Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Terima kasih pengacara majlis. Yang Berusaha Tn. Hj Abd Rashid

Bin Abdullah YDP PIBG SK Taman Nusa Damai, Yang Dihormati barisan penolong kanan

dan semua guru SK Taman Nusa Damai, serta murid murid yang dikasihi sekalian .

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, penghulu

segala rasul, pembawa rahmat sekalian alam.

Ramadan kembali lagi dengan janji – janji kebaikan dan harapan daripada Allah

S.W.T kepada para hambaNya yang sentiasa menunggu kehadiran bulan mulia yang

penuh keberkatan ini. Dengan itu , marilah kita memanjatkan syukur kehadrat Allah

S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul

dalam majlis yang amat bermakna ini, iaitu Program Khatam Al Quran dan Ihya’

Ramadan 1443H peringkat sekolah pada tahun ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan

kepada Panitia Agama Islam,MAKDIS dan j-QAF kerana berjaya merancang, mengelola

dan melaksanakan program ini yang memerlukan semangat dan komitmen yang cukup

tinggi.

Para Hadirin sekalian,

Program Khatam Al Quran dan Ihya’ Ramadan merupakan aktiviti tahunan sekolah.

Program Ihya Ramadan membawa maksud “ menghidupkan Ramadan”. Program ini

mengandungi pelbagai pengisian yang mampu mengajak murid-murid dan warga sekolah

agar dapat menghayati syariat Islam dalam kehidupan seharian.

Hadirnya bulan Ramadan membentuk kita menjadi muslim berprestasi tinggi.

Iaitu mukmin yang cemerlang didunia dan di akhirat kelak. Mukmin berprestasi tinggi

dimaksudkan sebagai mukmin yang mempunyai kenyakinan yang teguh terhadap Allah,

Ilmu islam yang mendalam , mempunyai watak, jati diri , identiti tersendiri. Malah unik

serta menyerlah dalam semua aspek kehidupan sama ada hubungan yang berkaitan

dengan Allah S.W.T dan hubungan dengan manusia .Perlu diingatkan amalan – amalan
soleh itu, tidak dikhususkan pada bulan - bulan tertentu sahaja. Program ini adalah

usaha berterusan selagi nyawa dikandung badan.Sesuatu yang dilakukan atas dasar

kecintaan kepada Allah semata mata tidak kerana yang lain. Ingat apa -apa yang kita

semai itulah yang kita tuai.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama dapat menggunakan peluang akhir yang ada ini untuk

meningkatkan amalan kerana sangatlah rugi sekiranya Ramadhan yang

mempunyai banyak kelebihan ini disia – siakan.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan 1443H

kali ini, Makdis dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah merancang begitu

banyak aktiviti yang bermanfaat untuk kita semua terutamanya untuk anak-anak SK.

Taman Nusa Damai.

Akhir kalam ,saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

Selamat Menyambut Aidilfitri , kepada semua hadirin. Mudah-mudahan berkat

Ramadan kali ini, akan menjadikan kita insan yang lebih baik dan lebih berkualiti

berbanding sebelumnya. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya merasmikan majlis

penutupan Majlis Khatam Al-Quran dan Program Ihya’ Ramadan 1443 H peringkat SK

Taman Nusa Damai .Tahniah sekali lagi. Serangkap pantun dari saya

Pucuk selasih bertunas menjulang,

Dahannya patah ditimpa rotan,

Bulan Ramadhan Kembali menjelang,

Bulan beribadah penuh keberkatan.

Sekian, saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai