Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Guru Besar Sempena

Perasmian Majlis Watikah Pelantikan Pengawas

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Yang dihormati Guru


Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Noriyati Binti Kimin,, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Pn Rosnani Binti Muhammad, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, En Mohammad Saiful Bin Saad, barisan guru, ppm dan semua
murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi
penghormatan untuk menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas bagi
Tahun 2021. ALHAMDULILLAH dengan izinnya kita dapat berjumpa pada petang ini
Secara Google Meet.

Guru-guru, ppm dan murid-murid yang saya kasihi sekalian,

Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan murid
sebagai pemimpin kecil di sekolah. Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini
sudah melalui satu proses pemilihan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan
komitmen tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding
bahu bersama-sama guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam segenap
perkara yang dijalankan. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati
dalam diri kerana itulah resepi pemimpin murid yang cemerlang. Semoga dengan
penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan mereka pemimpin yang amanah dalam
menjalankan tugas.

Saya berdoa semoga Sekolah Pendidikan Khas Melaka ini sentiasa mendapat
kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan
berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para
pentadbir dan guru-guru tidak jemu membentuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid.
Kepada murid-murid lain juga, saya berharap anda semua sentiasa memberi kerjasama
kepada kesemua pengawas yang dilantik dalam menjalankan tugas dengan mematuhi
segala peraturan sekolah.

Sebagai akhir bicara, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua pengawas yang dilantik pada tahun ini. Dengan lafaz
Bismillahirohhamanirrohim, saya selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Melaka dengan ini merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
bagi tahun 2021.

Sekian,Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai