Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMUALAIKUM W B T

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar SK


Kampong Perak, PN.Normaizura binti Khamis @ Kamaruddin , Guru-guru
Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap
dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak tahun 2023 ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan


kanak-kanak iaitu terdiri daripada murid-murid sekolah ini dan diseluruh
dunia. Hari Kanak-kanak amat besar maknanya kepada saya dan rakan-
rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi
kami sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa


terhadap kita. Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti
kasih sayang, perhatian dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan
yang diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk menjadi kanak-kanak
yang baik,berakhlak mulia dan sentiasa berbudi bahasa

Guru guru dan rakan rakan yang dikasihi sekalian,


Dalam kegembiraan kita menyambut hari kanak kanak ini, janganlah
kita lupa nasib saudara kita di palestin dan negara lain yang hidup dalam
keadaan yang susah akibat peperangan dan kelaparan. Berbanding kita di
sini hidup dalam kegembiraan dan keamanan tetapi mereka tidak dapat
merasai kegembiraan seperti kita. Ayuh kawan kawan kita perlulah sentiasa
bersyukur dengan nikmat yang kita dapat hari ini dan sentiasa mendoakan
mereka disana.

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar mendidik kami
menjadi kanak-kanak yang berjaya dalam pelajaran dan sahsiah. Kami
memohon kepada guru-guru agar mendidik kami dengan penuh kasih
sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti menegur
anak sendiri.

Hadirin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk


menjadi anak murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan
nasihat cikgu akan kami sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk
menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya menjadi
insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri,
terimalah serangkap pantun;

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan;

Kami budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai