Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Pengerusi Majlis.


Yang Berbahagia, Tuan Rahmat , Guru Besar Cemerlang SK Tg.
Bt. Keramat, Tawau, Yang berusaha, Guru Penolong2 Kanan,
Jawatankuasa Penganjur Program Bulan Membaca PSS. Yang saya
kasihi dan diraikan anak-anak sekalian.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, dan Salam
Sejahtera.
Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, kita dapat
berhimpun bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan Bulan
Pusat Sumber Sekolah SK Tg. Bt. Keramat, Tawau 2015.
Sebelum saya cakap jauh tersasar, izinkan saya memberikan
tepukan penghargaan kepada pihak penganjur dan kepada yang
diraikan iaitu seluruh warga sekolah ini kerana telah berjaya
menjayakan program PSS. Tahniah khusus buat Puan GPM SK Tg. Bt.
Keramat The Strong Woman. Saya juga terasa ingin rakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Sekolah
yang telah sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis
Penutupan Bulan PSS sekolah ini.
Saya difahamkan, Program Bulan PSS SK Kg. Titingan telah bermula
sejak sebulan dan hari ini merupakan hari penutupannya. Asasnya,
saya bukanlah mempunyai kedudukan tinggi untuk merasmikan
majlis seumpama ini. Dengan jawatan sebagai seorang Pegawai
Meja Bantuan untuk membantu Para Guru Perpustakaan dan Media
di daerah Tawau, saya rasa amat terharu dengan penghargaan
seumpamanya ini. Jauh dari sudut hati dan dalam fikiran saya, saya
bersyukurada bunga sedar berkembang mekarmaksudnya :
adalah sekolah yang bakal menjulang kecemerlangan dalam dunia
PSS dan ICT di daerah Tawau ini. Besarnya harapan saya, semoga
ini bukan suatu yang sementara, tapi saya yakin, biarpun bukan
saya yang bakal menjadi perasmi, PSS SK Tg. Bt. Keramat akan
mengadakan Majlis seumpama ini pada tahun 2016 dan tahun2
seterusnyaAmin!

Ada sekolah hanya melaksanakan program sebegini ikut MOOD atau


atas desakan daripada pihak atasan. Adakalanya, program tiada
tapi dalam laporan tahunan ada.
Saya yakin dan percaya, program ini akan dijadikan acara tahunan
dan dimasukan dalam Takwim sekolah ini.
Sekali lagi, syabas dan tahniah buat semua yang terlibat. Teruskan
budaya ini walaupun telah bertukar penyelaras dan pemimpin.
Kalau kita menebang jati,
Biar serpih tumbangnya jangan.
Kalau kita mencari ganti.
Biar lebih kurang jangan.
Madah diungkap santun bitara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Hadirin yang saya hormati sekalian, maka dengan itu
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya
MERASMIKAN PENUTUPAN BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TG.
BT. KERAMAT, TAWAU.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai