Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 SK TAMAN SENANGAN 2018

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ب العَا لَ َمين‬ َ ‫ال َحمدُ َ ه‬
َ ِّ ‫ّلِل َر‬
‫س َلين‬
َ ‫اء َوال ُمر‬ َ ‫سالَ ُم َعلَي أ َ ْش َر‬
َ َ‫ف األَن َبي‬ ‫صالَة ُ َوال ه‬ ‫َوال ه‬
‫صحبَ َه أَج َم َعين‬ َ ‫َو َعلَي آ َل َه َو‬
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan
Buat bingkisan salam pertemuan
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Yang Berusaha Puan HAJJAH ARIFAH BT ARIFFIN, Guru Besar SK Taman


senangan
Yang Berbahagia,PROF MADYA DR MD AZMAN BIN SEENI MUHAMMAD Yang
Dipertua PIBG SK Taman Senangan

En.Mazlan Bin Mat zain, Guru Penolong Kanan PenTadbiran

Pn. BishalBinurillah bt Shamsudini, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Chen Thean Hock ,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

barisan para guru, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan program
jaya waris untuk waris tahun 6 sesi 2019.

Hadirin yang dihormati,


Seluruh warga kerja SK Taman Senangan ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan waris murid-murid tahun 6 kerana
sudi meluangkan masa bersama kami pada hari ini. Program ini dijalankan hamper
saban tahun dan objektif utama adalah untuk sama-sama berganding bahu antara
guru dan ibu bapa bagi memastikan kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid
SK Taman senangan. Kehadiran tuan tuan dan puan-puan pada hari ini adalah
sebagai tanda sokongan buat kami.

Guru-guru dan ibu bapa perlu bekerja sama bagi memastikan kecemerlangan murid
dalam bidang akademik juga sahsiah diri. Marilah sama-sama kita pikul
tanggungjawab ini kerana Generasi hari ini adalah bakal pemimpin Negara masa
depan. Rosak generasi hari ini maka musnahlah masa depan Negara.

Untuk makluman hadirin,


objektif program jaya waris pada hari ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang
perancangan sekolah untuk calon UPSR sesi 2019. Moga segala usaha pihak
sekolah akan sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan waris demi merealisasikan
kecemerlangan anak-anak tuan2 dan puan2. Kita pikul tanggungjawab ini bersama.
Ke gunung sama di daki ke lurah sama dituruni.

Orang Jawa berdagang ke kota,

Singgah di Acheh membeli gamat,

Tangan dirafak, restu dipinta;

Doa diamin moga selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al fadhil Ustaz
Ab. Nazir bin Bakar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada alfadhil
ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sk Taman
Senangan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanYang
Berusaha Pn Hajjah Arifah bt Ariffin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

************(Ucapan GB.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajjah Arifah
Bt Ariffin atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput

Yang berbahagia en. Haji Abu Bakar bin Shafie selaku motivator untuk slot
ceramah motivasi keibu bapaan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

************CERAMAH*********************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Haji Abu Bakar bin Shafie atas
ceramah yang disampaikan dalam slot motivasi itu tadi. Moga segala pandangan,
idea ,nasihat dan teguran yang disampaikan dapat menjadi suatu azimat untuk
semua ibu bapa dan waris pd hari ini .

Majlis diteruskan lagi dengan sesi taklimat UPSR yang akan disampaikan
oleh setiausaha peperiksaan En.Zambri bin Dahaman. Majlis dengan ini
mempersilakan.

**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada En Zambri di atas penerangan sebentar tadi.
Diharap semua ibu bapa dan waris dapat ambil perhatian pada perkara-perkara
penting yang dikongsikan oleh SU peperiksaan itu tadi.

Tanpa melengahkan masa , majlis menjemput pn.Siti Aishah bt safee mohamad


selaku ketua panitia subjek Bahasa melayu untuk berkongsi maklumat tentang
subjek Bahasa melayu dalam UPSR ….dengan ini, majlis mempersilakan.

**********(taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Aishah , atas penerangan sebentar tadi.

Panitia Bahasa Inggeris: Pn Premadevi a/p Raman @ sinnayan

Panitia saina : Pn Saudah bt Abdul Ghani

Panitia Matemati : Pn norazfahana bt Jamaluddin

Penyelaras tahun 6 En Nasir bin Hassan

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat


…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
majlis mempersilakan.

******* Taklimat

Terima kasih diucapkan kepada


…………………………………………………………………………………………………..
atas penerangan sebentar tadi. Semoga segala perkongsian maklumat pada hari ini
dapat memberi pencerahan kepada ibu bapa dan waris tentang perjalanan aktiviti
murid tahun 6 sepanjang 2019.

Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundur diri.
Dengan ini Pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, tersalah bicara sepanjang kami mengendalikan
majlis ini. Bagi pihak jawatankuasa kerja pada hari ini mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang hadir pada hari ini bagi menjayakan
program Jaya Waris SK Taman Senangan bagi sesi 2019.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu adalah
daripada kelemahan kami sendiri.

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai