Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 6-WAKIL

MURID
Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.
Yang Berbahagia___________________________, Yang berusaha Penolong Kanan
Kokurikulum En Asrim Omarmaya wakil Guru Besar, barisan penolong kanan, guruguru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Hadirin sekalian,
Pertama kali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
kepercayaan mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar
tahun enam dalam Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah SK Bukit Garam
2012 ini.
Seterusnya, saya bagi pihak pelajar Tahun Enam ingin merakamkan ucapan
terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami.
Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra Sekolah, dan sebahagian besarnya
bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak
mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran
yang dikehendaki.
Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf,
seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari
segi tutur kata dan perbuatan..
Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersamasama kita lagi, sama ada telah berpindah atau bersara, katakanlah bahawa jasa dan
bakti mereka, dan guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati
sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan
guru-guru itu. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, izinkan saya untuk
menyampaikan dua rangkap pantun,

Majlis konvokesyen berlangsung penuh meriah


Menjadi ingatan sepanjang masa,
Pesanan guru tidak kami lupa
Menjadi amalan kami semua.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai