Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SEMPENA HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum wrt. Dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada saudara pengacara majlis, Yang berusaha Pn. Nor Haizon Bt Mohd Nor Guru Penolong Kanan SMK SEKSYEN 16, SHAH ALAM, Yang dihormati Pn. Kamariah Bt Md Zin Penolong Kanan HEM, Pn. Zaiton Bt Ghani Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam majlis yang begitu bermakna dan bermanfaat pada pagi ini. Dan bersyukur juga kita kepadaNya kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan dan kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan Program Orientasi Pelajar-Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16. Hadirin yang dihormati, Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tingkatan 1 seramai 340 orang yang telah diterima masuk ke SMK Seksyen 16 ini berdasarkan keputusan UPSR tahun 2011. Selamat datang ke SMK Seksyen 16 dan sekali gus menjadi warga sekolah ini untuk tempoh 3 atau 5 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak pelajar yang diterima masuk ke sini akan meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat menengah rendah dan menengah tinggi di sini.

Beberapa hari yang lepas keputusan PMR 2011 telah diumumkan dimana pelajar tingkatan 3 sekolah ini telah menyumbang pencapaian yang cemerlang di mana kita memperoleh kelulusan PMR dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.92 berbanding 3.12 pada tahun 2010. Peratus lulus samua matapelajaran pada tahun 2011 ialah 64.19% berbanding 59.77% pada tahun 2010 dengan peningkatan sebanyak 4.42%. Seramai 2 orang pelajar memperoleh pencapaian 8A, 7 orang mendapat 7A yang meletakkan sekolah ini di kedudukan yang baik di Negeri Selangor ini. Anak-anak kita inilah yang kita harapkan untuk meneruskan kecemerlangan ini apabila mereka mengambil PMR pada tahun 2014 nanti. InsyaAllah. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari suaikenal anak tuan/puan pada hari ini.Hari orientasi atau hari suaikenal ini adalah amat penting untuk para pelajar menyesuaikan diri bagi menghadapi kehidupan baru mereka di sekolah menengah. Hari ini anak-anak kita akan mendaftar untuk masuk ke kelas yang ditetapkan dan diberi kelengkapan buku teks. 4 Januari 2012 pula anak-anak kita ini akan memulakan sesi persekolahan dan pembelajaran rasmi dengan minggu pertama mereka akan terlibat dengan program minggu orientasi peringkat sekolah untuk memberikan pendedahan kepada semua aspek pendidikan di peringkat menengah di sekolah ini. Anak tuan/puan semua adalah dari kalangan yang beruntung kerana diberi peluang meneruskan persekolahan di sekolah ini. Ramai lagi rakan-rakan anda yang memperoleh keputusan UPSR yang sama tetapi tidakberpeluang bersekolah di sini. Oleh itu saya ingin menyeru kepada tuan/puan semua supaya dapat mengambil peluang terbaik ini untuk memastikan anak-anak kita mampu menggenggam kecemerlangan di sekolah ini bukan sahaja dari segi pencapaian akademik, tetapi juga dari segi kokurikulum dan sahsiah diri kita. Hadirin sekalian,

Motto sekolah ini ialah Ilmu Panduan Hidup yang membawa pengertian ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru sekolah ini akan menjadi panduan hidup anakanak tuan/puan dlm hidup masing-masing. Visi sekolah ini pula ialah melahirkan individu berilmu dan bersahsiah cemerlang menjelang tahun 2013, manakala misi sekolah pula ialah Membangunkan Modal Insan melalui pengurusan yang efisyen.Sekolah ini juga mempunyai matlamat iaitu menjelang tahun 2013 Sekolah Menengah Seksyen 16 akan muncul sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang dan terbaik di Shah Alam. Untuk makluman pihak tuan/puan semua, bilangan guru-guru di sekolah ini ialah seramai 98 orang di mana 70 orang guru yang mengajar pada sesi pagi dan 28 orang guru pada sesi petang. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Untuk berjaya dan untuk cemerlang , kita tidak boleh setakat bercakap dan bermimpi. Ia perlu disertai dan diterjemahkan melalui gerak kerja dan tindakantindakan kita. Untuk cemerlang juga tidak boleh dibebankan kepada pelajar atau guru sahaja. Kita semua iaitu sekolah, guru, murid, ibu bapa dan masyarakat perlu bersama secara kolaboratif memastikan anak-anak kita terus cemerlang. Anak-anak pelajar perlu menyiapkan diri untuk sentiasa bersedia belajar, guruguru di sekolah sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik dan ibu bapa hendaklah memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya (optimum) untuk memudahkan anak-anak kita belajar dengan sempurna.Pastikan anak-anak kita hadir ke sekolah bukan sahaja untuk belajar tetapi juga aktiviti kokurikulum. Untuk tahun 2012 sesi persekolahan dan pembelajaran rasmi bermula pada jam 1.10 petang hingga 6.50 petang manakala waktu rasmi aktiviti kokurikulum ialah pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Jadi tuan/puan dipohon untuk mengaturkan kemudahan pengangkutan pergi dan balik anak-anak tuan/puan dengan selesa dan sebaik-baiknya. Semua peraturan sekolah boleh dirujuk dalam Buku Peraturan Sekolah yang akan dibekalkan kepada anak-anak tuan/puan dan setiap pelajar dan ibu bapa akan

diminta menandatangani boring akujanji disiplin mematuhi semua peraturan sekolah seperti yang terkandung dalam buku berkenaan. Tuan/puan yang dihormati sekalian, Sekolah ini akan berusaha untuk memastikan perkhidmatan pendidikan dapat diberikan kepada anak-anak kita adalah terbaik. Sekolah ini mempunyai kemudahan yang cukup untuk anak-anak kita belajar bilik darjah, makmal sains,maklmal computer, bengkel, kantin, dewan, padang permainan, perpustakaan, guru yang cukup, surau,kemudahan bantuan oleh kerajaan seperti SPBT, biasiswa bagi yang layak, dan lain-lain. Bagaimanapun saya mengalu-alukan komitmen tuan/puan untuk membantu sekolah ini mencapai tahap prestasi yang lebih unggul melalui peranan-peranan yang boleh kita mainkan. Pendidikan adalah meliputi segala-galanya, malah keindahan taman, keceriaan sekolah,dan apa sahaja adalah elemen pendidikan. Justeru saya mengalu-alukan sumbangan tuan/puan baik dalam bentuk buah fikiran atau material untuk memajukan sekolah ini.Hampir 26 tahun sekolah ini ditubuhkan dan hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan dan sediakan khususnya dari segi kemudahan pembelajaran anak-anak contohnya menambahkan koleksi buku di pusat sumber, menambahkan pondok bacaan/istirahat, mempertingkatkan keceriaan sekolah dan lain-lain. InsyaAllah marilah kita bersama untuk memajukan sekolah ini melalui apa juga platform yang ada. Tuan/puan yang dihormati sekalian, Untuk makluman tuan/puan semua, bagi anak-anak kita di tingkatan 1 ini terdapat beberapa perkara yang perlu tuan/puan maklumi iaitu: 1. Pakej mata pelajaran. Terdapat beberapa subjek yang ditawarkan buat pelajar-pelajar Menengah Rendah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Sejarah, Pendidikan Islam,

Matematik, Sains,Kemahiran Hidup, Geografi, Pendidikan Moral dan Bahasa Tamil.

Pendidikan Seni Visual, ICT,

2. Aktiviti kokurikulum Bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah ini menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam pembentukan peribadi, semua pelajar akan terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum dengan memasuki satu(1) unit beruniform, satu(1) persatuan kelab dan satu(1) sukan permainan. Hari Rabu pula adalah hari yang digazetkan untuk pemakaian uniform unit beruniform KRS,PBSM, Pengakap, Pandu Puteri dan sebagainya. Tuan/puan sekalian, Seperkara lagi yang saya ingin maklumkan, berkaitan bayaran persekolahan bagi tahun 2012 yang sering ibu bapa inginkan penjelasan lanjut.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita sewaktu pembentangan Bajet 2012 tempoh hari tiada bayaran yuran persekolahan akan dikenakan kepada pelajarpelajar. Walaubagaimanapun setiap pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran PIBG di mana Jumlah yuran tersebut akan diputuskan pada Mesyuarat agung PIBG yang akan datang. Akhir kata, tuan/puan sekalian saya mengharapkan kita dapat bersama-sama memastikan kemajuan sekolah kita ini demi kecemerlangan anak-anak kita. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah WassalamualaikumWarahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai