Anda di halaman 1dari 1

MASA CUE PENGUMUMAN 

                 CATATAN

8.30 pagi PENGUMUMAN Semua ibu bapa diminta untuk ke meja pendaftaran bagi sesi pendaftaran nama
anak-anak anda.

8.45 pagi HADIRIN MENGAMBIL Majlis mempersilakan Yang Dihormati Cikgu Zamri bin Yakin, Guru Besar Sekolah
TEMPAT DI DEWAN Kebangsaan Kg Perak, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,  guru-guru penolong kanan, para
ibu bapa dan murid-murid Tahun 1 untuk mengambil tempat di dewan terbuka SK Kg
Perak.

8.50 pagi UCAPAN ALU-ALUAN Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.


PENGACARA MAJLIS
Yang Berusaha, Cikgu Zamri bin Yakin , Guru Besar SK Kg Perak,

Yang Dihormati, Cikgu Ismail bin Mat Shariff, Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Azri
bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Azizan bin Mat Jusoh,
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Kg Perak,

Para ibu bapa,

Dan  murid-murid Tahun 1.

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,


SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita diberikan kekuatan
dan kesempatan untuk berhimpun dalam Program Pendaftaran dan Suaikenal
murid2 Tahun 1 SK Kg Perak bagi sesi tahun 2019.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu, ibu bapa, dan murid-murid
ke majlis pada hari ini. Program Pendaftaran dan Suaikenal murid2 Tahun 1
bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan dari pendidikan
tidak formal di tabika atau prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah
rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan
baharu dalam masa yang singkat.

Anda mungkin juga menyukai