan hendaklah direkodkan dalam Buku Pemeriksaan
Mengejut (Am 28). Butiran yang perlu dicatat adalah: Tarikh dan masa pemeriksaan
Nama pegawai yang bertanggungjawab menyimpan wang tunai dan
setem
Amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya
Hasil pemeriksaan
Tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa

f)

Perlantikan Pemverikasi Stok dan Pegawai Pemeriksa:Pengurus Sekolah hendaklah menamakan secara bertulis sekurangkurangnya dua orang sebagai Pemverikasi Stok dan Pegawai Pemeriksa
(pegawai tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan stor) dan

mengemukakan nama-nama tersebut kepada Pegawai Pengawal melalui


PPD untuk tujuan perlantikan.

g)

Penyediaan Rekod/Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan:Bagi tujuan pengauditan Penyata Kewangan, Pengurus Sekolah hendaklah:
Menyedia dan mengemukakan semua rekod/dokumen kewangan
kepada Bahagian Audit Sekolah.
Memberi penjelasan atau maklumat yang diperlukan.
Membenar dan memberi kerjasama semasa pengauditan/pemeriksaan
dijalankan.

h)

Jawapan Kepada Laporan/Pertanyaan Audit:Pengurus Sekolah hendaklah memberi jawapan terhadap laporan atau
pertanyaan Audit dalam tempoh satu bulan dari tarikh laporan atau
pertanyaan Audit.

Kesalahan Yang Boleh Dikenakan Surcaj:Surcaj boleh dikenakan kepada Pengurus Sekolah jika:a)

Gagal mengutip dan menguruskan kutipan yang dipertanggungjawabkan

b)

Telah membuat pembayaran menggunakan wang awam dengan cara tidak


teratur dan tidak dijamin kesempurnaannya

c)

Telah menyebabkan berlakunya kekuranganatau kehilangan wang


awam/harta benda kerajaan

d)

Gagal menyelenggara akaun dan rekod kewangan dengan sempurna dan


teratur

e)

Gagal membuat pembayaran atau telah menangguhkan pembayaran wang


awam kepada yang berhak menerima

Penalti:Akta Pendidikan 1996 - Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002


a)

Denda tidak lebih RM5,000.00

b)

Penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali

Isu Penemuan Audit:Berdasarkan kepada pengauditan terhadap Penyata dan Pengurusan Kewangan
Sekolah, didapati kelemahan-kelemahan berikut sering ditemui dan pelanggaran
kepada Peraturan Kewangan ini boleh menyebabkan sekolah mendapat Sijil Audit
Berteguran.
a)

Ada Laporan Khas

b)

Rekod kewangan tidak diselenggarakan

c)

Rekod kewangan tidak dikemaskinikan

d)

Pungutan tidak diserahkan ke pejabat

e)

Pungutan lewat dibankkan

f)

Pungutan tidak diperakaunkan

g)

Pungutan tidak dibankkan

h)

Resit tidak dikeluarkan bagi pungutan (kecuali terimaan dari JPN/KP

i)

Pungutan tanpa kelulusan _ Surat Pekeliling Pentadbiran Bahagian


Pendaftaran Sekolah dan Guru Bilangan 2/92

j)

Pungutan yuran dan pelbagai yuran lain yang tidak menepati perjenisan yuran
yang dibenarkan

k)

Mengeluarkan resit sementara

l)

Akaun Belum Terima (ABT)

m)

Kekurangan murid/penghuni asrama antara tuntutan asal (1 Oktober) tahun


lepas dan (1 Julai) tahun semasa - Surat Pekeliling Kewangan Bilangan
5/2002

n)

Pembayaran tanpa menggunakan baucar

o)

Bayaran tanpa dokumen sokongan

p)

Perolehan tidak menggunakan Pesanan Sekolah

q)

Pembayaran bil tahun lalu (tidak diisytihar sebagai ABB) pada tahun semasa
tanpa kelulusan

r)

Bayaran menggunakan cek tunai/buka palang (kecuali PWR)

s)

Perakuan penerimaan bekalan/perkhidmatan tidak dilengkapkan pada


Pesanan Sekolah

t)

Perbelanjaan tanpa kelulusan

u)

Perolehan tanpa sebutharga

v)

Akaun Belum Bayar (ABB)

w)

Peruntukan berbaki tinggi di mana baki PCG semasa lebih 10%

x)

Kumpulan Wang Terkumpul berbaki tinggi

y)

Perbelanjaan daripada peruntukan PCG mata pelajaran tidak mengikut


maksud yang ditetapkan

z)

Kumpulan Wang Terkumpul berbaki defisit

aa)

Wang di bank berbaki defisit

bb)

Lain perkara yang dibangkitkan seperti di BAS 08 (Senarai Semak


Pengurusan Kewangan)

Kepentingan Akauntbiliti Pengurusan Kewangan


a)

Perancangan cekap dan berkesan

b)

Elakkan kekurangankutipan hasil

c)

Pembaziran sumber kewangan, tenaga dan masa

d)

Elakkan rasuah dan penyelewengan

e)

Elakkan tindakan mahkamah dan surcaj

Sebab-sebab Wujud Kelemahan:a)

Kurang penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal-hal pengurusan


kewangan

b)

Tiada penyeliaan dan pengawasan terhadap pegawai dan kakitangan

c)

Pegawai awam kurang mahir/latihan

d)

Kawalan dalaman lemah

e)

Peraturan/arahan tidak disimpan atau dikemaskini

f)

Sengaja melanggar arahan kerana kepentingan diri

Kesan Tiada Akauntabiliti:a)

Mengurangkan hasil kerajaan

b)

Tunggakan hasil terus meningkat

c)

Perbelanjaan melebihi pendapatan

d)

Harta awam sukar dikesan

e)

Penyelewengan

f)

Tidak adil untuk pembayar cukai

PENILAIAN GURU
Pada hari pertama saya di Sk Lepong Balleh, saya mendapati bahawa
sekolah ini agak serba sederhana dari pelbagai aspek terutamanya dari segi
prasarana. Akan tetapi landskapnya cukup indah lebih-lebih lagi sekolah ini terletak
di atas bukit membuatkan ia cukup menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.
Selain itu, budaya salam yang diterapkan dalam kalangan murid murid membuatkan
saya terkejut. Ini disebabkan walaupun sekolah ini terletak di kawasan luar bandar
tetapi budaya salam yang diamalkan ini menunjukkan bahawa sekolah ini
menekankan budaya hormat-menghormati serta sayang-menyayangi sesama
mereka.
Sepanjang program orientasi ini dijalankan, saya dapati bahawa SK Lepong
Balleh mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun sekolah ini agak
jauh dari kawasan bandar tetapi sistem pengurusan sekolah amat baik dan
sistematik. Keadan ini mungkin disebabkan semua guru komited terhadap tugas
masing-masing dan bekerja dalam satu sepasukan. Selain daripada itu juga, saya
mendapati pihak sekolah dan guru-guru berusaha dalam meningkatkan prestasi
murid-murid dari aspek akademik terutamanya bagi mata pelajaran teras.
Saya amat bersyukur dan bangga ditempatkan di sekolah ini kerana saya
berpeluang mengenali guru-guru dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Walau bagaimanapun, masa amatlah diperlukan kerana murid-murid perlu
menyesuaikan diri dan memahami apa yang disampaikan kepada mereka kerana

rata-ratanya mereka terikat dalam komunikasi disebabkan kurang fasih dalam


bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Saya bercadang agar budaya salam ini akan terus dikekalkan agar ia boleh
dijadikan sebagai satu budaya sekolah dan identiti sekolah yang tersendiri untuk
menjadi panduan kepada sekolah-sekolah di tempat lain. Selain daripada itu, saya
mendapati bahawa budaya salam ini harus diterapkan kepada setiap murid di
sekolah ini sejak dari awal lagi supaya dapat membentuk serta melahirkan muridmurid yang memiliki perwatakan yang baik dan saling hormat-menghormati.
Di samping itu juga, pihak sekolah juga boleh menetapkan satu hari seperti
Tuesday is English Language Day supaya pada hari tersebut, penggunaan bahasa
Inggeris dapat dilaksanakan. Penggunaan bahasa Inngeris ini membolehkan muridmurid meningkatkan lagi penguasaan bahasa mereka terutamanya dari aspek
komunikasi dan pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, ianya mampu
menarik murid untuk mempelajari bahasa Inggeris serta dapat membantu mereka
untuk menguasai bahasa global ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Dari aspek disiplin murid, mungkin peraturan di dalam bilik darjah boleh
dipertingkatkan lagi agar sekolah berupaya melahirkan modal insan yang berdisiplin
dan bertanggungjawab. Selain itu juga, peningkatan prestasi akademik sekolah
boleh ditingkatkan lagi jika semua guru bekerjasama dan berusaha lebih tekun lagi.
Komunikasi amatlah penting agar amat yang ingin disampaikan kepada murid dapat

diamalkan oleh mereka dan visi sekolah untuk mencapai kegemilangan pada tahun
2012 akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai